Tuesday, 19 January 2016

APA BANGGANYA TIDAK MINTA MAAF TAPI SETUJU TARIK BALIK TUDUHAN DAN BAYAR PAMPASAN?

Seperti ada rasa bangga pada diri Ketua Penerangan Pas, Nasharuddin Tantawi apabila beliau memutuskan tidak meminta maaf kepada Lim Guan Eng dalam penyelesaian luar mahkamah kes saman fitnah yang dikemukakan oleh  Ketua Menteri Pulau Pinang itu terhadapnya.

Lebih-lebih lagi, beliau juga menyatakan keputusan tidak meminta maaf itu diputuskan setelah mengadakan sembahyang sunat dua rakaat untuk memohon petunjuk daripada Tuhan.

Dalam penyelesaian tidak meneruskan kes itu, Nasharuddin setuju menarik balik sebahagian kandungan artikel berkaitan terowong dasar laut di Pulau Pinang yang didakwanya diberikan secara rundingan terus  serta membayar kos mahkamah sebanyak RM10 ribu kepada Ketua Menteri itu.

Dalam kenyataan yang dibacanya di mahkamah sebagaimana dilaporkan oleh portal berita Malaysiakini, Nasharuddin menyebut, "saya telah membuat keputusan untuk menarik balik sebahagian artikel yang menyinggung Lim kerana ianya tidak mempunyai asas."

Ketua Pemuda Pas, Nik Abduh Nik Aziz dalam reaksi spontannya berhubung penyelesaian luar mahkamah itu mengucapkan tahniah kepada Nasharuddin kerana tidak memanjangkan kes dan juga sebab tidak meminta maaf kepada Lim Guan Eng.

Kenapa Nasharuddin berbangga tidak meminta maaf dan Nik Abduh pula memberi pujian mengenainya? Bukankah meminta maaf suatu sifat terpuji dalam Islam?

Kalau bangga kerana tidak meminta maaf, tidakkah Nasharuddin rasa terhina apabila terpaksa menarik balik tuduhan khusus yang didapati tiada asas terhadap Lim Guan Eng dan kemudian terpaksa pula membayar pampasan sebanyak RM10 ribu?

Kenapa hanya bangga tidak meminta maaf, tetapi tidak rasa apa-apa apabila terpaksa akur untuk menarik balik sebahagian tuduhan dan membayar sejumlah pampasan?

Bukankah menarik balik beserta membayar sejumlah wang lebih memalukan daripada meminta maaf?
Lagi pula, apa perlunya lagi meminta maaf jika dakwaan sudah ditarik balik dan kena membayar dengan wang ringgit? Jadi, kenapa semacam terus berbangga tidak meminta maaf?

Dengan berbangga tidak meminta maaf juga, Nasharuddin tanpa sedar telah memberi gambaran yang salah mengenai agama Islam dan konsep ketuhanan apabila seolah-olah memperlihatkan keputusan itu diperolehi setelah diberi petunjuk Tuhan melalui sembahyang sunat dua rakaat.

Benarkah Tuhan memberi petunjuk kepadanya agar jangan meminta maaf?

Jika benar petunjuk diperolehi agar tidak meminta maaf, bermakna Tuhanlah yang memberi petunjuk kepadanya agar menarik balik sebahagian dakwaan dan setuju membayar pampasan kepada Lim Guan Eng?

Kalau begitu, kenapa Tuhan hanya memintanya menarik balik sebahagian dakwaan dan membayar pampasan, tetapi tidak menyuruhnya meminta maaf? Adakah Tuhan tidak suka umatnya meminta maaf dan menjadi pemaaf?

Kenapa pula Tuhan tidak memintanya  melawan habis-habisan di mahkamah?

Sebenarnya,  jika Nasharuddin cuba menggambarkan keputusan tidak meminta maaf itu diperolehi selepas mendapat petunjuk Tuhan, beliau tentu sukar mengelak rentetan soalan lain mengenai persoalan yang sama. Orang akan menyoal kenapa Tuhan begitu, tidak begini dan sebagainya.

Mungkin ada yang turut menyoal, kenapa sebelum membuat dakwaan terhadap Lim Guan Eng, beliau tidak mengerjakan solat sunat dan memohon petunjuk Tuhan terlebih dahulu sama ada apa yang mahu didakwanya itu betul atau tidak?

Jika benar petunjuk Tuhan mudah diperolehi, bukankah lebih baik diminta di peringkat awal lagi, lalu tidaklah membuang masa, tenaga dan wang sehingga perlu pergi ke mahkamah?

Gambaran Islam apa yang cuba diperlihatkan dengan sikap sebegitu?

Kenapa suka sangat melibatkan Tuhan sedangkan dalam perkara-perkara sebegini, yang perlu sebenarnya ialah bukti dan sama ada dakwaan yang kita tujukan kepada orang lain berdasarkan fakta atau sebaliknya?

Lebih-lebih lagi, kes Lim Guan Eng dengan Nasharuddin ini bukanlah  pertarungan antara Islam dengan bukan Islam, ia hanya isu berkaitan watak dan kelakuan manusia yang boleh berlaku kepada sesiapa saja tanpa mengira bangsa dan agama.

Jadi, berpada-padalah dalam "menjual" nama Tuhan kerana takut akhirnya gambaran Islam yang terpamer lebih buruk sudahnya. (SH 19/01/2016).

53 comments:

  1. Semasa dia nak buat fitnah terhadap LGE dulu, adakah dia melakukan solat sunat dua rakaat seumpama itu terlebih dahulu? Jika ada dan tuhan telah memberikan petunjuk membolehkan fitnah itu diteruskan, kenapa pula kini dia kena menarik balik apa yang telah difitnahkan itu?

    Timbul juga persoalan kenapa penyelesaian kes dibuat di luar mahkamah itu pun adalah kerana LGE kesian pada ularmak mulut longkang tu. Cuba fikir jika LGE tidak menawarkan penyelesaian seperti itu dan penyelesaian perlu dibuat dalam mahkamah selepas perbicaraan, implikasinya adalah lebih parah lagi, diantaranya adalah: 1. Nilai amaun yang perlu dibayar oleh ularmak mulut longkang ini akan menjadi jauh lebih tinggi. 2. Ularmak mulut longkang ini berisiko kehilangan kelayakan sebagai ahli parlimen yang sedang disandangnya kerana hukuman denda yang tinggi. 3. Terdedah pula kelemahannya menggunakan siku dan lutut yang ada di sebalik jubah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hoi dalam PAS pun ada species Ahmad Mazlan suka buat lawak bodoh , kah kah kah teruk lagi mengaku ahlul agama wal ulamak , melayu kepundek betul depa ini.

      Delete
    2. Cer tanya apa nombor talipon Tuhan? Tanya jugak masa Tuhan bagi dia instructions, dia cakap bahasa Melayu ke, Jawa ke, Omputih ke...
      Adoiyyai, benda2 macam ni laa yang buat orang bukan Islam kata *ugama Islam* tu ugama ______. Dia orang tak kata mamat2 2 ekor ni bangang, tapi dia nampak Islam tu yang tak elok. Cukup2 laa ularmak ni menjual nama Islam. Kalau buat benda bodoh tu, jangan laa kata sebab itu petunjuk dari Tuhan pulak.

      Delete
    3. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  2. Siapa kena siku dan lutut?
    Nasharuddin@mulut longkang atau
    Lim Guan Eng@pejuang gadis Melayu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. LGE pernah dipenjarakan kerana membela kehormatan gadis Melayu. Inilah ciri-ciri Islam yang sebenar. Nasharuddin@mulut longkang pula mempermainkan Islam. Aku (Melayu) lebih respek LGE (Cina) berbanding Nasharuddin@mulut longkang (Melayu). Ooii, N@ml... jangan cemarkan Islam kerana kepentingan diri.

      Delete
  3. Jangan juai agama.Tidak payah solat sunat 2 rakaat , cukuplah berfikir 2 kali sebelum fitnah orang.

    ReplyDelete
  4. maknanya Dia hanyalah orang politik yang berjubah dan berserban. Politik melebihi segala galanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau pakai serban itu tanda berilmu, maka semua Benggali adalah ulamak.

      Delete
  5. ANGKUH ANGKUH....inilah sifat terpuji ilmuan Islam, kononnya!

    ReplyDelete
  6. Nanti bila mat rempit kena tangkap...dia kata dah sembahyang sunat...Tuhan suruh merempit...gitu ke?...nanti semua orang yg buat salah cakap macam tu....bagaimana lak?...Ini lah ulamak yg menjual agama.

    ReplyDelete
  7. mereka telah menghinakan diri mereka sendiri dan menariksama Parti yang mereka terjui .mereka ialah Tantawi dan Nik Abdoh,dimana ajaran islam yang mengajar umatnya memaafkan dan memohon maaf.malau pada bangsa kafir,tetapi kini sikapa sombong ,takakbbur telah melilit kepalanya sendiri .malulah pada DAP yang kau hina selama ini.

    ReplyDelete
  8. Dulu aku suka kat pas. Tp kalau apa yg cek budin cerita ni betul keluar dr mulut depa bkn fitnah. Tak sukanye aku kat depa ni krn mencemar imej islam....kononnye solat 2 rakaat kemudian petunjuk> bangga tak minta maaf!,

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. Jika ikut undang-undang Nasharuddin memang tidak perlu minta maaf kerana artikel yang di siarkan bukan bertujuan mendedahkan keburukan LGE. Tetapi ianya mempersoalkan mengapa PKR tidak ambil tindakan yang sama terhadap LGE seperti mana yang di ambil terhadap Khalid Ibrahim.

    Nasharuddin hanya bersetuju menarik balik sebahagian kandungan artikel tersebut iaitu berkaitan projek terowong dasar laut.

    Niat Nasharuddin ialah menyerang PKR tetapi menjadikan kes terowong sebagai perbandingan. Dan hanya Allah maha mengetahui sekiranya niat Nasharuddin 'sambil menyelam, minum air'.

    Cara pemimpin PAS memang begini. Menuduh atau mendakwa dengan beberapa perkataan dan kemudian di olah supaya menjadi 'contoh', 'macam', 'umpama' dan sebagainya seperti anjing menyalak, babi atas bukit ..

    Antara bayar denda dan minta maaf, rasa nya mana-mana orang akan pilih denda sebab dengan hanya beberapa perkataan fitnah, LGE senang-senang dapat RM 10,000. Dan yang penting ialah mengaku kesalahan dan dengan membayar denda adalah satu cara lain sebagai tanda minta maaf.

    Sebab itu kita hairan dan bersetuju dengan tuan blog, apa perlu lagi minta maaf sekiranya dakwaan telah di tarik balik dan membayar denda?

    Logiknya untuk merayu supaya LGE menyelesaikan kes di luar mahkamah dengan jumlah RM 10000 sudah tentu bermula dengan minta maaf dan menyatakan kekesalan pihak yang bersalah. Cuma tidak di rekodkan oleh mahkamah.

    Lalu ianya menjadi persoalan mengapa kamu sebagai orang Islam yang bersalah berbangga kerana tidak minta maaf?

    Jawapan Nasharuddin kerana dia telah melakukan solat sunat samada Nasharuddin berterus-terang dia mendapat petunjuk dalam solat atau dalam mimpi selepas solat, perlu kita kaji kenyataan dia betul-betul. Nanti kemudian Nasharuddin akan kata dia hanya kata dia buat solat sunat !! Cakap orang macam ini 'jumpa ular, ketuk dia dulu'..

    Orang yang mengaku buat dakwaan palsu atas kesalahan mengikut nafsu nya, boleh minta Tuhan petunjuk samada minta maaf atau tidak.?? Nasharuddin tidak insaf semasa berhadapan dengan Tuhannya malah sombong seperti mana Iblis dengan angkuhnya meminta supaya Allah izinkan pengikutnya menghasut dan menghancurkan manusia. Lalu Allah izinkan apa yang diminta oleh Iblis.

    Apa pun yang kita bangkitkan, meminta maaf ada sifat mulia sebagai seorang manusia apalagi di galakkan sangat oleh Islam. Malah apabila orang minta maaf dan kita pun sama-sama minta maaf (saling bermaaf-maafan) di beri hari yang mulia oleh Allah keatas umat Muhammad saw. supaya menjadi amalan dalam kehidupan harian.

    Sebagai akhir kata, jangan jadi kan amalan buat solat sunat menjelangnya 1 Syawal.




    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalaulah PAS mendapat project ni atau commission daripadanya tak akan berbunyi apa apa pun. Dia bising sebab dia tak dapat habuan. Itu saja.

      Delete
  11. Taraf pemimpin dan ahli PAS ialah hanya memberi kemaafan bukan meminta maaf.

    PAS sangat mulia kerana sanggup memaafkan dan melupakan segala kekejaman dan kezaliman UMNO yang lepas dan yang baru.

    Tetapi bukan untuk minta maaf..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pooodah..kafirkan orang sesuka hati mulia sgt ker tu. Bergolek golek atas jalan derhaka kepada sultan Perak mulia ker tu, Lepas ceramah tadah sejadah tadah serban minta duit kata wang jihad mulia ker tu. Wang jihad yang akhirnya masuk tembolok sendiri

      Delete
    2. woiii...maki hamun orang dalam masjid mulia jugak ker

      Delete
    3. Adakah kerana orang Melayu tidak menjadi ahli PAS atau tidak menagggotai parti PAS mereka itu bukan Islam???
      PAS ni parti atau agama? kalau parti buatlah cara parti. Kenapa perlu menjual nama tuhan. kenapa perlu melacurkan agama. Adakah amanat Tuan Guru Haji Hadi dulu dengan mengkafirkan ahli UMNO merupakan tuntutan syarak? Sahkah daripada segi syarak? Siapa dia Hj Hadi tu? Rasul ker Nabi ker? Kentut pun busuk. Kerja pun memonteng. Pakar U-Turn dalam pakatan rakyat.Makan gaji buta saja. Inikah ciri ciri seorang yg bergelar tok guru atau ulama. Atau pun inikah ciri ciri pemimpin Islam sejati? kalau nak dibandingkan di antara Tuan Guru Hadi dengan Sallahudin al Ayubi sebagai ulama, jauhnya antara bumi dengan langit.

      Delete
  12. Dengan mengait atau menjual nama Tuhan, orang akan persoalkan kenapa Tuhan begitu, tidak begini dan sebagainya.

    Bererti Tuhan melindungi dia pulak sebab dia tak perlu jawab sebaliknya Tuhan pulak yang di persoalkan. Dan dia selamat sebab jawapan nya seperti mengukur kain sehasta.

    Mungkin begitu lah jika kita ingin dapatkan perlindungan dari Allah.

    ReplyDelete
  13. Di akhir artikel ini tuan blog menulis 'ia hanya isu berkaitan watak dan kelakuan manusia yang boleh berlaku kepada sesiapa saja tanpa mengira bangsa dan agama.'

    Dalam Islam, amalan dan ibadat kita lah yang membentuk perwatakan kita dan tingkah-laku kita. Maka itu sikap Nasharuddin dan Abduh di kaitkan dengan Islam seperti mana pakaian mereka berdua juga menunjukkan mereka adalah seorang Islam.

    Walaupun isu Lim Guan Eng ini tiada kaitan dengan pertarungan antara Islam dan bukan Islam, perwatakan sebagai seorang Islam adalah di tuntut yang mana kita tidak boleh harapkan lagi dari pemimpin PAS.

    ReplyDelete
  14. Inilah contoh dari orang yg berpendidikan agama tinggi yg selalu memalukan agama suci Islam....mereka ingat orang Islam yang tidak memiliki ilmu agama setinggi mereka, tidak dapat melihat kemunafikan tersebut.

    Untuk politik semua mungkin jadi halal atau haram mengikut
    keadaan dan menjaga kedudukan parti. Bijak sangatlah tu!!

    ReplyDelete
  15. Depa ni orang cari makan..kerja paling senang jual agama la..jubah, serban, patuh shariah, halal, ayat quran tu adalah marketing tools bagi depa..yang penting masyuk

    ReplyDelete
  16. Hai..buat fitnah pun nk sembahyang minta petunjuk dari Allah. Mengikut Islam, membuat fitnah adalh perbuatn keji spt makan bangkai manusia. Patut dia buat solat taubat n ucap astakhfirlahh Al Azim 70 kali/hari selama 10 tahun atau sehinngga dosa memfitnh dampunkn Sllah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya amat setuju. Ubat memfitnah adalah bertaubat bukan sembahyang sunat hajat. Bodoh betul Pak Alim PAS ni.

      Delete
  17. Depa ni orang cari makan..kerja paling senang jual agama la..jubah, serban, patuh shariah, halal, ayat quran tu adalah marketing tools bagi depa..yang penting masyuk

    ReplyDelete
  18. agamawan akhir zaman, menjual nama tuhan pada harga yang sangat rendah. tak takut azab agaknya

    ReplyDelete
  19. Pemimpin2 PAS angkuh & bongkak. Jual nama Tuhan seperti tiada malu nya. May they rot in hell.

    ReplyDelete
  20. PAS..PAS...makin sesat.gunakan agama utk kepentingan politik.

    ReplyDelete
  21. Dia ni bukan bangga tak minta maaf tapi banggang sebab fitnah orang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. PAS fitnah orang tak berdosa. Tapi kalau orang fitnah PAS itu merupakan dosa yang paling besar.Pas menutuh pun tak haram

      Delete
  22. Jenis sesat lagi menyesatkan. Terkinja-kinja mahu kerusi dan jadi wakil rakyat tapi tidak membela rakyat. Guna agama untuk niqmat dunia. DNA Regim

    ReplyDelete
  23. Ularmak pun kena cari makan jugak...

    ReplyDelete
  24. Aku kadang2 terfikir juga perangai pemimpin2 Pas ni agaknya tidak muhasabah diri bangga tak tentu pasal cakap ikut suka je dan ia amat memalukan islam dpt pemimpin seperti ini aku rasa Pas juga akan hancur dlm Pru 14 nanti jangan nak bangga diri

    ReplyDelete
  25. Aku kadang2 terfikir juga perangai pemimpin2 Pas ni agaknya tidak muhasabah diri bangga tak tentu pasal cakap ikut suka je dan ia amat memalukan islam dpt pemimpin seperti ini aku rasa Pas juga akan hancur dlm Pru 14 nanti jangan nak bangga diri

    ReplyDelete
  26. Saddam pernah di fitnah menyimpan wmd dan susulan itu ia di tangkap dan dihukum. Dunia tahu Saddam di fitnah tetapi tiada tindakan diambil terhadap pemfitnah. Malah pemfitnah terus menghirup udara percuma tanpa rasa bersalah. Soalnya sampai bila dwi standard ini akan berakhir.

    ReplyDelete
  27. Itulah bezanya Ulamak vs Ularmak. Spesis ularmak ni ramai dalam PAS.

    ReplyDelete
  28. Kau hina aku, kau fitnah aku. Lepas tu kau canang kau la orang yg di aniaya atas nama tuhan. Nice work bro @ pemuda PAS.. Contoh masa depan kepimpinan... Ala.. Ala islamik gitu...

    ReplyDelete
  29. Penulis telah membuat analisis yg baik mengenai isu ini. Intipati keputusan kes ini ialah Nasrudin mengaku telah membuat fitnah keatas LGE melalui artikel yg ditulisnya dan besetuju membayar kos mahkamah RM10,000. Soal tak mahu mintak maaf itu adalah dari sifat sombong dan bongkak Nasrudin kerana tidak mahu dilihat tewas pada LGE. Jalan keluar yg mudah dan selesa baginya ialah dengan membawa tuhan bersama2nya dlm kemelut yg diciptanya sendiri. Dulu dia kata akan gunakan siku dan lutut tp bila dia tewas dia gunakan tuhan pula. Nasrudin, betul ke tuhan bgtahu jangan mintak maaf? Sy rasa awak tipu. Pasnie ramai lg lah org akan buat cara Nasrudin apabila mendapati diri mrk tersepit.

    ReplyDelete
  30. Satu kate solat dan satu umrah.Sat lagi gi umrah la tu.wooiii aku dah tak dapat beza pas dan ameno...bila penasihat mengunakan nasihat sendiri....2x5..

    ReplyDelete
  31. Cara umno bila tersepit dgn tuduhan yg tak dapat disangkal ialah gi mesjid bersumpah guna quran. Pas pula apabila tersepit buat solat 2 rakaat/pegi umrah ( pilih antara satu ) pastu kata tuhan suruh.....
    Mesti ingat, LGE pernah masuk penjara kerana gadis melayu.Masa tu mungkin Nasrudin baru lepas sunat, bukan lepas solat sunat.

    ReplyDelete
  32. Isu lebih besar ialah apakah terowong berkenaan telah di tender secara terbuka atau tertutup. Kalau secara tertutup kenapa? Justeru selesainya isu Nash v LGE bukanlah bermakna semuanya baik belaka.

    ReplyDelete
  33. Disgusting leaders of pas... yes those two you mentioned. Just like other pas leaders, whatever they do or do not want to do, they will use arguments related to Allah swt, Ar Rasul saw, sahabat, etc. And it seems they have conveniently forgotten that they cannot ever win anything this way - unless of course their audience is made of fools! One simply needs to look at things in context, consider so many different factors, etc. But in the case of the pas disgusting leaders (just like their counterparts in the other political party which is in power in the federal government), they just want to win the arguments - and to show to those who are still their followers that they are still the leaders to follow. Hence, it is really up to the so called their followers to raise the question: is this the kind of people who they truly believe can lead them to heaven on earth and the hereafter? If the answer is yes, could it be said that their followers truly deserve that kind of leaders? And Malaysia shall need to get worse before real and permanent change can take place so that Malaysia can be on its way to get better?

    ReplyDelete
  34. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  35. Kalau beginilah sikap Pas.
    Dalam Pru14 ramai yang akan kecundang. Antaranya;
    1. Hadi@mulut munafik@pil kuda, tak ada kerusi.
    # Ru pun dah tak rendang. Umno akan ambilalih.
    2. Nasharuddin@mulut longkang, tak ada kerusi.
    # Saifuddin Abdullah ambil balik kerusi Temerloh.
    3. Nik Abduh (kalau bertanding), hilang deposit.
    4. Ahmad Yakob, tidak ada kerusi.
    5. Amar Abdullah, tidak ada kerusi.
    Ini kerana ramai sangat rakyat dah benci Pas.
    Aku sokong Keadilan, Dap dan Amanah.

    ReplyDelete
  36. Dah salah memfitnah orang, adakah mengaibkan jika memohon maaf dpdnya. Islam suruh kita bermaaf-maafan, tak kiralah dengan yg Bukan Islam sekali pun. Ketepikan ideologi politik masing-masing.

    Tak faham apa amalan Islam yg dianuti oleh ustaz-ustaz PAS sekarang ini.

    Adakah Islam suruh kita berbangga dan bermegah-megah pula kerana tidak mahu memohon maaf atas kesalahan yang telah kita lakukan. Dosa memfitnah seseorang walaupun dia Bukan Islam tetap serius.

    Adalah Islam memandang rendah dan hina kepada umatnya yang memohon maaf bila telah melakukan kesalahan?

    Adakah ini caranya PAS nak menegakkan Islam di negara ini?

    ReplyDelete
  37. Dah salah memfitnah orang, adakah mengaibkan jika memohon maaf dpdnya. Islam suruh kita bermaaf-maafan, tak kiralah dengan yg Bukan Islam sekali pun. Ketepikan ideologi politik masing-masing.

    Tak faham apa amalan Islam yg dianuti oleh ustaz-ustaz PAS sekarang ini.

    Adakah Islam suruh kita berbangga dan bermegah-megah pula kerana tidak mahu memohon maaf atas kesalahan yang telah kita lakukan. Dosa memfitnah seseorang walaupun dia Bukan Islam tetap serius.

    Adalah Islam memandang rendah dan hina kepada umatnya yang memohon maaf bila telah melakukan kesalahan?

    Adakah ini caranya PAS nak menegakkan Islam di negara ini?

    ReplyDelete
  38. Orang yang sombong Allah tak suka tak kira lah siapa dia
    Bahaya tu

    ReplyDelete
  39. Yg bg petunjuk tu sebenarnya setan.muka setan tu sama mcm muka Nik beduh...sbb tu Nik yg ucap tahniah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg paling aku takut ialah apabila org yg bertitle ustaz atau tok guru sesat dan menyesatkan,yg ni le yg di katakan toghut

      Delete
  40. Golongan mcm ini kah yang kita hendak pilih, mengundi.. menguruskan negara?

    Naya...naya...

    ReplyDelete
  41. http://www.pas.org.my/arkib/ketua-penerangan/7362-mereka-saman-saya-mereka-mohon-selesai cerita belah dia lagi, makin pening fikir daaa....

    ReplyDelete