Thursday, 3 December 2015

PAHLAWAN BUGIS LARI LAGI...

Sebagaimana yang diduga banyak pihak, Perdana Menteri Najib Razak sekali lagi mengelak untuk menjawab isu berkaitan derma RM2,600 juta yang  mengalir masuk ke akuan bank peribadinya.

Beliau yang sepatutnya menjawab isu itu di Parlimen hari ini, sebaliknya menyerahkan kepada bekas Setiausaha Politiknya yang kini dilantiknya sebagai Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi untuk mewakilinya memberikan jawapan.

Speaker Parliman, Pandikar Amin Haji Mulia juga memaklumkan bahawa tiada sebarang soalan atau perbahasan ketika Zahid Hamidi memberikan jawapan yang mewakili Najib itu.

Aduhh...sudahlah diwakilkan kepada orang lain, tiada soalan dan tiada perbahasan pula dibenarkan.

Apabila Azalina Othman Said sebelum ini memberitahu bahawa Najib akan menjawab sendiri isu berkaitan derma berbilion ringgit yang diterimanya itu di Parlimen pada hari terakhir sessi Parlimen, lebih ramai yang sangsi daripada meyakini keberanian Najib untuk berdepan dengannya.

Ia bukan saja kerana isu itu sudah berlalu begitu lama dibiarkan tanpa jawapan yang meyakinkan, tetapi pemilihan hari terakhir sessi Parlimen turut menimbulkan banyak persoalan.

Kesangsian itu menjadi kenyataan akhirnya dengan Najib langsung tidak berani walau untuk mengeluarkan satu patah perkataan sekali pun.

Jika dalam program Nothing To Hide tidak lama dulu, Najib tidak berani menjejakkan kakinya ke PWTC berikutan Tun Mahathir sudah menunggu untuk berhujah dengannya di sana, tetapi di Parlimen kali ini beliau sekali lagi menunjukkan ketakutannya berdepan Ahli-Ahli Parlimen dengan Zahid Hamidi pula ditolaknya ke depan.

Memang pelik dan tidak masuk akal apabila Zahid yang disuruh menjawab sedangkan duit berkenaan masuk ke akaun peribadi Najib. Maka, itukah sebabnya tiada soalan dan perbahasan dibenarkan?

Zahid pula dalam rumusannya mengenai wang itu hanya mengambil masa kira-kira 3 minit saja untuk menjawabnya. Begitu banyak wang yang mengalir masuk dan banyak pula persoalan yang timbul, namun hanya 3 minit saja yang mampu diluangkan.

Sampai bila agaknya Najib mahu bersembunyi dan terus melarikan diri? (SH 03/12/2015)

34 comments:

  1. Replies
    1. Berak tepi jalan mmg x salah. Tiada akta pun menyuruh kita berak dlm tandas atau di mana2.

      Jadi jelas bukan satu kesalahan atau dosa.

      Begitu juga dengan bodoh. Najib dan para menterinya berbuat bodoh. Juga bukan satu kesalahan. Apalagi diam adalah perkara yg lebih baik. Merembat dana rakyat dan berdiam diri adalah contoh yg terbaik ug mana sudah lama para pemimpin UMNO dulu kini dan selamanya melego harta negara dan rembat duit negara secara terang2an lalu kesemua apparat dan agensi2 kerajaan dilantik turut sama memainkan peranan menyokong kerja2 "baik punya cilok" ini agar kes dapat didiamkan kerana berdiam diri serta membatukan diri itu perlu dan mendapat pahala kebaikan berdiam diri.

      Delete
    2. Mana atak lari maa aa ,itu kasi tugas lain olang angkat lea aa .
      Belat punya balang memang olang selalu buat itu macam maa aa ,tatk salah apa .

      Delete
    3. Bukan sebab Najib takut. Apa yang berlaku sehingga hari ini ialah ulamak pun penakut, mufti pun penakut, imam pun penakut, ahli MT UMNO semua penakut atau sudah ambil syer masing2, lebih 3 juta orang Islam salam UMNO juga penakut. Mereka semua itu yang tidak bersuara untuk tegur Najib boleh dianggap bersubahat.

      Delete
  2. Lebih baik najib serah jawatan PM pada zahid shj..sekurangnya berani bertanggubgjawab..6 bulan da kot..pahlawan bugis ..pahlawan jawa

    ReplyDelete
  3. Adakah pahlawan Bugis juga akan melarikan diri dari perhimpunan agung UMNO sekiranya Mahathir hadir..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia akan dtg dgn tok bomoh besar dia si katek punggong besar tu

      Delete
  4. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  5. Pandikar lah dalang nya ... Mulia nya tukang cuci ponggong najis ni

    ReplyDelete
  6. Pandikar lah dalang nya ... Mulia nya tukang cuci ponggong najis ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. this blind mouse is not aware that the ship is sinking.....still happily munching rotting wood below the deck.....sick old man

      Delete
  7. Mengikut Malaysian Insider AG menasihat Najib utk tidak menjawab apa2 diParlimen,persoalan nya apa sangkut paut AG dalam kes ini,kes ini adalah kes personal ,peribadi Najib ia tidak ada kena mengena dengan kerajaan yang memerintah.Wang itu masuk kedalam kocek najib bukan kantong kerajaan.Kita kena pisahkan kes ini dari kerajaan yang memerintah .kes ini ialah rakyat lwn Najib bukan rakyat lwn kerajaan.Satu kabinet telah kena buli untuk mempertahankan Najib sedangkan kesalahan dilakukan olih beliau secara peribadi perseorangan.Nokhtah.Hanya peguam najib saja yang berhak menjawab bagi pihak Najib bukan AG. AG berkerja untuk meempertahankan kerajaan bukan PM secara peribadi. T.kasih.

    ReplyDelete
  8. Si pendikar yg tak mulia langsung tu memang sial...maafkan bahasa saya. Semua menteri persekutuan memang sial dan sundal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. anon 15.55,
      sabar anon sabar tak payah guna kata-kata kesat kepada mereka kerana sesungguhnya mereka memang manusia KEPARAT.

      Delete
  9. BUTO PAK HANG LA CAI....KIKIKI MALASYIA KINI HABAQ TAHIT LIM GUAN ENG BOLEH MAKAN..CAI KATA BTUI TU WKAKAKAKA

    ReplyDelete
  10. MP PAS berkecuali !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Depa pandai cakap bab agama saja

      Delete
    2. Mereka sekarang Tuan Penasihat kepada Regim Najib. Inilah masalahnya bila 'ulama pewaris anbia' ada walau sekelumit sifat sombong dan angkuh, merasakan kebijaksanaan tahap mursalla dan pentas ceramah mereka setaraf ilmu Obama dan Putin. Mereka merasakan mentadbir sebuah negara seperti mengurus anak-anak tahfiz atau sekampung penduduk desa. Bila 'ulama' lebih banyak bercakap dari bekerja (sebagai wakil rakyat dan pencegah mungkar) Najib makin mengila memusat kuasa dan memerah hasil negara manakala rakyat makin hidup sengsara. Pengajaran - biarkan 'ulama' terus lakukan apa yang mereka arif melakukan - menjaga jemaah dan mesjid. PRU14 hantar mereka kembali ke madrasah.

      Delete
    3. MP pas dok makan gaji buta saja. Lepas tu buah ceramah tadah sejadah tadah serban minta derma kononnya wang jihad.
      Wang jihad kepala bapak hangpa lah.

      Delete
  11. saudara...pinjam untuk blog saya ...terima kasih....http://steadyaku-steadyaku-husseinhamid.blogspot.com.au/2015/12/shahbudin-pahlawan-bugis-lari-lagi.html

    ReplyDelete
  12. Boleh dikatakan semua menteri/timbalan dah kena mandrum dengan tok sami kut?.Punahlah !.Semua kena kelentong.

    ReplyDelete
  13. Mcm salah satu sbb TSMY dibuang. Klu TSMY TPM adakah beliau akan tlg jawabkan??

    ReplyDelete
  14. Lepas ni sapa nak makan duit rasuah, guna akaun peribadi. Lepas tutup akaun tu.

    Cara yg sah utk dilakukan.

    Mahaguru dah tunjuk jalan.

    ReplyDelete
  15. Mana ntah sorang pengkomen yg kuat menyokong najib. Dia dok kata najib berani brrtanggungjawab tp TSMY jenis xbertanggungjawab. MANA P ORG TU XTAU, TIDOQ KOT....

    ReplyDelete
  16. Mcm salah satu sebab tsmy dibuang. Klu tsmy tpm adakah beliau akan tlg jawab

    ReplyDelete
  17. Najib ni sunat ke belum..kalau belum bolih buat kat Putra Jaya...ramai ramai dgn budak sekolah

    ReplyDelete
  18. Najib ni sunat ke belum..kalau belum bolih buat kat Putra Jaya...ramai ramai dgn budak sekolah

    ReplyDelete
  19. menakjubkan...seorang yang berdegar2 cakap dalam darahnya ada darah pahlawan Bugis tiba2 menjadi kecut takut....ADAKAH INI TANDA DIA BERSALAH......

    ReplyDelete
  20. KEJAYAAN nAJIB SEBAGAI pERDANA mENTERI HANYALAH MENGKAYAKAN KELUARGANYA, DAN MENGGADAI NEGARA DAN MENYUSAHKAN RAKYAT...INILAH PERDANA MENTERI PALING BURUK DALAM DUNIA....

    ReplyDelete
  21. Mana tak lari, harga lampin pon dah naik. Asyik kencing jer mana mampu nak tukar. Yang lagi lucu mengingatkan cara orang Umno mudah ditipu dan ditutup mulut. Parti yang gagah semasa Negara merdeka sekarang dah buat ahlinya macam semut tak berkaki. Lucu gila !

    ReplyDelete
  22. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete