Wednesday, 11 November 2015

ANTARA NAJIB/ROSMAH DENGAN MAHATHIR/HASMAH, SIAPA LEBIH MEWAH?

Tidak sia-sia Perdana Menteri, Najib Razak melantik Salleh Said Keruak sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia. Beliau nampaknya sentiasa saja cuba menjawab apa juga serangan Tun Mahathir Mohamad terhadap "bosnya" itu, meskipun kadangkala hujahnya jauh tersasar dan  seperti "asal ada  jawapan"  sahaja.

Malah melihat caranya menjawab dan "spin" hujah, Salleh juga sepatutnya diberikan jawatan tambahan sebagai Ketua Penerangan UMNO menggantikan Ahmad Maslan yang bagaikan sudah kurang menyerlah sejak kebelakangan ini.

Seolah-olah yang penting bagi Salleh bukan sama ada hujah dan faktanya boleh diterima atau tidak, tetapi beliau mesti dilihat ke depan dalam mempertahankan Najib.

Dalam mengulas cadangan Tun Mahathir bahawa mahkamah sepatutnya menerima gaya hidup mewah sebagai bukti wujudnya elemen rasuah, Salleh sebaliknya berkata, jika cadangan tersebut diterima ia mungkin menyebabkan kehidupan bekas Perdana Menteri itu sendiri berakhir di penjara.

Ini kerana, katanya, keluarga Tun Mahathir sendiri terpaksa membuktikan mereka tidak mengamalkan rasuah berdasarkan gaya hidup yang dijalani jika perkara itu dilaksanakan atau terpaksa dihumban ke penjara.

Cuba mempertahankan hujahnya lagi, Salleh berkata, cadangan itu juga akan membuatkan sesiapa tidak selamat lagi kerana boleh ditangkap dan didakwa hanya berdasarkan kereta yang dimiliki atau rumah yang mereka tinggal.

Dalam hal ini, barangkali kerana terlalu ghairah ingin mempertahankan Najib sehingga Salleh tidak menyedari bahawa kakitangan awam yang mengamalkan gaya hidup tidak sepadan dengan pendapatan mereka memang terdedah kepada pemantauan dan penyiasatan pihak berkuasa.

Maka, cadangan Tun Mahathir itu tidak ada yang peliknya, cuma ia perlu diperkukuh dan diperkemaskan lagi, bukan saja melibatkan kakitangan bawahan tetapi juga pegawai atasan dan pemimpin politik termasuk Perdana Menteri dan ahli kabinetnya.

Selain itu, untuk Salleh mengatakan Tun Mahathir mungkin turut sama dipenjara berikutan cadangan itu adalah juga tidak tepat kerana sepanjang 22 tahun berkuasa, beliau dan isterinya, Tun Siti Hasmah tidak pernah sama sekali dikaitkan dengan kehidupan mewah, membeli perhiasan mahal, boros berbelanja, membeli pakaian yang gemerlapan, kenduri-kendara yang gemilang atau yang seumpamanya.

Kedua-duanya hanya mengamalkan gaya hidup yang sederhana dan bersesuaian, bahkan Tun Siti Hasmah tidak pernah menjadi bahan perbualan atau cemuhan rakyat kerana kemewahan atau boros berbelanjanya.

Kalau ada pun yang dikaitkan dengan kekayaan dan kereta mewah hanyalah anak-anak Tun Mahathir yang memang diketahui terlibat dalam pelbagai jenis perniagaan.

Tetapi Tun Mahathir dan Siti Hasmah secara peribadi tidak ada kedengaran dikaitkan dengan cincin mahal, gelang mewah, pakaian ratus-ratus ribu atau dakwaan memiliki wang juta-jutaan dalam akaun bank peribadi mereka.

Kenduri-kendara atau majlis kahwin anak Tun Mahathir bukan saja tidak pernah diperbualkan orang kerana kemewahan atau kosnya, bahkan ramai yang tidak menyedarinya pun bila ianya diadakan.

Anak-anak atau ahli keluarga beliau yang hidup mewah kerana terlibat dalam perniagaan tidaklah menghairankan kerana ia lebih kurang sama saja dengan adik-adik beradik Najib sendiri yang  terlibat dalam perniagaan serta perbankan dan turut sama mengamalkan gaya hidup mewah.

Yang dipertikaikan bukannya kemewahan ahli keluarga yang jelas ada perniagaannya, sebaliknya ialah bagaimana Najib dan isterinya boleh berbelanja mewah dan anak-anaknya pula yang tidak diketahui jenis perniagaannya tetapi tiba-tiba dilaporkan boleh memiliki hartanah mewah di luar negara.

Oleh itu, kenyataan Salleh bahawa jika kehidupan mewah dijadikan sandaran wujudnya elemen rasuah akan menyebabkan kehidupan Tun Mahathir sendiri akan berakhir di penjara adalah tidak tepat dan tersasar sama sekali.

Yang mewah, memilik kereta dan rumah ialah anak-anak Tun Mahathir yang memang terlibat dalam perniagaan, sama seperti adik-beradik Najib juga.  Isteri dan anak-anak Perdana Menteri sekarang apa pendapatan dan perniagaan mereka?

Tetapi kehidupan peribadi Tun Mahathir dan Siti Hasmah cukup sederhana dan tidaklah semewah Najib dan Rosmah yang bukan saja menjadi bualan rakyat dan media dalam negara, tetapi turut disoroti di seluruh dunia. (SH 11/11/2015)

25 comments:

  1. Keruak pun perlu sprm siasat suku sakat nya kat sabah, sepatutnya dia dilantik jadi menteri punahsihat d pej pm atau menteri cangkul penjilat

    ReplyDelete
  2. Keruak tidak puas hati sebab pernah jadi Ketua Menteri Sabah hanya selama 2 tahun sahaja.
    Dia gagal dalam melobi untuk terus berkuasa selama lamanya.
    Apabila Musa Aman dipilih untuk menjadi Ketua Menteri yg kekal sehingga hari ini. Keruak tidak putus putus mengampu Najib sehingga dia dapat jawatan menteri di Persekutuan.
    Namun nafsu serakahnya tidak pernah puas. Keruak tetap mengidam jawatan Ketua Menteri Sabah sehingga sekarang. Dia paling takut jawatan itu jatuh kepada Shafie Apdal. Maka dia berpakat dgn Musa Aman untuk menjatuhkan Shafie.
    Inilah wajah keruak yg sebenar benarnya.Dia sanggup buat apa saja untuk Najib semata mata untuk mencapai impiannya untuk menjadi Ketua Menteri Sabah semula.
    Keruak ni pun playboy. Tapi sayang dia ni hanyalah playboy tua sahaja.Nak tahu siapa keruak ni? Tanyalah orang sabah sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan keruak namanya, tapi kera !! Menteri-menteri yang ada sekarang semuanya kaki bodek, jilat dan sapu..Nak jadi menteri atau timbalan menteri di Malaysia, tak perlu bijak pandai tapi dengan hanya satu syarat....pandai bodek, jilat dan sapu..itu saja.............

      Delete
    2. dan mesti pandai menipu....

      Delete
  3. Jangan-jangan rumah Salleh Keruak lebih besar dari rumah Mahathir.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kecik aje..semua sama..spt kata s.samsuddin.6 kaki dalam 6 kaki panjang dan 3 kaki lebar..tapi keruak x ckp apa-apapun ttg rumah yg semua org akan tinggal...!

      tu lah rumah abadi seblm dihitung kelak...keruak!!

      Delete
  4. Woiiii. Bajau. Makan boleh sebarang makan. Cakap jangan sebarang cakap.!!!
    Kami anak Melayu cakap pun berlapik.Siapa kau nak penjarakan Tun Mahathir hah keruak?Sekalipun kau Raja Bajau kau ingat kami gentar? Sedar sikit asal usul kau siapa? Jangan cabar Melayu keruak.

    Tun Mahathir 22 tahun menjadi Perdana Menteri Malaysia. Kau pula hanya 2 tahun saja pernah jadi ketua menteri sabah. Cermin muka kau bajau. Tengok rata ker tidak. Ukur baju dibadan sendiri.

    Kau jadi ketua menteri pun atas ehsan UMNO yg tolong Sabah. Kalau tidak sampai sekarang ini jawatan itu dipegang oleh Pairin Kitingan (PBS). USNO lemah dan berkubur sebab adanya orang macam kau.Semasa Tun Mahathir membuat keputusan untuk kembangan UMNO ke Sabah USNO ketika itu dah jadi nyawa nyawa ikan.Hidup segan mati tak mau. Woi..Bajau. ..Daripada zaman bapak kau jadi ketua menteri sabah sehingga ke zaman kau. Kota belud tu tetap pekan koboi juga.Bangunan rumah kedai pun kayu saja.

    Woi...Bajau. Siapa yang paling banyak harta di Kota belud.???? Tanah tanah di kota belud tu siapa punya?? Dulu Tun said nak bayar cukai tanah saja pun seminggu pun belum selesai. Tiap tiap hari naik turun pejabat tanah. Itu baru tanah di Kota Belud saja.


    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini keruak bikin malu sama orang Sabah shj. Menteri jawatan besar dan penuh tanggongjawab terhadap rakyat & Negara dibawah Kementeriannya. Gaji pun lumayan dari cukai rakyat.

      Tapi kerjanya ampu, bodek dan mempertahankan Najib shj, Ini macam macai prepaid blogger Umno shj tahap dia. Baik Najib bayar gaji dia.

      Delete
    2. Dia ni buat PHD pun dalam bahasa Bajau

      Delete
  5. Terbaharu Salleh Said Keruak berhujah rakyat Malaysia masih mahukan Mohd Najib Abd Razak sebagai PM. Menteri yang masuk Parlimen ikut pintu belakang ini berjaya mengangkat dirinya sebaris kedunguan Ahmad Maslan, Ismail Sobri dan terbaharu Abd Rahman Dahlan. Konsultan Yahudi mana pula yang kerajaan/Salleh upah mengkaji Najib masih layak jadi PM.

    PRU13 52% (barangkali lebih kerana bukan semua pengundi di Sabah dan Sarawak mengundi BN kerana Najib) terang-terang menolak Najib. Kajian terbaharu menunjukkan sokongan kepada Najib jatuh di bawah 40%. Majlis Raja-Raja pula sudah memberi 'signal'. Bahagian rakyat mana yang masih mahukan Najib sebagai PM? 1.5 juta warga Bangladesh yang bakal menjadi warga Malaysia?

    Ini yang dinamakan dungu maksima. Tidak menghairankan, seperti kata Dr Mahathir Mohamad, bijak pandai berpihak pada pembangkang. Faham-faham sendirilah yang tinggal dan masih menyokong BN ini spesisnya apa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini Menteri bodoh dari Kabinet 1MDB. Kerja rakyat bayar gaji tapi ampu dan bodek Najib siang malam. Patut dia pi cuci berak Najib siang malam.

      Delete
    2. spesis kera yang hampir pupus !!

      Delete
    3. Baru 2 tahun pernah jadi ketua menteri sabah dah nak cakap besar. Cermin cerminlah muka tu terlebih dahulu keruak

      Delete
    4. 2 tahun saja jadi Ketua Menteri Sabah....Ada PHD pun 2 tahun saja....kah...kah...kah..
      Geli hati aku...Keruak lebih baik kau jual ubat kuat kat tepi jalan tu atau jual ikan masin kat pasar malam sajalah.

      Delete
  6. Siapa makan duit haram jawablah di akhirat nanti dan siapa yg mulut celupar tu tunggu sajalah balasanya sama ada di dunia dan akhirat amin

    ReplyDelete
  7. Siapa makan duit haram jawablah di akhirat nanti dan siapa yg mulut celupar tu tunggu sajalah balasanya sama ada di dunia dan akhirat amin

    ReplyDelete
  8. Rakyat sabah hidup mewah ke? Taraf hidup orang kota belud macam mana? Semua kampong ada jalan tar, elektrik, public phone, air? Apa rekod dia masa jadi KM sabah? Sedar laaaa diri tu sikit, nak jadi pemimpin nasional, negeri sendiri standard chow kit jerr.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mulut jangan celupar sangat Keruak. Di Kota Belud bolehlah kau bercakap bergitu, semuanya suku kaum kau saja. Bolehlah kau jadi jaguh kampong.
      Apa industri yang ada di kota belud tu selain daripada parang. Apa kekuatan ekonomi kota belud selain daripada lumba kuda dan sabung ayam.
      Ada hyper market ker kat kota belud tu melainkan tamu.
      Berapa puloh tahun kau jadi Adun dan MP di kota belud tu daripada zaman bapa kau sendiri Tun Said.Selepas ni anak anak kau pula. Ada apa apa kemajuan ker?

      Sekarang kau datang ke KL nak tunjuk pandai. Apa kepandaian kau? Apa KPI kau? Setiap masa main blog saja.Kerja hakiki kau tak buat. Makan gaji buta saja. Dasar bajau yang tidak tahu malu.

      Jaga mulut kau tu sikit bajau.

      Delete
  9. pak budin, sori to say......tajuk perbincangan seperti menghina raayat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa kau baca tajuk shj ke?? Isi dia kau tak baca ke???

      Isinya menghina orang Sabah..sebab Salleh Kruak, menteri yg kerjanya ampu, bodek dan pertahan Najib shj.

      Delete
  10. Pernah ada orang bertanya 'berapa cukai yang perlu dibayar oleh Najib dan Rosmah' kerana ada keraguan pengutip cukai negara mengecualikan Najib dan Rosmah dari di kenakan cukai. Adakah Najib tidak mengistiharkan harta yang di milikinya selama ini ?


    ReplyDelete
  11. Menteri yg tidak boleh menutup mulut kerana giginya sangat panjang sebab itu suka sangat bercakap yang lalok. Dia ingat Bajau itu hebat ke? Tamadun apa yg kaum Bajau cipta? Mana sejarah kehebatan ekonomi, sosial yg kaum Bajau buat? Orang sekarang lumba F! dah bukan lumba kerbau lagi tau tah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia lumba kuda...dengan sabung ayam

      Delete
  12. Bukan Salleh Keruak tapi Salleh Keduak

    ReplyDelete
  13. Salah seorang Menteri Kabinet Cap AYAM yang baru bagi menggantikan seorang Menteri Cap AYAM yang telah di singkirkan oleh NAJIB........

    Jangan lah nak membodek sampai rakyat yang kat kampung pun tahu... akan sikap Menteri cap AYAM nie.....

    ReplyDelete