Wednesday, 30 September 2015

PENGALAMAN PERTAMA DISIASAT SKMM

Semalam, 29 September, saya telah diminta hadir ke pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia atau SKMM di Cyberjaya untuk diambil keterangan dan memberi penjelasan mengenai artikel blog saya bertarikh 20 September lalu yang bertajuk "Kenapa lawatan rasmi Zahid ke Indonesia sama tarikh dengan majlis sanding anaknya di Jakarta?".

SKMM mengambil keterangan saya berikutan terdapatnya aduan daripada salah seorang pegawai di pejabat Zahid Hamidi sendiri mengenai artikel yang saya tulis itu.

Sehari sebelum itu, kakitangan SKMM telah datang ke rumah saya untuk menghantar surat "Arahan Kehadiran" yang memperuntukan kemestian untuk saya mematuhi perintah yang dikeluarkan itu.

Sebelum diambil keterangan, saya dimaklumkan oleh pegawai penyiasat SKMM bahawa saya disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588). Seksyen tersebut ialah seperti berikut:-

Seksyen 233: Penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian, dll.

(1) Seseorang yang -

(a) dengan menggunakan mana-mana kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi secara sedar -
(i) membuat, mewujudkan atau meminta-minta, dan
(ii) memulakan penghantaran
apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati , menganiaya, mengugut atau mengganggu orang lain; atau

(b) memulakan suatu komunikasi  dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan  identitinya dan dengan niat  untuk menyakitkan hati, menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di maha nombor atau alamat elektronik.

Saya menjelaskan kepada pegawai SKMM bahawa artikel yang ditulis itu lebih berupa pertanyaan dan bukannya tuduhan kepada Zahid Hamidi memandangkan ia sudah menjadi perbualan ramai sebelum itu.

Turut dijelaskan, selain banyak tanda soal digunakan dalam tulisan itu, malah bermula dengan tajuk sebagai awal penulisan sehinggalah perenggan akhir yang merupakan penutupnya, turut menggunakan tanda soal juga.

Saya juga memaklumkan satu perenggan dalam tulisan itu yang berbunyi, "Untuk mengelakkan fitnah dan salah faham, lebih-lebih lagi dalam dunia ketelusan sekarang ini, adalah perlu Zahid menjelaskan semua perkara ini secara jujur dan terbuka" yang menunjukkan itulah sebenarnya niat artikel itu ditulis.

Sebagai penulis, saya hanya membangkitkan apa yang menjadi perbualan ramai itu dengan harapan ada jawapan diberikan oleh Zahid atau pegawainya sepertimana yang berlaku kepada lawatan rasmi Najib Razak yang turut bersekali dengan majlis persandingan anaknya di Kazashtan pada April lalu.

Ketika menjadi wartawan dulu, saya pernah sekali diberi amaran oleh Kementerian Dalam Negeri mengenai penulisan berkaitan Korea Utara, ketika menulis buku saya turut disaman oleh Deepak dan dihalang penjualannya dan melalui blog pula, inilah pengalaman pertama saya berurusan dengan SKMM.

Semua cabang dan jalur kehidupan pada hakikatnya ada cabaran masing-masing serta kerikil-kerikil yang mesti dilalui. Apa yang saya lalui ini merupakan secebis lagi cabaran dalam kehidupan dan mudah-mudahan ada kebaikannya, bukan saja untuk diri saya tetapi juga untuk sesiapa yang cintakan kebenaran dalam dunia ini.

Dalam kesempatan ini, saya juga  ingin mengucapkan terima kasih kepada pegawai SKMM yang amat baik hati, peramah, berbudi bahasa tetapi tetap dengan profesionalismanya ketika mengambil keterangan daripada saya selama kira-kira dua jam lamanya. (SH 30/09/2015)

Inilah artikel tulisan saya yang mengundang seorang pegawai Zahid Hamidi membuat aduan kepada SKMM.

Surat "Arahan Kehadiran" daripada SKMM yang dihantar ke rumah saya pada malam Isnin lalu.

The Malaysian Insider turut melaporkan mengenai kehadiran saya ke pejabat SKMM itu.

35 comments:

  1. berani kerana benar..nothing2hide...

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
    2. Tahap DEWA dah menteri2 Malaysia!!!!

      Delete
    3. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  2. En Budin.. lps ni..sila sign dan tulis "WITHOUT PREJUDICE" di mana2 penulisan atau borang gomen dll yg melibatkan keselamatan diri ya.

    Takut En Budin x balik rumah ja. Jadi mcm Beng Hock ngan Sarbini. Assalam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tau-tau dalam tong bersimen beb !!

      Delete
  3. Tuan Shah, jangan heret kami sekali ya ?? Hehehe.

    Apa sebenarnya yang di takutkan oleh Zahid pada tuan ??

    Mula-mula cabar datang ke majlis UMNO, kemudian datang pulak tentera-tentera siber memberi komen yang lebih kurang dalam blog tuan di susuli Hang Cheras sekarang guna pulak akta dan SKMM ?? Tanda soal ya.. tanda soal tu

    Pertanyaan nya sekarang ialah pemimpin UMNO yang lain rasanya pernah kena macam ini, lagi teruk tapi sekurang-kurangnya mereka cerdik dari Zahid tidak sampai ketahap 'mengadu' ?

    Zahid bawak-bawak lah menyesuaikan diri sebagai PM, boleh ? Dapat sampai ke tahap Najib pun kira ok. Nak mengadu pun mengadu pada bini je .. Ini nasihat ya.

    ReplyDelete
  4. Menteri-menteri ni dah dapat kuasa level tuhan. Rakyat tak boleh soal apa-apa lagi. Macam King Salman kat Saudi sana, pancung la jawabnya.

    ReplyDelete
  5. Ini demokrasi atau diktator dah ni.

    Alvin Tan dibiarkan berleluasa. Nak jadi apa negara ni.

    ReplyDelete
  6. Tuan Shah, cara tuan posing ambil gambar dengan tangan terbuka macam gaya bersilat, menuggu buka langkah je ..

    Masuk . Yah, masuk !!

    Patutnya tuan buka lah satu butang atas..

    Gaya dalam gambar tu cuma orang level kita je yang tahu, Zahid macam orang lain, tak perasan ..

    ReplyDelete
  7. Tuan Shah sepatutnya berpakaian lengkap serta berkeris seperti seorang panglima Bugis semasa pergi mengadap SKMM.

    Harap tuan tidak mengalami sindrom 'takut nak berkata atau menulis' selepas berjumpa pihak SKMM.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jgn lupa bawa sekali kapal jenis tekan minyak & tarik hand brake??

      Delete
  8. Malaysia dibawah Najib dan Zahid semakin berwawasan (wawasan apa kalau ditanya, saya sendiri pun tak tau nak jawab)

    ReplyDelete
  9. Yang meah dikatakan garang
    malangnya putih di angap bersih '

    Yang dikatakan salah tidak dirangsang
    yang memaklumkan pulak dilondih.

    ReplyDelete
  10. INI LAH AKIBATNYA.. bila sesaorang yang selalu bersuara secara rawak tanpa ada sebarang inti cerita dimana ayat ayat percakapan selalunya berbentuk BERBOHONG, KURANG KEYAKINAN sering kita dengar dari MENTERI MENTERI yang tak faham apa yang di sampaikan oleh orang persaorang bila BERTANYA ATAUPUN MENCARI JAWABAN bagi pencerahan minda supaya tidak menghala kepada maksud FITNAH...akhirnya menjadikan orang itu takut dengan BAYANG BAYANGnya sendiri.. Bagi saya kalau benda itu sendiri kita tahu bawah tidak benar tak perlulah di ambil berat kalau ianya benar tapi kita berada di landasan yang betul.. kita serahkan kepada yang berkuasa iaitu YANG MAHA ESA.. sayangnya hari ini ramai orang kuat berbohong sehingga yang BOHONG PUN DI SANKA BETUL yang BENAR pula menjadi KETAKUTAN sendir.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ..apa yg kau melalut ni Labu???? Kalau pemergian Zahid ke Indonesia secara resmi diator sempena dengan perkahwinan anaknya..bah kata pepatah melayu, sambil menyelam sambil minum air, maka perbuatannya adalah dianggap perbuatan rasuah iaitu menggunakan jawatan resminya untuk kepentingan peribadinya dan bersalahan dengan sek 23 Akta SPRM.

      Sepatutnya Budin tidak perlu bertanya Zahid melalui artikelnya. Beliau sepatutnya pergi ke SPRM buat laporan mengatakan Zahid telah pergi ke Indonesia secara resmi dan semasa lawatan dia anak dia kahwin. Dan adalah dipercayai atau disyaki lawatan resmi itu diator sempena perkahwinan anaknya dan yang demikian Zahid telah menyalahgunakan kedudukan awamnya untuk kepentingan peribadi.bersalahan dng sek 23.

      Saya cadangkan Budin buat laporan kepada SPRM. Biar SPRM siasat dan Tanya sebab apa lawatan resmi Zahid beresempena dng perkahwinan anaknya disana.

      Delete
    2. ohh,..gi kenduri kahwin,..emm,..,..mkn2 xpela,..tapi jauh jgk tu,...berapa rombongan jet y pergi??,...Aki Rotak ade jgk ke??
      sekadar bertanye,..

      Delete
    3. Betul tu!!,..aku sokong!!,..baik ko bgtau kt Bapak Rahmad Bastian bersama dengan pakar nomer togel AKI ROTAK tuh!,...bgtau dia!,..JUDI ADALAH HARAM DISISI AGAMA ISLAM!!!,....berani kerana benar!!!,....HIIEEARRRGGHHHHH!!!!

      Delete
    4. anon 16:38..........MANGKOK!!!!

      Delete
  11. manusia terpedaya dengan harta kuasa wanita dan segala macam maksiat yang dilarang
    bial ada kuasa sikit kuasa rasa dah macam dunia ini tidak ada pemiliknya
    tempat kembali ynag kekal sedang menanti
    tak kira siapa pun
    berhati hati

    ReplyDelete
  12. Betul betul betul!! Repot jer kat SPRM nape campur adukkan tugas rasni ngan peribadi. Bukan tak boleh amik cuti..bukannye tak mampu tak berduit..tapi..ini la sikap kebanyakan menteri-menteri najib. Ade menteri dari sarawak tu kerane nak balik kampong..arahkan jabatan dibawahnye adekan seminar kat kuching..padahal event tu tak perlu pon..Jadi cube bayangkan kalo wak jahid jadi PM? Ntah2 terok dari najib kot??

    ReplyDelete
  13. sad to hear what happened. respect your bravery

    ReplyDelete
  14. Jika diperhatikan dalam seksyen 233, aritkel Shah di anggap menyakitkan hati dan menganggu orang lain Bagaimana sesautu yang betul-betul terjadi boleh menyakitkan hati orang dan menganggu orang lain ?

    Apa juga yang melibatkan wang rakyat, rakyat berhak bertanya atau mendedahkan nya.

    Seksyen 233 tidak sesuai untuk pemimpin politik dan artis. Ia nya hanya sesuai untuk individu-individu yang tidak terlibat dengan aktivit dan kerja kerja kemasyarakatan.

    Sebagai contoh, sekiranya saya menulis sesuatu mengenai Shah, Shah tidak boleh buat lapuran kepasa SKMM sebab Shah telah mendedahkan diri nya kepada awam. Tetapi jika Shah menulis mengenai saya, saya boleh melapurkan nya kepada SKMM sebab saya hanya orang biasa. Mohon pencerahan tuan.


    ReplyDelete
    Replies
    1. Tafsirannya macam-macam sebenarnya, saya sendiri tiada jawapan yang jelas mengenainya. Hari ini saja saya dapat pelbagai pandangan daripada rakan-rakan.

      Delete
    2. Saya sokong saudara buat laporan kpd SPRM supaya siasat adakah pemergian Zahid ini punya serampang dua mata yg melibatkan wang kerajaan, duit cukai2 yg dikutip daripada rakyat.l

      Delete
  15. Sesiapa sahaja melanggar undang2 wajar diambil tindakan.. termasuk shahbudin

    ReplyDelete
  16. cakap boleh lah bro.....Selagi Sprm, Pdrm dibawah Jabatan Menteri , ko buatlah 2.6 billion report sekalipun...tak jadi kudis pada mamat ni......Siap pergi selawat Ya hanana lagi...kih kih kih.... kalo dgn Majlis Selawat ni pun dia boleh tak malu apatah lagi dgn korang yg berapi-rapi sebab x pernah tido lokap 2 minggu....Harapan hanya tinggal pada Tun M je.....Nak harapkan TSMY n Shafie afdal hehehe....Baca lah Yasin moga mendapat afdal....

    ReplyDelete
  17. Pada pendapat gue, pihak2 yg mencadang En Shahbudin melaporkan perkara ini kpd SPRM sepatutnya yg membuat laporan itu.
    Berat sama dijunjong....En Shah telah membuka jalan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia orang ingat lepas buat lapuran, habis lah. Nanti SPRM akan panggil Zahid. (sebenarnya tak panggil pun) SPRM pun umumkan sah lawatan resmi tidak ada kesalahan sebab majiis sanding adalah derma. Kalau Najib duit, Zahid pulak majlis.

      Tak habis situ. Sebab pihak berkuasa akan serbu pulak kediaman Shah dan rampas komputer. Cari. Godek. Last ok tak ada apa-apa. Selama itu lah Shah di ganggu dan tidak dapat lakukan apa-apa sedangkan apa yang Shah laku kan ialah perkara yang telah menghabiskan separuh dari umur nya.


      Yang mencadang Shah buat lapuran lah yang sepatutnya bawa perkara ini ke SPRM dengan hanya bawak artikel Shah sebab separuh dari umur nya hanya suruh orang buat tapi dia tak buat apa-apa. Kalau dia ada buat sesuatu, dia tahu lah apa jadi pada Khairuddin dan Sabarani,


      Delete
  18. Tanda soal ????? Itu yg banyak najib x bolih jawab,sekarang zahid pun terkesima dgn tanda soal ???. Nampaknya semua pemimpin korup mengambil kesempatan menghabiskan wang negara.PRU 14 semua patut di tendang dan di talkinkan

    ReplyDelete
  19. Mentallity org Melayu..Ini sebenarnya bermula dari didikan awal..Anak2 tidak boleh mempersoalkan tindakan bapa/penjaga..tak ada anak yg berani mempersoalkan apa atvt seharian mereka..Sikap ini berterusan mengikut kerjaya dan tahap kuasa...Akhirnya...bila merasa dipuncak kuasa... mereka terus lupa daratan...mereka fikir mereka sgt berkuasa di bumi Malaysia ni...dengan lain perkataan negara ni dia yg punya..

    ReplyDelete
  20. Loooo...zahid...najib....putussss..........makan..belum makan nasinya udah di ulekkkk ulekkkk....kakakkaa....be a men lah ..be a men....

    ReplyDelete
  21. Pergilah buat laporan polis/pencegah rasuah. Banyak mana buat pun tak berfaedah. Menghabiskan masa saja.

    Bersabarlah......, tunggu PRU14. Serah kpd rakyat untuk tegakkan atau lingkupkan.

    ReplyDelete
  22. Salam Shah,teruskan apa yang tuan rasa perlu bertanya pada yg kita rasa nak tanya.Teruskan tulis apa yg rasa nak tulis dalam blog saudara.Saya support dari seberang.(Malindo)

    ReplyDelete