Saturday, 31 October 2015

KABINET YANG BUAT KEPUTUSAN, KENAPA UCAP TERIMA KASIH KEPADA NAJIB SAJA?

Berita ini tidaklah penting sangat sebab saya bukanlah penghisap vape atau rokok elektronik dan bukan saja penagih rokok. Kawan-kawan saya juga tiada kaitan dengannya, maka sama ada vape mahu diharamkan atau tidak, relatifnya memberi kesan kepada saya adalah minima saja.

Tetapi apabila Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Ismail Sabri mengucapkan terima kasih kepada Najib Razak kerana kabinet membuat keputusan tidak mengharamkan vape, saya mulai tersentak dan keliru?

Hati mulai terdetik, macam ada masalah kejiwaan dengan menteri berkenaan?

Bukan soal vape yang tidak diharamkan atau kaitannya dengan anak-anak muda yang menjadi persoalan, tetapi kenapa perlu mengucapkan terima kasih kepada Najib berkaitan keputusan itu?

Kenapa perlu diucapkan terima kasih kepada Najib sedangkan yang bersetuju ialah ahli-ahli kabinet yang berjumlah hampir 40 orang ramainya?

Apakah ini bermakna kalau Najib bersetuju, maka semua menteri kabinet kena bersetuju?

Atau kiranya Najib bersetuju, maka menteri-menteri tidak boleh mengatakan tidak setuju atau jika Najib tidak setuju, semua menteri juga harus tidak setuju dan tidak boleh sama sekali untuk bersetuju?

Adakah barangkali ucapan terima kasih itu sekadar bertujuan mengampu dan membodek Perdana Menteri saja?

Tetapi untuk apa pula Najib perlu dibodek dan diampu dengan keputusan itu? 

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri-Menteri yang turut bersetuju dengan keputusan itu, langsung tidak ada nilaikah persetujuan mereka?

Apakah bodekan terhadap Najib itu ada kaitan dengan cita-cita Ismail Sabri yang sedang mencari laluan untuk meningkat lebih tinggi dalam kariernya?

Selain itu, kenapa Ismail Sabri yang menjaga Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah begitu pantas menulis di Facebooknya berkenaan perkara itu?

Bukankah Menteri Kesihatan, S Subramanian yang lebih sesuai mengumumkannya?

Kalau vape mahu dikatakan melibatkan anak-anak muda pula, bukankah ia lebih berkaitan dengan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin?

Apa kaitan vape dengan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah?

Atau ini merupakan petanda bahawa rindu rakyat Malaysia kerana ketiadaan Hasan Malek dalam kabinet sudah boleh dilepaskan kepada menteri yang seorang ini? (SH 31/10/2015)

29 comments:

  1. Situasinnya...
    Semua tak kena.

    Realitinya..
    Memang ada yang tak kena..

    Persepsinya..
    Memang ramai yang kena pi berubat...

    Dalam keadaan kekosongan akan berlaku untuk jawatan Presiden, Timbalan Presiden dan Naib Presiden...adalah penting masing-masing cuba menunjukkan watak hero dan robinhood..

    Masa depan Nazri sebagai bakal Timbalan Presiden @ Timbalan Perdana Menteri jika Najib berundur, jika Zahid jadi PM tidak boleh ditolak kemungkinan tersebut melihat kesungguhan menyokong.

    Ismail Sabri lebih hebat, direct Najib.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nazri yg kepala mcm kura kura tu nak jadi TPM .. tak masuk akal langsung. Ada ker samseng nak jadi pemimpin no 1 negara?

      Dah dapat sokongan dan tajaan Mafia jer?

      RM berapa bilion pula derma yg dia akan terima?

      Delete
    2. Kluangman , ini lah dia golongan terdesak tak kira apa isu main rembat ja macam la rakyat ini semua akan mampus kalau tak hisap vipe , mintak maaf la , menteri lembik ni ingat majoriti golongan umur 40 kebawah akan menyokong umno dengan isu vipe ini ,daiii....pooorah.

      Delete
  2. Suka sangatlah semua pemimpin negara tengok manusia berjalan diseleputi dgn asap berkepul kepul jerebu sekeliling penghisap vape. Dah tak nampak orang dh. Nampak ada asap jerebu berjalan. Tak tahu pulak ada manusia dalamnya. Manusia jenis macam ni ke untuk nilai akhlak asas ketamadunan manusia akan datang? Lantak ko ismail sabri dan kabinet dan semua pro vape dan para rokok sekalian. Memang dunia nak kiamat tak ingat mati ke???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ismail Sabri dah mengendeng dgn najib untuk jawatan mana satu? Timbalan Presiden atau Naib Presiden?

      Delete
    2. Woiii Daffi senior...besar sungguh cita2 kau ni.

      Delete
    3. Najib dan Ismail Sabri secara terang2 telah menghina dan membelakangi Majlis Fatwa Kebangsaan, apabila mengambil langkah melawan arus, fatwa yg telah disepakati oleh mufti dan para alim ulama.

      Hanya kerana merebut hati pengundi muda, Najib dan pengampu tergamak meletakkan rakyat dlm sengsara nikotin yg mengundang pelbagai bahaya.

      Apa lagi kerosakkan yg akan dibawa?

      Najib dan pengampu sudah beraja di mata, bersultan di hati.

      Delete
    4. Dalam diri najib dah tak ada dosa pahala lagi dah.
      Halam haram bukan peganggan hidup dia lagi dah. Yang ada hanyalah nafsu serakah yang tidak pernah puas.
      Najib sanggup berbohong menipu semata mata kerana duit dan kuasa.
      Ini adalah amalan yg allahyarham Tun Razak Husssin sama sekali tak pernah buat.

      Delete
  3. ungok..... ingat pesan zul nodeen Taliban.... dap will take over Sarawak

    walaupong dok reti bodek najib dan dok isap vape tapi otok dok jeput...
    utang wajib baya deh,...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Najib dah nak pencen dah tu. Boleh duduk rumah hisap shisha.

      Delete
    2. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  4. Najibkan TUHAN umno....jadi segalanya harus berterima kasih kepadaNYE kerana beliaulah memberi rezeki kepada penganut agama umno!!!!takbir....umno....takbir....umno

    ReplyDelete
  5. kesian...Menkes (menteri kesihatan) buat cadangan mengenai vaping, bila tak haram, MenLuban pulak nak nama...isu ni kerajaan yg ciptakan, bila dah selesai, kerajaan juga yang nak kepujian...bingung punya kabinet. Lu cipta problem, lu solve itu problem, lu nak orang puji lu solve itu problem.

    ReplyDelete
  6. Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub menyokong vape, penyokong penularan vape....perniagaan vape boleh majukan luar bandar dan wilayah? Proposal projek idea bodoh apa ni menteri bangang semua. Ingat semua orang kerajaan...korang punya kerja kami rakyat audit. KPI korang kami taruk. Ni ismail sabri ada 10% sahaja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
    2. Ismail Sabri asal diciptakan daripada taik. Dia bukannya manusia. Jadi taik bodoh adalah perkara biasa. Bukan saja KPI 10%. 0.1% pun aku x bagi. Terlalu bodoh.

      Delete
  7. Senarai pemohon gelaran Hasan Malik memang panjang. Kalau nak di senarai pendekan nama pemohon pun tak mencukupi sekeping kertas. Ini belum diambil kira pemohon dari MT Umno.

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  9. mat maslan, buleh dah pelan2..kayuh,cari title lain...pasal anugerah asan malik ni..sentiasa hot...setiap saat...jadi rebutan...terkini...newcomer...asang riping ganu...

    ReplyDelete
  10. Ismail sabri boleh syorkan dan minta tambah bajet untuk perniagaan vape di luar bandar.Syahidan kassim boleh buka banyak kedaii jual air ketum,bila kedua dua bergabung nanti boleh lihat kedai kedai melayu diluar bandar maju.Inilah tahap menteri yang akan memajukan negara....ingat nak suruh rakyat buang tabiat merokok

    ReplyDelete
  11. Nampaknya hebat sungguh menteri ismail sabri ni patut menteri kesihatan yg beri terima kasih pd pm begitulah cara klu nak hidup lama aku pun heran vape pun jadi polktik patut cakap halal haram

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hebat lagi najib. Dia bukan saja seorang ahli politik malah dia juga seorang ulama besar di Malaysia ni.

      Sejak bila najib ambil alih kuasa membuat fatwa ni? Dia daripada Majlis Fatwa mana?

      Apa fatwa Majlis Agama Malaysia tentang vape? Sudah kah mereka mengeluarkan fatwa?
      Kalau belum bagaimana najib boleh mendahului mereks

      Delete
  12. Situasinnya...
    Semua tak kena.

    Realitinya..
    Memang ada yang tak kena..

    Persepsinya..
    Memang ramai yang kena pi berubat...

    Dalam keadaan kekosongan akan berlaku untuk jawatan Presiden, Timbalan Presiden dan Naib Presiden...adalah penting masing-masing cuba menunjukkan watak hero dan robinhood..

    Masa depan Nazri sebagai bakal Timbalan Presiden @ Timbalan Perdana Menteri jika Najib berundur, jika Zahid jadi PM tidak boleh ditolak kemungkinan tersebut melihat kesungguhan menyokong.

    Ismail Sabri lebih hebat, direct Najib.

    ReplyDelete
  13. Nampaknya hebat sungguh menteri ismail sabri ni patut menteri kesihatan yg beri terima kasih pd pm begitulah cara klu nak hidup lama aku pun heran vape pun jadi polktik patut cakap halal haram

    ReplyDelete
  14. Kalau difahamkan lagi, ada cerdik jugak Ismail Sabri.
    Secara tak langsung, dia orang tak terlibat dengan RM 2.6 billion.

    ReplyDelete
  15. Ini adalah cara lama untuk mohon naik pangkat.
    Kalau cara baru, Menteri atau Timbalan Menteri akan salahkan bekas Menteri atau Timbalan Menteri.

    Asap dah masuk dalam badan masih boleh ke menjalani kehidupan yang lebih sihat ??

    Yang di larang tempat awam ialah merokok, jadi tak salah lah hisap vape di tempat awam termasuk di hospital dan kawasan sekolah.

    ReplyDelete
  16. Bangang ke bengong ke..dia jadi menteri..korang?? Yang pandai..si budin..mainkan korang..hehehe..

    ReplyDelete