Sunday, 6 December 2015

SIARAN LANGSUNG UCAPAN MUHYIDDIN MALAM ESOK

Walaupun mereka yang ingin memberi sokongan kepada Muhyiddin Yassin sambil sama-sama mahu meningkatkan tekanan kepada Najib Razak, masih perlu datang beramai-ramai ke Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru malam esok, tetapi bagi yang tidak berkesempatan atau ada halangan tertentu, pilihan masih terbuka buat mereka.

Blog ini melalui kerjasama dengan rakan blogger Din Turtle, akan cuba memancarkan secara langsung ucapan atau amanat Timbalan Presiden UMNO itu bagi memudahkan lebih ramai dapat menontonnya.

Berita terbaru mengesahkan Naib Presiden UMNO, Shafie Apdal juga akan hadir di Kelab Sultan Sulaiman malam esok.

Muhyiddin sudah disekat daripada merasmikan perhimpunan sayap-sayap, tetapi beliau dan Shafie juga dijangka tidak dibenarkan berucap di majlis penggulungan perhimpunan kali ini.

Bahkan tidak mustahil kedua-dua pemimpin itu akan digantung keahlian atau dipecat terus daripada UMNO semata-mata kerana berani mempersoalkan mengenai 1MDB dan derma RM2,600 juta yang diterima Najib.

Oleh itu, kehadiran beramai-ramai kita semua amat besar maknanya, bukan saja kepada kedua pemimpin terbabit, bahkan juga demi masa depan negara ini.

#beranikeranabenar #takutkeranasalah.

Link atau pautan untuk menonton siaran langsung itu akan dikongsikan di blog ini menjelang petang esok bagi kemudahan kita semua. (SH 06/12/2015).

15 comments:

  1. Tahniah untuk semua din, muhyiddin, shahbudin dan dinturtle.

    ReplyDelete
  2. Tahniah din saya menunggu siaran langsung

    ReplyDelete
  3. Tahniah din saya menunggu siaran langsung

    ReplyDelete
  4. Terima kasih Tuan Shah. Moga live streaming esok tidak menghadapi gangguan

    ReplyDelete
  5. Tsmy masa untuk berlembut dgn Najib dah berlalu... Teruskan. Perjuangan untuk agama n bangsa diutamakan walaupun berbelion rintangan dilalui... Insyaallah

    ReplyDelete
  6. Tahniah. Tunggu siaran langsung.

    ReplyDelete
  7. Ingat Tsmy. Kalau Tsmy tak tibai najib kaw kaw. Kami akan tibai Tan sri balik.
    Ingat Tsmy....nothing to hide. Asalkan bukan fitnah.
    Sejahat jahat saya pun saya takut nak fitnah orang.
    Tapi dgn pahlawan bugis ni saya cukup fed up dgn cara dia uruskan amanah rakyat mentadbirkan negara ini serta mengurus hasil negara.
    Ingat undi bukan sebarang undi. Undi satu kepercayaan. Sokong bukan sebarang sokong. Sokong satu amanah. Jadi jgn sesekali menyakitkan hati rakyat. Jangan ingat rakyat tidak ada kepentingan dalam pentadbiran negara ini.

    ReplyDelete
  8. Haha.. masih yakin dgn mat sembab ni.. gua dah cakap.. mat sembab ni lembik.. apa la sangat nak diharapkan daripada si lembik ni..

    Karisma xder.. kene pecat, trus jadi selipar buruk. Dlm UMNO, berjuang untuk duit. Mana ada agama dlm UMNO. Berjuang sbb duit ni.. x kemana.. xdpt beg itam seorang sekepok.. sorilah.

    Gebang UMNO pong pang pong pang musti kuat,
    Palu kompang biar sampai pecah;
    Dlm UMNO ahli sendiri sudah meluat,
    Melainkan kalu2 ada beg itam berkepok2 sbg hadiah..kahkahkah..

    ReplyDelete
  9. Mamat ni la juga yg undi GST dulu.. Jgn buat2 lupa ya..

    Padan muka kene tipu dgn Mat Sembab.

    ReplyDelete
  10. Buat ucapan kat mana pun org akan datang,..cume takut jalan jem lah besok menuju ke sana,...block sane sini block sinun,..makanya,..nampak kurang la orang yang datang,...tengok live dari sini la,...jimat kos GST,..

    ReplyDelete
  11. Setakat berhimpun yang meramaikan tu orang PKR, Amanah, DAP dan PSM..baik tak payah..lain la kalo yg berhimpun tu 3 juta orang Umno..dan lebih berkesan lagi dalam perhimpunan tu diorang isytihar kuar umno ramei-ramei..tapi boleh ke Muhyidin buat atau dapat sokongan cam tu?

    ReplyDelete
  12. nak cerita apa pak....cerita pak buat kerja bodo ontok najib... jadi
    barua tdm tombangkan pak lah ontok naikkan najib....skg dah kena reject baru ingat....mintak simpati.....cukuplah..harta haram makan tak abis.....umo dah lanjut....bawak bertobat sebelum terlambat...jangan mengejar impian yg tak pasti...

    smga ALLAH merahmati almarhum tengku abd jalil

    ReplyDelete
  13. TSMY.kalau setakat nak bernostalgia tak payah lah.kau kena tunjukan yg kau bukan lembik dan kerek bila tenguk orang.kau kena ckp apa yg kau nk buat pd najib dan rancangan kau masa dpn.

    ReplyDelete
  14. Keras sikit Tok Din....biar mencacak org dengar

    ReplyDelete
  15. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete