Friday 8 May 2015

Pening Kepala Bila Zahid Kata Permatang Pauh Tunjuk Simptom Positif Kepada BN


Apabila Naib Presiden UMNO yang juga Pengarah Jentera Pilihanraya Permatang Pauh, Ahmad Zahid Hamidi berkata, keputusan pilihanraya itu semalam menunjukkan simptom positif kepada BN, tentu ramai yang pening kepala memikirkannya.

Apa dan di mana simptom positif daripada kekalahan itu?

Ini kerana BN bukan saja terus gagal untuk menawan Permatang Pauh, bahkan peratusan undi BN hampir tidak meningkat berbanding pilihanraya umum lalu.

Dalam pilihanraya umum lalu, calon BN Dr Mazlan Ismail mendapat sebanyak 25,360 undi daripada 88.3 peratus yang keluar mengundi. Ini bermakna sokongan yang diterima BN ialah 40.06 peratus.

Dalam pilihanraya kecil kali ini pula, calon BN Suhaimi Sabudin mendapat 21,475 undi daripada 73 peratus yang keluar mengundi. Ia bermakna sokongan yang diterima BN hanyalah 40.44 peratus saja.

Apakah peningkatan 00.38 peratus itu boleh dianggap simptom positif kepada BN?

Dari segi undi yang diperolehi PKR pula, ia jelas tidak jauh berbeza. Dalam pilihanraya umum lalu,  Anwar yang menjadi calon mendapat 37,090 undi atau 58.57 peratus berbanding Dr Wan Azizah yang mendapat 30,316 atau 57 peratus sokongan.

Berbekalkan dengan sebahagian besar pemimpin UMNO dan kerajaan berkampung di Permatang Pauh membawa segala macam peruntukan dan buah tangan kepada pengundi, malangnya undi PKR yang berjaya diturunkan hanyalah sebanyak 1.57 peratus saja.

Penurunan undi PKR sebanyak 1.57 peratus inikah yang dianggap simptom positif kepada BN itu?

Lebih memeningkan kepala apabila dalam ulasannya Zahid Hamidi juga berkata, "simptom positif ini membawa sinar baru kepada perjuangan UMNO di Permatang Pauh".

Kata Zahid lagi, walaupun tewas dalam pilihanraya kecil ini tetapi ia menampakkan perubahan dan "peningkatan sokongan yang besar"  kepada BN.

Di mana sebenarnya sinar baru dan wujudnya "peningkatan sokongan yang besar" kepada BN?

Keputusan pilihanraya kecil Permatang Pauh bukan saja memberi "isyarat demam berpanjangan" kepada UMNO dan BN, tetapi yang lebih memualkan ialah pemimpin UMNO nampaknya masih dibuai simptom syok sendiri yang berlebih-lebihan.

Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Mohd Zaidi Mohd Said,  tidak sekadar melahirkan keyakinan untuk menang, bahkan mengatakan pihaknya sudah pun menggerakkan jentera pilihanraya sejak Februari lagi.

Amboii...kalau dah bergerak sejak Februari lagi, takkan keputusan jadi lagu ni?

Zahid Hamidi pula, pada dua hari sebelum pembuangan undi tempohari mengatakan ada angin perubahan sedang bertiup kuat di Permatang Pauh dan ianya amat dirasai oleh jentera BN.

Katanya, suasana di Permatang Pauh kali ini amat berbeza berbanding sesama pilihanraya kecil 2009 lalu.

Tetapi berdasarkan keputusan pengundi yang terus memberi kemenangan kepada PKR melalui calonnya Dr Wan Azizah dengan majoriti 8,841, selain tiada angin perubahan yang bertiup, apa simptom positif yang dimaksudnya Zahid Hamidi juga sukar difahami.

Apakah Zahid masih ingin menunjukkan beliau lebih berjaya berbanding Hishammuddin yang mengetuai jentera Rompin tetapi perolehan undi BN merosot sebanyak 41 peratus berbanding pilihanraya umum lalu?

Ahh...makan panadol lima enam biji pun tak hilang lagi pening kepala memikirkan justifikasi Zahid ini. (SH 08/05/2015)

Pening memikirkan di mana tanda positifnya kepada BN...

Ini tidak lebih ayat syok sendiri dua hari sebelum pembuangan undi...

Nyanyian ini lagi syahdu...

13 comments:

  1. Assalamualaykum Tuan

    Maksud positif Ahmad Zahid Hamidi ialah UMNO berjaya memecahbelahkan kepimpinan PR negeri terutamanya antara geng ustaz dengan PKR dan DAP. Sedikit percakaran dan ugut mengugut sudah memadai kerana Zahid tahu jarum UMNO memang selalunya menjadi, terutamanya pada 'ulama' PAS. Masakan Dr Wan Azizah boleh kehilangan hampir 3 ribu di saat sentimen nasional membuak-buak kemarahan terhadap Regim Naj-Ros, jika tidak geng ustaz membelot dengan mengundi selain PKR.

    Zahid terlupa cula bukan semua ahli dan penyokong PAS sekalut Pemuda dan Ulama. Pemimpin boleh bertegang urut bertelanjang kain mempertahan asas mereka tapi yang memberi kata putus (undi) adalah ahli yang ramai itu.

    PR menang Permatang Pauh kerana ahli dan pemimpin PKR, DAP dan sebahagian PAS kawasan dan Pusat kekal istiqamah dalam perjuangan menentang kejahatan Regim. Namun Pemuda dan Ulama PAS tidak lagi berkira-kira untuk memberi tali hayat kepada 'golongan yang dahulu mereka kafirkan'. Ini satu kejayaan besar bagi Zahid.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kami sekeluarga tak lupa mengucapkan puji syukur kepada ALLAH S,W,T
      dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor togel.nya yang AKI
      berikan 4 angka 3398 alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus AKI.
      dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
      ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu AKI. insya
      allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
      kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
      sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka main togel
      yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi AKI SOLEH,,di no (((082-313-336-747)))
      insya allah anda bisa seperti saya…menang togel 275
      juta, wassalam.


      dijamin 100% jebol saya sudah buktikan...sendiri....







      Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini !!!!


      1"Dikejar-kejar hutang

      2"Selaluh kalah dalam bermain togel

      3"Barang berharga anda udah habis terjual Buat judi togel


      4"Anda udah kemana-mana tapi tidak menghasilkan solusi yg tepat


      5"Udah banyak Dukun togel yang kamu tempati minta angka jitunya
      tapi tidak ada satupun yang berhasil..







      Solusi yang tepat jangan anda putus asah....AKI SOLEH akan membantu
      anda semua dengan Angka ritwal/GHOIB:
      butuh angka togel 2D 3D 4D SGP / HKG / MALAYSIA / TOTO MAGNUM / dijamin
      100% jebol
      Apabila ada waktu
      silahkan Hub: AKI SOLEH DI NO: (((082-313-336-747)))




      atau klik langsung di KLIK DSINI BOCORAN TOGEL



      angka GHOIB: singapur 2D/3D/4D/



      angka GHOIB: hongkong 2D/3D/4D/



      angka GHOIB; malaysia



      angka GHOIB; toto magnum 4D/5D/6D/



      angka GHOIB; laos

      Delete
  2. Inilah minda melayu umno munafik yang sokong kaki judi untuk jaga keselamatan Negara, bangsa dan agama. Minda jenis ni sentiasa tidak dapat menerima hakikat, lantas memutarbeltkan kebenaran.Golongan ini telah dicop oleh Allah sebagai buta, bisu dan pekak [badak] saperti Mak Badak. Nauzubillahhh.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini pong aku lagi setuju

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. mungkin angin perubahan yg dimaksudkan hanyalah angin kentut zahid hamidi, orang lain berubah tempat bila tercium bau kentut yg busuk, inilah angin perubahan yg dimaksudkan itu

    ReplyDelete
  5. "Zahid Hamidi pula, pada dua hari sebelum pembuangan undi tempohari mengatakan ada angin perubahan sedang bertiup kuat di Permatang Pauh dan ianya amat dirasai oleh jentera BN."

    ini bermakna angin kentut zahid hamidi amat kuat hingga mengeluarkan bunyi seperti bom semasa berada dalam kem jentera bn sehingga ahli jentera bertempiaran lari

    ReplyDelete
  6. Ini cerita org gaggap,terseliuh kata2 berbahasa,lucu2 pemimpin umno nrykt sentiasa mentertawakan pemimpin umno,buahhati setiap berua duit,hidup Gst...
    Kah,kah,kah....

    ReplyDelete
  7. cuba Tanya...si abang Zahid kita ni dulu berapa cgpa nya...kehkeh..keh

    ReplyDelete
  8. dalam hidup depa ni yang amat ditakuti kalau bn kalah pru
    tak tau pulak pasai depa sangat takut

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete