Sunday, 18 October 2015

SETELAH MAHATHIR - KU LI - MUHYIDDIN TAMPIL BERSAMA, APA SETERUSNYA?


Awal minggu ini Tun Mahathir Mohamad yang agresif mahu menyingkirkan Najib Razak daripada kerusi Perdana Menterinya telah tampil dalam satu sidang akhbar bersama seteru politik lamanya, Tengku Razaleigh Hamzah untuk membantah penahanan Khairuddin Abu Hasan dan Mathias Chang dibawah undang-undang Sosma.

Turut sama dalam sidang akhbar itu ialah Timbalan Presiden UMNO, Muhyddin Yassin, Naib Presiden UMNO, Shafie Apdal serta dua lagi pemimpin veteran iaitu bekas menteri, Sanusi Junid dan bekas Presiden MCA, Ong Tee Keat.

Seorang lagi bekas Presiden MCA, Tun Ling Liong Sik yang turut mengeluarkan kenyataan bersama membantah penyalahgunaan undang-undang Sosma, tidak hadir dalam sidang akhbar itu kerana dilaporkan mempunyai urusan di luar negara.

Apa yang menarik dalam sidang akhbar itu ialah kemunculan  Tun Mahathir bersama dengan Tengku Razaleigh atau Ku Li dan Muhyiddin Yassin secara sekaligus yang seolah-olah memperlihatkan wujud agenda bersama serta keserasian jiwa antara mereka.

Semua orang tahu sejarah hubungan Tun Mahathir dengan Ku Li sebelum ini. Selepas bertembung dalam pemilihan 1987 dan kemudian Ku Li setuju membubarkan Semangat 46 pada 1996 demi perpaduan Melayu, kedua-dua pemimpin itu tidak pernah duduk semeja atau berada di pentas yang sama untuk bersatu hati dalam sesuatu isu, baik berkaitan UMNO mahupun negara.

Tun Mahathir dengan cara dan gayanya, manakala Ku Li pula dengan caranya yang tersendiri. Walaupun Ku Li pernah mencuba untuk menentang Tun Abdullah Badawi bagi jawatan Presiden UMNO, tetapi beliau tidak ikut sama bila Tun Mahathir ligat mengadakan "roadshow" untuk penyingkiran bekas Perdana Menteri yang banyak dikaitkan dengan isu "budak-budak tingkat 4" itu.

Begitu juga apabila Tun Mahathir menarik balik sokongannya terhadap Najib sejak lebih setahun yang lalu, Ku Li turut tidak ikut serta. Beliau banyak berdiam diri dan cuma sesekali bercakap berkaitan isu-isu penting negara.

Lantaran itu, apabila Tun Mahathir dan Ku Li berjaya duduk semeja untuk membantah Sosma di ketika bekas Perdana Menteri itu semakin agresif mahu menurunkan Najib daripada jawatannya, ia tentu saja menarik untuk ditafsirkan dan ditunggu perkembangannya seterusnya.

Tidak mungkin rasanya kedua-duanya sanggup duduk semeja hanya semata-mata kerana Sosma. Ia pasti lebih daripada itu yang ada kaitannya dengan perkembangan semasa politik negara. Lebih-lebih lagi jika dilihat sejarah perseteruannya dengan Tun Mahathir, seperti nampak mustahil hanya kerana Sosma, Ku Li sanggup berbaik dan duduk semeja dengan bekas musuh politiknya itu.

Apakah Ku Li sekarang sudah mempunyai agenda yang sama dengan Tun Mahathir untuk saling bergandingan tangan menyingkirkan Najib dan menyelamatkan negara ini?

Apatah lagi dalam sidang akhbar kemudiannya, Ku Li turut mengulas mengenai usul undi tidak percaya di Parlimen dan usaha lain yang boleh dilakukan berkaitan kedudukan Perdana Menteri, tetapi enggan mendedahkannya buat waktu ini.

Begitu juga dengan Muhyiddin Yassin. Sekembalinya daripada lawatan ke Sarajevo pada Hari Raya Aidil Adha yang lalu, bekas Timbalan Perdana Menteri itu ada mengatakan tidak akan bekerjasama dengan Tun Mahathir untuk menyingkirkan Najib.

Tetapi, nampaknya sekarang beliau sudah sanggup duduk semeja bersama Tun Mahathir. Walaupun terlihat cuma berkaitan Sosma, kesediaan Muhyiddin menonjolkan dirinya untuk bersama-sama dengan Tun Mahathir seperti menunjukkan beliau sudah mengubah pendiriannya.

Apakah Sosma hanya permulaan kepada agenda dan gerakan seterusnya oleh Tun Mahathir bersama Ku Li dan Muhyiddin untuk terus menekan Najib?

Apa gerakan dan agenda seterusnya oleh ketiga-tiga mereka selepas ini?

Jika Najib berjaya diketepikan, siapakah calon Perdana Menteri pilihan Tun Mahathir? Jika sebelum ini beliau pernah mengatakan Muhyiddin adalah pilihannya untuk menggantikan Najib berdasarkan kedudukannya sebagai orang nombor dua dalam UMNO, apakah kini pendirian itu  masih sama atau sudah berubah?

Di mana pula tempat Ku Li dalam agenda perubahan yang sedang diperjuangkan oleh Mahathir ini?

Apakah dalam waktu yang sama Tun Mahathir sebenarnya sudah berjaya mencapai kata sepakat antara Ku Li dan Muhyiddin tentang siapa yang seharusnya menggantikan Najib, lalu menampilkan mereka duduk semeja dengannya untuk rakyat menilainya?

Dalam masa yang sama, tergugatkah kedudukan Najib dengan wujudnya gandingan Tun Mahathir, Ku Li dan Muhyiddin ini?

Banyak perkara mula menjadi perhitungan ramai dengan bergabungnya Tun Mahathir - Ku Li - Muhyiddin ini. Apakah selepas ini ketiga-tiganya akan lebih kerap tampil bersama bagi meneruskan tekanan terhadap Najib atau masing-masing akan mula menyerang dari sudut yang berbeza?

Bagaimana pula dengan sessi Parlimen yang bermula pada 19 Oktober ini. Meskipun beberapa pihak menyedari usul undi tidak percaya di Parlimen sukar menjadi kenyataan berikutan pendirian awal Speaker yang enggan membenarkannya, apakah akan muncul kaedah lain untuk menggegar dan menggugat kerusi yang sedang diduduki Najib?

Dengan tampil bersama Tun Mahathir, apa yang jelas Ku Li dan Muhyiddin tidak akan berundur lagi daripada langkah yang sudah mereka mulakan. Terus ke hadapan adalah satu-satunya pilihan yang mereka ada, sama seperti Najib yang juga pasti akan berhabisan mempertahankan kedudukannya.

Yang jelas, pertembungan dan pertempuran akan lebih hebat serta menarik selepas ini. Cuma, siapa menang siapa kecundang saja yang masih dalam perhitungan dan ketidaktentuan.(SH 18/10/2015)

17 comments:

  1. Yang kecundangnya imej melayu islam...Org bukan islam dalam & luar negara tgk jer kelakuan pemimpin melayu islam kita. Sarat dgn skandal, rasuah, salah guna kuasa tp. Mulut asyik sebut nama Allah swt n islam. Baik UMNO, baik PAS! Senghuper ajer! Memalukan sungguh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. satu statement daripada melayu berakal....Alhamdulillah..smga Allah memuliakan kamu..ambo arap ramai raayat Malaysia spt kamu,

      cukuplah idup dlm kebodohan dan kesombongan


      sokon dan sokmo sokon 2048 and mo

      Delete
    2. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  2. Ya,sepatutnya kita bersatu kerana akidah yang satu.Ini kita sesama bangsa&agama pun tidak boleh bertolak ansur dan bersatu.Macam mana kita nak mempamerkan akhlak islam sebenar kita yang menjadi magnet untuk menarik orang-orang bukan islam kepada agama Islam.PAS pun,kenapa asyik hentam dan kutuk AMANAH saja?Banyak lagi kerja-kerja amal ma'ruf dan nahi munkar yang tak terlaksana.Berhentilah mengutuk saudara seagama sendiri.

    ReplyDelete
  3. Yang berkuasa menggunakan sepenuh kuasa untuk kekal dalam jawatan. Yang berpengaruh menggunakan sepenuh kemahiran untuk mengubah keadaan. Kerana nuslim adalah majoriti maka yang nampak ialah pertwlingkahan sesama Islam. Di tempat lain yang majoritinya muslim pun sama keadaannya malahan ada yang sampai berperang sesama agama. Yang menuturkan nama Allah tapi tidak mengikuti jalanNya itu tidak pula dikatakan menyalah guna kalimah Allah. Kalau dah ternyata berhutang dan melabur berpuluh bilion tapi hasilnya tidak ada hatta untuk membayar faedah hutang, mengaku sahajalah salah. Yang berpengaruh akan terus memberi tekanan kepada yang berkuasa supaya melepaskan kuasa. Menjadi harapan semua agar yang berpengaruh akan menggariskan langkah yang jelas dan pantas untuk mengakhiri kuasa yang cuba terus bertahan dengan kesalahan yang nyata.

    ReplyDelete

  4. Apa seterusnya ? Mengeciwakan.

    Yang menarik cuma keujudan Ku Li bersama-sama dengan Tun Mahathir. Peranan Bekas TPM, Muhyiddin masih lagi tidak seperti yang diharapkan.

    Pengorbanan Ku Li yang sanggup mengenepikan masalah dengan Tun Mahathir lebih menarik dari keujudan Muhyiddin bersama-sama pada hari itu.

    Biar lah penganti Najib ialah Ku Li.

    ReplyDelete
  5. Ada 4 pemimpin UMNO yang terlibat dengan gadingan Tun Mahathir.

    Dua dari nya yang masih ada jawatan yang tertinggi dalam UMNO dan dua lagi yang ada pengaruh.

    Mengapa ke empat-empat mereka tidak mampu mengumpul semua ketua bahagian yang tidak bersetuju dengan Najib ?

    ReplyDelete
  6. Tunggu Dan lihat....saya pasti akan ada kejutan drpd mereka sebab semua sedia maklum bahawa Tun M adalah godfather of politic!!!!gabungan mereka ini Baru memasuki kawasan peperangan....sebelum ini hanya pemanas badan!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang sungai buloh akan keluar selepas ini untuk membelasah AhJIbgor@autabugis.

      Delete
    2. Kahkahkahkah

      Tak sampai hati nak komen.

      Delete
  7. Puihhhh....silap2 mereka tu partner balik melawan geng Tun...dlm politik mana ada musuh Dan kawan yang kekal....najib ada kuasa Dan Wang yang banyak tak mustahil beliau lepas al juburi tu...orang terdesak sanggup buat apa sahaja....peguam negara under YDP AGONG pun dia boleh pecat gitu je...ni kan manusia yang didapati bersalah peminat lubang kunyit....

    ReplyDelete
    Replies
    1. yepp bro, don't predict the unpredictable happen.....this is the world of Malaysian politics....joint it or leave it

      Delete
  8. Selagi agama Islam dipergunakan UMNO dan PAS untuk membodohkan rakyat, Najib dan UMNO terus selamat...

    Selagi rakyat terus berdoa dan berdoa hingga meleleh air liur.. Najib mmg lagilah selamat.. kalo betul tuhan nak bantu, bukan Dia x mau bantu. dah lama terbalik bumi ni dah. Jika Syria ngan Palestine x pun berubah dgn doa.. inikan pulak Malaysia..Kita rakyat x bersungguh. Bertempik ja ke hulu ke hilir.. kat internet mcm dah nak pecah server..power server pun x leh kapput..lagikan pokok pun nak goyang.. inikan pula Najib Rosmah.. makin montel sihat walafiat la..

    ReplyDelete
  9. Kt msia ni pemimpinnya melayu sj..bkn muslim.klu btoi diorg ni muslim,xkan lh nk bt benda2 yg Allah larang. So,fhmkan elok2..pemimpin2 kta kbyknnya melayu munafikun..bkn mlayu muslim.

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete