Tuesday, 18 August 2015

USUL TAK PERCAYA LEBIH MUDAH JIKA ZAHID SENDIRI MENGETUAINYA

Sudah masuk hari ketiga hari ini, tetapi Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi masih gagal membuktikan kebenaran dakwaannya mengenai pemimpin UMNO yang disebutnya Sabtu lalu mahu menjatuhkan Perdana Menteri melalui usul undi tidak percaya di Parlimen.

Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri, dalam masa yang sama, turut gagal membuktikan kesahihan dakwaannya sehari selepas itu bahawa pemimpin UMNO terbabit akan datang menemui Najib Razak pada jam 6 petang Ahad lalu untuk meminta maaf.

Bermakna, bukan saja pemimpin UMNO yang didakwanya mahu menjatuhkan Najib itu tidak berjaya dibuktikan sehingga kini, malah dakwaannya pemimpin tersebut akan meminta maaf kepada Najib tidak lebih seperti "maklumat tepi jalan" atau "gossip cerita artis" semata-mata.

Dengan ini, tentulah ramai yang hairan bagaimana seorang Timbalan Perdana Menteri boleh membuat "dakwaan kosong" sebegitu rupa dan ia barangkali tidak pernah dilakukan oleh mana-mana penyandang jawatan itu sebelum ini.

Oleh kerana Zahid masih terbelenggu dengan "janji lama" dalang Lahad Datu dan bukti Syiahnya Mohamad Sabu yang yang masih belum ditunaikannya, beliau kini mempunyai dua pilihan untuk dilakukannya.

Pertama, segera membuktikan kebenaran dakwaannya terbaru itu dengan menyebut nama pemimpin UMNO terbabit supaya beliau dilihat benar-benar berwibawa sebagai Timbalan Perdana Menteri dan ada harapan menjadi Perdana Menteri di masa depan.

Kedua, terus membuat "dakwaan-dakwaan kosong"  atau bersandarkan "kicauan burung" ketika merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO pada minggu-minggu seterusnya agar dirinya kekal dikenali dengan watak seperti "pembawa gossip artis"  untuk selama-lamanya.

Mengusulkan undi tidak percaya di Parlimen hakikatnya sukar dilakukan oleh pihak di luar daripada hireaki UMNO. Oleh kerana pembangkang sendiri mempunyai kerusi yang sedikit dan orang di luar UMNO dan kerajaan pula tidak mempunyai kekuatan pengaruh yang mencukupi, laluannya tidaklah semudah yang dijangka.

Ia lebih mungkin dilakukan oleh pihak dalam hireaki UMNO dan kerajaan sendiri kerana mereka lebih mudah mendekati rakan-rakan Ahli Parlimen dalam parti sendiri serta melakukan tawar-menawar dengan pihak pembangkang.

Dalam situasi kedudukan Najib yang kian lemah berikutan isu derma RM2,600 juta yang masuk ke akaun peribadinya yang bertambah kalut hari demi hari, harus diakui kedudukan UMNO dan BN dalam menghadapi pilihanraya akan datang turut bertambah sukar.

Muhyiddin sendiri baru-baru ini berkata, jika dalam sepuluh orang yang ditanya, terdapat dua atau atau tiga yang menyokong BN, ia sudah dikira cukup beruntung.

Generasi muda tambah parah lagi kedudukannya, lihat sahaja gelombang dalam Pemuda UMNO. Selain beberapa Pemuda UMNO bahagian secara terbuka mendesak Najib berehat dan berundur, rata-rata yang lain turut menolaknya dalam diam sehingga sayap kanan itu tidak lagi dilihat berperanan sebagai benteng utama mempertahankan Najib.

Oleh yang demikian, jika Zahid memahami situasi penolakan terhadap Najib ketika ini, beliau bukan saja patut menyokong usul undi tidak percaya di Parlimen demi menyelamatkan masa depan UMNO dan kerajaan, bahkan harus menjadi sebahagian pendahulunya.

Alang-alang sudah menyebut ada tokoh UMNO mahu berbuat demikian dan ia terus memalukannya kerana tidak berjaya dibuktikan, lebih baik ia dijadikan kenyataan dengan Zahid sendiri melakukannya.

Lagi pula menolak Najib adalah kehendak majoriti ahli UMNO dan rakyat yang makin membesar dan tidak dapat disembunyikan lagi. (SH 18/08/2015)

30 comments:

  1. Wa manyak pelik lor rr , itu KDN punya menteli kasi cekap atak olang mau jatuhkan dalam UMNO punya meeting lea aa ,

    Apa past lia tidak kasi arah itu IGP ,kasi siasat and kasi tangkap kalau atak betut ,manyak pelik maa aa .

    Lia cekap itu hat ,dalam UMNO punya meeting ,mungkin lia suloh itu olang UMNO kasi siasat and kasi tangkap ,Wa tak tau lea aa ,manyak helan maa aa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa heran....pokjijik dok eren pong, maknusio leh kawang jing
      apo eren, Malaysia kaya ngan slogan

      sapu malatsia
      mesia bole
      raayat di capati
      BSN.......AND THE GAME WILL BE OVER.....no more on excuses

      Delete
  2. TPM yang mudah dibaca tidakannya. Timbulkan berita panas untuk tujuan tersendiri. Jangkaannya, kita akan tumpu kepada jawapan siapa orang itu, tapi kita takkan lupa kisah derma ikhlas kepada orang berjawatan penting.

    Jawapan siapa penderma ikhlas lebih berbaloi dinanti. Jawapan siapa nak guling, tak penting sangat, asalkan yang nak diguling terguling.

    Lebih penting, tolak PM takkan sama dengan gulingkan kerajaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini Timbalan Perdana Menteri pun macam boss dia juga. Sama sama kaki PEMBOHONG.

      Bossnya TOYOL NEGARA
      Timbalannya KAKI TEMBERANG NEGARA

      Woiiii...Bubar Parlimenlah woiiii kalau berani.

      Biar rakyat buat pemilihan semula.

      Rakyat nak buat ucapan Selamat Jalan ROMEO

      Delete
    2. Aku cujup setuju kalau Najib bubarkan parlimen.
      Nak takut apa...Bukankah dia sendiri yg cakap seramai 3 juta ahli UMNO teguh berdiri menyokong dia. Bukan gitu Najib?
      Jadi...nak takut apa.. ..Tak kan takut bini pula kot.Kau takut bini ker Najib?
      Rakyat dah cukup meluat dgn kau Najib. Rakyat pandang kau pun macam sampah.Hanya kau saja yg masih nak pujuk hati kau jer lagi.Buat buat tak tahu. Buat buat macam rakyat masih perlukan kau sangat.
      Nak tunggu rakyat lemparkan kau dengan kasut ker. Nak tunggu rakyat lempar bini kau dengan taik kot.

      Delete
  3. Kelemahan dan kesalahan najib tidak d gunakan sebaik2nya. Malahan pembodek membawa sokong yg kian rebah dgn alasan2 yg memalukan bangsa, kononnya mempertahankan kebenaran najib.
    Kewibawaan najib telah musnah bila beliau berbohong d parlimen. Kemudian dgn pembohongan bersiri membuatkan rakyat menjadi benci. Tidakkah mereka ini sedar?
    Tetapi negara luar menggunakan kebodohan najib utk menekan ekonomi negara. Najib mempunyai satu kesalahan besar dan itu lah senjata utk memusnahkan negara. Sbb itu beliau d biarkan utk kekal bertahan hingga negara tak lagi kelihatan bersemangat utk menguatkan ekonomi. Asyik melayan hal2 peribadi dan menentang rakyat. Kesudahannya? Kita semua tewas! KITA terpaksa sama2 menanggung apa yg beliau lakukan. Adakah adil bagi kita?
    Mereka dedahkan jumlah wang najib...menteri2 bodoh gagah pertahankan. Ringgit menyusut...menteri cap ayam kata bagus utk negara. Cuba fikirkan sejenak mana ada satu benda baik jika nilai nya telah turun? Bagus kah itu? Apa sangat pelancung nak tengok kat msia ni? Dah berapa kali buat tahun melawat msia?
    Menteri2 kita tidak berilmu....hanya nak kekal berjawatan dan bergaji besar. Maklumlah keselesaan hidup. Tapi sedarkah yg terhimpit adalah rakyat? Sewajibnya rakyat memainkan peranan yg lebih besar dan agresif berjuang utk hak kita. HAK KITA d nafikan. Kita menuntut utk masa depan yg lebih terjamin bukan omongan kosong para2 juak najib.
    Najib tak lagi bagus utk negara. Beliau adalah liabiliti terbesar yg kita pernah ada....yg bakal memusnahkan masa depan cucu kita. Beliau WAJIB d gugurkan dan bersara.WAJIB.
    Pemimpin tetap dtg dan pergi.
    SAMPAI BILA KITA HANYA JADI PENONTON KPD SIRI PEMBOHONGAN NAJIB DAN KABINET KAYU BELIAU? TEPUK DADA TANYA ILMU.....

    Selamat bersara najib.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh BLAH Najib.....
      Woiiiii...Najib boleh Blahhhh

      Delete
  4. Hai Zahid kau bolehlah kencingkan org umno kerana org umno tu tolol tapi pd aku kalau kerajaan perak boleh d tukar apa salahnya najib pun di rehatkan kan baik

    ReplyDelete
    Replies
    1. gwa ingat mau sarankan siswa/siswi yang x te korje bukak perusahaan jual air kencing. perusahaan macam ni belum haram lagi macam air ketum. satu Negara cerita pasal kena kencing....kencin' sana kencin' sini....macam ni air zam zam ke, air jampi d'sepak ke , dok laku lagi. HAVE A THOUGHT.

      Delete
    2. Kepada Zahid aku nak berpesan sikit kat dia.

      Sekarang ni bila dah jadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia ni ubahlah perangai lama tu. Bercakap biarlah berprotokol. Jangan ikut style Rocker atau style cowboy. Orang kerajaan buatlah style Kerajaan. Jadi pemimpin mesti ada style kepemimpinan. Kepemimpinan melalui teladan.

      Jangan bercakap style India mabuk kat tepi jalan tu.

      kalau nak tunjuk garang biarlah bertempat Zahid. Biarlah kena cara dan perkara serta masa. Barulah orang ada rasa hormat kepada kita. Ada rasa hormat kepada pemimpin.

      Jangan rakyat gelar kita Timbalan Perdana Menteri meriam buluh atau meriam tanah yang menggunakan karbaid tu. Tembak saja kuat tapi sasaran tak pernah kena. Aku rasa kau pun biasa main meriam buluh ni masa kecik kecik dulu kan?

      Bila dah tua, dah jadi pemimpin negara yang dipilih untuk rakyat beringatlah sikit. Rakyat boleh naikkan kita dan rakyat juga boleh turunkan kita. Ingat semua tu zahid.

      Nak hidup dalam dunia ni biarlah rakyat sayangkan kita. Bukan bencikan kita. Rakyat tak pernah minta YB untuk minta gula kopi. Tapi gula kopi YB ditanggung oleh rakyat.

      Jadi gunakan akal. jangan asyik nak tembak macam meriam buluh saja. Malu kat orang...............

      Delete
  5. Lagi satu si Salleh Keruak...sibuk mahu sekat berita palsu kononya...tapi isu kecilk mcm Topup RM10 kena gst 60sen tu pun masih belum setel-setel lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Keruak tu bodoh. Sebab tu Najib ambil dia

      Delete
  6. Di dunia ni berbangga lah dengan jwtn2 mu wahai pak2 menteri.. Amanah dibahu kau sisihkan ke tepi.. Mulutmu petah membela yg bathil demi kelangsungan hdup yg mewah xterperi.. Di akhirat nnt,betapa kau ingin supaya jwtn itu xpernah mjadi milikmu selama hayat di dunia. Lantaran kerananya kakimu lumpuh utk melangkah ke syurga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terbaikkkkk....

      Delete
    2. Derang mmg x minat pun nak masuk syurga. Mana ada ahli UMNO percaya syurga neraka? Mufti2 yg dilantik pun cam haram, belajaq ilmu agama untuk dibuat lapik punggung, masakan ahli UMNO beriman dgn syurga neraka?

      Delete
  7. Hai Zahid kau bolehlah kencingkan org umno kerana org umno tu tolol tapi pd aku kalau kerajaan perak boleh d tukar apa salahnya najib pun di rehatkan kan baik

    ReplyDelete
  8. Hai Zahid kau bolehlah kencingkan org umno kerana org umno tu tolol tapi pd aku kalau kerajaan perak boleh d tukar apa salahnya najib pun di rehatkan kan baik

    ReplyDelete
  9. Cuma soalan utk zahid.ADA BERANI KA?

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  11. Zahid Hamidi..sape dulu yg mengajor tumbangkan kerajaan yg sah ikut pintu belakang. Bukan kah Umno BN yg ikut jalan belakang di Negeri Perak dulu. Itu pun di Selangor cuba2 juga nak jolok bagi jatuh..tapi tak berjaya. Mmg haramjadah betul.

    ReplyDelete
  12. Sdr Din
    Pads saya Zahid ini tersepit antara dua kuasa. Kuasa pertama ialah bosnya dalam kerajaan iaitu Perdana Menteri merangkap presiden parti (UMNO) sementara bos kumpulan kedua ialah Timbalan Presiden.
    Zahid perlu taat kepada Najib kerana dia merupakan ulul amri Malaysia. Setengah orang berkata kenapa perlu taat kepada Najib yang dianggap sebagai pemimpin yang zalim. Kita dapat lihat bahawa apa yang disajikan kepada kita semua sama ada oleh Sarawak Report, The Edge atau lain lain blog di alam maya mempunyai meritnya sendiri yang boleh (telah pun merudum kala ini ) merudumkan taraf dan kewibawaan Najib sebagai seorang pemimpin negara nombor wahid. Namun begitu belum ada satu pertuduhan pun yang dibuat dimahkamah dan belum ada mahkamah yang mengadili beliau. Dalam perundangan negara Malaysia seseorang itu tidak bersalah selagi hukuman mahkamah tidak dijatuhkan keatasnya. Begitu juga keadaan Najib - beliau masih ' innocent ' sehinggalah ada mahkamah yang mendapati beliau bersalah. Semua innuendo yang mengatakan beliau mencapuri urusan penyiasatan tidak pernah terbukti. Lainlah sekiranya ada pegawai kerajaan/penyiasat yang mengistiharkan bahawa Najib telah melibatkan diri dalam apa jua ' cover up ' . Sehingga kini tidak ada yang mengaku diarahkan oleh Najib untuk melakukan 'cover up' - termasuk juga polis yang terletak dibawah kawalan Zahid. Jadi hendak tak hendak Zahid perlu taat kepada Najib. Untuk mengekalkan kuasa manusia akan lakukan apa saja. Sejarah lampau zaman Firaun di Mesir dan zaman maharaja Empire Rom intrigue istana tidak kurang hebat nya dengan apa yang berlaku di Malaysia hari ini. (mungkin Suhaimi Baba boleh menggarap satu filem mengenai episod Najib ini selepas Najib tidak lagi berkuasa ).
    Kepada Timbalan Presiden Zahid juga perlu taat memandangkan Tim Presiden itu juga telah dipilih oleh ahli UMNO dan mempunyai pengaruhnya sendiri. Zahid tidak boleh menolak mentah2 pandangan2 yang dikemukakan oleh Tim Presiden itu. Namun Zahid terhalang dari mengambil tindakan diluar dari kerangka perlembagaan ( baik Perlembagaan Malaysia mahu pun perlembagaan UMNO) kerana dilema yang telah dinyatakan dalam para 2.
    Natijahnya - Zahid terpaksa 'flow with the tide'. Sama ada beliau akan menjadi sampah hanyut (flotsam) atau dapat mengharungi badai yang menghempas keatasnya, sama sama kita lihat. Allah telah menetapkan segalanya.

    ReplyDelete
  13. Amik kau zamreee kadir n perak.jgn tunjuk muka tak bersalah curi kerajaan perak dr pr hari tu.curi beli bayor.hutang 42juta.duit byk hilang derma muncul pula.1msia dpeningkan oleh putaran najib.jika dholiwood ada harry potter.d msia ada najib puttar alam.derma utk najib atau derma urk umno masih dikira salah guna kuasa atau bhsa mudahnya rasuah.tuan peguam apa dah jd dgn kertas siasatan dr bank negara.blum cukup utk buat pertuduhan keatas bos sendiri.siapa bos sekarang najib atau rakyat.ya duit tlah menjadi bos yg menjadikan byk ant kita sebagai hambanya.barangkali najib masih boleh menyanyi lagu ini.hey sang algojo hey nanti dulu.kalimah sebenarnya adalah aku najib telah mencuri kepercayaan rakyat.tolong ringankan hukuman ku.

    ReplyDelete
  14. Pm adalah pemimpin islam yg dilantik secara demokrasi,pm tak akan menghianat bangsa,agama dan negara sendiri,kekayaan pm adalah kekayaan pemimpin kita,kenapa tak tanya kekayaan negara lain yg bukan islam,seperti singapore..kamu pedulikah,kalau pemimpin kita tidak kaya dia akan senang di pijak kepala,sekarang diapa berani nak pijak dan rasuah dgn org kaya,bekas cm sarawak dulu siapa ada berani menentang beliau,ada tauke tauke kaya dari DAP berani ke dpn pijak kepala dia,yg kita tahu wang tu bukan wang 1mdb,bukan wang rakyat,bukan wang rasuah projek,apa nak kisah;ada lah sulitnya tidak perlu didedahkan,ingat sahaja islam adalah agama Allah seluruh dunia,bukan hanya malaysia..one for all,all 4 one..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masih salah guna kuasa adalah rasuah namanya.jika dbiarkan maka menjadi halallah rasuah.dosa adalah dosa tak mengira siapapun ia.apa yg sulit sgt jika tak menipu namanya.tak mengapa la semoga kebenaran akan terdedah juga.apa yg pasti najib telah gagal n jika dbiarkan akan menyusahkan negara.jika dberi amanah ia kianat.maka jika amanah tentu lah Allah akan menjadi penjaga.selain telah mengambil duit utk menjadi penjaga.maka tunggulah pembalasan dr Allah.

      Delete
    2. Anon1707 tau mana najib takkan kianat bangsa dan negara. Kenyataan kalau pemimpin tak kaya senang pijak kepala tu salah.. Sahabat2 rasul pon tak kaya semasa jadi pemimpin tak dipijak pon.. Byk contoh pemimpin lain tak payah kaya utk tidak dipijak.
      Yg jadi amanah adalah jawatan tu.. Saya setuju najib belum kelihatan bersalah sbb takda dakwaan.. Semua org boleh fikir siasatan terhalang camna nak dakwa. Peguam negara gani patail dulu pun dah draf keryas utk dakwa najib tiba2 dilucut jawatan tanpa sbb kesihatan yg beliau sendiri taktau. Dan lagi satu belum komfirm duit dlm akaun tu duit derma mungkin duit 1mdb rakyat.. Tuan kita boleh taat ibu bapa tapi kalu ibubapa membawa kita jauh dari Allah, diharamkan kita taat keduanya. Mcmtu juga dgn uli amri bila membawa kita kepada kemusnahan kita tidak harus sokong lagi.

      Delete
  15. buat je saranan blog ni,,,,Zahid akan dikenali sebagai HANG JEBAT.....kalau tak buat ZAHID akan dikenali sebagai HANG CANGKUL....cangkul pun cangkul lah ye bang....huahua

    ReplyDelete
  16. Anon 17.07, orang tidak pertikaikan kekayaan beliau.Asal pertanyaan apa itu 1MDB dan bagaimana pelaburanya?.Mengapa berlaku kerugian?.Sahingga seharang tidak dapat apa-apa jawapan yang konkrit dengan soalan ini,lepas itu timbul pula rm2.6b kedalam acc.PM,jawapanya berpusing-pusing dari satu hingga sekarang ini lagi joker jawapanya.Lebeh baik tuan tuboh tampil dan beri jawapan kan baik.Jangan kita merangkai-rangkai cerita-cerita yang tidak bersanggkut paut dengan pertanyaan asal.

    ReplyDelete
  17. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  18. Tok Dalang?????

    http://www.sinarharian.com.my/kolumnis/umno-parlimen-saja-bisa-singkir-pm-1.409785

    ReplyDelete
  19. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete