Thursday, 26 November 2015

MUHYIDDIN, SEKARANG BUKAN MASANYA UNTUK MERINTIH!!

Timbalan Presiden UMNO, Muhyiddin Yassin dijangka kembali daripada luar negara pada jam 4 petang hari ini (26 November) di KLIA. Hebahan mengenai kepulangannya telah tersebar luas sejak semalam meminta para penyokongnya beramai-ramai menyambut ketibaannya itu.

Muhyiddin tidak hadir dalam mesyuarat MT 24 November lalu yang memutuskan beliau tidak dibenarkan merasmikan Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri tahun ini, sebaliknya untuk pertama kali perasmian akan dilakukan oleh ketua sayap masing-masing.

Dalam kenyataan melalui laman Facebooknya semalam, walaupun menerima keputusan MT itu dengan hati terbuka serta menghormatinya, tetapi Muhyiddin tetap meluahkan rasa kesal dengan merintih, "apa dosa saya sehingga diperlakukan begini?"

"Apalah dosa yang saya lakukan terhadap UMNO sehingga tradisi berucap yang saban tahun diberikan kepada seorang timbalan presiden UMNO dinafikan kepada saya tahun ini?

"Atau adakah ada mereka yang cukup takut dengan apa yang saya akan ungkapkan di hadapan anak muda yang dipercayai boleh meluputkan keyakinan kepada seorang pemimpin?" soalnya.

Walaupun dihalang, Muhyiddin dalam masa yang sama menyatakan akan terus bersuara dan tidak akan mengalah kerana tidak ada sesiapa yang dapat mendiamkan daripada menyatakan yang hak.

Sebagai pemimpin nombor dua dalam UMNO yang disingkirkan daripada kerajaan hanya kerana bertanya beberapa soalan berkaitan 1MDB dan derma yang diterima Najib, memang Muhyiddin berhak untuk terus bersuara, lebih-lebih lagi memandangkan isu tersebut masih menjadi perbualan di kalangan rakyat.

Tetapi, sekadar bercakap saja bahawa beliau akan terus bersuara dan tidak ada sesiapa mampu mendiamkannya, tentu saja tidak memadai.

Dalam suasana politik UMNO yang sedang gawat dan beliau sendiri tidak lagi dikehendaki oleh Najib, tetapi ramai di kalangan rakyat mengharapkan sesuatu perubahan dapat dilakukan dengan segera, sekadar bercakap dan memberi kenyataan media juga tidak lagi mencukupi.

Sekarang adalah masa untuk Muhyiddin bertindak, berjuang dan menyerang.  Kegagalannya hadir dalam mesyuarat MT 24 November lalu memang dikesali oleh sesetengah pihak kerana ia seolah-olah menunjukkan ketidakseriusannya dalam perjuangan.

Kalau pun beliau berada di penjuru dunia mana sekali pun, apakah tidak boleh mengambil penerbangan balik dengan segera untuk menghadiri mesyuarat itu?

Meskipun tarikhnya diawalkan daripada 27 kepada 24 November, tetapi perubahan tarikh itu sudah pun diketahui tiga atau empat hari sebelum itu.

Tanpa apa-apa jawatan lagi dalam kerajaan, apakah urusan di luar negara yang penting sangat sehingga tidak boleh ditinggalkan untuk menghadiri mesyuarat MT?

Bukankah jika Muhyiddin menghadiri mesyuarat MT tempohari, beliau dapat mempersoalkan secara berdepan dengan Najib berhubung tindakan tidak membenarkannya melakukan perasmian sayap-sayap itu?

Tentu tidak perlu lagi  merintih dengan menyebut, "apa dosa saya" semata-mata untuk meminta simpati. Sebagai orang lama dalam UMNO, Muhyiddin tentunya sedar bahawa perjuangan dalam politik adalah berkaitan kuasa dan sama ada "membunuh" atau "dibunuh."

Dalam politik, tidak ramai, malah mungkin tidak ada orang yang memikirkan dosa dan pahala. Semuanya hanyalah kuasa. Dosa dan pahala diri sendiri pun mereka lupa, apatah lagi untuk mengambil kira dosa dan pahala orang lain.

Untuk itu, Muhyiddin perlu berhenti merintih mengenai dosa, pahala atau mengungkit-ungkit mengenai sumbangan masa lalunya. Sejuta kali beliau menyebutnya pun belum tentu ada yang mengenangnya jika beliau masih teragak-agak untuk bertindak, hanya berani bercakap, masih selalu ke luar negara dan sesuka hati mengabaikan mesyuarat MT.

Di ketika ini, Muhyiddin juga perlu sedar sudah beratus-ratus pemimpin UMNO cawangan mulai bangun untuk menyelamatkan parti dan mendesak Najib yang dianggap sebagai liabaliti agar berundur dengan segera.

Perjuangan pemimpin akar umbi ini hendaklah disambut dan jangan dibiarkan begitu saja. Berhentilah sekadar mengeluarkan kenyataan media, tetapi jasad berada di luar negara.

Sekarang juga bukan masanya lagi untuk merintih dan memperlihatkan dirinya seolah-olah tidak berdosa dan teraniaya. Merintih dengan menyebut dosa dan sebagainya hanyalah sesuai di masjid atau surau tempatnya.

Sekarang adalah masa untuk memilih sama ada meneruskan perjuangan atau jika sayang dengan peluh dan keringat, berehat saja di rumah bersama keluarga. (SH 26/11/2015)

29 comments:

  1. Hangat2 taik ayam jer tu...muhyiddin bising bising pun tak guna,nanti nasib dia serupa anwar jugak.UMNO haramjadah dah memang camtu...dulu kini dan selama lamanya bongok.cakap la apa pun....mahathir,najib...dua2 haramjadah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Najib dgn annuar berbeza.... Jgnlah meroyan.... Satu je Yg sama Najib n annuar pentingkan diri sendiri.... Lg pun Awk ni bukan ahli umno....

      Delete
    2. najib ..najib,, arwah bapak hang dulu pun tak pernah buat terhana kat orang dan parti UMNO sampai jadi lagu ni lah.

      Apa punya manusia hang ni????

      Delete
    3. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  2. Semalam sewaktu makan dengan abang, dia mula bercerita pasal UMNO dan menyebut nama Muhyiddin. Saya terus menyampuk ' Muhyiddin tidak berguna' dan pendapat saya ini lebih kurang sama dengan Tuan Shah.

    Buat apa tanya orang apa dosa kita? Lain lah dosa yang tidak di sengajakan seperti salah faham disebabkan salah tafsir dalam berkomunikasi dengan orang lain atau dengan orang itu sendiri.

    Ada ke di larang berucap semasa perhimpunan satu dosa ? Sedangkan penceramah agama yang memberi ceramah pun ada yang dikenakan larangan, ini kan pulak ahli politik.

    Ingat pergi luar negara berlatih 'berperang' ... dan bila balik terus cakap Najib takut banyak pendedahan yang akan di ketahui oleh perwakilan atau Najib menjadi kalut pun jadi lah.

    Ingat pakai tanjak jadi pahlawan tapi rupanya baju sponsor untuk penganti lelaki !

    ReplyDelete
  3. Sebab itu lah Jawatan Tertinggi parti sesekali kena di pertandingkan. Kalau tiap-tiap tahun ikut formula yang di persetejui ini lah jadi nya.

    Yang ahli pun, sedarlah jangan main ikut buta-buta.

    ReplyDelete
  4. Ayseh tahun ni pau tertutup tak dapat la nak tayang baju mahal.beg biskin n set rambut i.der tak meriah n glamor le cem gitu.cam ner parti kita ni.kita nak glamour buang najib.kuheh

    ReplyDelete
  5. TS pi umrah la ..janganlah kutuk dia admin. tak patot betul..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang pergi umrah ialah shafie apdal, ts muhyiddin saya difahamkan pergi Jepun.

      Delete
    2. dekat je pun jepun tu
      bertolak flight pun sampai sini still awal lagi sbb perbezaan zon waktu

      Delete
  6. TS alang2 menyelulk pekasam biar sampai kepangkal lengan , memang jadi abu kalah jadi arang biar putih mata jangan putih hati ayuh kumpulkan pejuang TS lawan pemimpin umno yg curang apa lagi nak di tunggu jangan jadi TPUmno tunggul fikirkanlah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Muhyideen bukan seorang pejuang atau fighter mcm Anwar, Anwar melawan sampai Mahathir yg kuat pun terpaksa serah jawatan kpd Pak Lah...dan melakar scenario politik semasa.

      Jgm harap kan Muhyidee. Patut kalau takde telor pun, pi lah tolong Mahthir yg tua tu..belasah Najib dan gesa Najib letak jawatan. Tiap2 hari Najib malukan dan sisihkan dia..apa yang dia berani buat ialah merintih ' apa dosa say'. Macam pondan betul aku tengok Muhyideen ni. Tapi lantak lahhhh...

      Delete
    2. Paklah melakar apa bro ..bagi punah adalah ..

      Delete
  7. TS alang2 menyelulk pekasam biar sampai kepangkal lengan , memang jadi abu kalah jadi arang biar putih mata jangan putih hati ayuh kumpulkan pejuang TS lawan pemimpin umno yg curang apa lagi nak di tunggu jangan jadi TPUmno tunggul fikirkanlah

    ReplyDelete
  8. Dah boring ler dgn muhidin. Asyik gitu2 jer.. tak fight pun... mcmmana nak ganti jadi pm kalau gini hmmmm

    ReplyDelete
  9. ..jangan sampai ada bangsa lain mengecap melayu adalah bangsa yang pengecut dan tak berani melawan...!

    ReplyDelete
  10. Sdrku Shah --- alahai TSMuhyi...Muhammad ibn Abdullah@Rasulullah yg maksum & dijamin syurga oleh Allah SWT pun diboikot, diancam dgn bunuh & bagainya oleh kaumnya & masyarakatnya sendiri apatah lagi diri anda! Pasti ada hikmahnya...yang diri marhein ni tengok 'inner reflections' laaa. Allah SWT masih sayang kpd TSMuhyi! Usaha, usaha, ikhtiar, usaha, ikhtiar, doa, doa, doa last baru tawakal kpdNya. Dok gitu?

    ReplyDelete
  11. Ada dua silat:
    Silat seribu langkah - Najib N2H
    Silat pulut - Muhyiddin.

    Hanya Mahathir silat pahlawan.buka gelanggang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju dengan Kluangman
      Baca http://sakmongkol.blogspot.my/2015_11_01_archive.html
      Hanya harapkan TunM. Takkan dah umur hampir satu kurun nak cakap pasal kuasa. Fikirlah tok-tok kita bagi nasihat takkan pasal harta atau kuasa lagi tapi tentunya pasal masa depan anak cucu. Bodoh bengap orang politik ni.
      TSMY, dah ramai dah keyboard warrior. Takkan Tan Sri pun nak bising kat alamaya juga, buka silat pulut je nak lawan lanun boogees, Berpencak silat digelanggang lah demi menyelamatkan negara dan rakyat Malaysia.

      Delete
  12. Saya setuju. TSMY bukan seorang pejuang yang boleh kedepan untuk mempertahankan yg haq dan nasib rakyat. Dia boleh buat roadshow kalau dia mahu. Yg penting hendak seribu daya. Buat dalam dewan tak kan dihalang. Ramai yang nak jadi penganjur.
    Jadi macamana nak jadi PM Malaysia menggantikan najib? Kita perlukan seorang pemimpin yang berani berjuang dihadapan menegakkan kebenaran untuk kepentingan negara dan rakyat.

    ReplyDelete
  13. Admin!! kita kita bercakap senang ,tapi kita kena fikir kan juga situasi yg TSMY hadapi ,Dalam keadaan sekarang beliau perlu berhati hati ,tapi itu tak bermakna beliau tak melakukan sesuatu!! Keberanian beliau bersuara dalam beberapa pentas membalun Najib sepatut nya disambut oleh pemimpin pemimpin UMNO yg lain,Tapi malang kebanyakkan pemimpin pemimpin ini dari ketua bhg sampai pak pak menteri mengambil sikap mengunci mulut demi menjaga peut mereka. KekecewaanIni diluahkan T.Sriri dalam majlis dijohor baru baru ini. Sebenar kita simpati melihat Tan Sri .Beliau seolah olah dibiarkan bersendirian oleh pemimpin pemimpin UMNO yg lain.Bahkan majoriti bertindak sbg pengkhianat dgn menyokong pemimpin mungkar ini.Walau apa pun kita percaya Tan Sri dgn roh perjuangan nya pasti akan melakukan sesuatu demi rakyat.Cuma kita perlu memahami dalam situasi genting ini beliau perlu berhati hati dalam tindakkan nya kerani kita tahu gerombolan penyangak serigala dan ular sawa yg sedang membaham UMNO sekarang cuma mencari sebab munasabah aja untu menyingkir beliau dari UMNO.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anwar lawan tetap lawan.
      Mahathir terus berterusan menghasut.
      Muhyiddin apa barang beb? Apa dosa saya....

      Masa Anwar berapa ramai yang berpaling tadah termasuk lah Zahid, Zambry, bahkan mereka yang telah ber'perang' dengan Anwar pun tinggalkan Anwar.

      Mahathir sendiri pernah mengatakan dia bersendirian melawan Najib. Tapi Mahathir terus kan sehingga dalam rakyat tidak mahu bersama Mahathir. Mahathir tetapi turun Bersih. Mahathir buktikan yang Najib dah tarah habis negara tercinta ini.

      Kita cakap senang .. Nak jadi macam kita cakap senang jangan nak jadi pemimpin baik yang atas atau yang bawah kerana pemimpin ada tanggung jawab. Lebih baik Muhyiddin letak jawatan dan jadi macam Ku Li.

      Delete
  14. Ikut suka hati najib la..dia da lulus sokongan utk belanjawan 2016 aka undi xpercaya. UmNO BN sokong solid..dimana muhyidin, shafie and kuli..seblum nie berdegar2 konon nak bela rakyat marhaen..kesian la kami nie..nak servis moto cabok pun da truk kena tekan harga..GST n harga matawang jatuh.

    PAU UMNO utk cari makan bukan benar2 tradisi bela.julang.rakyat malaysia. Yang kenyang kelompok mereka shj. Rakyat dilembukan..aka goyim shj.

    ReplyDelete
  15. Anyone of u can check Muhyiddin...he got enough "telooo" or not?. Look like he has 1/2 "teloo0" only. IQ high is nothing if EQ zero. Pls ask Muhyiddin to find his missing "telooo" before a big snake do it. Dont too late maa...

    ReplyDelete
  16. Dah terlambatlah......seorang pemimpin mesti berani mengambil risiko........jika tidak ikut sajelah.......

    ReplyDelete
  17. Kalau macam ini cara Muhyiddin memang tidak salah lah MT dan Ketua Bahagian tidak menyebelahi Muhyiddin. Kalau Anwar atau Mahathir meraka yakin lah jugak pertarungan habis-habisan. Silap haribulan kalau Najib buat rundingan dengan Muhyiddin yang bersuara dengan cara macam ini, mereka yang jadi mangsa.

    ReplyDelete
  18. Buat kawan TSMY punya cara sendiri x da telor kah, bukan pahlawan kah, x mau berperang kah, meraih simpati kah akhirnya semua ahli2 UMNO, BN tahu MT yg di pengerusi oleh Najib telah memutuskan untuk setuju sayap2 merasmikan oleh ketua2 mereka. Seolah2 sayap2 yg inginkan perubahan malah perubahan turut berlaku Timbalan Presiden tidak perlu untuk merasmikan sayap2. Andai kata hadir pun masih tiada kesan kerana majoriti MT setuju nak lawan apa nya. X perlu lah nak apikan apa tindakan TSMY agar lebih agresif berani provok lah ahli2 cawangan buat undi kepada bahagian cepatkan pemilihan apabila bahagian dapat undian mereka perlu hantar ke MT untuk percepatkan pemilihan dah mansuhkab penangguhan. Mana2 yg beri komen bagus tu jika berani tunjukkan diri sendiri jangan duduk balik tadbir mari bersama2 berjuang dan melawan sebagai perjuang jati. Jika benar2 ikhlas beri pelbagai cadangan apa benda bagai nak bersuara. Pentas yg paling afdal pun dinafikan nak buat di luar janganlah macam orang tidak punya pendidikan. TSMY di lantik oleh ahli2 jadi biarlah ahli2 yg menentukan kedudukan beliau jangan sembang kalah menang adat jadi mana2 tu yg nasihat bagai mari turun sama2 ye lah dosa pahala dalam islam dosa dalam politik kiasan takan lah x faham. TSMY masih ahli UMNO, BN totok maka beliau akan bersuara ikut cara perlembagaan UMNO, BN masuklah ahli dulu kalau belum kot ye ahli mungkin x update perlembagaan terbaru kot

    ReplyDelete
  19. budin, nak tanya sikit lah. masa nak buang pak lah dulu, agak2nya sapa dia orangnya yang jadi hero?

    ReplyDelete
  20. Saya yang menulis..

    Budin awok duduk kerusi empuk menaip laptop sambil minum kopi O memang keje mudah.

    Apa sahaja pandangan 2 sen Budin yang terlintas ketika itu dilontarkan memang mudah apatah lagi dah bertahun buat keje ini.

    Lihat.. sentimen pembaca mudah awok pengaruhi dan mengalih perhatian buruk dari Najib ke TSMY.

    Kadang2 fikir awok ni macam 'bodoh tak boleh diajar dan pandai tak boleh diikut'.

    Biar saya terangkan kenapa TSMY tidak menghadiri mesyuarat MT yang memang telah terlambat kononnya dipercepatkan dan kenapa perlu merintih?

    Memang benar tarikh dipercepatkan melalui hebahan whatsApp telah diketahui 3 atau 4 hari sebelum itu_/

    Memang benar juga keputusan tidak membenarkan TSMY merasmikan sayap2 parti telah diketahui lebih lama dari 3 atau 4 hari_/

    Maka Najib memang tidak mahu TSMY hadir dan lembu2 dia dah sepakat dengan ketetapan Najib menyekat TSMY berucap!

    Kenyataan Budin mengatakan merintih mengenai dosa hanya sesuai di masjid atau surau menguatkan andaian saya bahawa anda memang 'bodoh sombong tak boleh diajar walaupun kurang ajar'!.

    Sungguh sempit pemikiran anda.. Luaskan sedikit dengan memberikan cadangan yang lebih bernas pada TSMY di masa akan datang.

    ReplyDelete