Tuesday, 21 July 2015

Sekatan SKMM Kepada Sarawak Report Hanyalah "Menjaring Angin"

Tindakan kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia atau SKMM menyekat laman web Sarawak Report atas dakwaan mengganggu kestabilan negara bukan saja dikecam ramai kerana menyekat kebebasan rakyat daripada memperolehi maklumat, malah tindakan itu hanyalah kerja sia-sia saja.

Meskipun rakyat negara ini disekat daripada mengakses laman itu secara langsung, tetapi ia masih boleh ditembusi melalui  kaedah proksi atau dengan menggunakan pelbagai aplikasi yang boleh dimuatturun secara mudah menggunakan gajet pintar sama ada Android atau IOS.

Di laman sosial FB dan mesej Whatsapp, tidak berapa lama selepas sekatan itu diumumkan oleh SKMM, pakar-pakar teknologi maklumat tempatan secara sukarela dengan pantas berkongsi ilmu pengetahuan tentang cara mengakses laman Sarawak Report yang sudah disekat itu.

Ia kemudian dikongsi secara meluas dan dengan lantas berpindah daripada satu tangan ke tangan yang lain atau daripada satu grup ke grup yang lain.

Yang lebih rajin pula, mereka turut membuat "copy" berita-berita terbaru mengenai Malaysia daripada Sarawak Report itu untuk dikongsi melalui grup Whatsapp oleh sebanyak mungkin rakyat negara ini.

Sama seperti perkongsian ilmu pengetahuan untuk mengakses lama web yang sudah disekat itu, berita yang "dicopy" itu juga pantas berpindah tangan dari satu grup ke satu grup yang lain dan akhirnya hampir semua orang yang memiliki telefon pintar, langsung tidak merasa tersekat daripada membaca berita terbaru daripada Sarawak Report.

Malah dalam mesej oleh Sarawak Report yang sudah bertaburan  disebarluaskan melalui media sosial dan pelbagai aplikasi pesanan, alamatnya yang sebelum ini www.sarawakreport.org, sebenarnya turut boleh dibuka melalui alamat baru iaitu www.sarawak-report.org.

Saya sendiri sudah mencubanya melalui alamat baru yang diberikan oleh Sarawak Report itu dan ternyata ia boleh dibuka seperti biasa.

Dengan ini, tindakan SKMM menyekat laman web Sarawak Report atas dakwaan mengganggu kestabilan negara berikutan beberapa laporannya mengenai 1MDB, Najib Razak dan Rosmah Mansor, hanyalah sia-sia dan langsung tidak berkesan.

Ia umpama "menjaring angin" semata-mata.

Hakikatnya dalam dunia langit terbuka dan teknologi maklumat yang pantas berkembang sekarang ini, kepandaian dan keinginan manusia terhadap sesuatu perkara semakin sukar dibatasi.

Meski disekat dan dihalang sekali pun, berdasarkan ilmu pengetahuan dan kepakaran yang masing-masing miliki, mereka akan terus berusaha dan mencuba sehingga berjaya dan akhirnya terbukti mereka lebih pintar serta beberapa langkah ke hadapan berbanding SKMM sendiri.

Ini sekaligus menjadikan langkah sekatan itu bukan saja memalukan SKMM dan kerajaan sendiri, malah menyebabkan  semakin ramai menjauhi "kerajaan tertutup" yang dipiimpin oleh Najib sekarang.

Dalam masa yang sama, sekatan SKMM juga menjadikan Sarawak Report lebih popular, digilai dan dicandui oleh rakyat yang dahagakan maklumat.

Bagi sesetengah pihak, mereka menganggap sekatan itu adalah salah satu cara kerajaan menyekat rakyat daripada kebebasan maklumat serta seolah-olah menidakkan kecerdikan dan jati diri rakyat dalam menilai antara benar dan palsu sesuatu perkara itu.

Lalu, makin disekat makin ramai yang merindui dan menunggu-menunggu apa lagi pendedahan seterusnya daripada Sarawak Report ini. (SH 21/07/2015)

Ini adalah antara aplikasi yang boleh dimuatturun bagi membolehkan membuka laman Sarawak Report yang sudah disekat itu...

Printscreen Sarawak Report yang dibuka pagi tadi melalui alamat baru www.sarawak-report.org...

8 comments:

  1. www.sarawak-report.org pon dah kena block bro..ada alternatif lain ka bro

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  2. As easy as A B C, million of Proxy Applications ready to access in networld....just proceed and world of informations are yours...SKMM/MCMC is chicken feet body and easy to override them

    ReplyDelete
  3. Nak Tegakkan Kebodohan Rahman Dahlan dan Si-Melanyak Atas Alasan Bodoh!!

    ReplyDelete
  4. Mampuih...Jlow sekarang berkuasa terhadap Umno dan Msia sebab dia pegang Najib.

    macai3 Umno tak tahu Presiden Umno dan Pm Msia adalah JLow dan Rosmah sebab kedua2nya control Najib.

    ReplyDelete
  5. Saya guna google play newsstand... rss feed .. setakat ni leh dapat baca lagi....

    ReplyDelete
  6. add google dns below in network setting to bypass local restriction;
    8.8.8.8
    8.8.4.4

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete