Monday, 7 September 2015

MUHYIDDIN SEBAGAI PEMIMPIN NO 2 UMNO SUDAH PUN KENA GANTUNG SEBENARNYA!!

Dipecat, digantung, diberi amaran atau bebas?

Salah satu daripada empat nasib inilah yang bakal menimpa Timbalan Presiden UMNO, Muhyiddin Yassin pada mesyuarat MT UMNO pada 9 September ini.

Tetapi menjelang dua hari sebelum mesyuarat tersebut, Najib Razak telah memanggil mesyuarat khas biro politik yang dipengerusikannya di Pejabat Perdana Menteri.

Muhyiddin dan Shafie Apdal, dua pemimpin UMNO yang disebut-sebut akan diambil tindakan dalam mesyuarat pada 9 September ini, turut dijemput menghadiri mesyuarat tersebut.

Ia dilaporkan telah berlangsung selama sejam, tetapi sehingga ini tiada butiran lanjut diketahui mengenai perbincangan dalam mesyuarat itu.

Tindakan Najib memanggil mesyuarat biro politik ini adalah sesuatu yang pelik dan luar biasa kerana biasanya sebelum mesyuarat MT UMNO, hanya Jawatankuasa Pengurusan Dan Disiplin UMNO yang dipengerusikan oleh Muhyiddin perlu bermesyuarat bagi memutuskan apa-apa perkara mengenai perjalanan atau hal-hal semasa dalam parti.

Semua syor atau keputusan dalam mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan dan Disiplin UMNO itu kemudian dibawa kepada MT UMNO untuk disah dan dimuktamadkan.

Dalam Jawatankuasa Pengurusan dan Disiplin UMNO, selain Muhyiddin sebagai pengerusi, ahli-ahlinya ialah ketiga-tiga Naib Presiden, Setiausaha Agung, Bendahari, Ketua Penerangan, Ketua Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri.

Bagaimanapun tidak sebagaimana biasa, tiada mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan dan Disiplin UMNO menjelang mesyuarat MT pada 9 September kali ini.

Bekas Ketua Penerangan di Pejabat Timbalan Perdana Menteri, Tosrin Jarvanthi mengesahkan bahawa mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan dan Disiplin UMNO yang sepatutnya dipengerusikan oleh Muhyiddin tidak diadakan kali ini.

"Kali ini tiba-tiba biro politik memanggil mesyuaratnya, bermakna tiadalah apa-apa mesyuarat lain sebelum MT kali ini bersidang," katanya.

Bermakna juga, bukan saja biro politik yang dipengerusikan oleh Najib telah mengambil alih dan merampas tugas Jawatankuasa Pengurusan dan Disiplin pada kali ini, bahkan seolah-olah peranan Muhyiddin sebagai pengerusinya telah pun digantung sebelum pun beliau dijatuhkan hukuman lagi.

Muhyiddin secara tidak langsung telah pun dinafikan hak dan kedudukannya sebagai orang nombor dua dalam UMNO sebagaimana amalan biasa sejak sekian lama.

Dengan ini, kehadiran Muhyiddin pada mesyuarat MT kali ini hanyalah dengan "tangan kosong" saja kerana tiada apa-apa yang akan dilaporkannya. 

Beliau mungkin hanya terpaksa memasang telinga mendengar bebelan Presiden UMNO yang duduk di sebelahnya atau membuka mulut jika diminta memberi penjelasan berkaitan apa-apa perkara yang melibatkan dirinya.
Dari segi politik pula, tindakan Najib mengadakan mesyuarat biro politik untuk mengambil alih peranan yang biasa dimainkan oleh timbalannya adalah isyarat tidak baik bagi kedudukan Muhyiddin pada 9 September ini.

Kebarangkalian untuk beliau dan pemimpin UMNO yang lain seperti Shafie Apdal, Mukhriz Mahathir serta beberapa lagi untuk terlepas daripada sebarang hukuman berat adalah amat tipis sekali.

Bagi Muhyiddin, kemungkinan paling besar ialah sama ada dipecat atau pun digantung keahlian yang menyebabkannya hilang kedudukan sebagai timbalan presiden UMNO.

Namun ada juga cakap-cakap menyebut hanya tindakan dalam bentuk amaran keras atau tunjuk sebab saja bakal dikenakan kepada Muhyiddin dan lain-lain pemimpin UMNO pada 9 September nanti kerana Najib dikatakan turut bimbang dengan kesan lebih buruk kepada parti jika pemecatan atau penggantungan keahlian yang diputuskan.

Tetapi tindakan memberi amaran, tunjuk sebab atau dilepaskan begitu saja kepada Muhyiddin hampir mustahil pula daripada berlaku memandangkan ia akan lebih menyusahkan kedudukan Najib sendiri.

Dalam konteks perjalanan parti, biro politik bukanlah biro yang selalu bersidang. Ia mungkin hanya perlu mengadakan mesyuaratnya ketika hampir pilihanraya umum atau ketika memutuskan calon untuk bertanding saja, manakala selainnya ia selalu diputuskan oleh Jawatankuasa Pengurusan dan Disiplin atau  MT yang biasanya bermesyuarat sebulan sekali.

Tetapi dengan tiba-tiba biro politik UMNO mengadakan mesyuaratnya dan ia pula diadakan di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya, tidak di pejabat UMNO di PWTC sebagaimana biasanya, seperti menunjukkan ada isyarat tertentu disebaliknya.

Pepatah lama sering mengingatkan, kalau sudah ada guruhnya, jarang benar tidak disertai hujan, cuma mungkin kadang-kadang lebat, kadangkala pula hanya renyai-renyai saja. (SH 07/09/2015).

14 comments:

  1. Nampak sangat ahli2 melayu Umno dikencing olih seorang bugis.

    Yang paling bangang sekali melayu Umno nak adakan Himpunan Maruah Melayu sedangkan maruah melayu sudah dikencingkan olih seorang bugis. Yang bodohnya, himpunan tu nak menyokong seorang bugis yg kencing melayu Umno dan yang terlibat dalam perbuatan rasuah..

    sikit punya bodoh melayu Umno. Patutlah Pidah Aziz dok Tanya, nak buktikan apa himpunan tu? Nak menyokong rasuah seorang bugis????

    ReplyDelete
    Replies
    1. umno totok baju merah dah rasa diri mereka dah kebal akibat hari hari mandi air kencin panglima bogos.....nasib kamulah..
      patutiah kak pidah dok Tanya.....apadaa punya bengap..nak cari publisiti...gilah panjat klcc ker..cuci sg klang ker....topup apron klia2 mendap ker....

      Delete
    2. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
    3. Bukan saja oleh kita dikencing oleh Pahlawan Bugis yang besar kepala tu. Manusia yang asalnya bernama Adnan bin Mansor pun makin galak makin takbur dengan tutur katanya.

      Sekarang ni dia bergelar Yang Mulia (YM) Tengku Adnan bin Tengku Mansor. TERGELAK bagai nak pecah perut orang orang Kampong Baru, Kuala Lumpur.

      Kerabat Sultan atau Raja negeri mana pulak ni.????

      Mansor yang orang orang Kampong Baru kenali tak ada darah Raja. Tak ber Tengku atau Teuku Acheh macam Allahyarham P. Ramlee. Dulu ni angkat tong gas saja kat Kampong Baru.

      Daripada mana Si Adnan bin Mansor dapat gelaran Tengku????

      Kalau nak menipu pun ingat ingatlah sama kepada orang orang Kampong Baru. Kami kenal sangat kau tu nan oiii...

      Delete
  2. Nampak gaya kelakuan dan perbuatan Presiden UMNO-BARU dan PAS-CHAI ada persamaan tetapi dalam bentuk yang berbeza. Yang seorang tu suka sangat menyusah kan kehidupan rakyaat marhein dan perlingkup harta Negara. Yang seorang tu pula suka sanggat mengeluarkan kata kata yang terkeluar dari ajaran ISLAM. Selain itu puak puak yang tak sealiran dengan selera nya, habis di tendang keluar. Begitu ego dan sombong sekali..

    Dek kerana itu ramai para ahli PAS telah keluaruntuk memberi sokongan kepada mereka yang telah di tendang keluar melalui apa yang di panggil "CHAI".Bagai mana pula agak nya dengan bani Melayu yang masih berterusan bergayut dengan tali UMNO-BARU?. Tak tau lah kot kot mereka merestui perbuatan durjana presiden nya!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tanpa Nama2 Mac 2015 9:39 PTG

      Nama paling sesuai untuk Parti PAS UG yg baru ialah KEPALABUTUH. KepalaButuh mmg sangat cocok utk parti2 melayu sbb standard la melayu ni bertelagah dan kaki belit monopoli Allah untuk menang berdebat. Acu nak kalah berdebat, dipetiknya ayat2 quran dan hadis untuk menyatakan dia bersama Allah dan nabi serta dipihak benar sambil mengkepalabutuhkan pihak lain. Pihak lain tetiba hilang punca dikepalabutuhkan ayat2 agama, trus sekonyong2 jadi kapir dan munafik secara automatik.. sbb tak leh amik ayat2 quran juga untuk mempertahankan diri setelah dikepalabutuhkan. Mmg sesuai la TT.

      Delete
  3. Sikalang manyak benda pelik-pelik belaku ,apa atak helan maa aa ?.

    ReplyDelete
  4. Yang melingkupkan UMNO hari ni Pahlawan Bugis tu lah.
    Yang menjatuhkan image negara pun Pahlawan Bugis tu
    Harga barang makanan naik mendadak pun kerja Pahlawan Bugis tu
    Nilai ringgit jatuh teruk pun kerana Pahlawan Bugis tu
    Bursa Saham hampir hancur pun kerana Pahlawan Bugis tu
    Apa kerja yg dia buat selain untuk menunjukkan dirinya betul saja

    ReplyDelete
  5. Zaman dulu2, Bugis2 mengambil alih pentadbiran negeri2 Melayu melalui pengaruh yg ada pd mereka secara licik, sama ada menjadi penasihat Raja/Sultan ataupon mengambil alih jawatan Raja/Sultan secara paksa atau muslihat. Ini fakta dlm buku2 Sejarah Melayu.

    Kini sejarah berputar kembali...

    Tapi ini mungkin kali terakhir sebelom kuasa kembali ke tangan rakyat Melayu yg sebenar.

    ReplyDelete
  6. Mereka merancang berbagai2 helah namun mereka lupa perancangan Allah lebih hebat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hari ini mereka boleh gantung sesiapa saja yang mereka suka. Esok atau lusa giliran RAKYAT pula akan menggantung mereka seumur hidup.
      Giliran rakyat cukup pasti....

      Delete
  7. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  8. Mana ahli UMNO sayang? Najib atau UMNO
    Mana ahli UMNO nak pilih? Najib atau UMNO
    Masa depan UMNO cukup gelap.

    ReplyDelete