Tuesday, 6 October 2015

NASIB TUN M SETERUSNYA...KENA SAMAN, TANGKAP ATAU DIPECAT DARIPADA UMNO?

Perdana Menteri, Najib Razak akhirnya menghantar surat saman kepada bekas Presiden MCA, Dr Ling Liong Sik berhubung kenyataannya yang didakwa berunsur fitnah baru-baru ini.

Sabtu lalu, Dr. Ling bersetuju dengan desakan Tun Mahathir agar Najib berundur daripada jawatannya kerana  mendakwa "telah mengambil duit orang lain untuk dimasukkan ke akaun peribadinya."

Sehubungan itu, tempoh tujuh hari diberikan kepada bekas Menteri Pengangkutan itu untuk menarik balik kenyataan tersebut, memohon maaf dan membayar sejumlah ganti rugi atau berdepan dengan tuntutan saman fitnah di mahkamah kerana mencemar nama baik Perdana Menteri.

Tindakan pantas terhadap Dr Ling ini menggambarkan Najib kini meneruskan sikap tidak mahu  lagi memberi muka kepada pengkritik yang cuba menjejaskan reputasinya.

Setelah beberapa pemimpin pembangkang juga disamannya sebelum ini, Dr Ling adalah sasarannya paling terbaharu sekali.
Tetapi, tentunya ramai ingin tahu apakah tindakan Najib terhadap Tun Mahathir yang juga tidak henti-henti mengkritiknya?

Apakah beliau juga bakal disaman oleh Najib?

Dalam program Tun Mahathir di Ampang pada Sabtu dan di Sabah semalam, jelas dan terbuka bekas Perdana Menteri menyifatkan Najib sebagai pencuri.

Kalau nak kena tangkap, tangkaplah...tapi saya nak cakap terang-terang di sini...Najib curi duit, kata Tun Mahathir ketika berucap di Ampang dan beliau mengulanginya lagi dakwaan itu di Sabah.

Apakah bezanya antara dakwaan "Najib curi duit" oleh Tun Mahathir dengan  ungkapan "telah mengambil duit orang lain untuk dimasukkan ke akaun peribadinya" oleh Dr Ling itu?

Tidakkah kedua-duanya bermaksud mencuri?

Berani dan tergamakkah Najib mengheret Tun Mahathir ke mahkamah atau beliau akan menghadapi serangan daripada bekas Perdana Menteri itu dalam bentuk yang lain?

Dalam hal ini mungkinkah Tun Mahathir akan dipecat keahliannya daripada UMNO berikutan Setiusaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor mengatakan pihaknya sedang memantau tujuh pemimpin kerana kesalahan melanggar disiplin parti.

Adakah Tun Mahathir salah seorang daripadanya?
Tun Mahathir pula semakin agresif menyerang dan sedia menjelajah ke seluruh negara untuk meneruskan tekanannya menyingkirkan Najib.

Setelah di Ampang Sabtu lalu dan Sabah semalam, beberapa destinasi lain juga sedang dirancang sebagai pentas untuk Tun Mahathir mengadakan program "Bicara Negawarannya" dan menjelaskan pelbagai isu semasa yang sedang berlaku dalam negara.

Atau mungkinkah Tun Mahathir akan ditangkap dibawah Akta Hasutan atau atas lain-lain  dakwaan yang dianggap mengancam keselamatan negara sepertimana yang dialami oleh Khairuddin Abu Hasan yang kini diSosmakan selama 28 hari?

Di Ampang baru-baru ini memang beliau turut membayangkan kemungkinan dirinya akan ditangkap.

Nak kata takut, takut jugalah tapi kalau saya kena tangkap...berapa lama sangatlah umur saya ada lagi, katanya berseloroh.

Lalu, berdasarkan beberapa tindakan agresif Najib mempertahankan kedudukannya sejak kebelakangan ini melalui tindakan perundangan atau seperti yang dihadapi oleh Khairuddin Abu Hasan dan sebelum itu turut menyingkirkan ramai orang daripada kabinet dan jawatan penting dalam kerajaan, seperti mustahil Tun Mahathir akan "dilepaskan" begitu saja.

Cuma yang mana satu nasib sedang menanti Tun Mahathir agaknya - saman, tangkap atau sekadar dipecat keahlian UMNO? (SH 06/10/2015)

49 comments:

  1. Najib berjaya menjadi 'monster' yang dilindungi undang-undang kerana Tun yang menyebabkan sistem pentadbiran berkecai di masa dia sendiri menjadi PM. Malaysia telah menjadi negara yang pentadbirannya tiada 'check and balance'. Sistem berdasarkan 'separation of powers' mesti dikembalikan supaya episod Najib Monster tidak berulang. Bagaimanapun, dalam usia Tun kini, saya juga berharap jangan dimasukkannya dalam penjara, macam mana pun, dia orang tua. Sudah cukup dia dapat melihat hasil perbuatannya dan terpaksa bertarung dengan makhluk jahat ciptaannya sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju dgn tuan.. Tapi sekurang2nya tun m kembali buat baik utk rakyat walau yg buat salah adalah org didikan beliau. Ini yg patut kita contohi dan perjuangkan.. Walau hasilnya kita pon taktau (najib undur ka dak) yg paling penting.. Bersatu menentang demi nagara.. En shah dah laksana bahagian dia.. Kita mungkin boleh laksana dlm petak undi

      Delete
    2. Kalau pemimpin bijak dan menjaga niat demi negara dan demi rakyat, dalam apa juga sistem samada memberi kuasa penuh kepada seorang ketua atau tidak, Ketua tersebut akan berusaha se kuat yang boleh menjadikan sistem tersebut jika lemah dijadikan nya kuat, kalau berkecai di cantumkan satu persatu dan kalau sistem dah cantik di sempurnakan lagi.

      Bak kata Ogy Ahmad Daud, You can do more than that !!

      Kesilpan Mahathir tidak boleh di jadikan alasan oleh penganti nya untuk menguna kuasa yang ada tanpa memikir kan masa hadapan rakyat.

      Kebanyakkan ahli UMNO termakan kata pemimpin bahagian bahawa kesalahan Najib ada lah berpunca dari Tun sendiri.

      Bagaimana Tun boleh memperbaiki kesilapan yang telah di lakukannya ? Dah macam-macam sehingga Tun terpaksa menghasut !

      Delete
    3. Dalam usaha menentang Najib, kita dapat melihat siapakah orang-orang dalam Umno yang a) terpaksa berdiam diri atau menyebelahi Najib kerana sama-sama tangan kotor b) mengagungkan lagi pemimpin yang terang-terang merompak negara tetapi enggan meletak jawatan kerana mengharapkan lagi habuan atau mempertahankan jawatan mereka selagi pemimpin ini masih ada atau c) yang berani bersuara dan berani menanggung akibat bersuara seperti Anina dan Khairuddin. Mereka dalam kategori C itu yang boleh memimpin dengan baik. Menteri seperti Ku Nan, Tajuddin boleh dibuang sekali dengan Zahid dan KJ.

      Delete
    4. Ibarat orang mencuri yang defencenya di mahkamah ialah, Orang sebelum saya pun mencuri juga! Tak logik langsung. Yang satu tak menghalalkan yang lagi satu. Apatah lagi konon-kononnya si pencuri baru ni katanya world leader, moderate, liberal, toh kong, Bugis, dan pelbagai lagi jolokan kenamaan. Melayu saja dia tak mengaku, sehingga bila dah tertekan sangat. Memalukan!

      Delete
    5. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
    6. Sy pun bstuju pdpt saudara..dlm ms yg sm dpt mrasai kekesalan tun memberi laluan kpd makhluk jnis ini ke puncak kuasa. Barangkali tun xmampu tidur lena jika tidak berbuat apa2 dlm usaha mjatuhkan bangkai yg sdh sgt berbau ini. Sebab itu lh tun ke sana kemari dgn kudrat yg dah xsberapa utk myedarkn org ramai. Sy akui,dlu sy antara org yg marah dgn tindakan2 tun smsa tun bkuasa..tapi hari ni sy sgt berharap agar usaha2 tun pd saat ini diangkat Allah sbg amal baik yg akn berjaya sdikit ms lg.

      Delete
    7. Tengku nan tu satu sen tak berguna

      Delete
    8. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  2. Setuju di atas semua skg ni hasil tangan Tun M yg ego dan angkuh dah hulu, bagi gula gula dulu kat rakyat tapi sebenarnya racun yg membunuh perlahan lahan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita samada yang menyangjung Tun dan yang marah kan Tun seperti Anon dan saya, perlu bersama Tun menjatuhkan Najib.

      Tun sedang memperbaiki kesalahan atau kesilapan tersebut dan kita sepatutnya membantu Tun.

      Selesai perkara ini, harap Tun akan menjelajah seluruh negara mencerita kan segala kisah hidupnya dengan jujur dan ikhlas. Dan mengadakan sessi marah oleh beberapa orang yang telah di pilih.

      Apa macam, setuju ?

      Delete
    2. Kena taubat dulu baru nampak ikhlas nak tolong negara dan rakyat, mengaku kesilapan dahulu duit hilanglah undang undang di kucar kacirkan lah, ni semua contoh dari dia, kena mengaku silap jgn lah simpan ego angkuh barulah orang sokong dgn.ikhlas jugak
      Kebanyakkan orang menyampah dgn TUN ni kecuali di mengaku kesilapan dia memerintah dulu
      Setuju ke tidak kih kihkih

      Delete

    3. Mungkin sekarang Tun dah taubat. Berapa ramai yang terlibat dengan komplot Tun masa itu tetapi berapa ramai yang bersama denga Tun sekarang ?

      Ini ada satu tanda yang Tun perlu buat sesuatu kerana Tun tahu kesilapan yang dilakukan dahulu. Tapi yang berkomplot dengan Tun senyap dan menyorok. Secara umum nya siapa kah yang ada tanda-tanda sebagai orang yang bertaubat ?

      Delete
  3. Apa yang Tun buat Najib pun buat. Tun pecat Ketua Hakim Negara, Najib pecat AG. Tun amalkan 4M (money, missionary, mechanical of goverment, and mahathir}, Najib amalkan 3M1N.Sangat sukar menyingkirkan Najib secara konvention krn semua dah diremote control oleh Najib. Najib punya think tank sangat ramai, rasa terhutang budi di kalangan pemimpin UMNO semakin jelas, Tun akan hadapi tentang yg hebat dr Hajib dan penyokongnya. Tun tidak akan mendapat sokongan dr pemimpin pertengahan UMNO. Hanya golongan marhaen dan akar umbi saja bersama Tun. Dlm PRU akan datang Najib akan pastikan dia mendapat majoriti besar utk memalukan Tun, Tugas ini semakin mudah apabila parti ketuanan ulamak telah termakan dedak yg ditaburkan. Lihat bagaimana Najib menziarah Haji Hadi dan Harun Din di Hospital tlh dispin oleh media kerajaan sebagai seorg yang prihatin dan seorang yg beramanah. Tun masa berkuasa dulu pernah buat seperti Najib buat? ini berjaya menurunkan suhu kebencian penyokong parti ketuanan ulamak kepada UMNO/BN dan di hala ke arah Pakatan Harapan. Najib telah berjaya diverse dan membeli sokongan dr pemimpin PKU (Parti Ketuanan Ulamak).

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walau kepimpinan tun dahulu ada kurangnya dan buruk (semua org buat salah). Tapi bila nak samakan dgn apa yg najib buat.. Sgt jauh bezanya.. Zaman mahathir walau ada cacamerbanya..malaysia terus gemilang dan harum.. Sehingga malaysia dpt gelaran negara membangun.. Zaman najib tipudaya depan mata.. Semua terhidang.. Tentula ada kebaikan dizaman najib. Tapi keburukan lebih dominan.. Pendapat saya ketika ini walau najib akan terus berkuasa (tapi takkan lama) tetapi rakyat bersama tun m..

      Delete

    2. Najib bukan sahaja menziarahi Harun Din dan Hj Hadi tetapi Najib lah satu-satu nya PM yang dapat ber'tebung' dan bersalaman dengan Perdana Menteri Israel. Bukan kah Najib menguna APCO untuk menjadi penasihat ?

      Baca "Menurut akhbar tersebut, sebelum ini pendahulu-pendahulu Najib tidak mesra terhadap negara Israel dan agama Yahudi."

      "Walaupun Najib melemparkan kritikan, agak ketara pemimpin Malaysia itu bercakap positif mengenai agama Yahudi dan mengiktiraf Israel sebagai 'teman bicara sah'."

      Pemimpin PAS pulak mengiktirafkan apa yang di perkatakan oleh akhbar Israel dengan diam tanpa mengkritik Najib.

      Rakyat sepatutnya menolak Najib dan PAS yang bersongkol dengan Najib yang mudah dijinakkan oleh israel.


      Delete
    3. "DSAI named one of the 500 Most Influential Muslims for 2015"

      Delete
    4. Bezanya sangat besar. Zaman Tun gaji diploma RM800, gaji degree RM1,300, tapi nasi lemak cuma RM1,50 sepinggan, teh o 50 sen. Sekarang? Katanya GDP Malaysia sekarang mencecah USD10,000 sebulan. Tapi, berapa ramai yang masih layak untuk BR1M?

      Rakyat mana yang kepimpinan Najib dahulukan? Rakyat elit?

      Delete
  4. Najib cuma berani nak saman dan tangkap orang Malaysia aje. Bila nak saman WSJ? Nampak sangat WSJ bawa berita benar. Sudahlah Najib, rakyat semakin meluat dengan hang and isteri. Silalah berambus secepat mungkin. BN will be in a better position without you.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saman WSJ ??

      Masa kata WSJ fitnah dan kemudian akan ambil tindakan undang-undang kemudian hantar surat minta pejelasan samada WSJ mengatakan Najib salah-guna wang tersebut atau bukan, dalam masa itu, macamana peguam Najib tidak tahu bahawa akhbar luar negara mempunyai kebebasan kewartawanan yang tinggi dan mempunya akta melindungi wartawan dan penerbit.

      Bukan kah lebih bijak sekiranya Najib kata tidak saman WSJ kerana wartawan asing di lindungi akta kewartawanan.

      Bagus jugak Najib saman sebab antara saman Najib dengan saman membeku harta Najib oleh bekas ahli UMNO, yang mana selesai dulu ?

      Delete
    2. UMNO lah yang berkuasa dan yang menentukan siapakah yang jadi PM. Ahli UMNO akan kehilangan kuasa memilih PM secara total sekiranya tidak mengambil tindakan seperti yang di tuntut oleh Tun Mahathir.

      Apa juga di dunia ini, pasti akan sampai ke penghujung nya. Begitu lah segala tindakan zalim dan salah-guna kuasa yang di ambil oleh Najib pasti akan sampai ke penghujungnya.

      Sekiranya ahli UMNO tidak berani membuat keputusan walaupun di beri peringatan berkali-kali, UMNO akan hilang kuasa tersebut dan pasti nya kehendak rakyat ialah badan-badan seperti SPRM, KPN dan Peguam Negara perlu di bebaskan dari sistem yang ujud sekarang.

      Jika PM seperti Mahathir dan Najib cuai dan melakukan kerosakan, begitu jugalah SPRM, KPN dan Peguam Negara mungkin melakukan kerosakan yang sama. Manusia mana tidak buat kesilapan seperti lupa diri, khianat dan salah guna kuasa. Sekiranya ini berlaku kepada SPRM, KPN dan Peguam Negara, boleh kah diselesaikan dengan begitu mudah dan pantas?

      Jangan sampai rakyat menuntut sistem yang adil dari hanya membiarkan UMNO yang punya kuasa tapi tidak berbuat apa-apa.

      Delete
  5. Sejarah besar sedang berjalan....jerebu sana sini luar dalam atas bawah..rakyat sesak nafas....

    ReplyDelete
  6. Mungkin ramai pembaca blog Tuan Shah tidak bersetuju dan sukar menerima kenyataan 'guru kencing berdiri murid kencing berlari' namun itulah gambaran senario mentor-mentee Dr Mahathir Mohamad dan Mohd Najib Abd Razak.

    Segala yang berlaku hari ini adalah legasi Tun sewaktu menjadi PM. Tidak dinafikan legasi material Tun seperti pembangunan infrastruktur dan kekuatan ekonomi adalah yang terhebat dalam sejarah namun legasi moral juga tidak kurang hebatnya.

    Saya pernah menulis mengenai legasi moral Tun. Tidak lunak bercerita semula di sini kerana dikalangan kita masih tidak dapat melihatnya dengan pandangan aqal dan hati. Ringkasnya, legasi tidak berubah dengan sendirinya, namun manusia mampu. Itu yang berlaku kepada Tun.

    Wakil Rakyat hanya mengenal fungsi dan peranan mereka sebagai MEWAKILI RAKYAT sejenak sebelum dan selepas pilihanraya. Setelah dilantik menjadi Yang Berhormat mereka membesarkan peranan mereka sebagai Wakil Parti. Inilah masalah terbesar negara.

    Ahli Parlimen dan Dewan Undangan Negeri diindoktri yang membayar gaji mereka adalah parti politik. Mereka diindoktri yang memberi mereka kedudukan dalam Dewan Rakyat dan Negeri adalah Presiden parti. Mereka diindoktri sebagai YB mereka layak ke atas khazanah negara. Mereka diindoktri mereka berkuasa ke atas penjawat awam.

    Lantas mereka gagal mengangkat Perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh Negeri lebih tinggi dari Perlembagaan parti. Mereka gagal membezakan jawatan dalam kerajaan dan parti. Mereka gagal memahami kedudukan mereka adalah Hamba Rakyat bukannya Tuan hamba. Ringkasnya mereka beramal kerajaan adalah parti politik.

    Parti politik pula bercambah bagai cendawan. Parti politik membawa idea dan pendekatan sekelompok individu bukannya bersandarkan kehendak majoriti masyarakat. Parti politik mencipta dan 'memaksa' idea ke atas masyarakat.

    Saya percaya masyarakat mahukan negara yang aman dan makmur, pemimpin yang jujur lagi amanah, penjawat awam yang bersih serta adil, peluang saksama dalam pendidikan dan ekonomi, jaminan keselamatan diri dan sosial, akses kemudahan infrastruktur awam yang murah tapi canggih, tawaran keperluan asasi yang berpatutan lagi berkualiti, tinggi keharmonian dan toleransi antara agama dan kaum, pengurangan kebergantungan kepada tenaga dan kuasa asing, serta negara bebas berdaulat. Parti politik mana yang mampu memenuhi impian masyarakat tersebut?

    Jika parti politik benar-benar mengangkat nadi dan nafas masyarakat, kita akan ada tidak lebih dari 2 parti. 1. Yang menjadikan rakyat sebagai Tuan. 2. Yang menjadikan agama sebagai perjuangan. Namun parti politik kita mengangkat kaum, budaya, agama, idealogi dan pelbagai asas lain sebagai teras.

    Ini salah satu legasi terbesar kolonialisasi. Pemimpin-pemimpin kita baik dari Tunku Abd Rahman hinggalah ke Mohd Najib Abd Razak sedar bahana racun kolonialisasi namun tiada seorang pon yang mampu dan mahu merubahnya. Mengapa? Legasi ini amat memberi manfaat kepada penguasa berbanding rakyat. Dan Tun bersubahat membiarkan kolonialisasi berpasak kukuh.

    Tun menlucutkan kuasa SPB Yang DiPertuan Agong dan Sultan, mewujudkan krisis perlembagaan 1988. Tun membenarkan Badan Eksekutif 'menjajah' Badan Kehakiman. Tun merantai kebebasan BPR (kini SPRM), SPR, SPAM dan PDRM.

    Hari ini Tun tidak mampu dan tidak boleh bersunggut melainkan menyalahkan dirinya di atas kepincangan yang berlaku ke atas negara. Tun sudah meminta maaf daripada rakyat kerana kegagalannya memilih penganti yang baik, cuma lagi belum mengakui kesilapannya mencipta 'raksasa' dalam kerajaan dan jabatan awam.

    Hanya ada satu cara Tun dapat menjatuhkan Regim dan menyelamatkan negara (dan dirinya) dari kezaliman mereka, cuma beliau amat berat hati melakukannya.

    Nota: Sang Wira Bangsa (SWB) tidak diupah atau dibayar mana-mana parti politik untuk menulis atau melontarkan pendapat. Malah SWB tidak pernah menyertai mana-mana parti politik. SWB mengangkat individu bukannya parti. Lantas semua kenyataan SWB lahir sejujurnya dari hati kerana mahu melihat Malaysia yang lebih baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahli Berhormat terutamanya yg menjawat jawatan awam dlm kerajaan Negeri dan Persekutuan gagal memahami kepentingan parti dan tugas. Kita blh melihat bagaimana jika ada PRK, menteri datang berkempen menggunakan kenderaan rasmi kerajaan. Pergi ke Perhimpunan Agung/Muktamar parti pun guna kenderaan rasmi kerajaan. Sepatutnya kenderaan rasmi kerajaan hanya utk kegunaan rasmi sahaja bukan disebabkan atau ditempel kegunaan rasmi semata-mata krn ada PRK dan pemukiman politik. Kita blh lihat dgn jelas parti yg membentuk kerajaan berperangai begitu. Intergriti yg palsu dan kosmetik. Kita patut mendesak kepatuhan kepada prinsip memisahkan aktiviti parti dgn acara rasmi kerajaan. Selagi pematuhan ini tidak dibuat selagi itu lah penyalahgunaan jentera kerajaan akan berlaku sama ada di peringkat Negeri atau Pesekutuan

      Delete
    2. Tapi sekarang kalu guru kencing duduk kenapa anak murid tak ikot.. Kesalahan org lain jgn timpakan pada org lain.. Kita takkan ditanya tentang kesalahan org lain di masyar nt melainkan hanya kesalahan sendiri disoal.. Benar seorang lelaki ditanya tentang isteri, anak perempuan,, ibu dan kakak tetapi disoal hanya tentang tanggungjawap seorang lelaki trhadap org yg dipertanggungjawapkan.. Jika ibu, isteri, anak perempuan dan kakak buat salah.. Mereka yg tanggung.. Lelaki hanya disoal kenapa tak jalankan tanggungjawap.. Begitu juga dgn kesalahan org lain. Kita takkan ditanya sbb pilihan itu (buat salah atau buat baik) ada ditangan srndiri.. Kesalahan najib tak boleh dikata berpunca dari mahathir..

      Delete
    3. Juga kesalahan nabi yg kita sanjung nabi adam as bukan ditanggung isteri tercinta hawa yg mengajak mkn buah terlarang.

      Delete
    4. Anon 16:38

      Allah akan menyoal pemimpin sesuatu kaum. Tiada seorang pon yang terlepas. Pemimpin yang zalim (melainkan mereka bertaubat), tidak dihisab (disoal) Allah melainkan menghantar mereka terus ke neraka.

      Ma’qil Ibnu Yasar r.a berkata "Aku mendengar Nabi S.A.W bersabda maksudnya: Tidak ada seorang hamba (pemimpin) yang Allah serahkan kepadanya untuk memimpin segolongan rakyat lalu ia tidak memelihara rakyatnya itu dengan menuntut dan memimpin mereka kepada kemaslahatan dunia dan akhirat melainkan tiadalah ia mencium bau syurga"

      (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

      Delete
    5. ... Dan seorang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang yg lain.? (surah al-an'am 6:164).. Ulasan tuan sang wira bangsa tu bekenaan kesalahan pemimpin.. Dia yg tanggung krsalahan dia. Bukan org lain.. Kesalahan tun m... Dia tanggung sendiri. Bukan najib.. Najib tak boleh kata dia apa yg dia buay hari ni berpunca dari tun m.. Sbb sekarang pilihan ditangan najib.. Pilihan masing2 yg tanggung.. Apapun. Najib harus berundur..sesiapa pun Jgn salahkan org lain atas tindakkan sendiri

      Delete
  7. Salam Hormat Shah,Yang Tanah air perlukan adalah 7 Orang Patriotik demi bangsa melayu dan Negara dan 'Unsung Heroes' yang tidak terikat tangan dan tidak punya sebarang kepentingan peribadi, Tidak mengharapkan balasan bulan dan bintang.Dan yang pasti 7 orang tersebut tidak pernah dapat atau tidak pernah mengharap bantuan dari pemimpin baik itu dari pemimpin parti atau negara untuk menjana ekonomi mereka selama ini.Tapi mereka patriotik.Saya yakin ada demi maruah bangsa dan negara.Salam Terhormat.

    ReplyDelete
  8. maka amatlah bersesuaian atok dan bapa-bapa saudara saya berpesan jangan sesekali mengundi parti (yang dulu nama parti PERIKATAN berlambangkan Kapal Layar - waktu saya masih budak-budak ketika tu ... dan sekarang BARISAN NASIONAL berlambangkan DACING) dan syukurlah sampai sekarang saya tak pernah memangkah diorang

    ReplyDelete
  9. Saya rasa Tun dah lakukan yg terbaik pada waktu itu. Hasil pembangunan dan peningkatan kualiti sumber manusia dikalangan profesional melayu pun dpt kita lihat pada hari ini. Dasar ekonomi kita tidak banyak bergantung kpd bantuan luar. Pelabur dtg krn percaya kpd dasar negara kita. Skrg ini berlainan. Sgt ketara pengampu2 yg kurang bijak diberi jawatan. Mereka tidak menambahbaik kepada idea dan pembangunan negara kita. Hanya segelintir yg nampak berusaha dan ikhlas. Siapa pun tidak sempurna tetapi peratusan baik buruk itu yg kita harus lihat. Tun rajin membaca dan mencari alternatif2 utk melawan unsur2 luar yg cuba buli negara kita dan kita menjadi contoh kpd byk negara lain. Kita tumpang bangga dgn penghormatan negara luar kpd kita. Skrg dh tak rasa bangga tetapi kecewa dan hampa. Apapun pada kita rakyat biasa kehidupan harus diteruskan walaupun terasa agak perit dgn kos yg makin meningkat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita tidak boleh meletakkan kesemua kesalahan dan semua kebaikan kepada Tun. Tetapi tidak boleh juga menerima begitu sahaja ungkapan 'sesiapa pun tidak sempurna'.

      Tun yang makan cili, Tun juga lah yang merasa pedas.

      Tun yang kena bertanggung-jawab. Yang salah tetap salah di samping itu kita jangan lupa pada jasa-jasa Tun.


      Delete
    2. Dan yg betoi tetap betoi.. Sekarang tun tgh buat perkara betoi.. Sekarang bukan masa nak bicara soal yg dah rosak.. Sekarang sepatutnya cari cara nak pulihkan.. Bantu la tun. Sbb dia ada cara.. Berjaya ka tak hasil belakang kira yg penting buat sesuatu utk negara kembali gemilang..

      Delete
  10. Seburuk manapun Mahathir, apa yang dilakukan sekarang adalah yang terbaik...
    Sebaik manapun Najib, apa yang dia lakukan sekarang adalah yang paling tetburuk dalam sejarah...

    Kesilapan Mahathir...dia sucikan sekarang..
    Kesilapan Najib...dia masih teruskan...

    Sejarah Anwar...di mana akhirnya, walau berapa lama dipertahan dan tidak mengaku...

    ReplyDelete
  11. Jangan ambil Kisah, Tun, terhadap apa2 kutukan dan cemuhan yang mereka2 itu lemparkan. Buat lah, Tun, apa yang baik untuk negara, bangsa Dan agama, teruskan, Tun. Allah swt bersama2 dengan orang yang sabar Dan benar. Berdoalah Tun, sesungguhnya doa.orang teraniaya tiada hijabnya. Biar lah Dr Ling di saman Dan biar lah masuk mahkhamah, Kita tengok nanti apa yang terjadi di mahkhamah bilateral semua di dedahkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bercakap bersetuju dengan Tun Mahathir pun kena saman?

      Tun belum sampai tahap teraniaya lah dan Tun belum di duga sehebat mana pun. Tun belum di tangkap oleh KPN. Bezakan Khairuddin dengan keadaan Tun sekarang, Khairuddin lah yang teraniaya. Lagi teruk kalau sebut macamana Anwar di perlukan oleh Najib.

      Delete
  12. Jangan lupa Tun lah memaksa membayar segala segala sekarang ni, sampai mencanggungkan di rumah sendiri kena bayar.
    Kesilapan yg besar TV1 TV2 TV3 Media propaganda kerajaan tak menjadi pasal Tun sendiri memaksa rakyat kebanyakkan terpaksa langgan astro.
    Ini semua TUN Mahatir hal,
    Saya masih ingat dulu Tun Mahatir memperlekehkan Nabi kita SAW diperhimpunan Agung UMNO dulu diakhiri dgn tepukkan gemuruh perwakilan adakah orang mcm ni ikhlas nak selamatjan negara, nak menyelamatkan diri sendiri dan kepentingannya adalah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kemudahan yang disediakan perlu ada. Yang perlu di persoalkan ialah keuntungan syarikat dan kepentingan kroni. Semua perkhidmatan perlu di bayar tetapi kawal lah supaya syarikat tidak mencari keuntungan besar kemudian membayar gaji CEO dan Pengarah-Pengarah dengan jumlah tidak masuk akal.

      Mudah-mudahan Tun sudah taubat di atas kesalahan memperlekehkan junjungan Nabi kita saw.

      Jika tidak usah Tun terbantut

      Delete
  13. Macam macam laaaa umno ni....aku pangkah pkr lah nanti, walaupun family aku yang buka bilik gerakan bn di kampung aku dulu. Baju i love pm dan baju bn pun aku ada lagi...walaupun pkr tak gerenti baik, tapi aku dah meluat dengan umno...jangan kata marahkan nyamuk kelambu dibakar... Ni bukan nyamuk, tapi satu sarang tebuan dekat dengan rumah, tuan rumah tak senang hidup. Buang jerr umno dari political equation, senang....

    ReplyDelete
  14. Salam Dato,

    Sudahlah Pak Jib kita ni perangai teruk macam .... he .he sanggup bermesra dengan penjenayah antarbangsa.

    Lihat : http://www.timesofisrael.com/malaysian-pm-calls-for-new-dawn-in-muslim-jewish-relations/

    ReplyDelete
  15. Ramai rakyat yg sayang Tun...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesian Mahathir. Najib ciplak dan gunakan semua langkah2 dan amalan dia dulu...

      ....the destruction & fall of Msia begins with Mahathir. Najib just takes it to a new level....yang jadi mangsa melayu2 bodoh yg masih sokong Umno & Najib..

      Delete
  16. Persoalan nya yang mana satu, saman, tangkap guna akta hasutan atau pecat sebagai ahli UMNO ?

    Apa pun, cara UMNO pantau sama dengan cara UMNO pantaul harga barang.

    Yang paling selamat di antara ketig-tiga nya ialah pecat Tun Mahathir sebagai ahli UMNO. Tetapi Tun Mahathir mungkin bergerak dan bertindak sebagai ahli Amanah. Oh No....No!

    Tangkap dan dakwa Tun menghasut. Tun Mahathir pun dah terang-terang mengaku Tun Mahathir menghasut. Tapi mana boleh Tun Mahathir masih ahli UMNO. Nanti eluk-eluk ahli sedang dibuai mimpi dengan minyak mahal dan GST tiba-tiba terjaga lagi haru.

    Pilihan yang ada ialah saman. Bawa Mahathir ke mahkamah. Guna Shafie Abdullah mewakili Pejabat Peguam Negara. Dapatkan perintah mahkamah supaya Tun Mahathir tidak boleh bercakap mengenai Najib seorang pencuri. Percaya lah Tun Mahathir akan terus bercakap. Akta Hasutan sosma itu pun Tun Mahathir tidak peduli ini kan pulak perintah mahkamah. Yang perlu Najib berhati-hati ialah Tun Mahathir boleh buat sesuatu di luar jangkaan semasa perbicaraan seperti mana Tun Mahathir mengumumkan persaraan nya di hadapan beribu perwakilan sehingga ramai yang terkejut beruk.

    UMNO akan terus pantau seperti UMNO pantau harga barang. Harga barang tetap naik. Pantau Tun Mahathir, darah rakyat semakin naik kerana di hasut oleh Tun Mahathir.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hasut utk kebaikkan takpa

      Delete
    2. Hairan.. Org yg buat baik pon org tak sokong.. Siap ungkit kisah silap lalu.. Kita tau ka dgn detail kisah2 lalu.. Kita tau ka yg tun yak penah mohon taubat.. Ayoh. Bersihkan hati.. Fikir positif tentang org.. Bagi yg terang buat salah kita tetang dan tegur.. Adakah duit dlm akaun tu duit derma.. Kalu bukan kita kena tentang.. Kalu betul najib kena buktikan.. Yg tak betoi tetap tak betoi.. Yg penting sekarang negara kita semakin teuk keadaanya.. Hakikat nyata.. Kerajaan yg sepatut jaga kebajikan rakyat dah tak boleh harap.. Byk sgt soalan yg tak dpt jawap.. Datangkan bukti jika anda benar.. Itu yg al quran ajar..

      Delete
  17. Jika gambar Tun yang kita lihat sekarang dalam blog ini adalah gambar Tun sedang menghasut, kelihatan Tun seperti kembali ke zaman 'sebelum' 1998.

    Sepatutnya Tun sekarang kelihatan seperti 'orang tua' tetapi Tun keihatan tidak tua seperti beberapa pemimpin UMNO yang tua-tua.

    Perubahan wajah Tun sangat ketara sekarang ini dari wajah dan rupa Tun sebelum Tun menghasut..

    Itu lah yang saya rasakan bila renung gambar Tun.

    ReplyDelete
  18. Hasutan Tun telah membuat Majlis Raja-Raja pun di hasut dan hari ini Majlis Raja-Raja telah meminta semua pemimpin-pemimpin menyelesaikan isu 1MDB dengan segera.

    ReplyDelete
  19. Teruskan perjuangan tun m..parti umno bukanlah parti yang boleh bwak masuk kubur..takde kuasa di padang masyar nanti..kena buang parti pun takpe janji berani berjuang..bantu rakyat malaysia yg makin menderita..

    ReplyDelete
  20. Mahathir "The Nyanyuk"

    ReplyDelete