Thursday, 10 September 2015

HIMPUNAN SOKONG NAJIB 16 SEPT WAJIB DIHADIRI LEBIH 500 RIBU PESERTA...

Tidak ada sebab lain perhimpunan baju merah yang akan diadakan pada 16 September ini selain untuk menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Najib Razak yang semakin bergoyang kedudukannya.

Walaupun ia turut dinamakan "Himpunan Maruah Melayu", "Himpunan Melayu Bersatu", "Himpunan Rakyat Bersatu" dan sebagainya, satu-satunya tema paling logik dan dapat diterima akal ialah untuk menyokong dan mempertahankan Najib sebagai Perdana Menteri.

Lebih logik jika slogan perhimpunan baju merah itu ialah "Sokong Najib Dapat RM2,600 Juta", "RM2,600 Juta Bukti Najib PM Paling Wibawa" dan lain-lain ungkapan yang semaksud dengannya.

Ini kerana perhimpunan baju merah ini tidak lain adalah reaksi kepada himpunan baju kuning Bersih 4 selama 34 jam pada 29 dan 30 Ogos lalu yang antara gegarannya ialah mendesak pengunduran Najib daripada singgahsana Seri Perdana kerana isu 1MDB dan derma RM2,600 juta yang diterimanya.

Oleh sebab baju kuning menolak Najib, himpunan baju merah mestilah untuk terus menyokong dan mempertahankan Najib.

Tema-tema lain, kata orang Pahang "tak boleh pakai lalu."

Untuk mengaitkan perhimpunan baju merah ini dengan kedudukan  atau maruah Melayu langsung tidak ada kaitannya kerana tidak terlihat di mana-mana mereka sedang terancam dan tergugat ketika ini. 

Orang Melayu masih kekal seperti selalu, yang kaya terus bergembira, yang miskin tetap papa kedana dan yang lupa diri, tetap juga tidak ke mana-mana.

Mereka yang bekerja dengan syarikat Cina tidak terlihat apa-apa perbezaannya, malah di mana-mana dapat dilihat Melayu, Cina dan bangsa-bangsa lain bergaul mesra tanpa ada rasa curiga sama ada dalam berkawan atau berkongsi niaga.

Pemimpin Melayu yang gemar menghabiskan wang dengan cigar dan berpoya-poya di hotel-hotel berjenama tidak pula terlihat mengurangkan aktiviti mereka demi membela bangsa sendiri yang kononnya sedang terancam dan tergugat itu.

Pemimpin Melayu, adik beradik dan saudara mara mereka yang dibelakangnya ada tauke Cina juga terus dengan aktiviti mengumpul kekayaan mereka atas konsep sama-sama merasa.

Maka, di mana benarnya Melayu sedang tergugat dan terancam serta maruah mereka dalam bahaya?
Tidak seperti Bersih 4 yang berlangsung dengan jayanya, ia tidak sesekali melibatkan kaum.  Bersih 4 adalah perjuangan rakyat. Kehadiran kaum Cina yang agak ramai hanyalah kebetulan saja, sama seperti  orang Melayu yang mendominasi dalam Bersih 1, 2 dan 3 sebelum ini.

Tuntutan Bersih 4 ialah mengenai pilihanraya dan kerajaan yang bersih dan oleh kerana Najib sedang diselubungi isu wang RM2,600 juta yang tidak dapat diterima oleh majoriti rakyat sebagai derma, lantas menjadikan desakan kepada pengunduran Perdana Menteri turut bergema.

Laungan, sorakan dan air muka mereka yang hadir dalam Bersih 4, jelas tergambar keinginan untuk menunjukkan suara bantahan   serta desakan kepada pengunduran Najib, sementara isu-isu lain sudah kelihatan makin mengecil lantaran derma yang diterimanya agak luar biasa.

Walaupun sehingga ini pihak polis tidak membenarkan perhimpunan baju merah ini kerana ia berunsur perkauman dan diadakan pula di kawasan orang-orang Cina seperti Bukit Bintang dan Jalan Petaling, Najib dan Zahid Hamidi nampak terbuka sekiranya ahli-ahli UMNO ingin menghadirinya.

Kedua-dua mereka tidak menghalang kehadiran ahli UMNO dan ini secara langsung mengesahkan tujuannya lebih untuk menyatakan sokongan kepada Najib.

Selain pelbagai poster dan jualan baju T sedang galak dijalankan untuk merangsang kehadiran orangramai, terdapat juga maklumat mengatakan arahan turut dikeluarkan kepada UMNO bahagian-bahagian seluruh negara bagi memastikan masing-masing ada peranannya dalam himpunan itu nanti.

Setelah disorak dengan pelbagai lauangan dan jeritan mendesak berundur oleh kira-kira 500 ribu peserta Bersih 4 yang turut dimeriahkan dengan kehadiran Tun Mahathir Mohamad dan kemudian dimalukan pula dalam Persidangan Anti Rasuah Antarabangsa atau IACC yang dihadiri oleh peserta daripada 130 buah negara, Najib memang memerlukan sokongan yang lebih gegak gempita bagi memadamkan jerebu dalam kepimpinannya.

Lantaran itu, penganjur himpunan baju merah ini perlu mengumpulkan sekurang-kurang atau lebih daripada 500 ribu peserta  memenuhi sekitar Kuala Lumpur pada 16 September ini.

Meskipun sasaran kehadiran yang ditetapkan nampak tidak sekata dalam himpunan baju merah ini di mana ada yang mengatakan 100 ribu, 300 ribu dan ada yang meletakkan angka 1 juta, namun jangan sesekali kurang daripada 500 ribu.

Mereka harus menggunakan pelbagai cara dan kaedah untuk membawa seramai mungkin menghadiri himpunan tersebut bagi memenuh matlamat kehadiran melebihi 500 ribu itu.
Penganjur jangan malu-malu meminta bantuan daripada Najib yang tentunya masih mempunyai lebihan daripada derma RM2,600 juta yang diterimanya. Yang penting, sama ada dibayar atau sukarela, pesertanya tidak boleh kurang daripada 500 ribu.

Jika kurang daripada 500 ribu yang hadir, bermakna Najib terbukti semakin tidak mendapat sokongan berbanding himpunan Bersih 4 yang mahukannya berundur itu. 

Lagi pula, bukankah Najib kerap mendakwa 3 juta ahli UMNO tetap menyokongnya, lalu tentulah tidak mustahil untuk membawa antara 500 ribu hingga 1 juta orang bagi tujuan itu.

Dari segi moralnya, kalau kurang daripada 500 ribu yang hadir pada 16 September ini, Najib semestinya harus berundur dan meletakkan jawatannya kerana terbukti  lebih ramai yang mahukannya berundur berbanding mereka yang menyokong dan mempertahankannya.

Jangan bagi malu Pahlawan Bugis kali ini!! (SH 10/09/2015)

39 comments:

  1. Tak menghalang hanya ada satu makna..Najib yang sponsor..begitulah terdesaknya pak jib

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bergitulah sifat munf**kun.....bila berkuasa '' aku panglima bugih''......bila dah lemah'' saudara ku melayu......bersatu melayu''..........fikirlah melayu bangang.....kamu dipermainkan oleh dajjal yang bertuhankan duit......sedarlah wahai melayu,

      Delete
    2. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  2. Bukan perhimpunan maruah melayu....tapi perhimpunan melayu bangsat,haram jadah Dan bangang(bukan gua cakap bos lu orang cakap ha)

    ReplyDelete
  3. Perhimpunan mempertahankan perompak.....

    ReplyDelete
  4. Datuk Sri Najib boleh minta Derma sekali lagi dgn Tok Arab supaya semua harta yg dimiliki oleh orang CINA boleh di beli balik. Barulah kita boleh sanjungnya hingga ke langit. Datin Sri boleh beli apa apa pun

    ReplyDelete
  5. Tengoklah nanti. Politik RASIS diambilalih oleh politik PERUT. Rakyat lapar jgn ckp lg hal2 melayu. Org melayu akan cari salah pemimpin utk channelkn kemarahan. Ekonomi jatuh umno ikut sekali. Dimana2 pun sama sja.

    ReplyDelete
  6. Apakah ini satu strategi Najib untuk kekal berkuasa. Dengan slogan 'Himpunan Melayu' dan poster yang ditampal dimerata tempak dengan maksud tumpahkan darah orang cina maka adalah jelas ianya menjurus kearah suasana tidak tenteram. Apakah sejarah Tun Razak akan diulangi oleh Najib. Secara kebetulan Razak dan Najib berkhidmat dengan SPB Agong yang sama. Apakah tuan penasihat Najib sudah beri pendapat dimana bapa Najib pernah menjadi Pengarah Mageran dan adalah molek sekiranya Najib turut melakukan perkara yang sama. Parlimen boleh digantung dan pada masa itu boleh dilakukan pembersihan dari kalangan penentangnya............. Fikir fikirkan lah.........................................

    ReplyDelete
  7. Layar dikembangkan jauh dilabuh
    Gila punya orang.........hehehe

    ReplyDelete
  8. pembetulan:
    Layar dikembangkan sauh dilabuh
    Gila punya orang.........hehehe

    ReplyDelete
  9. Najib akan bagi transport percuma penginapan percuma makan minum percuma + duit poket. Sure ramailah dia dapat angkut ke BB n Petaling St nanti. Agak-agaknya PAS pun turun jugak ke sokong maruah najib ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ikut kata hadi.......ini semua dunia.....kita mau syurga...akhirat kita kejor.....nak cukupkan 500,000 perserta kita anto jin melayu.

      Delete
  10. Perhimpunan 16 Sept 2015 ini bukan perhimpunan maruah melayu atau bangkit melayu tetapi adalah perhimpunan maruah najib bangkit najib. Najib dan umno yang beliau cengkami ini menggunakan orang melayu sebagai perisai. Orang melayu yang makan hasut najib sahaja yang akan turun jadi tunggangan politik najib.

    ReplyDelete
  11. Hanya yg Haramjadah, Bangang dan Bangsat saja Sekor2 nya yang akan datang berdemo dengan baju merah. kalau tak lebih 500 ribu yang datang, elok saja lah si Jamal tu di salai aja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jamal bukan ada pelajaran pun

      Delete
  12. Sempena Perhimpunan 16 september nanti, ikhlas saya nasihati bangsa lain agar menutup premis masing2 dengan elok dan pasangkan CCTV ditempat2 yang strategi. Bimbang kalau2 bangsa lain yang ada disitu dijadikan sebagai bahan provokasi.
    Biarkanlah mereka mahu berhimpun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul saya setuju. 16 Sept nanti Bukit Bintang Petaling Street para peniaga kena berhati-hati. Bimbang baju merah ini sengaja berlakon cetuskan kekecohan dan menyalahkan bangsa cina di situ. Pasang cctv. Tutup premis sementara. Biarkan baju merah mengamuk sendirian.

      Delete
  13. Org2 atasan bermanja2 bersukaria berjoget berjoli shopping naik kapal mewah bagai dgn org atasan cina india arab kazakstan dll yang org2 melayu kat bawah ni pulak disuruh bangkit kan maruah mcm bangsat je yang menipu org2 melayu ni melayu jugak

    ReplyDelete
  14. Biasalah bila masa lagi nak tunjuk/tonjol diri bagi mendapat tempat dalam arena politik (kedudukan dalam KIV presiden ).Buatlah yang mana cantik,nanti yang menanggong merana rakyaat juga.Kita yang terlibat mungkin boleh hijrah ke negara lain?.

    ReplyDelete
  15. Agenda tersembunyi najib dan konco-konco beliau adalah mengisytiharkan state of emergency atau darurat dalam negara apabila melayu bergaduh dengan cina. Apabila darurat diisytihar maka pilihanraya boleh ditangguh. Maka selamatlah najib. Beliau dan konco-konco tidaklah sebodoh itu. Beliau akan buat apa sahaja untuk selamatkan dirinya. Mereka sedang merangka strategi berhabis-habisan bagaimana kekal berkuasa selagi hayat dikandung badan selagi nyawa belum tercabut.

    ReplyDelete
  16. Bangsa melayu yang cintakan keharmonian keamanan jangan tertipu oleh dakyah najib dan baju merah yang jelas ingin cetuskan perbalahan kaum melayu-cina yang lebih parah supaya dengan itu kerajaan najib sekarang kekal kawalannya ke atas bangsa melayu. Jangan sokong himpunan 16 Sept ini kerana ia secara terang-terangan bersifat perkauman. Jelas pentadbiran Umno BN di bawah najib bersifat melaga-lagakan kaum melayu cina. Bukannya merapatkan jurang. Tolak himpunan maruah najib ini.

    ReplyDelete
  17. Himpunan Mangkok Melayu Bersatu

    ReplyDelete
  18. Butu ler ko Najib bgus ko g mati ler...

    ReplyDelete
  19. Ajak Melayu ramai2 berhimpun untuk tunjuk bersatu?? Lepas tu Cina lak berhimpun tunjuk bersatu. Lepas india. Lepas nak jd ape?? Pesaka tolong pakai akal laa. Bersih 4 totally xde kena mengena dgn racis. Yg kau pesaka nk start tonjol kan perkauman ni pehalll?? Ingt, jg pasal dah blaja silat ko nk main langgar x pikir langsung apa jadi!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu le sepatutnya Perkasa ni mempamerkan budaya santun dan beradab orang melayu, bukannya nak tunjuk sama belang. Santun beradab tidak semestinya kalah tetapi kalau dah sama-sama kurang ajar di bumi Malaysia ini elok bagi laluan kepada bangsa orang asli atau orang asal negara ini untuk memerintah.

      Delete
  20. Wahai Bani Melayu agak2 apakah maruah kamu yang tergugat yang hendak dipertahankan. kamu pun bukan tak tahu kamu itu bodoh bahlol dan bangsat yg KETUA kamu sendiri katakan kepada kamu.Kamu nak tunjukan kpd orang CINA bahawa kamu kamu mempunyai maruah yg tinggi mempertahan pemimpin yg rasuah dan penipu dan nak pakai baju merah pula.Nak beli baju merah pun nak kena beli dengan TAUKEH CINA,nak datang keKL pun nak kena sewa bas TAUKEH CINA,nak duduk hotel pun kena sewa bilik hotel kepunyaan CINA .Elok sekali kalau kalau kamu orang pakai cawat daun kelapa,berjalan kaki keKL dan menginap dibawah jambatan atau ditengah Dataran Merdeka barulah mempertahankan maruah melayu yang sabenarnya.Kamu semua memang tidak ada otak dan kamu tidak tahu bahawa BANGSA MELAYU tidak menyumbang apa2 terhadap manusia sejagat dan kemaknusiaan.tengoklah dari sakechil2 rekaan manusia iaitu JARUM HINGGALAH SECANGGIH2 CIPTAAN MANUSIA SAPERTI SATELIT DIANGKASA, KAPAL TERBANG, KAPAL LAUT dan lain lagi TIDAK ADA SATU PUN REKAAN ORANG MELAYU.MANAKAH MARUAH KAMU.

    ReplyDelete
    Replies
    1. CAWAT DAUN KELAPA!!!????

      KAHKAHKAH!!!!

      Delete
    2. Betul tu. Saya melayu tetapi saya sendiri malu dengan sikap orang melayu yang hanya tahu berpegang kepada 'tak melayu hilang di dunia' tetapi masih bergantung kepada kudrat bangsa lain. Contoh depan mata kita sendiri ialah Jalur Gemilang - orang bangsa cina yang menjahit bendera kita ini dari sekecil-kecil saiz ke sebesar-besar saiz. Tailor orang bangsa cina Malaysia. Ada orang melayu fikir ini? Jangan sampai maruah orang melayu dihancurkan oleh bangsa melayu sendiri yang makan anak sendiri, seperti apa yang berlaku sekarang DSN beserta konco-konco yang memperbodohkan bangsa melayu sendiri.

      Delete
  21. Baju Merah kata dianjur oleh Silat PERKASA tapi sebenarnya UMNO Jamal Yunos yang beria2 tapi nak tutup lubang UMNO yang terlibat dan taja perhimpunan haram.

    Adakah KDN, MCMC akan haramkan Baju Merah, tangkap penganjur dan PDRM akan buru penganjur macam BERSIH4?

    Sebenarnya Jamal Yunos adalah businessman kroni UMNO khususnya Noh Mohd yang berpaut ihsan Menteri bagi business sehingga berjaya menlebarkan Ikan Bakar Sekinchan, impot kereta AP model Italy dan pasaraya kahwin.

    Selain tiu dia jugak ikut perangai Noh dan pemimpin UMNO lain, kahwin ramai dan berpoya dengan artis2 tunjuk moral yang hodoh duit banyak kroni UMNO dan berpoya mewah..

    Orang ramai dan penyokong BERSIH4 mesti buat laporan polis diseluruh negara mengenai perhimpunan haram baju merah sehingga Zahid dan IGP akan terpaksa mengumumkan jumlah laporan polis yang diterima dan berikrar akan mengambil tindakan.

    Kalau pijak gambar DSAI, LGE, LKS atau sebut celaka DAP, PKR, PR tiada kesalahan kalau di perlakukan olih UMNO atau PERKASA.

    Ayuh, orang ramai dan penyokong BERSIH4 boikot semua business Jamal Yunos ini supaya jadi macam Ikan Bakar Sekinchan yang akan tutup. Spt TSMY kata, dibahagian UMNO dia pun ramai yang meluat dan nak jatuhkan Jamal Yunus.

    ReplyDelete
  22. Maruah melayu dah jatuh dah...PM rasuah nak bela apa? Bela najib dgn topi keledar hitam tu. Maluuuuuu aku

    ReplyDelete
  23. Sbg sorg melayu..sy rasa malu pada bangsa cina yg kbyknnya rajin berusaha.diam2 abih tanah org melayu dibelinya..yg melayu ni plak, hrp nk berkokok sj..ekoq dok lam taik.malu lah wehh..ayuh org2 melayu,klu saudara saudari bermaruah,jgn turut serta program bj merah ni. Xdak kbaikan lgsg utk rkyat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju.....melayu berkokok je lebih......yg pegi tu dapat upah dan penat je...balik xde apa apa......tunggu who's the next sponser,....sedarlah lah melayu, jangan jadikan dajjal tuhan kamu

      Delete
  24. Jamal baru saja bagi jemputan kepada orang India dan Cina datang sekali ke Himpunan Maruah Melayu. Jemput orang Cina ke Himpunan yang nak mandi darah orang Cina? Jamal ni ada betul ke?

    ReplyDelete
  25. Jamal cakap kalau tun M cukup melayu sila join perhimpunan baju merah. maknanye kalau x turun x melayu laa kan?? Abis tu kalau najib x turun kira najib x melayu la ke?? Bapaknye si jamal ni yg kt kg tu kalau x turun kira x melayu laaa jgak..macam mana plak bini si jamal, atuknye??jamal2..bodoh ya amattt kau!!

    ReplyDelete
  26. Sesekali
    Kàmi rasa teringin
    Melewati Petaling dan Bukit Bintang
    Baju merah tanda amarah
    Kepada yang terasa
    Boleh belah.....

    ReplyDelete
  27. Bukan kerana Jamal. Bukan kerana Najib. Bukan kerana parti. Tetapi kerana MELAYU. Patut dari dulu lagi dah buat, ianya suatu keperluan kerana org MELAYU dah terlalu layu. leka, lalai dek kerana berebut kuasa sesama sendiri. Tak kira yg memerintah, yg membangkang semuanya sama saja leka dgn permainan politik hingga lupa menjaga bangsa. Kita wajib menyokong semua usaha kearah memperkasakan bangsa MELAYU.

    ReplyDelete
  28. Aku teringin nak tengok perhimpunan orang melayu untuk jatuhkan pemimpin melayu korup dan perabis duit rakyat pula lepas ni...kita sediakan masa dan tempat...amacam?

    ReplyDelete
  29. Bodoh, yg harus diambil perhatian adalah keadaan semasa iaitu kbajikan rakyat iaitu kami sendiri, ini naik harga itu naik harga.. dimana NGO Melayu? dimana Jamal Yunos.. Dimana Ali Tinju.. pernahkan mereka bersuara demi rakyat.. mereka hanya bersuara apabila terdapat isu berkait rapat dgn bangsa cina, mereka akan segera tampilmenjadi hero, buat sidang akhbar, buat demobjau merah.. jadi batu api.. konon konon demi maruah Melayu.. amenda? otak tu kat lutut ke..atau terlalu terpesona dgn 2.6billion maka sampai sanggup buat apa sahaja demi mendapatkan habuan

    ReplyDelete