Monday, 31 August 2015

SELEPAS BERSIH 4, APAKAH DEMO "UNDUR NAJIB" AKAN MENGAMBIL GILIRANNYA PULA?

Sambutan kemerdekaan tahun ini pastinya tidak sama seperti tahun-tahun sebelumnya. Tahun ini ia lebih diwarnai dengan jeritan "undur Najib" berbanding suara nostalgia bagaimana kemerdekaan negara dicapai sejak 58 tahun lalu.

Karenah Najib Razak dalam memimpin negara, terutama berkaitan wang RM2,600 juta yang masuk ke dalam akaun peribadinya dan kemudian diisytiharkan sebagai derma, adalah penyumbang utama kepada kelainan aroma dalam sambutan kemerdekaan kali ini.

Himpunan Bersih 4 pada 29 dan 30 Ogos selama 34 jam yang berjalan dengan lancar, aman dan baik tetapi turut menjadikan tuntutan mendesak pengunduran Najib sebagai sasarannya, menambahkan lagi sambutan kemerdekaan kali ini seperti sudah beralih arah serta tujuannya.

Malah, tahun ini ada yang mengatakan rakyat sebenarnya tidak merdeka, kecuali jika Najib Razak dapat diundurkan sebagai Perdana Menteri dengan segera.

Di mana-mana pula, sambutan kemerdekaan dan pengibaran bendera Malaysia tidak lagi semeriah tahun-tahun sebelumnya. Ia bukanlah kerana ramai yang dah mula benci dan tidak bersyukur dengan negara ini, tetapi lebih sebagai tanda protes terhadap sang Perdana Menteri yang semakin tidak dikehendaki lagi.

Yang lebih mengejutkan dalam himpunan Bersih 4 kali ini pula, bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad telah menunjukkan semangat luar biasa dan kegigihannya untuk "mengerjakan" Najib agar dapat segera dipindahkan keluar dari Seri Perdana dengan kesanggupan turut sama dalam acara itu.

Meskipun tidak pernah turun dan selalu tidak menyokong demonstrasi jalanan sebelum ini, tetapi Tun Mahathir sanggup turun dua kali dalam Bersih 4 kali ini. 

Semangat dan kegigihannya yang sanggup turun sebanyak dua kali dalam Bersih 4 ini tentunya mengingatkan kita bagaimana kerapnya beliau pergi untuk melihat pembangunan Putrajaya, KLCC dan Langkawi ketika menjadi Perdana Menteri dahulu.

Untuk memastikan sesuatu usahanya itu berjaya, Tun Mahathir biasanya akan meluangkan lebih banyak masa bagi menunjukkan komitmennya. 

Beliau kemudian memberitahu, kehadirannya dalam Bersih 4 ialah untuk bersolidariti bersama rakyat yang mahu mendesak perletakan jawatan Najib sebagai Perdana Menteri.

Dalam temubual dengan media kemudiannya, Tun Mahathir berkata, demonstrasi jalanan merupakan satu-satunya jalan untuk menyingkirkan Najib, sama seperti yang pernah dilakukan oleh rakyat Filipina terhadap Ferdinand Marcos suatu ketika dahulu.

"Kalau kerajaan dah tak peduli undang-undang, kita terpaksa gunakan demontrasi jalanan. Lihat Marcos, beliau telah dijatuhkan melalui demonstrasi jalanan," tegasnya lagi.

Beliau kemudian menambah lagi, "jika kerajaan tak bubarkan pasukan petugas khas itu, saya tidak akan hadir sebanyak dua kali dalam demonstrasi ini."

Walaupun gambarannya seperti Tun Mahathir menyokong demonstrasi jalanan, beliau juga menyarankan Ahli-Ahli Parlimen BN agar bersama-sama mengusulkan undi tidak percaya terhadap Najib bagi menyelamatkan negara ini.

Ahli-Ahli Parlimen UMNO yang sayangkan parti juga  seharusnya menyokong usul tidak percaya itu, tambah Tun Mahathir lagi.

Persoalannya, apakah selepas ini lebih banyak himpunan rakyat atau demonstrasi jalanan mirip Bersih 4 yang bertujuan mendesak pengunduran Najib akan berlaku dalam negara kita?

Apakah kehadiran Tun Mahathir sebanyak dua kali dalam Bersih 4 adalah isyarat awal bahawa demo "undur Najib" adalah projek terbaru yang akan digigihinya selepas ini sebagaimana dilakukannya ketika membangunkan Putrajaya, KLCC dan Langkawi dahulu?

Apakah dengan mula mengambil contoh kejatuhan Marcos di Filipina, Tun Mahathir secara tersiratnya mula memancing kebersamaan rakyat yang  ingin melihat pengunduran Najib agar bersedia dengan lebih banyak demostrasi jalanan lagi?

Apakah juga, melalui gembar-gembur mengenai demonstrasi jalanan  yang disebut oleh Tun Mahathir ini akan segera membuka mata Ahli-Ahli Parlimen BN, khususnya UMNO untuk tidak berlengah lagi menjadikan undi tidak percaya itu sebagai kenyataan bagi mengelakkan lebih banyak kerosakan kepada ekonomi dan perpaduan dalam negara?

Lagi pula, ramai pemimpin UMNO sendiri jika ditanya secara diam-diam, turut tidak menafikan kesukaran untuk BN mengekalkan kuasanya jika keadaan seperti sekarang berterusan memandangkan Najib sudah menjadi liabiti yang terlalu berat untuk dipikul. (SH 31/08/2015)

21 comments:

  1. As'Salam... Bro Shah n Sahabat3 semua..


    "AhJibGo - The EXclusive PM"

    -Its a FACT that AhJibGo will do ANYTHING to maintain power..

    -He doesn't care apa Rakyat FIKIR.. apa Rakyat CAKAP.. apa Rakyat RASA..

    -Dia MEMANG Dah TAK PEDULI!!!


    "By Hook or By Crook... By Any Means Necessary.."

    -IF dulu he resign nicely, he won't be SO HATED macam skrang ni...

    -BUT STILL AhJibGo MASIH boleh buat "muka selamber" aje..

    -MUKA TAK MALU tahap Mega!!!


    "U Reap What U Sow"

    -Hari2 kita Rakyat dihujani dgn LIES, LIES n more LIES, this has to STOP..

    -U CAN fool some people for some time... -TAPI- U CANNOT fool all the people ALL THE TIME..

    -Now Rakyat DESAK U resign... but still U refuse.. U ni "tak faham bahasa" ke apa?!


    "Lead By Example" -atau- "Kepimpinan Melalui Teladan"

    -Pemimpin3 kita dah jadi 'BIADAP TERHORMAT'... Guna macam2 'KATA KESAT'..

    -Lepas satu 'BAD WORD', keluar lagi satu 'bad word', lepas tu satu lagi..n then satu lagi..

    -Kita nak didik 'Generasi Muda' jadi 'BIADAP' ke? Jadi 'CELUPAR'?? Jadi 'SAMSENG'???

    -Ini TAK ELOK for 'Generasi Muda'... IbuBapa pun tak 'sebut/guna' words like this..

    -"Nilai2 Murni Malaysia" akan 'PUPUS' seandainya sikap ini berterusan.. CONFIRM!!!


    "The Malaysian Dilemma"

    -Hari ni 'Hari Merdeka', tapi kita Rakyat nak sambut pun rasa SEBAK, SEDIH, SAYU...

    -Now kita DIJAJAH DARI DALAM.. AhJibGo dah 'CENGKAM' Kita.. Tapi masih ada lagi yg 'TAK SEDAR' kita telah dijajah semula.. "Cash IS King" kan???


    "Biar Buta Mata -JANGAN- Buta Hati"

    Allah AWJ berfirman...
    Wahai UMAT manusia! SESUNGGUH-NYA Kami telah MENCIPTAKAN kamu dari lelaki DAN perempuan, dan Kami telah MENJADIKAN kamu BERBAGAI bangsa DAN bersuku puak, SUPAYA kamu BERKENAL-KENALAN (DAN BERAMAH-MESRA antara satu DENGAN yang lain). SESUNGGUH-NYA semulia-mulia kamu DI SISI ALLAH ialah orang yang LEBIH TAQWA-nya di antara kamu, (BUKAN yang lebih KETURUNAN atau BANGSA-nya). SESUNGGUH-NYA Allah MAHA Mengetahui, LAGI MAHA Mendalam Pengetahuan-NYA (akan keadaan dan amalan kamu).
    (Surah Al-Hujurat ayat 13)


    "Saya hadir sebagai SOLIDARITI kepada rakyat" - Tun Dr. M :-)

    -Moga Allah SWT sentiasa lindungi 'Semua3 Veteran2 Malaysia'

    ***Ameeenn**


    "Sambut Kemerdekaan Dalam Kedukaan" (Tema Peribadi Official)



    "The AhJibGo Factor"



    "Discussion Is Dead"
    "Diplomacy Is Dead"
    "Democracy IS Dead"


    Oh MalaysiaKu... Tanah Tumpah DarahKu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
    2. Pak Warhadik tolong jangan bikin SIAL dalam blog ini. Bapak tolong angkat kaki dari Malaysia. Faham????

      Delete
    3. Itu Warhadik INDON BANGSAT...bikin SIAL saja kau di Malaysia. KUCING KURAP ...

      Delete
  2. Jangan Mimpi!

    Umno adalah segala galanya bagi melayu

    Najib adalah segala galanya bagi melayu

    Hadi adalah segala galanya bagi Islam

    Mana mungkn melayu tinggalkan mereka biar sekalipun najis bunuh Mongolia dan ayoh Ping Marang bawa ajarAn sesat

    Pas dan umno bdrkerjasama untuk gagalkan kuasa rakyat menang

    Sejarah membuktikan konsep perkauman selalu menang. Macam netanhayu dari Israel menang lagi pilihanraya menggunakan konsep Israel untuk Israel tiada two state solutions

    Akhir kata... Melayu buduh melayu takde telor melayu play safe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hadi adalah Nabi kepada penyokong PAS. Sbb tu mereka sanggup membodohkan diri kerana hanya Haji Hadi ada kuasa laksana rasulullah.

      Delete
  3. Opss tambah lagi..

    Melayu bersekongkol dgn kezaliman melayu sanggup masuk neraka walaupun tahu pemimpin mereka dah buat dosa besar... Neraka Jahanam adalah syurga impian org melayu untuk bersamna sama Najib dan hadi...di akhirat kelak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saja nak tanya, yang awak tu dah confirm ahli syurga ke. Jangan menghina, memfitnah orang lain. Cuba banyak2 istighfar. Tak baca kisah seorang manusia yang bunuh 100 orang??. Tau tak apa kesudahannya. Tau tak apa Omar Al-Khatab bercita2 nak bunuh Nabi Muhammad SAW. Apa kesudahannya. Wahai manusia, cakap, tulis pakai kepala otak jangan ikut nafsu syahwat.

      Delete
    2. Aku dah pakai kepala otak kenapa ? Apa yv tak kena ?

      Nenek ko hadi Ping pun cakap pakai otak sebab tu tolol baruah jebon kluar mulut dia ...ikut otak la tu bukan nafsu ? Keh keh keh x3

      Delete
  4. Jngan bimbang, 10 Oct 15 ada demo anti BERSIH pula. 1 juta jugak nak mai.. gamaknya 1.3 juta pekerja gomen la nak kena kerah. Ahli 3 juta sudah terbirit2 dah. Betul ka ahli ada 3 juta tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jgn susah seramai 1.5 juta bangladeshi telah bersiap sedia untuk membantu kerajaan menjayakan anti bersih 4

      Tongkang2 Mistral pun sudah dibeli oleh si bapuk menteri pertahanan

      Delete
    2. mujibur...kita pigi mesia mau join itu anti bersih........
      oitt......kawan kita dulu pigi jadi, cleaner kerr,pam attendant kerr,kfc waiter kerr....itu semue kerja bersih...ada confuse laa...kabberdap

      Delete
  5. Najib mempunyai ilmu yg sangat hebat, ya itu ILMU SELAMBA yg terdiri dari beberapa jurus.. antaranya,
    1. Jurus Buat Bodoh Aje
    2. Jurus Perasan Popular
    3. Jurus Pekak Badak
    4. Jurus Kulit Biawak dan sebagainya...

    Percayalah, sehingga PRU14 Najib akan terus menggunakan ILMU SELAMBA beliau untuk menghadapi musuh2nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak mengapa. Lepas PRU 14 ni Najib akan berehat lama di Sg.Buluh

      Delete
  6. Lepas bersih...demo yg paling baik adalah...demo lo ni tak supo kito....hahaha....

    ReplyDelete
  7. Pada pandangan saya Najib tak akan bertahan lama. ajib banyak bela hantu raya. Dulu dia ada banyak teloq , sakan dia jamu hantu raya . Hantu raya akan minta banyak teloq lagi tapi teloq yang dia simpan diluar negeri dah tak boleh bawak balik. Mungkin ada saki baki teloq yang dia simpan disini tapi rasanya dah tak banyak sebab bini dia pun kuat makan teloq. Tempat yang dia simpan teloq curi orang dah tau, kawan nak tolong dia bawa balik pun depa takut sebab satu dunia dok perati. Apa akan jadi kalau ajib dah tak blh jamu hantu raya dengan teloq....hantu raya kedarah dia la pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bodoh punya hantu raya. Tak teringin nak makan KFC ker

      Delete
  8. TAI PAN JR, JANGAN KAMU MENTAFSIR AYAT ALQURAN BERDASARKAN KEPENTINGAN KELOMPOK KAMU TANPA MENGHAYATI INTIPATI DAN MAKSUD AYAT TERSEBUT. RIBUAN PATAH AYAT MENGHINA YANG DIKELUARKAN DALAM CATATAN DIATAS MENAMBAH DOSA KALIAN . DOSA SESAMA MANUSIA HANYA MAMPU DIAMPUN OLEH MANUSIA. APA KALIAN ANGGAP KALIAN SEMUA KEBAL DARI AZAB API NERAKA KERANA DOSA TERSEBUT. KALAU TIDAK FAHAM LEBIH BAIK TERUS BELAJAR DARI MEREKA YANG MEMAHAMINYA...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 12:07

      Aku tak nampak pun apa yg dikarang hamba Allah tuu sebagai 'terpesong' atau 'fitnah'...

      Aku lebih nampak 'kebenaran' apa yg dikarangkan nya...

      Contoh boleh kita nampak sendiri depan mata, kecuali org macam 'Anon 12:07'....Serkap Jarang....Ingat dia je yg betul...
      Buta, Pekak, Bisu!!!

      Ayat Quran diatas tuu nampak kepada 'perdamaian'....bukan 'permusuhan'....'Anon 12:07' yg tak faham kot?

      'Anon 12:07' yg patut BELAJAR LAGI dari "mereka yg memahami"...

      Delete
  9. Kalau Tun M yang pimpin perhimpunan ini mau juga aku serta.

    ReplyDelete
  10. Majoriti bukan Melayu sertai Bersih 4.
    Tak nampak lagi? Buta? Atau bebal yg sebenarnya. Kalau esok lusa MCA Gerakan atau MIC bungkus, pasti DAP jadi parti pilihan mereka. Menteri2, MT2, YB2 masih buta dan pekak ke? Tak reti2 majoriti boleh singkirkan seekor masalah dlm BN????? Seekor bangsat yg demi tembolok rakusnya menyusahkan rakyat seluruh negara. Sampai bila? Bila lagi?

    ReplyDelete