Thursday, 14 January 2016

BUANG SAJA PENASIHAT DAN DUTA KHAS INI, JIMAT WANG NEGARA!!

Perdana Menteri, Najib Razak dijangka akan membuat pengubahsuaian terhadap Bajet 2016 pada 28 Januari ini yang secara mudahnya adalah disebabkan negara tidak cukup wang untuk melaksakan projek dan program yang sudah dirancang.

Penyumbang utama ketidakcukupan wang negara adalah kerana kejatuhan harga minyak dunia yang begitu mendadak, selain turut disebabkan nilai ringgit yang rendah serta ekonomi dunia yang lemah.

Ketika Bajet 2016 dilaksanakan, harga minyak mentah dunia ialah sekitar US$48 satu tong , tetapi penurunan terus berlaku sehingga kepada US$31 satu tong ketika ini.

Pakar-pakar ekonomi juga menjangkakan harga minyak mentah dunia akan terus turun lagi.

Walaupun Najib pernah menyebut bahawa cukai GST yang dilaksanakan adalah penyelamat ekonomi negara berdasarkan kutipannya sebanyak lebih RM30 bilion sehingga Disember 2015, namun penurunan berterusan harga minyak menyebabkan banyak perancangan bajet bakal tergendala.

Soalnya, apakah pengubahsuaian, penyelarasan dan penjimatan Bajet 2016 yang akan diumumkan Najib pada 28 Januari nanti? 

Berapa banyak akan dipotong? Apakah ia akan menjejaskan kesejahteraan rakyat?

Sementara penantian tarikh itu, ada baiknya Najib turut mengambil kira penjimatan yang satu ini iaitu menghapuskan semua penasihat atau duta khas bertaraf menteri yang dilantiknya kerana semua perlantikan itu jauh lebih membazirkan wang rakyat.

Sehingga ini terdapat sembilan penasihat dan duta khas yang dilantik Najib dan semuanya adalah bertaraf menteri yang bermakna mereka mendapat gaji, elaun dan kemudahan seperti seorang menteri juga.

Sudahlah saiz kabinet kita merupakan paling besar dengan jumlah 36 menteri untuk penduduk seramai 30 juta orang, ditambah dengan sembilan lagi penasihat dan duta khas bertaraf menteri, ahhh...betapa banyaknya pembaziran di sini saja.

Penasihat khas Perdana Menteri  bertaraf menteri itu terdiri daripada Abdullah Md Zin (agama), Zainal Abidin Osman (koridor utara), Rais Yatim (sosial dan budaya), Shahrizat Jalil (pembangunan wanita), Noh Omar (untuk Selangor) dan Shaziman Abu Mansor (penasihat khas politik menggantikan tempat Allahyarham Jamaluddin Jarjis)

Duta khas Perdana Menteri bertaraf menteri pula ialah Samy Vellu (India dan Asia Selatan), Ong Ka Ting (China) dan Tiong King Sing (Asia Timur merangkumi Jepun, Korea Selatan dan Taiwan).

Tidakkah semua penasihat dan duta khas ini suatu pembaziran? Sudah ada 36 anggota kabinet yang boleh memberi nasihat dan pandangan kepada Perdana Menteri serta duta-duta di seluruh dunia mewakili negara, apa perlunya lagi penasihat dan duta khas itu?

Ternampak bahawa semua perlantikan itu hanyalah untuk memberi imbuhan, kedudukan, gaji dan kemewahan sedangkan tidak kelihatan tugas dan peranan yang mereka mainkan.

Sebelum Najib melakukan pengubahsuaian lain dalam Bajet 2016 untuk menyesuaikannya dengan kedudukan ekonomi semasa, kedudukan sembilan penasihat dan khas itu seharusnya lebih dulu diambil kira.

Selain ramai yang mempertikaikan apa nasihat dan kerja mereka yang bermanfaat untuk rakyat serta negara, membuang mereka jauh lebih mendatangkan kebaikan dan penjimatan kepada wang negara. 

Bahkan jika sembilan orang ini ada maruah dan ingin sama-sama menyumbang untuk kebaikan negara, mereka juga seharusnya mengundur diri secara sukarela dengan segera. (SH 14/01/2016).

29 comments:

  1. Bajet Najib boleh di kurangkan semasa pembentangan. Jika sekarang Najib nak kurangkan bermakna, Najib mengurangkan apa yang sepatutnya di kurangkan dulu.

    Jika Najib ingin kurangkan bajet, bermakna Najib kena kurangkan dua kali, Bukan sekali.

    Dan Tuan Shah pun silap... Bukan 9 orang tetapi 10 orang ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. woiii ..najib tak payah lantik kepala kepala seperti di atas tu kalau setakat nak revise bajet.
      Mai berdebat dengan rakyat dulu.
      Hang pun sama jemuan juga dengan depa tu semua.
      Awat hang tak pi minta derma lagi? kalau hang pi minta derma berbilion bilion lagi akan masuk

      Delete
    2. Datuk non panjang tu apa dia reti.

      Delete
    3. Buanglah semua punahsihat-punahsihat yang membazirkan wang rakyat supaya wang tersebut boleh digunakan untuk mengurangkan penderitaan rakyat kerana GST dll !

      Delete
    4. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  2. Tolong masukkan sekali SPAD yang ada penjawat bertaraf CEO tapi apa hubukpun tak buat sebab 'semua' keputusan nampaknya akan dibuat oleh Pengerusinya.

    ReplyDelete
  3. Cadangan yang amat bernas sekali dari Tuan Shahbudin.
    Lagi satu badan yang mesti dibubarkan adalah Talent Corpse. Saya tak nampak apa-apa kebaikan kepada Kerajaan dan Negara.

    ReplyDelete
  4. Mana income dari jualan minyak yang lebih dari harga pasaran dunia? DUlu ada subsidi tapi sekarang sudah jadi pendapatan Negara...

    ReplyDelete
  5. Matematika UMNO cukup mudah. Selagi boleh merembat, rembat sajalah. Rakyat tak boleh berbuat apa-apa punya.

    Jimat sini, masuk poket sendiri. Jimat sana, pun masuk poket anak bini. Jimat sinun, masuk poket kroni. Inilah langkah penjimatan ala UMNO 60 tahun dah praktik.

    Slogan-slogan bombastaik, pantastaik dan futuristaik terus diperkenalkan untuk membodohkan orang ramai. Ditempek-tempek ayat suci dan segala piagam supaya dapat membodohkan dan membenakkan lagi jiwa rakyat dengan servis-servis hampeh kerajaan. Realitinya 10% saja pekerja kerajaan yang membuat kerja bersungguh-sungguh. 90% lagi, kerjanya membina kekayaan dengan projek-projek suci masing-masing serta membina jaringan perniagaan MLM, insurance, serta segala bagai lagi. Jangankan pekerja kerajaan sahaja yang berniaga, menteri-menteri dan sultan-sultan haprak yang sudah super kaya, diberi elaun jutaan setahun dan terjamin projeknya lebih ligat.

    Apa lagi kita sebagai orang biasa nak harapkan kerajaan yang sedang berniaga. Itu belum lagi disemak GLC segala bagai lagi. Pejabat-pejabat Agama dan Mufti pun sama naik. Berjuta kebejatan ini, berjalan secara terancang dan dikawal rapi jentera daulah.

    Kita boleh berpura-pura sepet sebelah mata dengan projek bauksit di Pahang. Jika bukan kerana projek monarki sendiri, rakyat pun tak pernah terpikir mencari rezeki secara melampau. Mufti Pahang sudah awal-awal lagi tercirit birit. Selalunya melibatkan negeri lawan, dialah yang paling awal menganjingkan diri sendiri. Ugamawan level tahi apakah ini???

    Janganlah bermimpi hidup akan berubah dengan usaha kita yang tak seberapa ini. Memanglah sedih, namun realitinya kita sendiri mampu beri beribu helah dan alasan.

    ReplyDelete
  6. Semua jawatan penasehat dipegang 9 kelakar negara mampu dibuat oleh seorang sahaja. Berikan ia kepada RANI KULUP. Ha Ha Ha, lagi besor cermin mato hitam diao!

    ReplyDelete
  7. Sebenarnya buang PM yang lemah ini dia mana ada teloq nak buang 9 org tersebut , lagi baik bubar saja Parlimen ,jadi rakyat boleh buang terus semua menteri menteri korup dan paria paria korup disekeliling najib ,macam sharizat dan lain lain.

    ReplyDelete
  8. Langkah-langkah penjimatan berterusan (bukan bermusim) dana rakyat dan negara
    1. Hapuskan jawatan penasihat bergaji/berelaun kepada PM/kerajaan. Tugas ini adalah kewajipan (tanggungjawab utama) Menteri-Menteri, Timbalan Menteri, Ketua Setiausaha Negara, Ketua-Ketua Pengarah Kementerian dan Jabatan, serta Wakil-Wakil Rakyat di Parlimen. Serahkan hak menasihat kepada mereka
    2. Hapuskan tabiat melantik konsultan dalam dan luar negara untuk hal-hal diplomatik dan urustadbir negara. Rakyat Malaysia terlalu ramai berkelayakkan dan berpengalaman. Sudah tentulah yang bijak pandai tidak akan menyokong Najib namun mereka bekerja untuk negara. Kepandaian mereka akan memakmurkan negara, perdulikan apa pegangan politik mereka.
    3. Hapuskan jabatan-jabatan, agensi-agensi dan perbadanan-perbadanan bertindih fungsi dan tanggungjawab. Ini sekaligus mengurangkan karenah birokrasi dan mengurangkan bilangan penjawat awam yang tidak produktif dan efisien.
    4. Hapuskan jawatan kontrak. Sebahagian kerja-kerja semi profesional dan sokongan boleh dilakukan oleh jabatan/agensi lain yang mempunyai akses/lebihan tenaga kerja.
    5. Hapuskan PERMATA. KEMAS sudah memadai untuk mengepalai pendidikan pra sekolah.
    6. Hapuskan Kementerian Wilayah Persekutuan. Tiada keperluan mewujudkan Kementerian banyak menggunakan uwang pembayar cukai namun tidak bertanggungjawab ke atas pembayarnya.
    7. Satukan Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pendidikan Tinggi. Kedua-dua memainkan fungsi yang sama.
    8. Satukan JPA3 di bawah Kementerian Pertahanan. Ia mampu memusatkan arahan serta perkongsian aset/kelengkapan bertugas.
    9. Hapuskan jawatan bergaji/berelaun Wakil DUN dan Pengerusi JKKK Persekutuan di kerusi-kerusi DUN dan Kerajaan Tempatan negeri-negeri di ketuai Pembangkang. Tiada keperluan kerana sudah ada ADUN dan Pengerusi JKKK dibayar kerajaan negeri.
    10. Hentikan pembelian aset tidak tetap seperti kenderaan untuk jabatan-jabatan, agensi-agensi dan perbadanan. Kelambakkannya tidak digunakan secara maksima dan efektif. Bas, 4x4, van, kereta dan motosikal boleh dikongsi penggunaannya. Berhenti menyelamatkan perniagaan Honda, UMW, Scania dan Proton menggunakan dana awam.
    11. Turunkan harga minyak petrol dan diesel. Harga minyak murah akan mengurangkan kos pengangkutan awam dan persendirian sekaligus mengurangkan kos barangan dan perkhidmatan serta kos sara hidup. Lebihan dari penjimatan ini akan dibelanjakan semula dalam sektor lain seperti pendidikan dan kewangan. Ia berkitar dalam ekonomi negara.
    12. Hapuskan institusi pendidikan tinggi swasta yang menawarkan kursus-kursus tidak berpadanan dengan yuran pengajian, kurang permintaan dalam industri dan tidak berkualiti. Institusi awam sedia ada mampu menyediakan tempat pembelajaran yang lebih kondusif dan berpatutan. Selain menjimatkan duit rakyat, ia turut memaksimakan penggunaan aset IPTA. Berhenti mengkayakan kroni/Ketua Bahagian dengan mencekik rakyat.
    13. Hentikan permit pekerja asing baharu. Kurangkan pekerja asing sedia ada. Kelambakan buruh asing tidak membantu mengembangkan ekonomi rakyat tempatan sebaliknya mengkayakan pengusaha industri pertanian, pembinaan dan perkhidmatan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak lagi kelemahan dalam perkiraan kamu ini. Contohnya perkara 13.

      Kurangkan perkerja asing? Berikan peratus pekerja tempatan yang ingin dan sanggup bekerja di sektor ini? Berapa gaji mereka? Lebih mahal atau lebih murah daripada menggunakan pekerja asing? Sekiranya tidak terdapat permintaan dari tenaga kerja tempatan apakah kesannya terhadap sektor pembinaan baik dari segi kos mahupun perkembangan industri.

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. Saudara Shed Anuar

      Komen saudara bernada pembela golongan kapitalis. Perkiraan saudara pula berapa agaknya kadar 'occupancy' bangunan komersial dan kadar jualan bangunan kediaman terkini? Sila buat congakkan dengan tidak memasukkan sewaan oleh kerajaan atau pembelian oleh syarikat persendirian/korporat. Berapa banyak bangunan kosong di Pusat Bandar? Sektor pembinaan memberi manfaat kepada rakyat yang mana? Kelambakkan bangunan komersial dan rumah mampu tengok memberi manfaat kepada orang awam yang mana? Sekali lagi, kelambakkan pekerja asing memberi manfaat kepada siapa?

      Delete
  9. 9 ekor tu saja dah berjuta2 sebulan duit rakyat Malaysia hilang begitu saja.Dah kaya nak kaya lg.tak cukup2 dgn duit.Bangsat sungguh manusia jenis ni...najib,km ni manusia paling laknak atas muka bumi ni...km atas merasai pedihnya balasan atas perbuatan km ini.

    ReplyDelete
  10. Pemandu tu potong sekali Paul Low, Ramon dan lain2.
    Raman Dahlan jgn lupa bersihkan sisa boksit kat pahang. Tu lah dia najib n fren buat duit kau keje cuci taik je la man. Org suruh berentikan korek boksit dia perintah man dalan cuci sisa je senang tokeh2 nak buat keje. China korek untung man dahlan cuci jalan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes.... jangan lupa PEMANDU tu. Mula dr drebar sampailah CEO dia. Tutup terus...

      Delete
  11. 36 orang menteri penuh campur lagi timbalan menteri.jumlah rakyat 30 juta.pergh...
    X cukup lagi tu..tambah lagi atau create lg apa2 kementerian.atau biar kerja bertindih.kemenenterian mana buat decision pun dah confuse.at last,rakyat yang jadi mangsa..
    Ini lah kerajaan BN,selagi boleh songlap duit rakyat.
    Rakyat di minta berjimat.
    Bawa bekal ke tempat kerja,keluar awal elak jalan sesak,jgn makan ayam kalau harga mahal,suruh tanam sayur,elak tol ikut jalan xde tol..
    Adui KERAJAAN BN.bila la nk menyenangkan rakyat?

    ReplyDelete
  12. Najib ni ingat diri dia ni terlampau pandai sangat pooodah. lagi cepat kau mampus lagi baiklah najib!!!

    ReplyDelete
  13. sebab dia bodohlah menyebabkan dia lantik ramaipunahsihat kalau tak kerja tak jalan

    ReplyDelete
  14. Tapi yg dia lantik pun 2x 5 saja bodohnya juga

    ReplyDelete
  15. Punyalah bangang...smp 9 org jadi penasihat? Baik pegi mam.....

    ReplyDelete
  16. Aku nak tanya penasihat dan duta khas najib ni tak cukup duit ke nak mentedarah duit rakyat kau org dah ada elaun ahli parlimen pencen menteri pun tak cukup lagi rumah kata pergi kubur kata mari apa sangat keja kau org kejakan duit rakyat dah tu ada menteri bangang habiskan duit lagi ada lagi ketua bahagian umno dan bn lantik lagi jadi penyelaras dun dan parlimen kan mangkok tu menceik dan menghabiskan duit rakyat je bila kata mahasiswa tak makan semua menteri bangang kata bohong mangkok ayun betul kerajaan niorg susah kata senang lagi cepat lingkup lagi baik

    ReplyDelete
  17. Aku nak tanya penasihat dan duta khas najib ni tak cukup duit ke nak mentedarah duit rakyat kau org dah ada elaun ahli parlimen pencen menteri pun tak cukup lagi rumah kata pergi kubur kata mari apa sangat keja kau org kejakan duit rakyat dah tu ada menteri bangang habiskan duit lagi ada lagi ketua bahagian umno dan bn lantik lagi jadi penyelaras dun dan parlimen kan mangkok tu menceik dan menghabiskan duit rakyat je bila kata mahasiswa tak makan semua menteri bangang kata bohong mangkok ayun betul kerajaan niorg susah kata senang lagi cepat lingkup lagi baik

    ReplyDelete
  18. Bro shahbudin...ini baru penasihat x guna, mana gambar penjilat dan pembodek x guna tu?

    ReplyDelete
  19. Kekadang walau pun hati sakit dgn kebodohan pemimpin. Tapi ucapan dan perilaku sumbang pemimpin sgt menghiburkan hati yg duka lara

    ReplyDelete
  20. Ya betul tu!! Bak kata orang nogoghi ngabeh kan bogheh aja

    ReplyDelete
  21. Relaks brader. Bagi peluang lah kat "has beens" ini serta golongan Najib-defenders ini. Sekarang dah masuk 2016, hanya tinggal lebih kurang 24 bulan aje lagi untuk mereka kaut apa yang boleh. Lepas itu, bukak langkah seribu lah. Kalau tak pun, rakyat halau dia orang.

    ReplyDelete