Thursday, 13 August 2015

ADIK BERADIK MENTERI TIDAK SEHARUSNYA MENIAGA DI KEMENTERIAN ABANG SENDIRI


Belum pun sampai sebulan Zahid Hamidi menjadi Timbalan Perdana Menteri, namanya sudah terpalit dengan bibit-bibit kronisme dan nepotisme yang pernah ditentangnya suatu ketika dahulu.

Ini berikutan pendedahan bahawa syarikat adiknya, Real Time Networking Sdn Bhd adalah antara pembida dalam sistem pengurusan kemasukan 1.5 juta pekerja asing daripada Bangladesh dengan Kementerian Dalam Negeri.

Selain menjadi Timbalan Perdana Menteri, Zahid ketika ini adalah juga Menteri Dalam Negeri. 

Mohd Hakim Hamidi adalah pengerusi eksekutif syarikat tersebut yang dipercayai menawarkan pakej sehingga RM3,000 bagi setiap  pekerja asing yang dibawa masuk melalui kerjasama dengan pelbagai agensi termasuk Imigresen dan Jabatan Sumber Manusia.

Sebenarnya budaya adik beradik, anak atau kaum kerabat menjalankan perniagaan di mana abang, ayah serta keluarga terdekat menjadi menteri bukanlah perkara baru di negara ini.

Ia berlaku sejak dulu dan berlarutan sehingga kini. Kecuali sebilangan kecil yang mungkin boleh dibilang dengan jari, selalunya kaum keluarga terdekat menterilah yang banyak mendapat kontrak perniagaan di sesebuah kementerian itu.

Orang luar hanya boleh dapat sipi-sipi atau "kari yang lebih kuah daripada isi". Setengahnya kerana menteri tersebut suka melakukan amalan sedemikian, manakala yang lain disebabkan kaum keluarganya bijak mengambil kesempatan.

Cuma, apabila ia turut berlaku di kementerian yang Zahid sendiri menjadi menterinya, ia kelihatan pelik lagi janggal dan seolah-olah beliau sudah lupa  dengan pendiriannya menentang kronisme dan nepotisme semasa menjadi Ketua Pemuda UMNO dahulu.

Isu yang dibangkitkan Zahid itu jugalah yang menyebabkan kemarahan Tun Mahathir sehingga beliau mengeluarkan senarai penuh di akhbar-akhbar harian mengenai mereka yang mendapat kontrak perniagaan atau penswastaan daripada kerajaan.

Dalam kes Zahid dan adiknya ini, jika beliau sendiri yang meminta atau tiada halangan kaum keluarganya berniaga di kementerian yang diketuainya, ia memang merupakan kesalahan moral baginya sebagai seorang pemimpin

Beliau seharusnya mengelakkan perkara itu daripada berlaku dengan menyedari prinsip yang pernah ditujukannya kepada Tun Mahathir suatu waktu dahulu, ditambah lagi orang Perak juga "udah tak sabor"  lagi mahu melihatnya menjadi Perdana Menteri selepas ini.

Maka, janganlah dilakukan perkara-perkara yang boleh menyebabkan kaki tergelincir sedangkan hanya setapak saja lagi mercu yang mahu dituju.

Tetapi jika adiknya pula yang mengambil kesempatan atas kedudukan abangnya, maka kedua-duanya adalah bersalah. Adik yang mengambil kesempatan salah, abang yang memberi ruang juga turut bersalah.

Sebagai adik, mereka sepatutnya faham dengan kedudukan abangnya sebagai menteri dengan terus memberi sokongan supaya terus berkhidmat kepada rakyat dengan jujur, sambil mendaki tangga karier yang lebih tinggi dan bukannya mengambil kesempatan daripada jawatannya.

Kalau betul adiknya itu seorang peniaga atau usahawan tulen, carilah peluang perniagaan di tempat atau kementerian lain. Kenapa mesti meniaga di situ juga?

Kita ada 37 menteri dan berpuluh-puluh lagi timbalan menteri, beratus agensi serta GLC, kenapa tandatangan abang sendiri juga yang dicari?

Sebagaimana yang diperkatakan oleh Mohd Hakim Hamidi dalam mempertahankan dirinya, beliau bebas meniaga di mana saja, asalkan bukan mengedar dadah, maka kata-kata itu seharusnya dibuktikan dengan keupayaan tanpa menumpang walau sedikit pun di bawah naungan hidung abangnya itu.

Alasan bebas berniaga di mana saja bukanlah hujah untuk mengaut lebih nikmat daripada kedudukan abang sendiri.

Sebagai abang pula, Zahid tentunya boleh menasihati adiknya mengenai kedudukannya dalam kerajaan serta risikonya jika adik beradiknya diketahui mendapat kontrak di bawah kementeriannya.

Menolong adik sendiri ketika menjadi menteri tidaklah  sama seperti seorang abang memberi banyak gula-gula kepada adiknya yang manja sewaktu kecil dahulu.

Dengan menjalankan perniagaan di tempat di mana abang  sendiri menjadi menteri, makna lainnya juga ialah mengesahkan kepada umum bahawa kedudukan adik-beradiknya hanyalah  "peniaga celup" dan bukannya "usahawan tulen".

Lebih buruk jika diketahui syarikat yang membida itu baru saja ditubuhkan atau kemasukan sebagai pengarah hanya dilakukan tidak berapa sebelum itu.

Melalui pergantungan sebegini, akhirnya apabila abang pindah ke kementerian lain, mereka juga turut pindah meniaga ke kementerian tersebut.

Abang pencen sebagai menteri kemudiannya,  mereka pun sama pencen meniaga dengan keuntungan sempat diraih berjuta-juta.

Begitulah selalunya - naik pemimpin lain, berlaku lagi ulangan cerita yang sama. (SH 13/08/2015)

108 comments:

  1. Aku sebagai anak jati Negeri Perak langsung tidak merasa bangga ZH dilantik sebagai TPM dan hanya selangkah lagi untuk menjadi PM. Inilah individu bersifat gangster, sanggup membelasah dan menganiaya orang lain. Antaranya boleh tonton video https://www.youtube.com/watch?v=m4oi7h1NSB0

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hek elehh.. Kome tu Cuma orang Perak yang hentah dari mana asal usulnya yang tak suka zahid hamidi... KO ingat dah terbaek ker... Aku ni pengundi DUN Hutan Melintang.. PARLIMEN Bagan Datoh.. Aku kabo pada engko.. Kg. Kota. Kg Teluk Buluh. Kg SG Keli. Kg SG Licin. Kg Baru. Keling ester SPP. Kg Bagan. Kg SG. Ular. SG Tiang. Simpang 4. Malah hampir 850 pengundi Rungkup selain Pekan Bg Datoh benci bukan krn jawatan TPM.. Tp sifat bodek terbodoh negeri Perak rupanya ujod pada diri zahid... Ha.. KO pikir ler...

      Delete
  2. Keturunan umno haru biru

    Impak kejatuhan ringgit

    Kejatuhan ringgit bermakna
    - pelabur dah cabut lari
    - suasana melabur tak best
    - pelabur dah jual aset Malaysia dan buang ringgit ...
    - pelabur dah berhenti kerja dan lari ke negara lain
    -,bond Malaysia tak menarik
    -,gst membebankan peniaga jadi tak guna berniaga blah ke negara lain
    - polis hakim jadi anjing politik... Makna nak bawak kes tak guna sebab yg menang org politik bukan pelabur
    - nak berniaga semua main rasuah... Peniaga fed up
    - political fund terlalu tinggi kalah gst... Kalau tak bagi duit sama politician bisness tak jalan projek tak masuk

    Sial malaysiaL

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nazri suka...

      Delete
    2. Malaysia tidak SIAL. Yang SIAL adalah menteri menteri yang korup.

      Delete
  3. asal menteri UMNO atau BN kerja mereka mengkayakan keluarga saja... lepas tu berkumpul angkat keris jaja nak jaga hak Melayu....biadab dan jahat punya menteri2 dari UMNIO....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hak Melayu = (baca) Hak anak beranak, adik beradik, sepupu sepapat, kawan mengawan Melayu.

      Sbb tu yg UMNO dok pulun. Hidup Melayu. Tukaq la nama bangsa ni nama lain. Bagi nama dinamik sikik. Maksud dlm bahasa sendiri pun dah negatif giler. Blom pernah lagi ada bangsa menggunakan bahasa negatif utk menamakan bangsa sendiri. Kalo bubuh nama "bangsa kambing" pun ok sikik. Haha..

      Delete
    2. Semua parti politik sama umno...pas..pkr...dap...semua pentingkan keluarga sendiri...

      Delete
    3. Singapore pun bersepah dgn kompeni aruah Lee Kuan Yew. Kompeni bini.. sumer pegang sektor strategik.

      Pembangkang Spore lagi teruk dilayan mcm rakyat Thai dgn raja derang, langsung x leh kritik parti pemerintah. Spore pun 2x5. Tapi claim jugak sbg negara maju. Cina naik, Melayu naik, India naik.. serupa saja.. tanya diri sendiri.. suka yg mana?

      Delete
    4. And not only that they continue to enrich themselves, family members and friends, but also that they make the Malays poorer than ever (by imposing GST, implementing the so called subsidy rationalisations, etc.) because poor people are the ones who will depend (with BRIM, slogans Hidup Melayu, Melayu Tak Hilang Di Dunia, etc.) on these rich powerful Malay leaders forever and ever! The game they play... My dear Malay brothers and sisters, wake up - for Allah swt in verse 11 Surah Ar - Ra'd has stated that He shall only help those who help themselves.

      Delete
    5. Melayu prefers keep sleeping bro. No point reading quran and help them by reciting o preaching using all verses you might know. The real GOD is USELESS and MORON IDIOT to them. Only UMNO can help them by imitating god.

      The verse is applied to those help themselves. Those don't, sorry ya.. will never ever be helped.

      Delete
  4. Salam Shah..You beritahu adik,kerabat menteri2 itu cuba berniaga di luar negeri macam saya,semuanya harus buat sendiri,duit sendiri,kederat sendiri,bangunkan kepercayaan pemerintah dari Negara kita berniaga dengan cara sendiri.Meh..suruh dia datang Indonesia,challenge dgn saya yg tanpa bantuan sesiapa dapat kepercayaan di sini(Indonesia)sehingga YTL Power dan Malakoff tetiba mereka rasa saya saingan mereka disini sedangkan saya PT(syarikat saya hanya saya dan istri,istri warga.Indonesia)

    ReplyDelete
  5. Apa yg ditulis oleh Shah banyak yg benar.

    Di Malaysia, who you know lebih penting dari what you know.
    Cable kuat senang dapat kerja
    Cable kuat senang dapat "job"
    Cable kuat senang dapat tender
    Cable kuat senang dapat projek

    Dan semesti cable-cable tersebut ada
    "saham" tersembunyi.

    Lalu kita tidak hairan jika dengar
    projek terbengkalai
    projek runtuh
    projek retak.

    Satu tektik lagi , menaikkan harga projek.
    Lihatlah Istana negara...bertambah berbillion-billion
    Lihatlah KLIA2..bertambah berbillion-billion

    Akhirnya KLIA2 diberi jolokan " Now everybody can swim!"

    Dan banyak lagi projek yang kita tak tahu
    disemua kementerian

    ReplyDelete
    Replies
    1. sori to say akak,
      saya berpegang,, rezeki itu datang dari ALLAH........statement akak tu 80 percent benar.....projet nego kebanyakan harga ditopup........open tender jarang harga topup tapi pakai kabel...bila dapat projek, potong harga commission 30 percent + derma, maka bila buat kerja dengan harga lari bajet....kerja kantoi........mamat mamat malindo lagi parah, kena paw dik penguatkuasa dan lain lain agensi...tapi mereka sabra.....melayu tempatan ikut gaya pemimpin mereka..... rakus dan tiada integrity, berpegang teguh pada slogan''kepimpinan melalui teladan, sapu malaysia''

      wasallam

      siakap senohong gelama ikan duri
      melayu kena kelentong masih lagi tak sedar diri

      Delete
    2. 1124..nak integriti camana? Dlm 30 juta rakyat, yg berintegriti cuma 10 orang. Mcm malindo 805, kalo x menipu, mmg mampoih la kompeni lu. Menipu ini sekarang disebut ilmu perniagaan. Kaplavuto la sumer ni.

      Delete
  6. Sebagai Anak Perak...saya tak rasa bangga langsung ZH naik jadi TPM dengan kejatuhan TPM sediada.
    Kalau dilantik atas kapasiti dah menang pemilihan Timb Presiden parti...baru lah anak jantan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju 100 peratus...tidak taat pd org atasannya... Pentingkan diri sendiri...


      Delete
    2. Nazri Koboi tu pun bukan anak jantan juga.

      Delete
  7. Nmpknya satu hr nnt wlupn najib dh jatuh terpeleot tp legasi pmrintahan jnis nepotisme n kronisme ni trus subur dlm ngra kita. Yg psti ringgit trus jth,inflasi tggi,gst diteruskan bla bla bla..

    Sggh rendah moral n nilai org mlayu pmerintah..smuanya utk tembolok sndri n krga saja. Mana pi khir baharom dgn mashitah. Hgpa 2 dok myorok tang mn bila negara jd huru hara ekonomi,sosial n politiknya wktu ni?? Mn hadith hgpa nk bela pemimpin2 jneh ni?? Jelas skali maruah n agama hgpa dah dibeli.

    Kita kna tukaq parti yg memerintah klu mcm ni. Kami xmau Transformasi hg tu najib..kami mau REFORMASI!!!

    ReplyDelete
  8. Di Malaysia ni semua menteri menteri tak cukup makan kot. Sebab itulah apa saja peluang perniagaan yang sepatutnya menjadi hak rakyat mereka sapu bersih.

    Bakinya yang dah basi baru nak bagi kat rakyat. Maka rakyat hanya makan sisa sisa menteri sahaja. Bila rakyat terpaksa buang sisa sisa yang dah membangkai ini, menteri menteri akan kata rakyat tak bersyukur dengan peluang yang diberi.

    Suruhlah menteri menteri makan bangkai tengok, boleh makan ke tidak. Bila ada projek yang terbengkalai ini angkara siapa?

    Mana projek projek yang mendapat untung yang lumaiyan, menteri menteri akan bagi kepada proxynya dulu. Semua menteri menteri ada proxy.

    Biasanya proxy proxy mereka tu si mata sepet yang menggunakan nama orang orang melayu sebagai pengarah pengarah syarikat mereka. Pengarah pengarah ini diberikan kuasa untuk tanda tangan semua cheque syarikat saja. Mereka ni dapat gaji dan dapat fee pengarah syarikat saja. Bab bab perniagaan mereka ni tak tahu apa pun. Hanya bermegah bawa mercedes milik syarikat ke sana sini. Untuk iklankan diri sendiri sahaja.

    Macam mana syarikat orang orang Melayu yang bukan menjadi proxy menteri nak maju. Nak mampus adalah. Macam mana tak mampus kalau terpaksa bersaing dengan syarikat proxy menteri.

    Bila syarikat orang orang Melayu ni dah mampus. Menteri menteri akan kata dah terlampau banyak sangat dah kerajaan beri peluang beri ruang kepada syarikat syarikat Bumiputra tetapi mereka ini jual projek kepada orang lain untuk mendapat keuntungan atas angin yang cepat.

    Soalannya. macam mana syarikat orang orang Melayu nak hidup kalau terpaksa bersaing dengan syarikat proxy kepunyaan menteri menteri?

    Menteri bagi projek kepada syarikat proxy mereka. Syarikat proxy mereka akan supply BETINA kepada menteri menteri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu kerajaan kata syarikat orang orang Melayu ibarat "tongkat" mengharapkan "tongkat" daripada kerajaan. kalau tak dapat "Tongkat" daripada kerajaan mereka akan mati.

      Sekarang ini aku nak tanya balik kepada kerajaan. Siapa yang sebenarnya yang dapat "Tongkat"? Menteri menteri atau syarikat orang orang Melayu?

      Aku nak tanya menteri menteri. Kamu ni boleh menang dalam pilihanraya siapa tolong? Siapa yang bagi " Tongkat" kepada kamu?

      Bila dah jadi YB jadi Menteri adakah kamu pernah ingat siapa tolong kamu? Siapa yang masuk kampong. keluar kampong merayu rayu minta undi? Minta tolong, minta diberi peluang untuk berkhidmat kepada rakyat? Siapa...siapa ...siapa? Tolong sedar diri sikit. Jangan jadi seperti "KACANG LUPAKAN KULIT".

      Ingatlah sikit. Dalam Liang Lahat nanti "Tongkat" ini lah yang akan MENGHENTAM kamu. Tongkat inilah yang akan membenamkan kamu jauh ke perut bumi setiap hari sehingga hari KIAMAT.

      Delete
    2. And they love to point out that the Malays will be dead without Umno - but, the truth is the opposite. Umno shall be dead without the Malays. And, what makes it so very sad and heart wrenching is that the Malays who Umno leaders depending upon to make a lot of money, live like kings and queens, etc. are largely the poor and miserable Malay kampong people and Felda inhabitants plus Sabah and Sarawak bumiputras. These are the people whose lives fail to change much over the years because by being kept poor and miserable they shall continue to give their votes to the people who sell them the dream of better lives.

      Delete
    3. Najib kata Cash is King. Tunggulah kau Najib. Tengok siapa yg king. Pilihanraya kali ini rakyat akan undi pembangkan semata mata nak jatuhkan kau dan cabinet 1MDB kau serta ketua ketua bahagian kau.

      Kamu semua makan harta dan duit rakyat.

      Biar kerajaan pimpinan pembangkan cari kamu semua. Korek segala kejahatan kamu dan penjarakan kamu semua.

      Biar kamu semua mati dlm penjara.

      Dulu rakyat tolong naikkan kamu sehinggakan jadi Perdana menteri dan menteri menteri. Sekarang rakyat akan turunkan kamu. Rakyat akan hukum kamu dgn seberat berat hukuman.

      Delete
  9. betul tuh akan membuka ruang korupsi dan kolusi

    ReplyDelete
  10. Replies
    1. Mat Serban dan Ahli Syurga dah tiba. Jom solat dhuha..

      Boring la.. melancap pun best gak ni.

      Delete
  11. Menteri2 haram jadah yang ada skrg ni selalu tekankan supaya kepada melayu marhaen supaya bersaing secara terbuka tanpa menyalah mana2 pihak serta berjimat cermat Dan kalau boleh suruh rakyat makan nasi dengan garam sahaja....nah bukti depan mata yang zahid komedi ni bukan kroni Dan bapak tongkat??jam ratus ribu tu salah satu cara berjimat cermat ke????fuck off!!!!semua menteri kabinet najib adalah haram jadah!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju 1203,1255 ini semua....kaplauntus...kaplavurtoose...nonuts......rhino sore rose ln the making, uzzse tard wal retard to join forces of darkness....worshippers of the black stone evil.

      Delete
  12. dah nama pun umno..sama je acuannya..tukar je..

    ReplyDelete
  13. setiap kali ada hari keluarga maka dicari pembekal untuk dapatkan hadiah
    bagi undian hari itu
    ini pun satu cilaka jugak

    ReplyDelete
  14. memang seharusnya jangan ber KKN atau kolusi korupsi dan nepotisme

    ReplyDelete
  15. jangan memamfaatkan jabatan keluarga demi keuntungan pribadi

    ReplyDelete
  16. Struggle that you do today is the single way to build a better future

    ReplyDelete
  17. Terimakasih infonya min , dan mohon izin ane mau nyempilin link kesehatan ane dibawah ini , mohon pengertiannya :)

    Nyeri haid
    Nyeri Usus
    infeksi usus
    Obat Jantung
    obat kulit

    ReplyDelete
  18. Terimakasih atas informasinya,Infonya sangat bagus,Menarik,dan sukses selau
    .

    ReplyDelete
  19. artikelnya menarik,enak dibaca,bisa menambah wawasan,dan terus update pokoknya,Terimakasih.

    ReplyDelete
  20. Terimakasih atas informasinya,saya suka artikel ini,Good luck.

    ReplyDelete
  21. Terima kasih muantappp banget artikelnya ditunggu lagi artikel terbarunya.

    ReplyDelete
  22. ohh itu ya informasi terbarunya semoga dapat bermanfaat
    terus update informasi terkininya ya kepada kami ,, sukses terus

    ReplyDelete
  23. website anda memang yang terbaik
    sukses terus .. terimakasih sudah menyempatkan memberi kami informasi terbarunya

    ReplyDelete
  24. Start your day with a morning full of joy? Thank you for the information and we will wait for more information

    ReplyDelete
  25. Solutions and how to appropriately remove the lump or swelling in the shoulder naturally using herbal ingredients which efficacy Ace Maxs REAL

    ReplyDelete
  26. siang di tunggu terus sajian infromasi terbarunya dari situs ini
    sukses ya ,, salam kenal .. semoga harinye menyenangkan

    ReplyDelete
  27. Never despair when faced with difficulties, because every drop of rain that comes clear rather than dark clouds

    ReplyDelete
  28. Sometimes, God opened the door for him from the direction of that unexpected, so the increase was our treasure

    ReplyDelete
  29. We will always wait for the information that you provide on this day of gratitude .

    ReplyDelete
  30. Working all out to cultivate the spirit certainly can to achieve what we yearn

    ReplyDelete
  31. Situsnya anda memberikan informasi yang bermanfaat
    terimakasih sudah berkenan membagi informasinya kepada kami semua
    di tunggu terus informasi terbaru lainnya .. selamat pagi

    ReplyDelete
  32. It's a site that is always present information that is interesting thanks .

    ReplyDelete
  33. Make linger visit here
    Continue to update the article ya ..
    Permits also share gan

    ReplyDelete
  34. Good deeds, albeit slightly, it is still better than nothing

    ReplyDelete
  35. Happy Tuesday hopefully on this day to give blessings to all amen and thank you for the information you provide on this day .

    ReplyDelete
  36. selamat beraktifitas kembali ,, situs anda memang yang terbaik

    di tunggu lagi lagi dan lagi informasi terbarunya ya

    ReplyDelete
  37. o not assume trivial complaints like it because it is the early symptoms of ulcer disease.

    Maybe you've heard the term ulcer , but what actually sich ulcer that ??

    ReplyDelete
  38. siang semua ,, selamat beraktifitas kembali

    sukses ,, di tunggu terus informasi terbarunya ya

    ReplyDelete
  39. Make it easy - Launches - aminnnn
    News in your website is very helpful kami..sukses always everything !!!
    update continues

    Pengobatan Tradisional Hemotoraks Yang Mujarab
    Lambung Bengkak Apa Obatnya Yang Aman

    ReplyDelete
  40. This is a site that we wait for more information presentation .

    ReplyDelete
  41. Thank you very much for lunch today because it has been presented with the latest information .

    ReplyDelete
  42. Keep the spirit run? Thank you for presenting a very outstanding posts

    ReplyDelete
  43. Glad to visit the site very nice and interesting.

    ReplyDelete
  44. Being an article writer with very interesting content is certainly very difficult to make. For that, thank you for the information you have provided through this article
    Bahaya Merokok Bagi Penderita Diabetes

    ReplyDelete