Friday, 4 September 2015

PECAT MUHYIDDIN TANDA BERANI, GANTUNG JAWATAN TANDA "PONDAN"


Mesyuarat MT UMNO pada 9 September ini sepatutnya mengambil tindakan memecat keahlian Muhyiddin Yassin yang seterusnya menyebabkan jawatan timbalan presidennya gugur secara automatik.

Tindakan itu diambil kerana selepas dipecat sebagai timbalan perdana menteri, beliau terus mengecam Najib Razak berkaitan isu 1MDB dan derma RM2,600 juta dalam beberapa mesyuarat perwakilan UMNO bahagian yang dirasmikannya.

Dengan itu, Muhyiddin dianggap telah mencemarkan parti dan nama baik Presiden UMNO secara terbuka.

Walaupun beberapa nama lain turut disebut akan dipecat sama, tetapi kemungkinan ianya tidak berlaku bagi mengelakkan kemudaratan serta perpecahan dalam parti itu. Ini bermakna hanya Muhyiddin seorang yang akan dikenakan tindakan itu, manakala yang lain kemungkinan hanya diberikan amaran atau langsung tidak diambil apa-apa tindakan.

Blog ini dalam postingnya pada 25 Ogos lalu telah menulis mengenai pemecatan Muhyiddin itu yang dinamakan "operasi kedua" bagi menghilangkan gangguan kepada Najib dalam mengurus parti bagi menghadapi pilihanraya akan datang.

Namun demikian, berikutan reaksi negatif berhubung pemecatan Muhyiddin itu di mana sudah kedengaran ramai pemimpin UMNO sendiri tidak setuju mengenainya, MT UMNO pada 9 September ini dikatakan akan menukar keputusannya daripada pemecatan kepada hukuman penggantungan saja.

Muhyiddin sama ada akan digantung tugasnya sebagai timbalan presiden UMNO atau pun digantung sebagai ahli parti sehingga pemilihan seterusnya iaitu tahun 2018.

Jika dipecat bermakna dibuang terus daripada parti, tetapi penggantungan tugas atau keahlian pula bermakna Muhyiddin masih lagi sebagai ahli UMNO, cuma tidak boleh menjalankan tugasnya sebagai pemimpin nombor dua dalam tempoh tersebut.

Juga bermakna, beliau tidak boleh menghadiri mesyuarat bulanan MT,  tidak lagi mempengerusikan Jawatankuasa Disiplin dan Pengurusan UMNO serta hilang hak merasmikan Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri setiap tahun.

Meskipun hukuman penggantungan itu kelihatan lebih lunak berbanding pemecatan, kesan sebenarnya adalah sama saja iaitu kedua-duanya menyebabkan Muhyiddin hilang peranan sebagai pemimpin nombor dua sehingga pilihanraya umum dan pemilihan UMNO yang akan datang.

Ia bukan saja bermakna Muhyiddin dipasung daripada segala kegiatan parti, malah tidak mungkin dipilih lagi bertanding sebagai calon BN di Pagoh dalam pilihanraya nanti serta kehilangan pengaruh untuk terus mengekalkan jawatannya dalam UMNO.

Dalam erti kata lain, Najib dan UMNO ketika ini amat menyedari parti bukan saja sedang berpecah, tetapi juga mengalami defisit sokongan daripada rakyat. Tindakan yang berlebih-lebihan kepada Muhyiddin dan mereka yang berani membuat teguran, terutama berkaitan 1MDB dan wang RM2,600 juta,  pasti akan memburukkan lagi keadaan.

Bagaimanapun, kiranya tiada tindakan diambil, ia akan berterusan memberi gangguan dan ketidakselesaan kepada Najib dalam memperkuatkan dirinya. Muhyiddin tentu saja akan terus bercakap dan mengeluarkan kenyataan yang berbeza dengan Najib dan ini menyebabkan rakyat serta ahli UMNO tertarik untuk membuat perbandingan antara kedua mereka.

Oleh itu, menyingkirkan Muhyiddin memang tidak dapat dielakkan bagi memberi keselesaan kepada Najib. Dalam hal ini, Najib juga dikatakan mendapat sokongan penuh daripada Zahid Hamidi yang baru dilantik sebagai timbalan perdana menteri untuk tindakan penggantungan terhadap Muhyiddin itu diteruskan.

Sokongan Zahid kepada penggantungan Muhyiddin tidak saja demi keselesaan kepada Najib menguruskan parti, tetapi juga untuk kemudahan kepadanya melonjakkan diri jika ditakdirkan Perdana Menteri terpaksa meletakkan jawatan dan mengalah kepada tekanan rakyat yang pasti akan terus meningkat berikutan Tun Mahathir kian menunjukkan isyarat untuk lebih agresif memberi asakan.

Selain dapat memperkukuh kesetiaan kepada Najib, Zahid dalam hal ini turut sedang menahan lukah untuk kepentingannya sendiri.

Sama ada pecat atau gantung, selain kesannya sama kepada Muhyiddin, ia juga tetap merupakan kejayaan bagi Najib dalam mengenepikan musuhnya itu setelah memecatnya sebagai timbalan perdana menteri sebelum ini.

Yang berbeza, pemecatan menunjukkan Najib seorang yang berani dan sedia berdepan dengan sebarang kemungkinan di masa hadapan, sesuai dengan madah Bugis yang selalu dilafazkannya, manakala penggantungan pula umpama tindakan "pondan" kerana masih cuba berselindung dan berlagak baik serta toleransi sedangkan kesannya tidak berbeza sama sekali.

Cumanya, janganlah sampai Najib terlebih ghairah sehingga mengambil tindakan pemecatan dan penggantungan secara serentak kepada Muhyiddin pada 9 September nanti...maklumlah hanya Pahlawan Bugis dalam dunia ini yang pernah mengembangkan layar dan melabuhkan sauh kapal dalam masa yang sama.

Hehehe....(SH 04/09/2015)

35 comments:

  1. Nak tambah sikit tuan...
    "maklumlah hanya Pahlawan Bugis dalam dunia ini yang pernah mengembangkan layar dan melabuhkan sauh kapal dalam masa yang sama di bumi yg berkeping dua...haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
    2. Allahyarham Tun Razak pun tak pernah jual keturunan macam si bangsat ni.
      Perdana Menteri yg paling HINA dan KORUP dalam sejarah Melayu

      Delete
  2. Nakhoda Bugis kita tersilap cara. Dia kembangkan layar dan labuhkan sauh. Layar terkoyak sauh tertanggal! Madah orang Bugis... Bacalah Layar Terkembang karya Sultan Takdir baru blh nak bermadah tentang belayar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1MDB tu ilham orang gila
      Ilham pencuri...

      Delete
    2. 1Msia...1Msia....1Msia...Jubur kau

      Delete
    3. I love PM , PM love me .

      Delete
    4. PM love money

      Delete
    5. Karbinet 1MDB tu karbinet Sehati Sejiwa

      Delete
  3. patut la najib tak pernah dilambung ombak..sbb asyik kembang layar labuh sauh je keje nya..haha

    ReplyDelete
  4. Klu najib jatuh, harap sgt zahid tu pun tumpang tumbang skali. Sorg lg tu si hisapudin tu..trio melingkupkan negara. Nak belayaq konon..tapi labuhkan sauh. Xpnah dibuat org.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terajang tengku adnan dan mat maslan sekali

      Delete
    2. Jgn gitu bro.. Malaysia sayangkan Najib, Mat Maslan, KuNan... semoga mereka terus kaya meliyana dan melayu hidup papakedana.

      Delete
    3. Lancau lah najib

      Delete
  5. Najib suka guna istilah yg agak lunak..contohnya digugurkan dari jawatan TPM..padahal pecat la tu tapi guna istilah gugur. Nanti mungkin akan guna istilah gantung..padahal pecat la juga tu.
    Maklumlah...najib satu-satu nya pahlawan bugis yg tak reti cara nak belayar..cakap je besar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasalah penipu. Kata kata penipu memang cukup lunak

      Delete
  6. dlm majlis pelancaran KUD 2015 semlm..najib tersasul lagi..ayatnya bunyi lebih kurang.."...akan wujudkan 95 juta peluang pekerjaan..." tak pening mendengarnya..sbb rakyat Malaysia tak sampai pun 30 juta..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia dah biasa dengan angka angka besar...

      Delete
    2. Cuma otak je kecik....tipu pun tak jalan jugak....kus semangat....jgn menipu lagi lah. Bila la nak insaf najib ni....dah 62 bukan 26. Dari muda jahat sampai tua jadi penipu pulak...ish...ish...ish...mcm mana kaki kelentong jadi pm ni? Patut jual mapiau je kat chow kit!

      Delete
    3. Wow, lebihan 65j peluang pekerjaan. Berita gembira utk si Komedi berniaga membawa masuk Bangla tu. Anaknya yg kepoh mulut pun boleh tumpang sekaki, maklumlah bapak dah naik pangkat, anak kenalah ambik kesempatan menonjolkan diri menyuarakan pandangan bongok tentang isu semasa.. 65juta Bangla kali berapa persen komisen agaknya... Kaya kaya kaya kaya billionaire billionaire... Wowww!!!!

      Delete
  7. Lucu peribahasa bugis kutib dr mana tu memalukan org bugis sj
    org bugispun tak mengaku keturunan mcm tu.peribahasa yg baru diciptakan oleh punah tak sihat agaknya.mcm mana ni ckppun sudah tak betul tindakan aduhai serba tak kena la dibuatnya.tunggu oktober pulak.harap tak perlu tunggu putrajaya bertukar tangan

    ReplyDelete
  8. Kalau mahyudin dipecat senyum sampai ke otak le ikon belia tu.....kihkih....datuk????

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  10. Lagu Rakyat, Lagu Melayu baik punye khas untuk Lanun Bugis. Juga Kaki Kencing suka Klentong Kangkung, mintak di Pelankung.

    Ya.....Lancang Kuning!

    Kalau nakhoda
    Kalau nakhoda kuranglah faham
    Hai kuranglah faham...

    Alamatlah kapal
    Alamatlah kapal akan tenggelam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamat najib akan mampus....

      Delete
  11. Ketika menyampaikan Amanat Hari Kebangsaan 2015 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, Perdana Menteri berkata
    "Suka saya ulangi di sini, sekali layar sudah dikembangkan, apabila sauh sudah dilabuhkan, pantang nakhoda dan anak-anak kapalnya berbalik haluan”.
    Nak patah balik macam mana kapal tersangkut sauh. Nampak sangat tak tahu ilmu pelayaran, Sembang kencang je bro.... Malaysia dah tersadung macam penisi patah kemudi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. layar sudah dikembangkn tapi sauh tak angkat angkat. acah je kuat....dasar pengecut..

      Delete
    2. Lawak lah korang ni..tapi betul gak kan..camna kapal nak gerak tu kalau sauhnya sentiasa di labuhkn. Pening aku pikirkan hal ni.

      Delete
  12. jika PECAT ATAU GANTUNG TSMY bermulalah PERKABUNGAN UMNO JOHOR, bendera parti diturunkan setengah tiang disetengah tempat, samada di peringkat bahagian atau cawangan, akan jadi bahan tatapan seluruh rakyat...

    menteri2 dari Johor diperingkat pusat yg terlibat dlm membuat keputusan akan hilang maruah ketika pulang kena Johor, barangkall menteri2 ini tidak mahu bertanding pada PRU akan datang

    nyatakan kebenaran walaupun dalam keadaan sukar, kampung halaman menanti anda.

    ReplyDelete
  13. Najib hanya berani kalau rm2.6b masuk dlm akaunnya rakyat dak benci dgnnya pidah

    ReplyDelete
  14. Najib hanya berani kalau rm2.6b masuk dlm akaunnya rakyat dak benci dgnnya pidah

    ReplyDelete
  15. Najib hanya berani kalau rm2.6b masuk dlm akaunnya rakyat dak benci dgnnya pidah

    ReplyDelete
  16. Kemungkinaan nanti banyaklah MP BN dan pegawai-pegawai kerajaan yang menentang Najib akan diberi sabuah bilik diJPM dengan krusi mejanya sekali supaya bertugas /melaporkan diri dengan tak payah buat kerja.

    ReplyDelete
  17. Apalah dosa rakyat Malaysia
    Dapat seekor bangsatwan jadi pemimpin
    Kalaulah suatu hari nanti bangsatwan itu dapat dihukum
    Harap2 tuan hakim tambah lagi satu hukuman
    ......hukuman rotan di mulut bangsatwan itu

    ReplyDelete
  18. Kakakaaa MAT SALEH pun garuk kepala bila orang MELAYU TAK FAHAM erti RASUAH...Terperanjat BERUK bila orang MELAYU kata rasuah itu ertinya DERMA ATAU SUMBANGAN....boleh bagi pecahan makna lagi...Rasa Ada Sumbangan Untuk Abang Hang....

    ReplyDelete