Thursday, 15 October 2015

SAIFUDDIN PATUTNYA SUDAH LAMA TINGGALKAN UMNO

Bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Saifuddin Abdullah akhirnya membuat keputusan meninggalkan UMNO dan menyertai PKR hari ini. Keputusan beliau sebenarnya tidaklah mengejutkan kerana jalur pemikirannya memang sudah lama tidak sesuai dengan parti itu.

Cuma, beliau sepatutnya lebih awal lagi meninggalkan UMNO lantaran jurang pemikirannya dengan parti itu yang semakin melebar berkaitan beberapa perkembangan melibatkan hubungan kaum dan isu-isu semasa berkaitan kerajaan.

Beliau yang pernah menjadi ahli MT UMNO dan memimpin Majlis Belia Malaysia (MBM), dikenali dengan pemikiran yang menolak ekstremisme kaum dan tidak takut menyuarakan pandangan yang berbeza dengan wadah yang dianutinya.

Jiwanya yang merdeka, tidak pandai mengampu dan enggan mencium tangan pemimpin berkuasa, memang tidak sesuai sama sekali dengan UMNO.

Jika beliau ada watak seperti itu, pasti beliau dulu menjadi menteri atau menduduki mana-mana agensi kerajaan yang menjanjikan habuan lumayan kepadanya.

Dalam UMNO, berbanding yang pandai membodek, mengampu dan selalu cium tangan, pemimpin seperti Saifuddin yang lantang, kritikal dan jujur memberikan pandangan, memang sukar untuk mendapat tempat. 

Lihat saja Nur Jazlan Mohamed, gaya pemikirannya juga mirip Saifuddin, jika bukan kerana keperluan "mengkucar-kacirkan" Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang sedang menyiasat 1MDB, barangkali sampai sekarang beliau tidak dilantik sebarang jawatan dalam kerajaan.

Rezeki Nur Jazlan hanya datang dengan dilantik sebagai timbalan menteri dalam negeri kerana timbulnya penyiasatan terhadap 1MDB yang membuatkan Najib terpaksa mengambil langkah-langkah menyelamatkan diri, walaupun beliau lebih senior, berkelayakan dan berkemampuan berbanding ramai menteri dan timbalan menteri sedia ada.

Meskipun Saifuddin menyebut sebab utama beliau meninggalkan UMNO ialah kerana kegagalan parti itu menangani isu berkaitan 1MDB dan wang RM2,600 juta yang masuk ke akaun Najib Razak, hakikatnya pilihan beliau ini lebih menjanjikan masa depan yang cerah buatnya.

Dilantik sebagai Pengarah Eksekutif Yayasan Kesederhanaan Global yang dipengerusikan oleh Najib selepas PRU 13, tidak banyak yang boleh dilakukannya melalui badan itu berikutan pendirian serta imej Perdana Menteri  yang kerapkali tidak menentu.

Lantaran itu, dengan keluar beliau daripada UMNO dan meletakkan jawatan daripada yayasan itu, ia juga bermakna tamparan terhadap kegagalan Najib sendiri mempromosikan imej sederhananya kepada rakyat.

Tidak dinafikan Saiffuddin mungkin akan dipecat tidak lama lagi daripada UMNO berikutan kehadirannya mewakili NGO Akademi Belia dalam persidangan meja bulat penubuhan Pakatan Harapan baru-baru ini yang menyebabkan ramai pemimpin parti itu tidak senang dengannya, namun beliau ternyata bijak dengan mengambil sikap "keluar lebih dulu sebelum kena pecat."

Sekurang-kurangnya Saifuddin keluar daripada UMNO dan menyertai PKR dengan "tanda harga" yang masih ada pada dirinya. Beliau memilih tidak mahu menjadi "sampah hanyut" dalam UMNO semata-mata kerana tiada bakat mengampu dan membodek dalam dirinya.

Sebagai parti berbilang kaum, PKR memang sesuai untuk Saifuddin. Parti itu juga menjanjikan masa depan yang cerah kepadanya jka mereka meletakkan Saifuddin bertanding di mana-mana kawasan Parlimen yang mempunyai pengundi campuran.

Tidak semestinya beliau mesti diletakkan di Temerloh semula iaitu kawasan lamanya, bahkan boleh dipertimbangkan di lain-lain kawasan di Pahang atau diletakkan sebagai calon di Wilayah Persekutuan atau Selangor.

Kalahnya beliau mewakili BN di Temerloh dalam PRU 13 lalu kepada calon Pas, Nasharuddin Tantawi bukanlah bermakna pengundi menolaknya secara peribadi, tetapi lebih disebabkan penolakan terhadap UMNO dan BN ketika itu.

Dalam pilihanraya akan datang, PKR wajar memanfaatkan Saifuddin sebagai bekas timbalan menteri dan bekas pemimpin belia yang digemari oleh generasi muda, khususnya golongan urban dengan meletakkannya bertanding di mana-mana kawasan yang sesuai kerana pemikiran serta kebolehannya adalah aset kepada parti itu untuk bersuara di Parlimen. 

Meninggalkan UMNO adalah pilihan yang tepat baginya, sama seperti pilihannya menyertai PKR sebagai wadah baru. (SH 15/10/2015).

34 comments:

  1. Koi bangge ngan awok Abang Din..awok je la harapan kome nok nengok Pahang ni jadi elok..nok harapkan najik?? Menketahik..che'gu nan?? Tonggeng jubor..reti la dia..Sakar?? Kuuuss smangat..simpaaaanngg!,

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  2. kalau berani macam ni tidaklah ada nampakany kes beliau yang besar besar ynag boleh digunakn omno untuk ugut macam selalu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia jiwa merdeka...bebas dari sebarang ikatan, sebab tu berani. Yang terikat tak berani...merekalah sampah yang sebenarnya.

      Delete
  3. Bagus,yg cerdik pandai smua dlm pkr..yg nyanyuk n mkn taik dok dlm umno. Mkin mudah lh rkyat nk pilih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bang, masalahnya skg raayat yg makan taik masih ramai terutama kat felda dicampur pulak tahi langau...yg ijau tuu

      Delete
  4. apa lg yg tinggal dlm ameno?

    ReplyDelete
  5. Yang tinggal dlm Umno sampah macam Adnan Mansor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hooiiiii adnan mansor kau tengku mahkota negeri mana hah...baru jer jadi setiausaha agong dah pandai menipu...lepas ni kau nak menipu apa pula? DYMM ker?

      Chittttttt...Banyak busuk punya worang..

      Delete
  6. Ada yg skeptikal dgn saifudin masuk PKR. Dari UMNO dan juga PKR. UMNO biasala tuduh saifudin gila jawatan, dah jadi sampah, org bermasalah. Yg PKR takut nanti buat hal macam Adun Bota dan bersikap gedebe mcm Zaid Ibrahim. Tapi dari bidikan serta keupayaan aku dlm membaca tingkah laku serta ilmu semiotik, saifudin ni boleh harap. Dia nmpk intelligent. Ckp pun kemas jer walaupun ada slang mat saleh skit. Tgk gaya ramai org suka kat dia. Terutamanya university students. Tgk dia tenang jer hati dari tengok tengku freud Adnan yg muka macam jamban! Lebih tenang dengar dia berckp dari dengar Hadi Awang bercakap dgn maki hamun membaruakan org! Patut pun berkawan dgn Braheng ali. To saifudin, good luck. Anda mmg seorg reformis dan juga mempunyai anak yg cantik. Hehee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ..kau kata Nan Mansur muka macam jamban??? ...tapi dia perasan muka dia macam Prince William. Tu sebab bleh kata Saifuddin sampah tu ...

      Delete
    2. Kunan nmuka dolnat,handsome mcm panda,dia ni boleh sandang tugas panda kat zoo tukan cuti bersalin..
      Ada yg satu tu misai tebal ular sawa,selalu cium tgn najip
      Sekarang dah dilantik jd senator xuitmdekan,dia kan naik angin,semasa dailog dgn saifuddin,kan,kan,kan,
      Woww berlagak sebiji mcm brahim katak...huhu...

      Delete
  7. Tun M dah banyak kali cakap. Yang cerdik pandai duk dalam parti-parti pembangkang. Yang b...... duk dalam umno/bn.

    Nampaknya, selepas ini makin ramai yang cerdik pandai akan keluar drpd umno/bn. Maka bermaharajalelalah orang-orang seperti Ali Box dan Jamal The Reds.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab tu h2o saje buat bodo.....nak survive dlm group orang orang bodo or orang bodo bodo

      Delete
    2. Ali Tinju tu mana ada pelajaran. Hidup pun dengan mengapu kak ros saja.


      Delete
  8. Tun M dah banyak kali cakap. Yang cerdik pandai duk dalam parti-parti pembangkang. Yang b...... duk dalam umno/bn.

    Nampaknya, selepas ini makin ramai yang cerdik pandai akan keluar drpd umno/bn. Maka bermaharajalelalah orang-orang seperti Ali Box dan Jamal The Reds.

    ReplyDelete
  9. Dengan izin Allah, Dtk Saifuddin akan kembali ke Parlimen pd PRU14. Rasanya 'Temerloh' akan dimenanginya dengan agak mudah nanti.
    Apapun, beliau kenalah bersiap-siap dan kerja keras mulai dari sekarang. Time waits for no man.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang macam inilah yang saya akan undi. Tak kira apa parti dia

      Delete
  10. Dengan izin Allah, Dtk Saifuddin akan kembali ke Parlimen pd PRU14. Rasanya 'Temerloh' akan dimenanginya dengan agak mudah nanti.
    Apapun, beliau kenalah bersiap-siap dan kerja keras mulai dari sekarang. Time waits for no man.

    ReplyDelete
  11. Koi brani jamin lps ni koi sekeluarga akan undo aok dlm parlimen TLOH.

    ReplyDelete
  12. Tahniah Datuk Saifuddin...semoga mempunyai peluang yg lebih bagus...mana tahu kalau terpilih jadi calon & menang pilihanraya di Pahang...samada parlimen atau DUN...kalau DUN, boleh di lantik jd MB pahang..ganti pak denan...bosan dah tgk muka pak denan...hehe

    ReplyDelete
  13. Time ksh datuk saifudin kerana memilih utk bersama pkr dan pakatan harapan.. ape ape kejian yang dtg dr orang orang umno.. datuk jgn amik peduli.. jgn kecil hati dan jgn berdukacita.. saya tau datuk blh menghadapinya dgn tenang..

    ReplyDelete
  14. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hoii lanun Sabah. Jangan bikin sial di Blog ini. Pergi kau main di blog Keruak si burung Tiong tu

      Delete
  15. Nur Jazlan tu pon malaun jugak............

    ReplyDelete
  16. Tahniah saifudin anda anak jantan bukan kaki ampu bn 1mdb insyallah bn akann hancur dlm pru 14 nanti hehehe itulah doaku

    ReplyDelete
  17. Tahniah saifudin anda anak jantan bukan kaki ampu bn 1mdb insyallah bn akann hancur dlm pru 14 nanti hehehe itulah doaku

    ReplyDelete
  18. Orang tak pertikai kan hak dia keluar umno ,yg orang dok pertikai sikap munafik aka dua alam nya tuh! Sebelah kaki dalam umno sebelah kaki lagi dalam pembangkang.Yg tu buat ramai yg pening kepalo.Dia makan dua belah Tu yg tak elok.

    ReplyDelete
  19. Yang munafik tu PM kamu Najib al gore, Saifuddin dah ambil tindakan betul dengan tinggalkan kapal yg hampir karam.Doa aku satu hari dia bolih menjawat jawatan menteri selepas PRU14

    ReplyDelete
  20. Megat oh Megat ,mengapakah Megat tidak mahu memaafkan Saifuddin,Adakah Saifudin melakukan kesalahan yg begitu besar sekali hingga tidak bolih dimaafkan .Adakah Saifudin telah mencuri wang UMNO atau mendapat derma bermillion2 untuk UMNO tanpa memberitahu Megat.OH Megat memang nasib bagitu malang kerana ALLAH beri kamu akal kamu tidak mahu menggunakan akal itu untuk berfikir dan kamu nak letak akal kamu itu dikepala lutut.Megat baik bersaralah tak payahlah pegang jawatan yg berintegrity sedangkan kamu tidak punya integrity untuk diteladani.

    ReplyDelete
  21. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  22. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  23. Adoi Budin.. aku x larat gelak la hang punya tulisan kali ni.. Lawak gila pun ada.. tapi nada sungguh rasmi dan berisi. Jarang jumpa artikel hang best mcm ni.. Sebulan ada 2-3 kali..

    Serius.. kali ni mmg umphhhh.. ( kalo hang ingat Aziz Singah dgn ikan teh lipton dulu..)

    ReplyDelete
  24. Tuan shahabuddin dah lama menghilang ...takde artikel terkini ? Sambungan analisa catatan tuan?

    ReplyDelete