Wednesday, 26 August 2015

MALU WEHH...ORANG ASLI PUN TAK PERCAYA DUIT RM2,600 JUTA SEBAGAI DERMA...

Isu wang  sebanyak RM2,600 juta yang mengalir masuk ke dalam akaun peribadi Najib Razak dan dikatakan derma terus menjadi perdebatan umum. Ada yang percaya, tetapi rasanya lebih ramai yang sukar menerimanya semata-mata sebagai derma ikhlas semata-mata.

Dalam mesyuarat perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO bahagian-bahagian yang sebahagian besarnya sudah berlangsung, ia dilaporkan menjadi isu paling hangat dibincang dan diperdebatkan. Sudah tentu perbincangan itu lebih menjurus luahan perasaan yang sama iaitu sukar menerima wang sebanyak itu sebagai derma serta mahukan Najib memberi penjelasan lebih jujur mengenainya.

Susulan daripadanya, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dilaporkan mahu menemui Najib bagi menyampaikan sendiri pandangan keseluruhahan usul daripada Pemuda bahagian yang dianggap mewakili akar umbi generasi muda itu.

Sudah tentu ini merupakan tekanan secara langsung dan isyarat penolakan yang cuba disampaikan oleh Pemuda UMNO kepada Najib nanti.
Bekas Ketua Wanita UMNO, Rafidah Aziz, walaupun sudah bersara dan mungkin lebih banyak masanya bermain dengan cucu-cucu, turut tidak dapat menahan perasaan daripada meluahkan keraguan terhadap derma sebesar RM2,600 juta itu.

Beliau lantas melontarkan persoalan, apakah mungkin wujud pakatan tertentu yang boleh menggugat kedaulatan negara di sebalik wang tersebut?

Persoalan yang dilontarkan beliau memang ada logiknya untuk difikirkan oleh kita semua. Mustahil derma sebesar itu tiada apa-apa hasrat terlindungnya?

Walaupun Nazri Aziz pernah mengatakan derma itu datangnya daripada sebuah negara kecil yang tidak mampu menggugat Malaysia, kemungkinan negara tersebut menjadi alat atau perantaraan kuasa besar lain tidak harus diketepikan.

Sebagaimana wang RM2,600 juta itu juga disimpang-siurkan sebelum berlabuh di destinasi akhir ke akaun peribadi Najib, tentulah tidak mustahil perkara yang sama boleh dilakukan oleh kuasa besar atau pihak lain untuk melundungi identiti mereka.

Apa pun, peringatan Rafidah itu tidak harus diabaikan begitu saja. Ia merupakan hak kita untuk menilai dan membuat keputusan mengenainya.
Selain itu, rata-rata rakyat daripada pelbagai kelompok turut meragui dan mempersoalkan mengenai wang tersebut. Suara-suara bantahan dan tidak puas hati boleh didengari di mana-mana saja, tetapi yang paling mengejutkan ialah Orang  Asli juga berpendirian sama.

Sebagaimana yang dilaporkan oleh Free Malaysia Today, Naib Presiden Jaringan Orang Asli SeMalaysia, Yusri Ahon berkata, masyarakat Orang Asli turut meragui mengenai wang tersebut dan ia menjejaskan kepercayaan mereka terhadap kerajaan berikutan kegagalan Perdana Menteri memberi penjelasan mengenainya.

Katanya, jika benar wang tersebut merupakan sumbangan derma daripada negara Arab, ia tidak sepatutnya dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib, sebaliknya mestilah melalui akaun organisasi atau parti.

"Sekiranya orang lain menerima wang seperti itu, bukankah ia akan menjadi isu besar?," tanya beliau.

Malu wehh...Orang Asli pun dah cerdik atau lagi cerdik dan boleh memikir antara betul dengan salah.

Walaupun  berita yang disiarkan di Free Malaysia Today itu hanya kecil dan mungkin tidak disedari oleh banyak pihak, ia sebenarnya memberi nilai yang bermakna kepada kita semua.

Penyokong Najib yang sekolah tinggi-tinggi tak rasa malu ke?

Kebenaran tetap kebenaran, Orang Asli pun nampaknya dah tahu menilainya.  Lagi pula negara Islam atau PBB  pun hanya dapat "ciput" saja walaupun untuk memerangi keganasan global.
Janganlah diambil kira Ahmad Maslan yang sanggup "ditembak" dan beberapa Ketua UMNO Bahagian yang berikrar sanggup "mati"  demi mempertahankan Najib kerana mereka sebenarnya sudah digelapkan mata dan pandangan berikutan turut menerima habuan daripada RM2,600 juta itu.

Ahmad Maslan sebagaimana yang didedahkan oleh Sarawak Report dapat RM2 juta, Shahrir Samad dapat kecil sedikit iaitu RM1 juta dan sudah tentu Ketua-Ketua UMNO Bahagian lain turut dapat bahagian masing-masing.

Itulah nilai hidup mereka dan adakah kita juga mahu sama seperti mereka? Lu fikirlah bro....(SH 26/08/2015)

26 comments:

  1. Mungkin bangsatwan itu fikir dia dpt hidup lama lebih 100 tahun agaknya. Mungkin mati tak ada dlm kamus hidupnya. Wang berbillion billion itu kalau diguna utk kemewahan hidup, shopping, melancong dsbnya setiap hari lepas bersara PRU14 nanti, 100 tahun belum tentu habis. Bangsatwan sebenarnya hanya menanti dan bertahan hingga PRU14 sahaja. Lepas itu angkat kaki, selamat tinggal si bodoh yg mengampunya sekarang... yg hanya dpt takat 1j atau 2j sahaja. Percayakah anda hanya 2.6B??? Itu yg dpt diketahui, yg belum diketahui, berapa banyak lagi agaknya...?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. ADA BERBILLION2 LAGI.Yg tidak atau belum d jumpai semestinya akaun d luar negara. Sbb tu payah sangat nak jelaskan ke mana perginya berbillion dari deal 1mdb tu.....
      Nilai itu tak terhenti setakat 2.6 bil saje. Sbb tu bila d siasat,beliau harus bercuti baru semuanya berjalan lancar tanpa gangguan tangan ajaib yg bernilai berbillion.....
      Cash is king! Kenyang sangat kah ketua2 bahagian sampai susah nak berkata benar?
      #HAKIM MAIN MATA DGN MALING.

      Delete
    2. Rakyat Malaysia memang bodoh bangsat tak tau matermatik. 2.6 billiun rupiah tu sekadar dapat beli sebiji mercedez benz mata belalang aje diIndonesia. itupun kau orang sangat cemburu ngan najib. Najib ada kapal terbang lagi, apa nad didengki... HHHHHmmmmmm! (aku harap sikit hari lagi najibpun masuk dalam akaun bagi kat aku RM$1 juta cukuplah, tak payah bagi bebelas juta rupih.

      Delete
  2. Jangan tuduh tuduh. Nanti haron din dan haji hadi marah.

    ReplyDelete
  3. Najib xpnah hdup susah..anak org bangsawan lah katakan. Bila naik jd org no.1 msia,what do u expect haa tun m?? Mesti lah nk truih kan gaya hidup mewah dgn lbh mewah lg. Dapat plak bini helmet itam yg pandai blanja tp bab cari duit bodo..cukup rangkap dah kata org utara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak payah nak justifikasikan tindakan najib ni.
      memang salah walau asal dia keturunan apa pun

      Delete
  4. Assalamualaikum, mohon perhatian, tindakan dan jasa baik admin SH supaya perbetulkan pernyataan ini:

    Satu:
    "Malu wehh...Orang Asli pun dah cerdik dan boleh memikir antara betul dengan salah."

    Ditukar kepada:
    "Malu wehh...Orang Asli lagi cerdik dan boleh memikir antara betul dengan salah."

    Dua:
    "Kebenaran tetap kebenaran, Orang Asli pun nampaknya dah tahu menilainya. Lagi pula negara Islam atau PBB pun hanya dapat "ciput" saja walaupun untuk memerangi keganasan global.

    Ditukar kepada:
    "Kebenaran tetap kebenaran, Orang Asli lagi tahu menilainya. Lagi pula negara Islam atau PBB pun hanya dapat "ciput" saja walaupun untuk memerangi keganasan global.

    Sekurang-kurangnya pernyataan baharu itu memberi gambaran lebih tepat dan konkrit bahawa Orang Asli dan Persatuan mereka lebih cerdik dari orang UMNO.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi aku biasa je.....

      Jangan jadi zahid komedi ye....

      Delete
  5. Sy sokong anon 11.08..
    Minta tuan rumah ubah..
    Bukan apa. .ayat tu bila kita baca sekali lalu, kelihatan org asli mcm org yg bodo2 xpnh tahu apa2..

    ReplyDelete
  6. Sebarang kemalapetakaan ekonomi dan seterusnya kecacatan sosial yang menimpa oleh rakyat Malaysia mesti ditanggung bukan sahaja Najib tetapi MP2 yang pekak dan ketua bahagian yang bisu. Mereka pekak kepada rintihan rakyat yg makin terhimpit. Bisu dan pengecut untuk bangun menyatakan yg benar bagi pihak rakyat. Gerombolan ini akan merasai akibatnya apabila kerajaan pilihan rakyat bertakhta.

    ReplyDelete
  7. Jadi apa tindakan kita sebagai rakyat yang sayangkan bumi Malaysia bertuah ini?

    Biarkan Regim mengerah seluruh anggota PDRM, ATM, Rela dan kakitangan awam untuk menghalang rakyat dari menyatakan kekesalan dan kemarahan, namun itu tidak dapat memadamkan semangat kita untuk terus mempertahankan kemerdekaan sebenar kita.

    Jatuhnya Malayan Union dan ternyah mereka dari Persekutuan Tanah Melayu kerana rakyat dari pelbagai latarbelakang politik dan kepercayaan beramai-ramai turun ke jalanraya menentang dan menyingkirkan Regim British. Tuntutan di jalanraya digerakkan bersama Pertubuhan Melayu Bersatu Kebangsaan (UMNO Asal) dan pertubuhan pelbagai kaum berjaya membebaskan rakyat dari dijajah fizikal dan mentalnya. Hanya jalanraya tempatnya selepas Parlimen dan Wakil Rakyat gagal menjadi medan dan pergantungan memperjuangkan hak kita.

    Tahun 2015 rakyat Malaysia pelbagai latarbelakang politik dan kepercayaan sekali lagi beramai-ramai turun ke jalanraya mendesak Regim Najib melepaskan jawatan kerana gagal menjaga kebajikan rakyat dan keselamatan negara. Dan janji kita, rakyat akan turun lagi ke jalanraya di masa hadapan jika penganti Regim Najib dan selepasnya gagal mengangkat kepentingan rakyat dan negara melebihi kepentingan peribadi dan parti.

    Ayuh saudara saudari kaum Melayu, Cina, India, Kadazan dan lain-lain, bersama-sama kita menyertai himpunan 29-30 Ogos ini demi menunjukkan semangat kecintaan kita kepada negara.

    Abaikan apa slogan dan tema perhimpunan, apa warna pakaian, apa fahaman politik, apa kepercayaan dan pegangan aqhidah kita. Kita turun berhimpun untuk membuktikan kita sayangkan negara ini sekaligus memberi amaran kepada penguasa yang zalim kita tidak akan sesekali menjadi mangsa kebebalan, kerakusan dan kebingaian barisan 'pemimpin' yang gagal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agree. Agree. Agree.

      To die with dignity is better than to live without honor.

      And, after all, we are dealing with those with little credibility...

      For every beating they inflict upon the public demonstrating at the end of this month, the world outside shall take note - and act accordingly when the time is right. Watch what happened to Pol Pot and the geng and the Serbian monsters. Yes, you have been warned.

      Delete
  8. Sokong 100 % dgn komen Anon 13:10 !

    ReplyDelete
  9. Ramai2 kita tuntut Raja2 campurtangan sekurang2nya membentuk Royal Comission menyiasat ke akar umbi salsilah 1 MDB dan derma RM2.6b. Ahli2 nya bebas tanpa campurtangan PUTAR JAYA

    ReplyDelete
    Replies
    1. AGONG tidur lagi. Aku agak dia pun tak peduli Negara lingkup atau tidak..tak kisahlah memanda menterinya kaki rasuah dan kaki songlap wang.

      Hanya Sultan Johor shj Nampak prihatin. Dia bukan Agong...

      Tak payah nak bentuk Royal comm. SPRM dh ada kes untuk tuduh Najib. Tapi terhalang buat masa ni sebab Najib lantik lembu dia jadi Peguam Negara. Kalau Agong sudah bangkit dari tidur, munkin bolih batalkan perlantikan lembu Najib dari jawatan Peguam Negara.

      Delete
    2. Eh eh kita ada agong ke? Ye la ada? Mcm tak de je....cuba check....Betul ke ada?
      HAHAHAHAHAHA.

      Delete
    3. Ada.. kita ada Agong yg sendiri pun tak larat nak bawa telornya. Dah la tua tak berupaya apa2, masih ada hati nak pegang jawatan sbb duit dan kuasa punya pasal. Anak beranak senang lenang, biar rakyat lintang pukang. Aku apa peduliksss?????

      Delete
    4. Agong botol kicap

      Delete
    5. Oooo.....ada! Ingatkan takde....senyap je. Ada sbb duit dan kuasa je lah? Duit tu dari mana dtgnya? Kuasa tu sapa pulak yg bagi? APA? Dah tua? Begitu......
      Ni pesan seorg wali Allah....seadil2 raja duduk atas pucuk api neraka.....
      Jadi pertimbangan akal kita...apakah beliau telah bersikap adil demi rakyat yg lintang pukang ini? Jika tidak mampu lagi menyumbang apa nak d tunggu lagi? Kan itu lebih baik sbb negara perlu tenaga baru!Setidak2nya berkata lah sepatah dua utk memberitahu beliau masih ada? Kenapa HAK rakyat d nafikan? Boleh kah kita d bayar gaji oleh syarikat tempat kita bekerja tanpa berbuat apa2? Bukankah kita ada d situ utk memberi tanggungjawab dan bekerja? Jika beliau mampu d diamkan oleh sistem pentadbiran maka tidak hairan lah nasib rakyat menjadi cacamerba! Harap kuasa Allah saja lah nampaknya utk meneruskan hidup d bumi bertuah ni......
      Malang d bumi msia!

      Delete
  10. Kira nyahkan anak BANGSATwan ini dari terus menjadi peminpin Bansat. Politicians are like diapers, need to be disposed when soiled.

    ReplyDelete
  11. Sekarang washit omar pulak jd pdngerusi penyelamat ekonomi yg bilau sendiri jahanamkan

    Bekas ceo gaybank ni masih berlagak macam ekonomi Malaysia takde masalah.

    Sime darby baru jer susut keuntungan 17%
    Hampir semua glc susut untung tahun 2015.

    Ekonomi masih bagus?

    Petronas tutup 13 pengorek minyak (oil rig) sebab dah takde operasi atau takde duit?

    Washit omak... Ekonomi bagus ka? Lu mana mari ? Maybank atau gaybank?

    ReplyDelete
  12. Nak bohong apa lagi Najib oii!. Memang tu duit haram untuk seorang PM haram jadah. Sebab tu hang main sembunyi sembunyi dan dolak dalih sana sini. hanya PM haram jadah saja yang boleh buat kerja macam ni, Hang nak nafi apa lagi. Berambus cepat sebelum pdah lebih berat menimpa hang. Percayalah hang akan tersungkur dan rebah juga akhirnya. Tunggulah hari binasa hang angkara perbuatan hang yang tak sewajarnya. Rakyat akan pastikan hang dan kaki kaki bnodek hang akan tamat masa depan dalam politik dan terima hukuman yang setimpal.

    ReplyDelete
  13. Dalam Quran, setiap pemimpin adalah amanah rakyat tidak kira apa jenis pangkat. Kalau pemimpin amanah kita sokong penuh. Kalau pemimpin tidak amanah kita mesti perbetulkan keadaan.

    Untuk lebih mudah memahami perjuangan untuk rakyat sila lihat khazanah filem dunia Melayu kita sendiri :

    1. https://www.youtube.com/watch?v=eCgCIpPNOZo

    2. https://www.youtube.com/watch?v=X8yMYJ7CO9c

    3. https://www.youtube.com/watch?v=BddCXJwHswA

    4. https://www.youtube.com/watch?v=lIyl0ToTNUQ

    Mata pena, skrip, filem dsb boleh menyedrkan rakyat.

    ReplyDelete
  14. Pada aku Nazri ke Zahid Ke ahmad maslan ke menteri bodek ke kentut najib pun wangi ini pula nampak duit 2.6b lagi wangilah nasib malaysia dapat menteri hamlau

    ReplyDelete
  15. Pada aku Nazri ke Zahid Ke ahmad maslan ke menteri bodek ke kentut najib pun wangi ini pula nampak duit 2.6b lagi wangilah nasib malaysia dapat menteri hamlau

    ReplyDelete
  16. Org aslipun byk sudah ke unibersiti weh tp kalau jd gaya ahmad maslan tu.susah la malaysia kita nak dipulihkan dr rasuah ni.ada nak berjuang utk agama n negara dgn duit rasuah.itu utk jahanamkan negara namanya.apa punya org tak dpt pikir lg.org mcm ahmad maslan tolak tepi ok.mmg tak boleh pakai punya kaki ampu.

    ReplyDelete