Thursday, 19 November 2015

"CARI MAKAN", "TAK CUKUP MAKAN" ATAU "MAHU LEBIH MAKAN"?

Siapa pun yang mengikuti rentetan kemelut berkaitan1MDB, pasti tidak dapat mengelak daripada bersetuju tentang perlunya ahli perniagaan Jho Low dipanggil untuk memberi keterangan untuk merungkai pelbagai isu berkaitan syarikat pelaburan bermasalah dan sarat hutang itu.

Ini kerana meskipun namanya tidak tertulis secara rasmi dalam 1MDB, tetapi seperti mana pernah dilafazkan oleh Khairy Jamaluddin, "cop jarinya tetap ada di seluruh tempat" melibatkan syarikat itu.

Lantaran itu, KJ pada 20 Mei 2015 lagi menegaskan perlunya Jho Low dipanggil untuk memberikan keterangan kerana beranggapan, penglibatannya terlalu besar untuk diabaikan.

Kenyaaan KJ itu kemudian disambut oleh Pengerusi PAC ketika itu, Nur Jazlan Mohamed pada 10 Julai 2015 yang mengatakan Jho Low akan dipanggil mengadap jawatankuasa bagi memberi keterangannya.

Menurut Nur Jazlan yang barangkali kerana ketegasannya itu telah dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri pada 28 Julai 2015, meskipun nama Jho Low tiada dalam 1MDB tetapi kedudukanya tertulis dalam lembaga penasihat Terengganu Invesment Authority atau TIA berdasarkan laporan interim Ketua Audit Negara.

TIA adalah syarikat asal sebelum ia ditukar nama kepada 1MDB.

Namun apabila Hasan Ariffin dilantik mengetuai PAC, lenggok nadanya jelas berbeza dengan mengatakan tiada keperluan pula memanggil Jho Low memberi keterangannnya.

Selain mengatakan Najib Razak tidak perlu dipanggil untuk memberi keterangann kepada PAC, Hasan juga berkata, Jho Low turut tidak akan dipanggil kerana ia tiada dalam skop siasatan jawatankuasa itu.

Tentu menghairankan mengapa pendirian PAC boleh berbeza-beza hanya dalam tempoh tidak begitu lama sedangkan perkara yang disiasat adalah isu yang sama?

Apakah ini memperlihatkan seolah-olah Jho Low mahu dilindungi?

Beberapa hari yang lalu pula, Kementerian Dalam Negeri dalam jawapan bertulisnya di Parlimen turut menyatakan Interpol Malaysia tidak dapat mengesan di mana beradanya Jho Low ketika ini.

Jawapan kementerian yang diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi itu juga menjelaskan, tiada siasatan sedang dijalankan oleh polis terhadap jutawan itu serta tiada permohonan daripada mana-mana pihak untuk mengesannya.

Sekali lagi, jawapan ini juga seolah-olah mahu melindungi Jho Low dan mengajak rakyat untuk bersetuju bahawa tiada keperluan untuk mencari dan memanggil ahli perniagaan tersebut.

Bagaimanapun, jawapan bertulis itu dinafikan oleh jurucakap Jho Low yang mengatakan spekulasi sebarang bantuan diperlukan untuk menghubungi ahli perniagaan itu adalah tidak berasas kerana pada Ogos 2015, SPRM pernah menghubunginya  untuk mendapatkan bantuan daripadanya.

Berikutan itu, kata jurucakap itu, wakil Jho Low dengan segera menghubungi SPRM dan terus sentiasa berhubung.

Bermakna, sama sekali tidak tepat jawapan bertulis Kementerian Dalam Negeri di Parlimen bahawa Jho Low tidak dapat dikesan di mana beradanya dan perlu sebarang bantuan Interpol Malaysia untuk menghubunginya disebabkan SPRM sudah sedia berhubung terus dengannya.

Jho Low nampaknya bukan saja meneliti semua perkara yang berlaku di Malaysia yang melibatkan dirinya dan pantas memberi reaksi jika ada keperluan, malah mengesahkan dirinya bukanlah sukar untuk dicari atau dihubungi.

Tetapi, kenapa PAC yang diketuai Hasan Ariffin dan Kementerian Dalam Negeri  yang diterajui Zahid Hamidi bagaikan berebut-rebut menunjukkan mahu melindungi Jho Low?

Seorang mengatakan tidak perlu dipanggil untuk memberi keterangan, seorang lagi pula menyatakan tidak dapat dikesan dan tiada permohonan untuk mencarinya.

Apa tujuan dan kemahuan di sebalik kenyataan yang berbeza-beza ini?

Adakah ini yang dinamakan kenyataan "cari makan" atau isyarat "tak cukup makan" atau barangkali mahu "lebih makan"? (SH 19/11/2015)

16 comments:

  1. Sejak , mantan AG Gani patail di pecat , pasukan task force di rombak , Penyiasat penyiasat SPRM dan BNM di tahan dan diganggu siasiatan mereka , serta pengurusi PAC dan ahli ahli nya di tukar , keadaan telah berubah sama sekali , semua lantikan baru sama ada AG baru ,pengurusi PAC baru dan ahli ahlinya serta TPM baru bukan lagi menjurus untuk mencari kebenaran dan menyelesaikan kes penyelewengan 1MDB ini , tapi rakyat nampak jelas mereka yang di lantik hanya untuk menutup terus penyelewengan tersebut , Ini kerana standard PM najib adalah sama dengan standard pemimpin pemimpin korup dari sesetengah negara Afrika . Kita akan lihat sepanjang Najib masih perkuasa sehingga PRU 14 pada 2018 , Najib , individu individu yang dilantik tadi serta menteri menteri akan setiap masa cuma menipu ,menyeleweng fakta dan meperbodoh rakyat kalau menyentuh hal 1MDB dan wang RM 2.6 billion yang masuk akaun Najib. Negara ini akan sakit dan nazak dalam senyap dan dilitupi pembohongan pemimpin.

    ReplyDelete
  2. Jalan-jalan cari makan...kita 1Malaysia sedang kena liwat dengan rakusnya dan tiada apa yang kita bolih buat.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam2 boleh buat en.lat.....persoalannya BERANI ka????

      Delete
    2. apa yang dah tak di buat Dari Majlis Raja-Raja, Mahathir, Khairudin hingga cawangan UMNO semua kantoi setengah jalan.

      Ini bukan sekadar berani atau tidak, Kita telah membangun dan banyak kemajuan. Kalau macam Afrika atau Pakistan boleh lah ..

      Tapi sampai ke satu tahap akan sampai juga keberanian tersebut

      Delete
  3. Satu pertanyaan saja tapi jawapannya bermacam macam.
    Apa kita panggil jawapan yang sebegitu?
    Budak sekolah rendah pun tahu. Jawapan sebegitu namanya dolak dalik.
    Tak habis habis dengan berdolak dalik. Bohong.... Bohong.... Bohong... Bohong....
    Tipu.....Tipu.....Tipu.....Tipu.....
    Bohong siapa? Bohong rakyat
    Tipu siapa? Tipu rakyat.
    Kerja apa? mencuri
    Curi apa? Curi makan
    Makan apa? Makan harta rakyat.

    ReplyDelete
  4. Bang.. penyakit yg membusung selama ini dan membengkak disana sini tu, obatnya satu je bang, cabut je satu 'duri' yg tertusuk dalam daging tu, lambat laun baik lah semua penyakit2nya..

    ReplyDelete
  5. Bawak balik jho low ibarat siasat rosmah.....rakyat bukan bodoh la!!!!

    ReplyDelete
  6. Kesimpulan nya cina harami ni gitu kebal ! Dilindungi! Apa pasal he? Tentu ada "BIG THING" disebalik keKEBALan nya tu!

    ReplyDelete
  7. Gomen yang bodoh sudah pasti hasilkan kerja kerja yang bodoh....

    ReplyDelete
  8. Kalau betul lah kenyataan wakil Jho Low tu makna nya sekali lagi Zahid Hamidi ni ditangkap berbohong! Setelah berbohong isu guling kerajaan, dan dakwaan konon dia jumpa penderma 2.6 billion tu.Ini lah jenis PM & TPM yg kita ada hari .Yg satu kaki sapu ,yg satu lagi kaki kelentong

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu pun ada hati nak jadi PM...Malulah woiiiiiii cakap orang putih macam nak nazak

      Delete
  9. Jangan dok percayalah kepada menetri yang tak tahu cakap bahasa orang putih ni. kalau dia dah jumpa dengan tok arab tu, bahasa apa yang dia gunakan?
    Semuanya bohong. Professional kaki pembohong
    Dia ingat rakyat Malaysia ni semuanya bodoh macam dia

    ReplyDelete
  10. Ahmad Said bekas MB Terengganu pernah kata akan mendedahkan kisah Terengganu Invesment Authority apabila 'tiba masanya'.

    Mana dia ? Dah tiba masanya ke belum lagi ?

    ReplyDelete
  11. Jho Low bukan di lindungi tetapi tidak di jemput kerana Jho Low boleh dikesan dan pernah menghubungi SPRM selain dapat di hubungi memlaui wakli nya sebagai jurucakap.

    Kedudukan Jho Low tertulis sebagai lembaga penasihat Terengganu Invesment Authority . Ini bererti Jho Low hanya penasihat dan bukan pembuat keputusan.

    Jho Low di persalahkan seolah-olah telah melakukan kesalahan pecah amanah atau di lepaskan supaya maklumat mengenai 1MDB terhad.

    Kalau macam ini PAC bererti Pantang Ajak Cari-makan !!

    ReplyDelete
  12. Pada aku hasan kata cari makan zahid hamidi kata interpol tak boleh cari nampak sangat org melayu ni memang bodoh di pergunakan cina jho low kalu nak beri alasan pun biarlah diterima akal ameen

    ReplyDelete
  13. Pada aku hasan kata cari makan zahid hamidi kata interpol tak boleh cari nampak sangat org melayu ni memang bodoh di pergunakan cina jho low kalu nak beri alasan pun biarlah diterima akal ameen

    ReplyDelete