Saturday, 14 November 2015

PECAT SEGERA 'ORANG BESAR' YaPEIM


Sehingga ini hanya Jamil Khir Baharom saja tampil dengan penjelasan mengenai dakwaan terhadapnya berkaitan YaPEIM. Itupun beliau tidak menafikan mengenai pemergian dan kos perbelanjaannya bersama isteri dalam lawatan ke Amerika Syarikat itu, tetapi hanya ingin menunjukkan kewajarannya berkaitan lawatan itu.

Wajar atau tidak wang YaPEIM dibelanjakan untuk seorang menteri dan isteri bagi tujuan itu terserahlah kepada kita menilainya. Tetapi masih kedengaran banyak pro dan kontranya di sana sini.

Bagaimanapun, dua "orang besar"  YaPEIM yang didakwa meraih pendapatan lumayan melalui yayasan itu masih lagi berdiam diri dan gagal memberikan sebarang penjelasan meskipun nama mereka sudah pun disebut dan menjadi perbualan secara meluas serta dakwaan terhadap mereka juga sudah dibuat berhari-hari lamanya.

Kenapa mereka masih berdiam diri?

Dalam hal ini, untuk mengembalikan keyakinan ramai terhadap YaPEIM, terutamanya mereka yang melakukan sumbangan bulanan melalui potongan gaji dengan niat untuk menyumbang kepada anak-anak yatim dan orang miskin, sesuatu hendaklah segera dilakukan oleh pihak kerajaan.

Ramai yang meluahkan keinginan untuk membatalkan potongan gaji mereka dengan YaPEIM, ia bukan saja boleh dilihat melalui luahan pembaca dalam blog ini, bahkan ramai rakan-rakan saya di luar juga menzahirkan keinginan yang sama.

Mereka rata-rata tidak ingin dan berasa tidak ikhlas lagi menyumbang kepada YaPEIM berikutan pendedahan ada "orang besarnya"  didapati meraih pendapatan bulanan yang begitu lumayan sehingga anak dan suami juga "tumpang sekaki" dengan yayasan itu.

Soalnya wajarkah  sebuah yayasan yang tujuan utamanya untuk membantu orang miskin dan anak yatim memberi ganjaran yang terlalu  lumayan kepada orang-orang tertentu?

Apakah YaPEIM tiada kawalan dari segi peraturan dan kewangan sehingga anak dan suami orang tertentu begitu mudah menjadi mewah melalui dana untuk orang miskin dan anak-anak yatim?

Dengan ini, jika kerajaan benar-benar jujur untuk mengembalikan peranan YaPEIM, sesuai dengan tujuan ia ditubuhkan, maka sewajarnya "orang besar"  yang dikaitkan menerima ganjaran lumayan itu dipecat dengan segera.

Mereka bukan saja perlu digantikan dengan orang lain, bahkan sistem gaji dan elaun yang lebih munasabah haruslah diperkenalkan di masa depan. Anak, isteri atau suami seseorang yang terlibat dengan yayasan itu tidak seharusnya dibenarkan bebas meraih sebarang laba.

Berpada-padalah diberikan gaji dan elaun jika atas nama orang miskin, anak-anak yatim serta sumbangan orangramai.

Jika tidak, selagi itulah YaPEIM akan terus dibelenggu dengan krisis keyakinan di kalangan orangramai serta dalam masa yang sama mencemarkan nama Islam, anak yatim dan orang miskin yang seolah-olah begitu mudah dikelabukan untuk kepentigan peribadi orang-orang tertentu.

Dalam jawapan Jamil Khir semalam, sayang sekali kerana beliau langsung tidak menjawab mengenai gaji dan elaun "orang besar" YaPEIM itu, sebaliknya hanya mempertahankan dirinya berkaitan lawatan ke Amerika Syarikat sahaja.

Oleh itu, kerajaan sendiri, sama ada melalui Najib Razak atau Zahid Hamidi, harus mengambil tanggungjawab segera memutuskan mengenai kedudukan orang besar YaPEIM yang secara umumnya telah membawa lumpur dan kekotoran yang memalukan itu. 

Pecat dan gantikan mereka dengan segera. (SH 14/11/2015)

34 comments:

  1. bang jamil..... dalam filim kau boleh spin bini...bole kawin sampai tiga...jadi menteri kau bole spin raayat..... spin itulah...inilah......depan ALLAH lu piker sendiri laaahh....lu menteri agamakan...agama islam pulak tuu.....

    ReplyDelete
  2. Biasalah ni. Standardard operating procedure pemimpin2 Umno dan yg berkaitan. Kuasa dan jawatan adalah untuk disalahgunakan utk diri, family dan kaum krooni. Tengok Najib pun dh tahu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  3. Berkaitan dgn pembatalan sumbangan bulan melalui potongan gaji kpd YaPIEM tu..sy dah berhubung dgn Bhg Kewangan jabatan saya utk menghentikan potongan..yg agak kelakar kita kena MEMOHON secara terus dgn YaPIEM secara bersurat dan kena menyatakan alasan utk kita hentikan potongan bulanan tersebut. Apa akan jadi jika pihak YaPIEM sengaja melengah lengah atau tidak membenarkan pemberhentian..?? Jabatan akan meneruskan potongan seperti biasa sehinggalah mendapat hitam putih dari pihak YaPIEM. Pada saya agak kelakar saya dan jabatan saya sendiri tiada kuasa utk menghentikan potongan..mungkin telah termaktub dlm term n condition semasa kita menandatangani kebenaran potongan gaji itu dahulu. Ibarat masuk perangkap. Jika hasil kutipan potongan gaji itu digunakan pada jalan yg sebaiknya spt matlamat asal penubuhan YaPIEM..kita sgt redho..tetapi jika sebaliknya..Jamil Khir jwb la sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jabatan atau pegawai tadbir kau bodoh ni. Kau yg beri arahan utk potong gaji..kaulah beri arahan untuk hentikan potongan. Itu gaji kau dan yg bayar Jabatan bukan YPIEM.

      Baik kau suruh kerani gaji atau pegawai tadbir Jabatan kau pi Hospital check kepala dia.

      Delete
    2. Yang jaga sistem gaji dan buat potongan ialah jabatan/majikan. Jika di hentikan sekali pun ada perjanjian, perjanjian tersebut antara tuan dengan YAPIEM tidak ada kena mengena dengan jabatan/majikan.

      Apa YAPIEM boleh buat jika tuan yang minta hentikan potongan gaji kerana ini sumbangan bukan pinjaman. Zakat ada orang tak bayar pun tak kena tindakan.

      Delete
  4. Alasan diberi guna duit buat lawatan utk mcm2 perkara yg satu pun kita x fhm ape manfaatnya.. siap main golf lg.. ape yg penyumbang2 yapeim dapat.. kan baik bg je duit tu direct pada yg patut diberi.. penyumbang dapat pahala.. pemegang amanah dapat pahala.. penerima sumbangan pun dapat ringankan beban mereka..ni pegi lawatan ramai2.. kalau bawak anak2 yatim dan org miskin xpe gak.. ni org2 kaya yg pegi.. apelah nk jadi agaknya.. x takut kat Allah langsung..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mereka orang kaya? Tak. Kita LĂ©bih kaya sbb kita beri sumbangan spt derma,cukai ,zakat, tol,gst etc. Mereka guna duit kita. Pru14 nanti jgn undi umnobn dah. Cukuplah mereka menipu kita.

      Delete
  5. Sedangkan Allah pun dia tak takut, apatah lagi pada penyembah Allah.. senang2 saja diperbodohkan oleh mereka.

    ReplyDelete
  6. Kemungkinan main golf di amerika bagi tujuan menderma kepada golongan anak yatim disana...kita perlu bersangka baik...xkan jamil khir yang lidah selalu dibasahi ayat suci alquran tergamak melakukan perkara terkutuk sedemikian!!!!masyaallah.....mari kita angkat jamil khir sebagai imam Khomeini ke 2!!!!hidup umno!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. peril Nampak......dia bukan paham bahasa...ingat nanti kita pro dia...naik lemak pulak

      Delete
    2. Dahsat menteri malaysia main golf sampai kat us....contoh dr tauladan dr pm lah...ikut je kalau tak Kena pecat pulak

      Delete
    3. Jadi menteri Regim Najib mesti pandai main golf.
      Main golf pulak mesti dgn Mat Salah Akidah Amerika.

      Bila lagi YDPA nak pecat Najib?

      Delete
  7. Dari segi logik nye pun..tak patut sgt dana YaPIEM diguna utk program di luar negara..byk lagi program2 bermanfaat dalam negara yg boleh dibuat. Saje je tu create2 kan program utk habiskan duit..

    ReplyDelete
  8. Orang terbesar Ya Pi EM dapat duit poket 2.6bilion secara demokratik katanya. Macai2 lain mesti hendak juga. Mana ada yatim piatu sekarang, semua sudah dalam high income economy!

    ReplyDelete
  9. Celaka btoi org2 jneh ni pegang amanah. Depa xpduli rmai lg bumiputera kt msia ni yg nk bli bawang,cabai skali ngan syampu sbotoi pun rs terbeban. Xyah harap lh najib tu nk ambik tindakan..smua ni kan bpunca dr dia. Lgpun dia tgh kalut tutup sopak n panau kt bdn sndri. Timbalan dia tu pun sm,xbleh diharap apa2..harap korek idung ja.

    ReplyDelete
  10. Mana keruak? Knp dia jadi bisu pula.?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tambah sikit...mana hadi yg nak nasihatkan umno?

      Delete
    2. hadi nak empat orang saksi baru boleh nasihat

      Delete

  11. Kita cukup 'berbangga' dengan Islam sehingga kita jadi eksyen dalam semua hal. Islam begini lah Islam begitu lah.. Ke'bangga'an kita ini macam kita ini seorang Islam yang bagus sedangkan tidak sedemikian. Yang diharap lain yang di buat lain.

    Orang bukan Islam samada yang bencikan Islam atau tidak sangat meluat dengan kita !

    Alvin Tan adalah salah seorang yang mungkin percaya Islam itu tidak seperti yang kita tunjukkan di Malaysia kerana tindakan nya seperti ada satu pattern yang sama iaitu apabila ada isu seperti pemimpin Islam kita tidak mencerminkan Islam yang sebenarnya dan membuat dia marah.

    Persamaan kita dengan Alvin Tan ialah Alvin Tan melepaskan geram dan meluatnya terus pada Kitab Al Quran dan kita melepaskan geram kita dan meluat nya kita apabila memandang atau melihat pemimpin kita yang di beri kepercayaan menjaga amanah dan menjadikan Islam dikedudukan yang mulia.

    Kita cuma kata seseorang yang masuk atau bersongkol dengan UMNO adalah orang yang sengaja masuk ke dalam tong taik.

    Tindakan Alvin Tan sangat melampau tetapi SALAH nya ialah SALAH kita sendiri !

    Bersederhana lah dalam apa juga tindakan dan dalam kehidupan ini.

    ReplyDelete
  12. Berhati-hati lah dan jangan mudah percaya dengan orang yang ada namanya berbunyi 'Khir' terutama yang memegang jawatan tinggi dan mempunyai kuasa.


    ReplyDelete
  13. Cukup cukup la pak menteri...satu malaysia sdah tau...tu belum didedahkan perlaksanaan di MAWIP..

    ReplyDelete

  14. Semasa awal penubuhan YaPIEM, tempat kerja saya menjadi sasaran untuk mendapatkan sumbangan dengan kehadiran kakitangan YaPIEM memberi taklimat iaitu membantu ekonomi orang Islam. Itu lah kali pertama saya mendengar ucapan "Jika kita bagi ikan, ikan akan habis dimakan. Tetapi jika kita bagi pancing, orang itu akan dapat ikan lagi" Dalam taklimat itu kami diberi penerangan tindakan YaPIEM ketika itu ialah membeli rumah kedai yang akan di jual apabila harga nya tinggi dan sasaran nya ialah Subang Jaya.

    Ramai jugak yang memberi sumbangan melalui potongan gaji. Saya bagi tdiak banyak mana pun tetapi mengikuti aktivi-aktivit YaPIEM dan pada tahun kedua YaPIEM telah berhenti menghantar laporan seperti jangakaan saya dan pada tahun yang sama saya hentikan potongan gaji saya.

    Setelah bertahun kira-kira tujuh tahun, ketika kematian salah seorang orang kampung saya, baru saya nampak sebuah van jenazah tertulis 'Sumbangan YaPIEM' dan yang sangat menyedihkan van tersebut jenis second-hand dengan tingkap yang rosak dan air-cond yang tidak di perbaiki. Saya belum lihat bangunan rumah-kedai yang dimiliki oleh YaPIEM kerana di tempat saya semua bangunan di miliki oleh Majlis agama.

    Kakitangan di syarikat saya secara tidak sengaja mempersoalkan tentang sumbangan YaPIEM apabila syarikat meminta sumbangan dari kakitangan untuk mebina mesjid. Persoal ketika itu ialah Apa YaPIEM buat dan akhirnya ramai yang hentikan sumbangan mereka kepada YaPIEM.

    Kita ada berbagai badan dan tindakan untuk mebangunkan ekonomi kita. Satu untuk orang melayu dan satu untuk orang Islam tetapi ekonomi orang melayu dan orang Islam masih lagi lemah.

    Antara sebabnya ialah salah guna tujuan di adakan badan kewangan tersebut dan salah urus pentadbiran untuk kepentingan beberapa orang yang berkuasa.

    Lepas tu pergi Low Yat kena tipu nak marah dan tumbuk peniaga cina.

    ReplyDelete
    Replies
    1. RALAT

      Kakitangan di syarikat saya

      Yang betul nya

      Salah seorang kakitangan di syarikat saya berkerja ...

      Delete
  15. Weblog Pencacai UMNO dgn bangga merpertahankan keburukkan mereka dgn memberi contoh pajak gadai Islam yg dibangunkan dgn duit sedekah itu, Bila pulak duit sedekah boleh buat bussines, dikumpulkan utk di sedekahkan utk anak yatim dan orang miskin, Itulah niat org bersusah payah bersedekah.
    Babi punya UMNO LAGI JIJIK DAN NAJIS NYA UMNO DAN ORANG MENYOKONG DAN BERI UNDI KAT MEREKA
    SIKIT SIKIT UMNO, SITOTOK UMNO KOMPLEN MEMANG LAH PASAL KAU YANG BERKUASA,
    CELAKA NYA MEREKA

    ReplyDelete
  16. Kalau umno masuk campur....org umno dilantik......duit zakat ke,duit tabung haji ker,duit yapiem ker.....habis depa kebas mcm harta mak bapak depa.Orang umno memang penyamun......tolak umno....tolak umno.....tolak umno

    ReplyDelete
  17. kalo x derma anak yatim susah,....kalo derma makin gemok la kaki perembat duit ni,...aku cadang kite kite bukak fan club ke ape ke,..saman pihak2 atasan Yapeim ni,...atau pun HARAMKAN segala ape yang perembat2 ni dah makan dan amek dari hasil derma org ramai,...amin,..

    ReplyDelete
  18. SHAH..Pasai pa hang nak tunggu PRU14 baru buleh pejatuhkan Najib dan UmnoBN? La ni pun buleh aiih. Kalo hang anak jantan..kasi hasut 1Malaysia..bukan ka hang bekaih orang Umno? Awat tak buat kempen besar-besaran ajak orang Umno keluaq..depa tak kena GST tak kena Tol ka?? Tulong jawab sikit!

    ReplyDelete
  19. Inilah yang orang kata, cikgu kencing berdiri, murid kencing berlari. Najib dan Zahid boleh kata apa? Takkan anak ketam mahu berjalan lurus bila melihat emak bapa mereka berjalan senget. Tapi apa pula jadi dengan anak keruak? Dah hilang suara atau hilang ide?

    ReplyDelete
  20. sdr,
    masalah ni bukan salah UMNO, tetapi org melayu yg lupa daratan. bongkak, sombong, berlagak dah jadi budaya mereka. tapi bila keluar berkempen, berceramah pasal hukum hakam, pandai pula berlakun. Hancur parti dan kerajaan kerana mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan salah UMNO jugak 100 persen, dari atas sampai yg dah masuk kubur. SERIOUS NI

      Delete
  21. Ku Nan kata rakyat jangan terpengaroh dgn berita2 yg memburukan organisasi klu begitu cakap bn n umno dan menteri saja yg betul agaknya sebab mereka ni baik2 belaka

    ReplyDelete
  22. Ku Nan kata rakyat jangan terpengaroh dgn berita2 yg memburukan organisasi klu begitu cakap bn n umno dan menteri saja yg betul agaknya sebab mereka ni baik2 belaka

    ReplyDelete
  23. Salam... dulu ada sekali kursus d putrajya pihak yapiem agresif sekali minta peserta isi & sign brg lagaknya tak beri peluang kpd peserta nak fikir-fikir mcm ambil kesempatan dan lari dpd konsep derma mendesak-desak aksinya

    ReplyDelete