Monday, 23 November 2015

ADAKAH MESYUARAT DI PARLIMEN BERTUJUAN MENGHALANG AHLI UMNO BERHIMPUN DAN MEMUDAHKAN LAGI PEMECATAN?

Perkara yang menjadi tanda tanya paling besar mengenai mesyuarat MT UMNO pada 24 November ini ialah mengapa ia diadakan di Bangunan Parlimen dan tidak di Menara Dato' Onn di PWTC?

Walaupun mungkin ada mesyuarat MT pernah diadakan di tempat-tempat lain selain ibu pejabat UMNO sebelum ini,  tetapi rasanya belum pernah lagi ia diadakan di Bangunan Parlimen.

Malah sepanjang mengenali UMNO, saya juga tidak pernah mendengar ada mesyuarat MT diadakan di situ. Saya turut bertanya dengan beberapa pemimpin veteran UMNO dan mereka juga mengesahkan bahawa sejak dahulu pun memang tidak pernah mesyuarat MT diadakan di Parlimen.

Semua Presiden UMNO secara umumnya sedar Parlimen adalah milik rakyat serta merupakan tempat tertinggi untuk menggubal undang-undang dan bukannya kepunyaan mana-mana parti politik. Oleh itu, tidak seharusnya sebarang acara atau mesyuarat parti politik diadakan di situ.

Tetapi kenapa Najib Razak begitu berani mencipta sejarah dan tanpa segan silu melanggar kelaziman itu dengan memulakan amalan menjadikan Parlimen sebagai tempat untuk mesyuarat MT UMNO?

Apakah mesej yang mahu disampaikannya kepada rakyat? Apakah selepas ini lebih kerap MT UMNO akan bersidang di Parlimen?

Logikkah alasan Azalina Othman Said bahawa mesyuarat MT UMNO kali ini diadakan di Parlimen yang berkebetulan dengan sessi Dewan Rakyat sedang berlangsung untuk mengelakkan berlakunya sebarang usul tergempar yang mungkin dibawa oleh pihak pembangkang?

Masuk akalkah juga hujah Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor bahawa pemilihan Parlimen sebagai tempat mesyuarat kali ini ialah untuk memudahkan Ahli Parlimen yang menjadi ahli MT UMNO untuk menghadirinya?

Bukankah antara Bangunan Parlimen dengan ibu pejabat UMNO kalau mengikut istilah orang-orang lama hanya "sepelaungan" saja jaraknya?

Berkenaan tarikh asal mesyuarat MT pada 27 November tetapi diawalkan kepada 24 November, bolehkah diterima alasan Tengku Adnan bahawa ia dicepatkan kerana  Perhimpunan Agung UMNO tahun ini yang ditetapkan pada 8 hingga 12 Disember sudah begitu hampir tarikhnya?

Banyak sangatkah bezanya tarikh asal 27 November dengan tarikh baru 24 November? Tidakkah tindakan mengawalkan tarikh mesyuarat daripada Jumaat kepada Selasa semata-mata supaya ia boleh diadakan di Bangunan Parlimen memandangkan tiada sessi Parlimen pada hari Jumaat?

Selain itu, dengan UMNO sudah memulakan mesyuaratnya di Bangunan Parlimen, apakah selepas ini semua parti-parti komponen BN, oleh kerana mereka sedang menguasai kerajaan, akan turut mengadakan mesyuarat masing-masing di Parlimen juga?

Bolehkah dibayangkan jika MCA, MIC, Gerakan atau parti-parti dari Sabah dan Sarawak bersilih ganti menjadikan Parlimen sebagai tempat bermesyuarat mereka?

Yang nyata dan mudah difahami, oleh kerana salah satu agenda penting mesyuarat MT pada 24 November ini ialah untuk memutuskan sama ada memecat atau menggantung keahlian Muhyiddin Yassin, Shafie Apdal dan Tun Mahathir Mohamad daripada UMNO, maka dengan melangsungkannya di Parlimen, ia hanyalah bertujuan untuk memudah dan melicinkan lagi segala perancangan itu.

Apa pula kaitannya pemecatan atau penggantungan dengan mesyuarat di Parlimen?

Jika kita masih ingat, dalam mesyuarat MT UMNO sebelum ini yang dihebohkan Muhyiddin dan Shafie akan dipecat susulan pengguguran mereka daripada kabinet, ribuan penyokong kedua-dua pemimpin itu berkumpul di Bangunan UMNO dengan pelbagai sepanduk serta poster dan ia akhirnya bukan saja menyebabkan sebarang tindakan tidak jadi diambil, bahkan juga turut membuatkan Najib datang dan pulang dengan melalui pintu belakang lantaran bimbang sesuatu respon yang tidak diingini berlaku terhadapnya.

Tetapi,  dengan kali ini MT mengadakan mesyuaratnya di Bangunan Parlimen, tidak ada penyokong mana-mana pemimpin akan dibenarkan memasuki bangunan itu berikutan faktor kawalan keselamatan yang sedia ada di situ dan akhirnya Najib dapat mengelakkan sebarang reaksi atau protes yang tidak diingini berikutan pemecatan atau penggantungan yang akan dilakukannya.

Apatah lagi kali ini, bukan saja Muhyiddin dan Shafie yang dipercayai akan diambil tindakan, bahkan juga akan melibatkan sama Tun Mahathir yang lebih ramai penyokong setianya.

Sudah tentu jika tindakan sedemikian diputuskan di Bangunan UMNO, puluhan ribu penyokong Muhyiddin, Shafie dan Tun Mahathir tidak ada masalah untuk bergabung, berhimpun dan memprotes lantaran kemarahan terhadap keputusan yang diambil itu.

Ia juga mungkin mengakibatkan Najib sekali lagi terpaksa hadir dan pulang melalui pintu belakang sebagaimana mesyuarat MT sebelum ini.

Lalu, dengan memindahkan  mesyuarat MT ke Bangunan Parlimen, Najib dengan mudah dapat menjadikan semua kemungkinan buruk dalam kawalannya serta mengelakkan sebarang protes yang tidak diingininya.

Itulah sebab terbesarnya Parlimen jadi pilihan pada 24 November ini dan bukan lagi ibu pejabat parti sendiri. Alasan dan hujah lain hanyalah rekaan dan auta sahaja. (SH 23/11/2015).

32 comments:

  1. ikan siakap ikan kerapu
    buka je mulut..cakap merapu

    ....bang nan...aura mu dah hilang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aikkk...ada lagi orang berbahasa ..bang..dengan adnan mansur aka Ular Sawa UMNO. Tengku celup tengku sankut ni.

      Delete
    2. Parti yahudi BN, Benjamin Netanyahu dah nak mampos dah!

      Delete
    3. BN Mampos pun mamposlah.Yang jadi BANGSAT nanti adalah najib dan kabinet 1MDB

      Ada aku kesah?

      Delete
  2. Orang bersalah sentiasa mahu menyorok. Mesyuarat parti politik di Parlimen adalah pencemaran demokrasi. Hanya menambah kebencian dan yang membenci. Alasan ku nan dan azalina kelakar. Kalau takut kalah undian di Parlimen kenapa tidak ikut tarikh asal mesyuarat pada hari Jumaat. Hanya pengecut yang cari dan guna alasan tidak boleh diterima akal macam tu. Dan tidak ada tempat untuk pengecut dalam perjuangan apa pun. Apa guna sokong pengecut. Buat malu sahaja sokong kumpulan pengecut. Tidak ada orang mahu dikaitkan dengan kumpulan pengecut. Pengecut akan tewas kerana majoriti akan menyokong yang berani. Majoriiti juga tidak menyebelahi tindakan mencemar Parlimen dengan mesyuarat parti politik. Tanpa pemecatan sesiapa pun, mengadakan mesyuarat parti di Parlimen sudah cukup untuk menunjukkan kesombongan dan angkuhnya umno.

    ReplyDelete
    Replies
    1. awak silap banyak orang sanggup menyokong kumpulan pengecut asalkan ada imbuhan cash. kan itu dah budaya mereka

      Delete
  3. Jika Umno boleh gunakan Parlimen sbg tempat mesyuarat, parti-parti lain, termasuk pembangkang, pun berhak buat begitu, barulah adil.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lia punya kuasa ,lia punya cala lah maa aa . Lain olang apa bolih buat .atak mata kasi pandang saja lor rr .

      Delete
    2. lanjiou lu la lufang.Lu jadi baruaa maaaa...

      Delete
  4. UMNO dah sama spesis PAS. Takut dgn bayang2 sendiri. Derang ingat parti derang kuat dan boleh memiliki dan memonopoli Allah.

    Malah makin syok sendiri mcm Din Ayam dan Haji Hadi jugak syok sendiri mengawal PAS.

    ReplyDelete
  5. Biasalah yang memerintah boleh buat apa semahunya,nanti bila yang bertentangan pula melakukan kita kutuk.Lihat saja AP lembah pantai dengan gambar-gambarnya semua kutuk dan sisatan dibuat tetapi apabila PM bersalam dan bertemu PM Israil tak kecoh pun dan tak nak sisat pun?.Fikirlah logiknya kita mengamalkan demokrasi seperi ini?.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Steadylah . I kan PM. Dia tu AP saja.
      Janganlah bagi jatuh kemaluan l

      Delete
    2. Aku PM dudok celah kangkang bini aku. Haaa,,

      Delete
  6. Kalau begitu aku cadangkan agar semua parti plitik boleh mengadakan mesyuarat mereka di parlimen setahu aku bangunan parlimen tu utk tempat ahli mp berbahas tpi su umno ni haprak lah pula buar tempat mesy umno pula

    ReplyDelete
  7. Kalau begitu aku cadangkan agar semua parti plitik boleh mengadakan mesyuarat mereka di parlimen setahu aku bangunan parlimen tu utk tempat ahli mp berbahas tpi su umno ni haprak lah pula buar tempat mesy umno pula

    ReplyDelete
  8. Satu pembohongan, penipuan, auta perlu dilindungi dengan 10 pembohongan, penipuan dan auta.

    10 pembohongan, penipuan dan auta kena dilindungi dengan 100 alasan, temberang dan belit..

    Relevan atau tidak alasan terpaksa dicipta... Sebab itu satu saolan akan ada 10 jawapan yang berbeza...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kau pun auta juga, macam macai umngok lain juga.

      Delete
  9. Nak tengok apa Lanun sulu Pendikar Amin Mulia bertindak. Dulu ahli2 Parlimen dari Pakatan Rakyat hendak bermesyuarat membincang isu national, Lanun ini tidak mengizinkan. Sekarang mengapa parti rasuah Umno dgn Presiden rasuahnya bolih adakan mesyuarat disitu????

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berani ker Pandikar Illanun Kota Belud tu bertindak atau letak jawatan. Dia mana ada telur pun.

      Delete
    2. Pandikar Amin berani sabung ayam saja

      Delete
    3. dalam bahasa Tamil ejaan pandikar tu kalau a dan i ditukar kepada u dan e buruk makna nya

      Delete
    4. Biar buruk. Asalkan kekal menjadi Tuan speaker

      Delete
    5. Tuan speaker jamban. Manusia lupa diri. Masa kat kampong dulu berak atas titi terus ke dalam sungai saja

      Delete
    6. Pandikar ni sedara Pandy kutty.

      Delete
  10. palimen skolah pjbt gomen laen mmg umno cipta untuk mereka guna...pembangkang sori la nk guna....dunia selamat la...akhirat juga kekal selamanya

    ReplyDelete
  11. Selepas ini parti PKR, DAP, Amanah dan lain-lain layak menggunakan Parlimen untuk mesyuarat parti. Terima kasih kepada lelaki tidak bertelur itu yang mencipta 'precedent'. Sang tidak bertelur dan 'pack of wolves'nya memekik melalak dalam Dewan menuduh pemimpin pembangkang pondan (pengecut, bacul). Lucunya tindakan mereka lewat ini lagi pondan dari yang memondankan diri di lorong-lorong gelap sekitar bandaraya. Mereka jantan (berani) bila berselindung di sebalik Raja dan pasukan keselamatan. Rakyat sudah mula merasa sangat jijik!

    ReplyDelete
  12. Dia buat negara Malaysia ni macam kepala bapak dia punya. Jenis manusia tak tau malu dan kulit tebal ni WAJIB ditendang keluar dari menjadi PM Malaysia hatta dengan apa cara sekali pun. Dia ni adalah contoh jelas penyamun dan perompak wang negara dan tak wajar dikekalkan.

    ReplyDelete
  13. Pandi kar kar perlu banyak income sebab isteri kedua kesayangan nya suka melancong ke luar negara dgn di temani saudara mara isteri .Banyak belanja kalau setahun 3ke4 kali !

    ReplyDelete
  14. Tahlil.doa selamat pun boleh buat kat parlimen slepas ni

    ReplyDelete
  15. Alip..min..nun..tendang..wau..bunyinye SARKAS..dulik hape parlimen ke masjid ke..sume kasi langgar..janji berkosa untuk pekosa rakyat..SELAMATKAN PARLIMEN!!

    ReplyDelete
  16. jadilah raayat Malaysia berakal dan berilmu......wisely select your leaders
    they become leaders because you choose them to be your leaders
    whose's to be blame if they are at fault....discard mcik/pcik felda and ostat wal retard of pea brain which will never see fhe lighf at end of the tunnel.....pity them

    ReplyDelete
  17. Dibackup lagi dgn jumlah pengundi2 bangsa Indon, Filipin, Pakistan yg dipelihara dgn baik yg ada di bumi negeri di bawah bayu maka agak sukar utk menjatuhkan parti memerintah skrng. Kecuali dgn izin Allah.

    ReplyDelete