Monday, 24 August 2015

ADUYAI...DULU HARAM JADAH DAN BANGANG, KINI BANGSAT PULAK!!


Walaupun Perdana Menteri, Najib Razak berasal daripada keluarga bangsawan dan merupakan anak Tun Razak yang disanjungi ramai, perkataan-perkataan yang keluar dari mulutnya kadangkala tidak sepadan dengan asal usulnya.

Ini kerana biasanya anak-anak bangsawan diajar berbudi bahasa dan menggunakan perkataan-perkataan yang lembut dan tidak kasar, sesuai dengan keperibadian mereka yang dipandang tinggi, bahkan sesuai dengan penampilan yang sentiasa berpakaian mahal dan menjamah makanan yang berkualiti setiap hari.

Jarang benar kita lihat anak-anak bangsawan mengeluarkan perkataan-perkataan yang tidak sesuai dengan penampilan mereka, apatah lagi jika sudah berjawatan Perdana Menteri.

Jika pun seseorang itu sudah menjadi bangsawan melalui kedudukan yang berjaya diraihnya, mereka juga sudah tentu akan menjaga budi bahasa dan perlakuannya.

Lihat saja Tun Hussein, Tun Mahathir dan Tun Abdullah, baik ketika berbual secara peribadi, mahu pun dalam pengucapan awam, tidak pernah sama sekali mengeluarkan perkataan-perkataan kasar yang boleh merendahkan keperibadiannya.

Tetapi lain benar dengan Najib ini. Menggunakan perkataan kasar bukan pertama lagi dilakukannya. Semalam beliau menggunakan perkataan "bangsat" kepada orang-orang Melayu sebagai ingatan sekiranya UMNO hilang kuasanya.

Sebelum ini, ketika mengecam para peneroka Felda yang menentang penyenaraian saham Felda Global Ventures atau FGV di Bursa Malaysia, Najib menggelarkan mereka sebagai "haram jadah" kerana kononnya menolak nikmat yang cuba diberikan oleh kerajaan.

Tetapi hari ini semua orang tahu nilai saham FGV di pasaran hanya tinggal tidak sampai RM2 berbanding harga permulaannya RM4.55 ketika mula-mula disenaraikan dahulu.

Siapa yang "haram jadah" sebenarnya? Itu belum dikira dengan pelbagai skandal pembelian hartanah Felda di luar negara menggunakan duit peneroka sehingga turut mengundang SPRM menyiasat dan menahan reman beberapa orang yang disyaki mengaut keuntungan daripadanya. 

Sejak kebelakangan ini, Najib sendiri sudah lama tidak menyebut mengenai  FGV ini. Mujur juga para peneroka masih berbudi bahasa tidak memulangkan semula perkataan "haram jadah" itu kepada Najib.

Kemudian ketika melahirkan rasa kesal kepada blogger-blogger UMNO yang menerima upah tetapi tidak menpertahankan parti dengan sewajarnya, beliau menggelarkan mereka sebagai "bangang".

Blogger-blogger "bangang" ini, kata Najib, lebih ghairah menembak pemimpin sendiri daripada menyerang pihak lawan. Ramai blogger upahan UMNO tersipu-sipu malu dengan gelaran itu.

Daripada "haram jadah" dan "bangang",  kini perkataan "bangsat"  pula keluar dari mulut Najib. Akan datang, entahlah....mungkin perkataan dahsyat yang mencarut dan memaki hamun pula akan digunakannya.

Dalam kes "bangsat"  ini, bukan saja perkataan itu tidak sesuai diucapkan oleh bibir merah jambu seorang Perdana Menteri kerana ia terlihat kasar dan hanya sesuai diucapkan di tepi-tepi jalan oleh bibir-bibir hitam dan kotor, "kebangsatan"  orang Melayu juga bukanlah semata-mata kerana ketiadaan lagi kuasa yang dimiliki oleh UMNO.

Orang Melayu di Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang tidak pula kelihatan "bangsat" walaupun negeri-negeri tersebut bukan diperintah oleh UMNO?

Malahan ramai Melayunya yang lebih gembira, makan lebih berselera dan ketawa lebih kuat berbanding mereka yang tinggal di negeri yang dikuasai oleh UMNO.

Tidak ternampak sama sekali mereka sebagai Melayu yang "bangsat" atau terpinggir daripada rumah yang selesa kepada menghuni bawah kolong atau gelandangan jadinya.

Lebih dari itu, kalau mahu dihitung satu persatu, UMNOlah yang lebih lebih banyak "membangsatkan" bangsanya sendiri berbanding parti-parti lain di negara ini.

Melalui kuasa yang dimilikinya, siapakah sebenarnya yang lebih mengkhianati tanah, saham, permit dan sebagainya yang sepatutnya untuk mengukuhkan ekonomi Melayu tetapi dilencongkan untuk kepentingan kelompok sendiri dan menjualnya kepada bangsa lain?

Ditambah dalam era kepimpinan Najib sekarang yang tidak perlu disenaraikan lagi satu persatu caca marba dan celarunya, UMNO bukan saja sedang menuju zaman gelap, bahkan rakyat lebih ditekan lagi kehidupannya dengan pelbagai beban seperti pemansuhan subsidi, GST, kenaikan kos hidup dan sebagainya, kononnya atas nama kepentingan negara.

Isu 1MDB dan derma RM2,600 juta pula serta merta menjadikan nama negara dan pemimpinnya sebagai bahan cemuhan dan olok-olok di seluruh dunia. Daripada bangsa yang disanjung dan dihormati dengan pelbagai keupayaannya sebelum ini, Najib sebaliknya menjadikan nama negara tidak lagi indah di mana-mana.

Tidakkah malu jika wang RM2,600 juta pun kita bangga sebagai derma dan kemudian menjajanya seolah-olah itulah dana penyelamat bangsa?

Lebih malu apabila SPRM mengatakan ia hanya mengesahkannya sebagai derma saja tetapi masih belum menutup penyiasatannya lagi. Bukankah dalam takrifan SPRM, derma juga sebahagian daripada rasuah?

Hakikatnya, Najiblah yang lebih membawa "kebangsatan"  kepada Melayu itu sendiri.  Negara dan UMNO lebih mudah dipulihkan jika beliau tidak lagi menjadi ketuanya. 

Yang menentukan Melayu jadi "bangsat" atau sebaliknya bukanlah sangat disebabkan UMNO hilang kuasa atau tidak, tetapi lebih ditentukan oleh jenis pemimpinnya. (SH 24/08/2015)

35 comments:

  1. Ini lah keadaannya org kalau dah nanar tenggelam punca.sendiri buat salah masih nak salahkan org.bila org yg tepuk tupun kena bayar habis apa nak cerita lg.oh indera kayangan.jgn lah sgt berangan dgn cerita dongeng org kayangan.berpijaklah dbumi nyata.kubur besar dah setle ye.siapa la yg dpt mkn byk tu.najib dah ada derma.jaga jaga org perlis jgn sampai terkubur.org johor cerita lain.apapun tahniah kpd mufti perlis.satu satu mufti yg berani bersuara.harussani.tak harus la begitu

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
    2. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
    3. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  2. 1 Malaysia Dapat Bangsat
    Bangsat yg dari dulu sampai sekarang play safe
    Bangsat yg dgn mudah jadi MB hanya kerana jasa2 almarhum bapanya
    Bangsat yg senyap2 meminjam dan rakyat yg bakal menanggungnya
    Bangsat yg jenis mengungkit walaupun dirinya sendiri adalah Biawak yg dipikul rakyat
    Hmmmmm... panjang lagi senarai kalau nak tulis...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ang bangsat Melayu ,yang cemerlang ,terbilang ,gemilang tu Bugis .

      Apalah nasib Melayu , apabila untuk mendapat kedudukan semua megaku Melayu ,setelah dapat, Melayu dibangsatkan.

      Begitulah nasib Melayu ,yang dikatakan Hang Tuah takan hilang didunia .

      Delete
  3. Ulasan yang baik, wajar diterbitkan dalam utusan atau berita harian ataupun sinar

    ReplyDelete
  4. Jika Melayu menjadi bangsat, ini adalah kerana BAPA BANGSAT yang bernama Najib inilah yang telah membangsatkan mereka....bersekongkol dengan China Tembam Jho Low menipu Melayu sehingga menjadi bangsat! Memang BANGSAT si Najib Penipu ini.....dah tipu duit reakyat mahu menyalahkan rakyat pula.....

    ReplyDelete
  5. SUMBER Dewan Bahasav dan Pustaka
    Maksud Bangsat

    Bangsat I 1. orang jahat (pencuri dll): apa guna mempedulikan si ~; 2. Mn (orang) miskin. Kamus Dewan Edisi Keempat

    Bangsat II Kd mengembara, merantau: anakanak ini hendak pergi ~ ke serata tempat. Kamus Dewan Edisi Keempat

    Bangsat III Jw kutu busuk, kepinding. Kamus Dewan Edisi Keempat

    Jadi siapa yang BANGSAT sebenarnya..??? Adakah rakyat yg bangsat atau pemimpin korup yang bangsat.

    ReplyDelete
  6. Realitinya di malaysia khususnya atau manusia amnya ialah.. Sikap pentingkan diri sendiri.. Sbb sikap ni lah manusia sanggup bohong, curi, kianat, rasuah, menipu, membunuh, tak setia, sombong, dan berbagai sifat keji lagi yg dilakukan demi diri sendiri.. Sikap yg takda maruah ini hanya bermula dgn perkataan "aku punya" didlm hati.. Inilah sikap yg menjadikan azazil kepada iblis terkutuk.. Yg lahirkan sikap sombong dgn merasakan dia lebih baik utk khalifah (pemimpin) dibumi.. Khalifa manusia jgn ikot perangai iblis.. Apa yg kita sedang lihat senario dimalaysia dlm pemimpin sikap inilah yg sedang diamalkan.. Inilah (manusia buat kerosakan) yg pernah ditanya oleh malaikat ketika penciptaan adam.. Allah firman Aku Maha Mengetahui (bukan semua manusia ada sikap pentingkan diri). Kembalilah kita ke tali Allah iaitu Al Quran & hikmah (sunnah melalui hadist yg sahih)..

    ReplyDelete
  7. Alasan kepentingan Bangsa, Agama dan Raja-Raja sering dijadikan modal apabila nak menakut-nakut dan membodoh-bodohkan orang Melayu dan menghalalkan apa saja perbuatan mereka yang di atas. Siapa yang membangsatkan siapa..??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semuanya penting diri sendiri

      Delete
  8. Allah hanya melihat yang bertaqwa. Jangan jadi Tuhan yang boleh menentukan orang akan jadi bangsat masa depan. Yang akan datang hanya Allah yang tahu. Jangan syirik kpd Allah

    ReplyDelete
  9. Pemikiran kelas pertama, negara dunia maju hahahaha

    ReplyDelete
  10. Ya mulut busyuk.macam hadi

    Haji Najib belajar ckp kotor dgn harun djin

    Siapa punahsihat Najib?
    Itu maybank punya bos ka? Apa nama washit omar ? Zati the xrying baby? Malaysia manyak fundamental. Ringgit does not reflect malaysias fundamental

    Itu stockbroking House pun Auto oeniou taraf tsrbangsat... Apa nama kenanga tsrnanga nganga... Apa itu dr khan ... Gaybank wahid... Amresearch akaun tutup semua research House penipu pembodek Maharaja Najib

    Skrg ringgit 4.29 ... Pkmak ko rang.. Mcmna bank negara bagi lesen sama stoclbroking House penipu buat research kata ringgit 3.70...,pkmak pdnipu rakyat ...

    Wahid gaybank tolong letak jawatang!!!

    ReplyDelete
  11. Dia cakap org melayu berseni, beradab. Tapi dia pun mulut langsi. Apa u tatau kah apa u sebut?
    Ni lah penanda aras menunjukkan walaupun makan makanan berkualiti dari kecik. Kalau dari sumber haram bila besar akan keluar ular, biawak campur bau longkang. Asyik cakap berbelit, bawak beban, silly, pelupa.
    Mungkin inilah dikatakan org2 yg suka makan api neraka. Makan yg haram. Perut sama hati panas je. Hari2 kene maki kutuk dgn org mana tak panas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sumber haram tu duit genting ke
      just wonder

      Delete
  12. Nampak sangat penulis sengaja menggunakan apa sahaja isu semata-mata untuk memburukkan nama Najib. Baginya, yang penting ialah poket sendiri dijaga, entah berapa yang telah dibayar oleh pembangkang terhadapnya.

    Negara sedang berusaha untuk menyelesaikan masalah negara, tetapi penulis yang tidak pandai sangat ini terus memburuk-burukkan orang lain. Jangan lupa yang DAP dan PKR pun mempunyai banyak masalah di dalam negeri mereka, jangan sengaja untuk mengalih perhatian orang ramai kepada isu negara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 14.01.

      berapa byk dari 2.6b tu yg awak dah dpt..

      Delete
    2. SecAra jujurnya, adakah anda setuju dengan apa yang dilakukan oleh PM kita? Adakah semasa anda mengundi BN dahulu anda terfikir apabila BN memerintah mereka akan menghampakan harapan masyarakat dan segala janji-janji manis mereka cuma tinggal janji? Adakah anda boleh menerima seorang PM yang tidak mahu dipertanggungjawabkan di atas keputusan yang telah diambilnya? Adakah wajar menerima derma sebanyak RM2,600 juta itu? Apakah Umno pengemis yang meminta bantuan? Tiada bermaruahkah Umno untuk menerima derma itu?

      Kalau Melayu jadi bangsat bukanlah kerana menolak Umno. Melayu bangsat kerana tidak mahu membuka mata dan bersatu sehati sejiwa menyingkirkan pemimpin yang telah terpedaya dengan harta kekayaan dan sanggup menggadai maruah bangsa dan negara. Bangsatnya kita nanti kerana menyokong pemimpin yang bangsat.

      Delete
    3. Apalah bodoh anon sorang kat atas ni.
      Dia macam ni non projek balak bauksit bagi kat Dr Wong. Projek jahanamkan felda pulak bagi kat Isa dgn Dr Chen. Kau tau tak diorang tu dari parti mana? Yang kene tipu org2 melayu felda.
      Sebenar siapa yang lagi bangsat?

      Delete
    4. Kepada anon 1401.. Bagi pendapat saya. Penulis hanya ulang apa yg terjadi (kenyataan, pendirian, tindakan, ucapan) yg terdahulu dan terkini.. Dan penulis ulang tulis dan simpulkan. Kalu simpulan itu buruk bukan dari penulis tetapi dari perbandingan maklumat. Kadang penulis sertakan jalan penyelesai.. Itu ja.. Rasanya penulis org umno juga. Cuma seorang umno yg tak sokong benda yg salah. Saya hormart pendapat penulis

      Delete
    5. Anon 1401 ini ibarat kera dapat bunga atau si buta dapat cincin.
      Keyboard warrior upahan najib ni buta dah buta dia jadi pekak . Dahlah pekak tuli pula tu.
      Orang upahan bukan peduli masa depan anak cucu sendiri. Negara bangsa dan agama dia sanggup gadai asalkan tembolok dia penuh. Asalkan perut dia kenyang.
      Bila najib kata Melayu akan jadi bangsat kalau UMNO kalah dia pun percaya. Pernahkah Melayu di Kelantan di Pulau Pinang dan di Selangor jadi bangsat. Berapa puluh tahun pembangkang perintah kelantan adakah Orang Melayu di sana jadi bangsat.
      Hari ini siapa yang bangsatkan Melayu kalau bukan najib.Bila siasatan sedang dijalankan keatas diri dia. Kenapa dia ganggu siasatan tersebut. Kenapa tukar pengarah sprm dgn tiba tiba. Kenapa naikkan pangkat Jazlan sedang siasatan sedang berjalan. Kenapa tukarkan orang orang tertentu semasa process siasatan sedang berjalan. Sehingga Gani Patail pun diberhentikan.
      Kenapa anon 1401 tak boleh berfikir semua ini.
      Apa yg najib buat semata mata untuk menyelamatkan diri dia sendiri.
      Najib buatlah macam mana pun rakyat tetap mengikuti perkembangan ini. Nak tipulembu lembu dia dalam karbinet 1MDB memang boleh. Nak tipu semua rakyat Malaysia itu perkara mustahil.
      Ringgit jatuh merudum. Saham saham jatuh merudum. Ekonomi negara makin tenat.Apa Najib buat. Najib hanya sibuk dgn masalah peribadi dia. Sibuk untuk nak tunjuk kepada rakyat kebenaran dia. Kebenaran yg sah tak benar. Nak ajak orang Melayu sokong dia hingga dia sanggup kata Melayu akan jadi bangsat kalau UMNO kalah.
      Sebenarnya dia minta Melayu sokong dan pertahankan dia kerana dialah yg akan jadi bangsat terlebih dahulu bila UMNO kalah.
      Dia ingat orang Melayu mudah terpedaya dgn amaran dia.Makin orang Melayu meluat dengan telatah dia adalah. Ini lah yg dikatakan sampah masyarakat. Manusia mcm najib ini lah. Pahlawan bugis berambus balik ke Sulawesilah.

      Delete
  13. Arwah pak ngah aku pernah kata....perangai mcm ni akan di bawa sampai ke lubang kubur....

    ReplyDelete
  14. Penyokong totok UMNO mengundi Najib yang suka bangsatkan orang Melayu??!!!

    ReplyDelete
  15. Alamak...kenapa marah sangat dgn en najib? Sbb dia cakap melayu jadi bangsat jika umno tiada? Tu je? Jgn marah kat dia...dia kan bawak amanah suci! Sial bodoh bangang en najib yg bangsat ni...
    Utk peringatan kpd toyol tua nak mampus ni...melayu tidak bangsat...paham? Paham tak en najib bangsat haram jadah yg bangang? Bodoh...makan nasi kangkang lagi nak cerita banyak....biawak hidup ni kena busung baru dia tau tak pun Santau bagi mampus mcm bangsat tua. Aku bagi ingat ....jgn sesekali menghina bangsa aku! Mangkuk hayun punya bangsat.

    ReplyDelete
  16. Kalau tengok video najib ckp bangsat tu...kesian tengok dia mengeras-ngeraskan suara dan sebut bangsat berulangkali supaya org tepuk tangan...tapi kesian org buat tak tau je mulanya...last2 tepuk juga le sikit ambik hati najib....hahaha sian nyaaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebaiknya tak payah tepuk
      sapacyg tepuk tu maknanya dia sokong kenyataan bangsat ahjibgo

      Delete
  17. Kalau orang MELAYU TAK JADI BANGSAT..sebaik baikmya jadillah seperti NAJIB dia seorang yg berahlak NABI ...ORANG MELATU UMNO NI MEMANG PUN DI BANGSATKAN SEBAB TIDAK KENAL APA YG BAIK DAN APA YG TIDAK BAIK...MELAYU BANGSAT SEPERTI PENYOKONG KETUA UMNO NI MEMANG SANGGUP MATI BELAKANG NAJIB KERANA KEBANGSATANNYA..JANGAN SALAH KAN NAJIB SEBAB PANGGIL ORANG MELAYU BANGSAT..memang Ada betulnya...NAJIB DAH BAGI DUIT KEPADA SEMUA KETUA BAHAGIAN TAPI MASIH MEMBANGSATKAN DIRI DGN TEGURAN RAKYAT..JADI LAH SEBANGSATBANGSAT MELAYU SEBELUM KAMU DI MATIKAN OLEH MELAYU MELAYU BANGSAT YG MEMPERTIKAIKAN DUIT DALAM AKAUN NAJIB..CONTOHI MELAYU BANGSAT SEPERTI KETUA POLIS NEGARA..TPM BARU ...AG BARU DAN GBN BANK NEGARA..TAK SEPERTI MAHYUDDIN DAN LAIN LAIN..

    ReplyDelete
  18. Najib belajar mencarut dari hadi atas nasihat harun jin.

    ReplyDelete
  19. Pada aku najib tu lebih bangsat dari kita kerana rm2.6b tu boleh hilang dlm sekelip mata hanya org bangsat saja sanggup makan duit haram najib najib banyaklah bertaubat

    ReplyDelete
  20. Pada aku najib tu lebih bangsat dari kita kerana rm2.6b tu boleh hilang dlm sekelip mata hanya org bangsat saja sanggup makan duit haram najib najib banyaklah bertaubat

    ReplyDelete
  21. Pada aku najib tu lebih bangsat dari kita kerana rm2.6b tu boleh hilang dlm sekelip mata hanya org bangsat saja sanggup makan duit haram najib najib banyaklah bertaubat

    ReplyDelete
  22. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete