Saturday, 24 October 2015

APA TUJUAN ZAHID MENGESAHKAN BAJET 2016 DENGAN PILIHANRAYA SARAWAK?

Dalam banyak-banyak reaksi daripada pemimpin kerajaan mengenai Bajet 2016 yang dibentangkan oleh Najib Razak semalam, yang paling menimbulkan tanda tanya dan persoalan ialah komen Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi.

Zahid dalam reaksinya mengesahkan Bajet 2016 itu antaranya ialah untuk memenangi pilihanraya negeri Sarawak yang bakal diadakan tidak lama lagi.

(Kita mendapat) komen positif daripada mereka (penduduk Sarawak). Ya, memang (untuk menang pilihanraya negeri Sarawak, katanya lagi.

Kenapa Zahid begitu berterus terang dan "lurus bendul" mengatakan bajet kali ini berunsur politik dan sebagai alat untuk BN memenangi pilihanraya negeri Sarawak?

Biasanya mana-mana pemimpin kerajaan, apabila mengulas mengenai sesuatu bajet, mereka hanya akan menyokong dasar atau menyebut kebaikan yang diperkenalkan dalam pembentangan itu sambil memuji langkah-langkah yang diperkenalkan didalamnya.

Ini kerana Bajet secara umumnya adalah untuk kepentingan semua rakyat tanpa mengira kecenderungan kepada mana-mana parti dan untuk pembangunan serta perkembangan ekononi negara, bukannya untuk  politik  atau alat memenangi pilihanraya.

Biasa juga kita mendengar apabila Bajet yang dibentangkan itu berdekatan dengan tarikh pilihanraya dan  ditanya sama ada ia bertujuan untuk mengekalkan kuasa, jawapan yang berhemah selalunya ialah seperti, "ia hanya kebetulan saja kerana dasar kerajaan memberi kesejahteraan kepada rakyat adalah sepanjang masa", "terserah kepada tafsiran ramai" atau "ini bukan bajet politik dan pilihanraya."

Kaitan Bajet dengan politik kepartian dan pilihanraya seboleh-bolehnya akan cuba dihindari bukan saja kerana ia medan yang berbeza, malah untuk mengelakkan tanggapan buruk bahawa seolah-olah dana kerajaan boleh disalahgunakan dengan sesuka hati.

Lebih-lebih lagi bagi yang menjawab jawatan Timbalan Perdana Menteri, periksalah rekod reaksi pemegang jawatan itu sebelum ini apabila setiap kali Bajet dibentangkan, semuanya sama ada memberi pujian kepada Menteri Kewangan atau menyambut baik beberapa intipati yang dikesan boleh memberi kebaikan kepada rakyat saja.

Tidak pernah mana-mana Timbalan Perdana Menteri sebelum ini mengatakan "bajet ini adalah untuk memenangi pilihanraya."

Tetapi nampaknya berlainan dengan Zahid yang baru beberapa bulan menjadi Timbalan Perdana Menteri di mana  di samping memperkatakan tentang kelebihan bajet itu, beliau juga secara terbuka mengesahkan antara tujuannya ialah untuk BN memenangi pilihanraya negeri Sarawak yang dijangka diadakan awal tahun depan.

Kenapa Zahid mahu begitu berbeza dan berterus-terang? Mengapa beliau mahu kelihatan berlainan nada dengan Timbalan-Timbalan Perdana Menteri sebelum ini?

Jika pihak pembangkang yang mengaitkan sesuatu pembentangan bajet dengan politik atau pilihanraya, memanglah tidak menghairankan tetapi dengan Timbalan Perdana Menteri sendiri membuat pengakuan, terasa ada sedikit peliknya.

Apakah Zahid cuba memberi gambaran bahawa Bajet 2016 yang dibentangkan Najib adalah berunsur politik yang tujuan lainnya ialah untuk kepentingan BN mengekalkan kuasanya di Sarawak?

Mungkinkah juga Zahid sedang cuba menyindir makna tema "Mensajehtera Kehidupan Rakyat" yang dipilih oleh Najib dalam bajetnya kali ini?

Ehhh...adakah burung tempua sudah mula terbang rendah untuk  mencari-cari tempat bagi membina sarangnya? (SH 24/10/2015).

16 comments:

  1. Bajet utk menang.... lucu

    ReplyDelete
    Replies
    1. its not funi.......ini semua cari makan boss......2.6b, mana cukup....soping je 0.025b, overhead anak 0.04/child,professional consultant fees for su8rvival upkeep???b.....mana cukup...

      Delete
  2. Hamid Bador, ex SB Director ckp Zahid ni perangai mcm gangster. Org ramai memang beranggapan bagitu. Tetapi Hamid kerana bidang pengkhususan dia menilai watak orang lebih tepat dlm penilaiannya.

    Gangster memang cakap perkara yg bodoh dan bongkak..menjadi satu bebanan pula kpd Adenan Satem kelak. Kalau bajet utk pilehanraya, ia adalah strategy politik utk membodohkan orang ramai...dan menyangka orang ramai mcm lembu..diberi makan olih tuan akan patuh kpd tuan,

    ReplyDelete
  3. Kenyataan yang menunjukkan beliau belum habis seronok menerima menantu indon barangkali.....??br jd tpm dah poyo,xtahu la keadaan Malaysia kalau dia sebagai pm....mintak simpang ya Tuhanku...

    ReplyDelete
  4. Saya perhatikan bila zahid berucap atau bercakap semasa interbiu, dia Ada semacam slur dalam sebutan dan maya dia bergerak sekolah-olah mencari sesuatu. Pada hemat saya, Dari segi psikologi, khususnya, para linguistics, itu adalah keadaan stress yang membawa kepada keadaan blur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul....persan pun....malng malaysia dapat pm takut bini dapat tpm lembab n gagap..... ....gagap 2 gengster tu.......ha..ha sekapl dgn jamal pak tongkol

      Delete
  5. Tpm pun nak tunjukan yg dia dia hebat kan pm kata 2 projek kat bagan dato satu kolej sain mara n kompleks sukan sama je lah tu kalau jadi pm lagilah

    ReplyDelete
  6. Tpm pun nak tunjukan yg dia dia hebat kan pm kata 2 projek kat bagan dato satu kolej sain mara n kompleks sukan sama je lah tu kalau jadi pm lagilah

    ReplyDelete
  7. Bagus zahid berterus terang, bukan seperti menteri lain yg nk perbodohkan rakyat dan menganggap rakyat masih bodoh.

    ReplyDelete
  8. Bagus zahid berterus terang, bukan seperti menteri lain yg nk perbodohkan rakyat dan menganggap rakyat masih bodoh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, zahid seorang ya jujur,amanah, telus, adil dan mempunyai sifat dan ciri rasullah......sokong dan sanyangi beliau.....orang yg Allah saying pendek umo.....omputih kata good men die young

      Delete
  9. Sejak Najib jadi PM dan Menteri Kewangan, bajet sudah tidak memberi apa-apa makna. Dari tahun ke tahun, bajet Najib dengan penilaian Audit Negara sering bercanggah. Kalau tak ikut bajet pun bukan kena apa-apa tindakan.

    ReplyDelete
  10. Bajet kali ni patut digelar bajetHaru biru

    ReplyDelete
  11. zahid kdg2 terlupa yg dia dh jd tpm, tu lar bila pegang2 jwtn bsr skligus otak boleh biul..ckp pun tersasul2..huhu

    ReplyDelete
  12. Perknalkan nama...Saya muhammad asep yang kemarin OM brikan Nomer 3D,Saya asal dari medan.Kerja jadi Tkw Di Jeddah, mau mengucapkan banyak trimakasih kpd OM AGUS sdh membantu kami melalui angka KL 3D keluaran 130 allahamdulillah benar-benar meledak akhirnya dapat BLT Rp.96jt, sesuai niat kami kemarin OM, klo sdh tembus, kami mau pulan kampung buka usaha & berhenti jadi tkw, kapok om dpt siksaan trus dari madam,sekali lagi trimakasih byk OM saya tdk bakal lupa seumur hidup saya atas batuan & budi baik om terhadap kami. Bagi teman2 tki & tkw yg lagi kesusahan/ingin pulang kampung tdk ada ongkos, dan keadaannya sdh kepepet, sdh tdk ada jalan lain lg.kami temukan solusi yg tepat akuratt & trpercaya banyak yg akui ke ahliannya di internet/facebook dengan jaminan tdk bakalan kecewa,jelas trasa bedahnya dengan peramal yang lain, OM AGUS sdh membantu puluhan tki & tkw termasuk kami yg dibrikan motipasi sangat besar,demi allah ini kisah nyata kami yg tak terlupakan dalam hidup kami om sekali lagi trimakasih byk sdh membantu kami. Jika anda merasa sulit menang LOTTERY/TOTO dll. silahkan join dengan OM AGUS siapa cepat dia dapat, TERBATASI penerimaan member...!!!wajib hanya 5 member bisa diterimah dlm 1x putaran. Langsung call OM AGUS Di +6285397766615

    ReplyDelete