Tuesday, 27 October 2015

CARA BARU MOHON NAIK PANGKAT

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Jailani Johari mempersalahkan bekas Menteri Pendidikan, Muhyiddin Yassin berhubung kelemahan projek penyediaan internet ke sekolah-sekolah yang dikenali dengan 1BestariNet.

Ketika memberi jawapan di Parlimen berhubung pertanyaan bahawa perkhidmatan internet yang disediakan kepada guru dan murid-murid di bawah projek 1BestariNet itu lebih perlahan berbanding yang dijanjikan, beliau berkata, "projek 1BestariNet bukan di bawah kementerian ini. Ia adalah sebuah projek nasional yang diterajui oleh bekas  Menteri Pendidikan."

Kenapa dan atas hujah apa seorang timbalan menteri boleh memberi jawapan sedemikian rupa?

Apakah pula penilaian kita bila seorang pemimpin memberi jawapan seperti itu?

Adakah ini bermakna telah lahir "seorang lagi Ahmad Maslan" dalam pentadbiran kerajaan?

Sebab itu tidak menghairankan apabila jawapan tersebut turut mendapat "belasahan" daripada Ahli Parlimen Tawau, Abdul Ghafur Salleh dengan mengatakan, kelemahan yang timbul dalam sesuatu projek kerajaan tidak seharusnya diletakkan di bahu seseorang yang sudah meninggalkan kerajaan.

"Kita satu kerajaan, jangan cari mantan. Kementerian bukan mantan.

"Kalau begitu, lain kali orang akan cakap mantan yang punya...mana ada mantan yang punya, itu kerajaan yang punya," kata Ghafur lagi.

Siapa Jailani Johari ini? Adakah beliau dikenali sebelum ini? Setelah lebih dua tahun menjadi timbalan menteri sejak 2013 lalu, adakah kita sedar kewujudan beliau dalam pentadbiran kerajaan?

Tentu ramai yang menyatakan tidak mengenalinya, bahkan barangkali ada yang mengatakan inilah pertama kali mendengar namanya.

Oleh itu, jangan marahkan beliau sangat-sangat atas jawapannya yang sebegitu rupa. Walaupun nampaknya tidak memahami konsep tanggungjawab bersama, beliau sebenarnya mungkin sedang cuba-cuba menghantar "surat permohonan kenaikan pangkat" untuk menjadi menteri penuh kepada Najib Razak.

Dengan meletakkan beban kepada musuh politik Najib tentu saja diharapkan lebih mudah membuatkan hati Perdana Menteri berbunga-bunga jadinya.

Alahai, Malaysiaku... (SH 27/10/2015)

36 comments:

  1. Terserlah lagi kebangangan menteri/timbalan menteri Najib.

    Kesian aku tengok mentaliti pengampu2 Najib ni.

    Adakah ianya satu sumpahan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Johari ni ker...rupa pun mcm rupa orang pecah rumah

      Delete
  2. alahai....tak tertahannya kelahiran species melayu bodo di Malaysia nii

    kenapa tak jawab merudum nya ekonomi msia dan maqsalah jerubur....tanyalah najib

    menteri ni wajib ditong taikkan....ni bukan bodek...ni kon firm BODO

    ReplyDelete
  3. Bukan mr Jo ini kah yg dulunya pernah terlibat dalam kes jenayah masa dia jadi timbalan menteri di kdn.





    ReplyDelete
  4. Yang timbalan menteri KDN dulu tu Johari Baharom, sekarang timbalan menteri pertahanan.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. siangggg org hulu terengganu dapat yb bengong

    ReplyDelete
  7. En budin...tolong search usp project bawah skmm ...dimana sewaktu dia di sana ...di kasi kat kroni dia ...untuk internet desa....objektif utk beri kemudahan internet...tapi hampeh ...mcm mana sekolah luar bandar internet slow....atas tangan ko...kasi kroni...ko salah muhidin buat ape...ko dah kenyang

    ReplyDelete
    Replies
    1. as the b









      he started a joke that's tends to make Malaysian put tsmy to be blame........unfortunately the joke was on him.......

      bee gees......thanks 2357

      Delete
  8. 1BestariNet projek TSMY,...kira bagus la,..sbb TSMY punya idea untuk meletakkan sistem pendidikan Malaysia ke tahap baru,...y jadi persoalan knp penyediaan internet ke sekolah-sekolah lambat?....soal internet dan multimedia bukan keje Kementerian Komunikasi dan Multimedia ke untuk pastikan para guru dan pelajar2 mendapat talian internet y bermutu sesuai dengan keadaan semasa?,.....jadi ape fungsi KKM sebenarnya?,....lagi satu sekolah2 y menerima projek 1BestariNet bkn milik kerajaan ke?,...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Woiii...keruak jawablah. Ini kerja kau ini kpi kau kenapa jadi bisu pulak

      Delete
    2. Jawapan timb keruak mcm keruak jugak... Bengong xmau kongsi ngan org

      Delete
    3. Jawapan timb keruak mcm keruak jugak... Bengong xmau kongsi ngan org

      Delete
    4. Bodoh punya budak kampong ni.
      Broadband dan infra tu dalam bidang kuasa kementerian kau lah. Kenapa nak salahkan TSMY?

      Semenjak Keruak jadi menteri Komunikasi dan Multimedia apa masalah rakyat yang dah dia selesaikan?

      Yang aku tahu keruak ni asyik berpolitik. Banyak sungguh masa dia menulis di blog. Asyik hentam orang saja.

      Bila masa dia buat kerja dan ambil tahu masalah rakyat? Orang yang dia dok hentam tu lebih banyak berjasa kepada rakyat dan negara.

      Apa jasa Keruak??? Asyik hayun telur saja sejak datang ke Putrajaya.

      Delete
    5. Fungsi kementerian sendiri pun tak tahu mmg confirm BODOH BANGANG. Aku lg pandai bolih jd boss pd boss dia. Bodoh pengundi yg pangkah dia ni hahaha

      Delete
  9. Kdg2 terfikir gak menteri2 kita jadi makin bodoh merapu sebab pembawaan sial jibby kot...bila byk makan duit haram Allah tunjukkan akibatnya...,,,,,,....salah satunya sifat mcm nilah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. smga makhlok langit dan bumi melaknati mereka ini hingga khiamat......amin ya Rabb 'alamin

      Delete
    2. Jailani bi budak kampong mana ni. Buta kayu sungguh budak ni.

      Delete
  10. kah..kah..kah..salahkan org lain mmg pandey kera-kera dalam kabinet dapur ketua lanung selanung 1malaysia...?

    oleh itu apalah yg dapat diharapkan dengan kera-kera dalam kabinet dapur ketua lanung selanung 1malaysia tu weh? x mau berubah lagi ke?

    dgn cara itulah dapat kera-kera tersebut naik pangkat jadi GORILA KOT? KAH..KAH.KLAH..KAHAKAHJA?

    ReplyDelete
  11. Menanguk diair yang keroh sememangnya satu amalan biasa manusia yang tidak mempunyai keyakinan diri.

    ReplyDelete
  12. Aku pun tak pernah dengar nama jailani ni tiba2 je muncul samalah macam bos dia ingat pepatah macam roda tak semestinya diatas ia akan berpusing insaflah n muhasabah diri amin

    ReplyDelete
  13. Aku pun tak pernah dengar nama jailani ni tiba2 je muncul samalah macam bos dia ingat pepatah macam roda tak semestinya diatas ia akan berpusing insaflah n muhasabah diri amin

    ReplyDelete
  14. Biarlah ada watak tim menteri bila bercakap...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasalah tu. Orang ulu tetap orang ulu juga.
      Jailani ......adalah lebih baik kau masuk class dewasa dulu sebelum bercakap

      Delete
  15. Jailani Johari ni lulusan undang2 Universiti Malaya 1989. kalau ikut kelulusan patut la lebih bijak lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ..tak semestinya bijak..tengok shjlah Apandi, peguam Negara lantikan Najib..bongok bukan kepalang. Kalau Jalani lulusan undang2..samalah dng Apandi..bolih dibodohkan olih Najib yg kaki rasuah...

      Kalau orang bijak, bukan senang diperkudakan dan dipergunakan.

      Delete
  16. Memang dah faktanya begitu apa silapnya timbalan menteri ni beri jawapan. bukan kementerian beliau pun yg bertanggungjawab. Apalah Sahbuddin ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ...memang bongok punya jawapan lahhh. Cakaplah projek tu bukan dibawah Kementerian dia tetapi dibawah Kementerian Pelajaran. Siapa punya idea, kalau dh dilaksanakan itu menjadi tanggongjawab Kementerian dan Kerajaan lahhhh...kau ni pun mcm sijailani juga lahhhh...

      Delete
    2. Terima kasih Anon 12.42, begitulah lebih kurang jawapannya. Projek yang sudah jadi tanggungjawab kerajaan, mana boleh salahkan bekas menteri, kecuali untuk membodek Najib.

      Delete
  17. Selain menyalak, anjing juga mengongoi. Menyalak tu memaksimumkan suara untuk menakutkan musuh atau lawan. Ngongoi ni nak bodek tuan, manja2 gitu. Ada penjilat yang menyalak sakan, ada juga yang ngongoi pelan2. Tujuannya sama, harapkan tuannya iktiraf kerja dia. Boleh dapat tulang lagi besar & segar.

    ReplyDelete
  18. Ishh korang ni tak baik cakap macam tu. Kenapa nak salahkan Jailani. Bukan salah dia pon. Yg salah najib nak lantik dia. Takkan dia nak tolak. Tak beradab tolak permintaan Pii M kita, yang amat dikasihi, digeruni dan ditakuti. Korang baiik cepat2 mintak maaf ngan si Jailani. Nanti kalau Pii M marah, siaplah korang.

    But on second thought, who cares ? Piii daa !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jai..lan..ni boleh jalan lah

      Delete
  19. Kriteria utama jadi menteri, mestilah bodoh tapi pandai jilat...

    ReplyDelete

  20. Patutlah jiran sebelah (bomoh) mengeluh dah tak ramai yang datang minta ubat pengasih dan tangkal untuk naik pangkat.

    ReplyDelete
  21. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete