Wednesday, 2 December 2015

MUHYIDDIN DIMINTA SAMPAIKAN AMANAT TERBUKA MELALUI RAKAMAN VIDEO


Meskipun Muhyiddin Yassin mengatakan beliau menghormati dan dapat menerima dengan terbuka keputusan MT UMNO yang tidak membenarkannya berucap merasmikan Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri tahun ini, tetapi masih kedengaran ramai yang tidak puas hati dengan perkara itu.

Ramai mengatakan tidak sepatutnya Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden UMNO dilarang merasmikan perhimpunan sayap-sayap itu kerana ia adalah tradisi yang sudah diamalkan sejak sekian lama.

Lagi pula, apa yang perlu Najib begitu bimbang dengan ucapan Muhyiddin di majlis perasmian sayap-sayap itu kerana UMNO tidak pun mengadakan pemilihan pucuk pimpinannya tahun ini.

Dalam hal ini, bagi ramai kebanyakan orang, Tun Mahathir Mohamad ternyata jauh lebih "gentleman" dan tetap mempertahankan tradisi parti apabila  membenarkan Tun Musa Hitam merasmikan Perhimpunan Agung Pemuda dan Wanita pada tahun 1987 walaupun ketika itu ada pertandingan dalam UMNO dan bekas Timbalan Perdana Menteri itu pula bergandingan dengan Tengku Razaleigh Hamzah melawan beliau yang berpasangan dengan Tun Ghafar Baba.

Berbeza dengan Najib, di sebalik tiada sebarang pertandingan dan pemilihan UMNO ditangguhkan sehingga tahun 2018, tetapi Muhyiddin sudah pun dilarang berucap bermula tahun ini iaitu kira-kira tiga tahun lebih awal daripada musim berebut jawatan.

Sekaligus ini memberi bayangan bahawa selagi Najib kekal di persada kuasanya, Muhyiddin jangan bermimpi untuk dapat peluang merasmikan Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri untuk tahun-tahun seterusnya atau berucap di mana-mana pentas parti yang lain.

Beberapa mantan pemimpin kerajaan dan bekas Ketua Pemuda UMNO yang saya temui turut berasa jengkel dan tidak faham dengan larangan yang dikenakan terhadap Muhyiddin itu.

Kata mereka, tindakan itu bukan saja memburukkan lagi imej Najib di mata umum kerana dilihat tidak terbuka, tetapi juga menyerlahkan sikap penakutnya yang kurang sesuai dengan masa serta  menunjukkan seolah-olah beliau masih ada dendam terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri yang dipecat kerana lantang mengkritiknya itu.

Dengan tidak ada ucapan perasmian oleh Timbalan Presiden sebagaimana kelazimannya, ahli-ahli Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO yang berhimpun tahun ini boleh dikira tidak diberikan sebarang amanat oleh pemimpin yang lebih dewasa untuk mereka bahas, kupas dan bincangkan demi kelangsungan perjuangan yang lebih bermanfaat.

Sekadar ketua sayap masing-masing merasmikannya, ia tentu saja berbeza dari segi nada, nasihat, intipati atau teguran yang diberikan. Apabila ketua yang melakukan perasmian, selain menggariskan mengenai halatuju sayap itu, bahkan mungkin lebih menjurus kepada penonjolan populariti semata-mata.

Barangkali ramai yang masih ingat antara intipati ucapan Muhyiddin tahun lalu yang memberi peringatan mengenai amaran masa depan yang bahaya bagi parti dan hanya kegelinciran 2 peratus pengundi saja sudah memadai untuk menjadikan UMNO dan BN sebagai pembangkang dalam pilihanraya akan datang.

Sudah tentu sebarang bentuk peringatan keras, nasihat dan teguran sebegitu rupa terhadap ahli generasi muda pewaris perjuangan tidak akan kedengaran jika ketua-ketua sayap yang melakukan perasmian memandangkan mereka lebih mengharapkan sokongan berbanding keberanian membentangkan fakta-fakta yang mungkin menyulitkan diri mereka sendiri.

Tetapi jika seorang Timbalan Presiden yang dianggap pemimpin lebih dewasa membuat teguran, nasihat, waima peringatan keras sekali pun, semua pihak dalam kelompok yang lebih muda dapat menerimanya dengan baik.

Untuk itu, oleh kerana tahun ini Muhyiddin dilarang memberikan ucapannya yang lebih berupa amanat, nasihat, teguran atau peringatan demi penerusan agenda perjuangan, semua bekas pemimpin UMNO dan kerajaan yang saya temui itu mahukan Timbalan Presiden UMNO berbuat sesuatu dan tidak hanya berdiam diri saja.

Mereka mengingatkan Muhyiddin agar jangan gundah gulana dengan sekatan yang dibuat oleh Najib itu kerana lagi banyak halangan  dilakukan terhadapnya, ia lebih meningkatkan populariti dan kerinduan orangramai terhadapnya.

Sehubungan itu, sesuai dengan era teknologi maklumat sekarang, mereka mahukan Muhyiddin mengambil kesempatan menyampaikan amanatnya kepada generasi muda dalam parti sempena Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri tahun ini dengan cara melakukan rakaman video dan kemudian menyebarkannya melalui pelbagai rangkaian media sosial popular seperti Youtube, Facebook dan sebagainya.

Penyebaran video itu pula sebaiknya dilakukan kira-kira bertepatan dengan masa beliau sepatutnya merasmikan Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri itu.

Dari situ, kata mereka, dapatlah semua pihak, khususnya generasi muda dalam parti menilai amanat perjuangan pemimpin nombor dua UMNO itu untuk sedikit sebanyak dijadikan panduan atau pedoman masa depan. Dalam masa yang sama, amanat terbukanya itu boleh juga ditujukan kepada semua generasi muda rakyat Malaysia.

Berbanding jika hanya berdiam diri dan tidak berbuat apa-apa, tetapi satu persatu sekatan dikenakan Najib terhadapnya, Muhyiddin tambah mereka, lebih mungkin dilupakan dan akan tenggelam begitu saja. (SH 02/12/2015).

17 comments:

  1. UMNO ialah Untuk Mohd Najib Only dan Untung Mohd Najib Only. 1MDB ialah 1 Malaysia Dapat Bala.

    ReplyDelete
  2. Tok Din ...keras sikit,jangan lembek

    ReplyDelete
  3. Tok Din ...keras sikit,jangan lembek

    ReplyDelete
  4. Manusia yang berakal tahu dan nampak bahawa apa yang berlaku sekarang dalam umno yang dilakukan oleh presiden dan kuncu-kuncu pembodeknya adalah tidak betul, salah Dan mempunyai ciri-ciri sifat munafik. Tidak pernah berlaku dalam sejarah umno kerana nak kekal berkuasa supaya dapat tutup bangkai-bangkai gajah, sanggup buat perbuatan khianat, Keri Dan jijik. Ingat, umno parti keramat, takkan selamat pemimpin yang khianat.

    ReplyDelete
  5. Tanda2 awal ke arah tumbangnya pemerintahan UMNO n BN..

    ReplyDelete
  6. UMNO bukanlah harta pusaka peninggalanTun Razak kepada najib untuk difaraitkan

    ReplyDelete
  7. Ini pun satu perubahaan dalam UMNO dibawah pentabiran DSN,Dia ada kuasa bagi melantik siapa yang dia suka bagi mewakili beliau.Kemungkinan ke3-3 ketua cabang itu orang yang mendapat kerpacayaan beliau.Lawan pancung ini pun perubahaan."Demokrasi dipimpin".

    ReplyDelete
  8. TSMY, buat parti baru. Cuma 30% akan kekal dalam umno, selebihnya akan ikut tan sri. Kalau tan sri dapat control umno pun, berbaloi kaaa kena defend parti yang brand nya dah lingkup? Imej umno dah tumbang, tak berbaloi tan sri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya setuju. Buat seperti mana Tun M dulu. Tubuh UMNO (Baru) (Baru)...:-)

      Delete
    2. UMNO 1.0 tanpa GST

      Delete
  9. BOSAN BOSAN BOSAN..rakyat nie sape!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak Tanya.....masih ramai lagi kah warga Malaysia ini yang waras dan berakal

      Delete
  10. Takyah buat parti baru..kuar jer ramai-ramai dari umngok tuh..PRU lambat lagi..TSMY jangan mimpi la nak jadi presiden selagi Najik dan mangkok-mangkok berayun penjilat najik mughalazah tu ade..tengok berani tak diorang rekrut mat bangla, myanmar dan nepal jadi ahli baru. Kalo ade yang kate nak selamatkan melayu menerusi umngok...korang memang la spesis terngok mengalahkan berok..macam la korang tak kene bayor gst, tol dan minyak petrol..ada bran???

    ReplyDelete
  11. Susah juga dengan sampaikan amanat melalui rakaman video.

    UMNO ni pakar edit video dan buat video yang pelakun/watak palsu seperti Muhuyiddin.


    ReplyDelete
  12. Tak perlu buat rakaman video.
    Buang masa, sebab yg datang kebanyakkannya pemakan dedak.

    Duduk senyap pun Najib n the gang dah menggelupur.
    Lupakan PAU.

    Gerakkan kekuatan cawangan bermula dari sekarang.

    Pastikan tahun depan, cawangan2 berpadu tenaga dan suara buat ketetapan menolak kepimpinan Najib dan minta dia berundur dari semua jawatan.

    Hanya cawangan2 yg dapat mengajar secara total, Ketua2 Bahagian dan Regim Najib dlm Umno dan kerajaan.

    ReplyDelete
  13. disaat najib derhaka ini, sudah pasti mahathir teringat kepada si'tuah' yg dipenjarakannya dulu.

    kalaulah Tuah(anwar) masih 'hidup'...

    ReplyDelete