Friday, 13 November 2015

MUHYIDDIN TAK JADI DIPECAT?

Pulak? Sekejap tujuh, sekejap bukan tujuh...

Pening betullah dengan Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor ini!!

Beliau sendiri yang dulu mengatakan ada tujuh pemimpin UMNO sedang disiasat dan akan diambil tindakan kerana kononnya parti sudah letih melayan pelbagai kenyataan mereka yang tidak sesuai di depan umum, hari ini lain pula cakapnya.

Siapa kata tujuh? Mungkin lebih...saya tidak tahu, katanya lagi.

Tidak pernah dalam sejarah, baik sebelum atau selepas diharamkan,  UMNO mempunyai Setiuasaha Agung yang merupakan ketua pentadbir parti yang suka cakap berbelit-belit dan berperangai sekalut ini.

Apakah dengan kenyataan ini bermakna lebih ramai ahli dan pemimpin UMNO akan diambil tindakan dalam mesyuarat MT akan datang nanti?
Siapa mereka?

Selain itu, Tengku Adnan juga mengatakan dakwaan bahawa Muhyiddin Yassin  akan dipecat menjelang Perhimpunan Agung UMNO ini hanyalah khabar angin semata-mata.

Saya tidak tahu siapa yang kata. Mungkin kamu dengar saja. Itu cuma desas-desus, tambahnya lagi.

Benarkah kenyataan terbaru Tengku Adnan ini?

Soalnya, adakah hanya Muhyiddin yang tidak dipecat dan terlepas daripada tindakan?

Bagaimana pula dengan Tun Mahathir Mohamad, Shafie Apdal dan yang lain-lain, apakah mereka turut tidak diambil tindakan dan dibebaskan sama?

Atau hanya Muhyiddin yang terlepas, tetapi yang lain-lain tetap dikenakan tindakan?

Dalam masa yang sama, apakah  jika tiada tindakan terhadap Muhyiddin, beliau masih diberi peluang untuk merasmikan Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri pada 9 Disember nanti?
Begitu juga, apakah dengan tiadanya tindakan itu, Muhyiddin selaku Timbalan Presiden masih berpeluang berucap di majlis penggulungan Perhimpunan Agung UMNO yang akan berlangsung 10 hingga 12 Disember?

Atau, barangkali hanya tindakan pemecatan atau penggantungan yang tidak diambil, tetapi peranan Muhyiddin sebagai pemimpin nombor dua dalam parti dan di Perhimpunan Agung UMNO tetap akan dikekang dan dimangsakan? (SH 13/11/2015)

17 comments:

  1. Dah mulai spin si bongok ni,
    Tu kerja org amno,hari2 cari helah tipu rakyat,
    Rykt tak sebodoh cam ahli amno,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini manusia siapa tak kenal Adnan Mansor aka Ular Sawa UMNO

      Delete
    2. Oiiii ku nan. Nak cakap besar pun cakaplah. Nak nampak gah memang dah nampak terlampau jelas sangat dah.Katalah apa yg kau nak kata sementara masa kau masih ada. Selepas pru 14 nanti kau tak akan dapat berkata apa langsung. Masa tu kau pun dah bisu. Masa tu kau pun dah jadi bangsat. Bukan kau sorang saja malah seluruh keterunan kau.

      Delete
    3. Wahai Adnan anak Mansur. Ingatlah tekala kau keseorangan nanti. Lidah kau akan menjadi kelu. Otak kau akan jadi buntu. Seluruh anggota kau akan menggigil ketakuran.

      Wahai adnan anak mansur. Bersedialah. Bahawa PRU 14 nanti pasti akan datang tanpa kau dapat menghalang.

      Wahai adnan anak mansur ingatlah kau. Masa itu tidak ada sesiapa yg dapat menolong kau lagi. Suara suara lantang kau tidak rakyat ambil peduli.

      Wahai adnan anak mansur. Ingatlah kau. Ular sawa UMNO akan belengkar saja didalam rumah bunglow yg akan menjadi sunyi dan sepi.

      Wahai adnan anak mansur. Ingatlah. Kau yg dulu bukan yg sekarang. Kau yg dulu kaki rasuah dan kaki temberang. Skrang kau akan ditendang disepak dan diterajang.

      Wahai adnan anak mansur....tolong sambung..

      Delete
  2. Apa Yg nak dipelikan Tentang Setia agong umno ni...nama dia pun leh ditukar tukar...kasian ahli umno terutama akar umbi... Cakap sikit punya ummm... Tindakan?....


    ReplyDelete
  3. Orang umno pun naik menyampah Dan meluat dengan kunang ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Woiii .....piiiiiirah ku nan ular sawa UMNO. Kerja kau melantak dan mengemokkan badan saja.Tak ada siapa pun hairan dengan kau dan kekayaan kau lah. Deiii...boleh jalanlah

      Delete
  4. Ku nan x mau pecat Allah swt ke??maklumlah lagak org umno mengalahkan pencipta mereka!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haihh jgn komen sampai ke situ tuan.. Memgikut komen tuan ni.. Tuan lebih teruk dari kunan.. Sabar la dlm bagi komentar. Jgn marah sampai gina nama Allah.. Jgn sendagurau guna nama Allah

      Delete
  5. Salah sorang lg dlm list mungkin yb jo kot...Ialah berbeza pandangan nya berkenaan kes perumahan dato keramat!!!

    ReplyDelete
  6. Siapa hairan dgn UMNO hari ini. Kalau tak sokong UMNO ada kah rakyat Malaysia atau orang orang Melayu akan mati kebuluran?

    Jangan cakap besarlah Adnan mansor.

    Yang akan jadi BANSAT selepas PRU14 nanti bukannya rakyat tetapi pemimpim pemimpin UMNO tu sendiri sebab mereka ini cari makan dengan parti. Rakyat tak pernah pun cari makan dengan parti. Selama ini rakyat tak pernah pun minta beras gula kopi dengan pemimpin pemimpin UMNO. Melainkan pemimpin pemimpin UMNO lah yg selalu minta tolong dengan rakyat. Itu pun mereka masih tak sedar diri lagi.

    ReplyDelete
  7. tuan2 para pengkritik kunang....jangan dikritik manusia yg doif.dia kurang akal, otak tade...bangun tidur asik2 piker siapa nak kena gantung....siannngggg ia ..enang, lapang.,semilang....berapa eakkkk...

    ReplyDelete
  8. Entahlah setahu aku tugas setiausaha buat kerja bukan banyak cakap itulah hebatnya umno hari ini hidup ku nan

    ReplyDelete
  9. Entahlah setahu aku tugas setiausaha buat kerja bukan banyak cakap itulah hebatnya umno hari ini hidup ku nan

    ReplyDelete
  10. Ular sawa dah nak jadi Nagaaaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salah tu.

      Ular sawa jadi ular lidi .

      Mula-mula garang umum 7 orang akan dipecat. Kemudian tolak satu. 7 - 1 = 0 lah. Dia tak sebut pun samada yang 6 lagi akan di pecat jugak.

      Delete
  11. Ada dua perkara pelik terjadi. Satu Najib akan disoal oleh SPRM dan satu UMNO tidak jadi memecat Muhyiddin.

    UMNO tidak pernah buat kerja macam ini. Apa berlaku dibelakang takbir ?? Apa rancangan baru UMNO sekarang ini ?

    ReplyDelete