Saturday, 9 May 2015

Dulu Di Singapura, Kini Muhyiddin Bersuara Dari Milan Pula


Tanpa berselindung lagi Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin mengakui isu 1MDB adalah punca utama kegagalan UMNO dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh, baru-baru ini.

Katanya, rakyat mahu tahu mengenai perkara itu tetapi beliau sendiri tidak tahu bagaimana untuk menjelaskannya ketika berkempen.

"Rakyat mahu tahu, bukan Tun Mahathir saja. Mereka ingin tahu kenapa tiada seorang pun didakwa, mengapa lembaga 1MDB tidak dipecat dan status CEO serta Perdana Menteri sebagai penasihat, " kata Muhyiddin dari Milan, Italy.

Muhyiddin juga mahukan penjelasan diberikan mengenai pembelian tanah 1MDB oleh Tabung Haji kerana pendeposit melihat seolah-olah mereka terpaksa menanggung beban syarikat pelaburan itu.

Woww...boleh tahan berbisanya suara dari Milan ini!!

Kalau kita masih ingat, ketika mendesak Tun Abdullah berundur lebih awal sebaik pilihanraya 2008 dulu, Muhyiddin juga menyuarakannya dari luar negara iaitu Singapura.

Barangkali sesuai dengan gaya hidup mewah Najib dan Rosmah serta taraf bangsawan mereka, maka kali ini Muhyiddin memilih Milan, sebuah kota fesyen di Italy untuk melontarkan luahan hatinya.

Jika difahami, melalui lontaran suara dari Milan ini, Muhyiddin sebenarnya  memberi bayangan bahawa isu 1MDB ini terus menjadi beban yang semakin parah kepada UMNO dan kerajaan. Ia telah memberi natijah kegagalan di Permatang Pauh dan akan terus membawa beban sehingga pilihanraya akan datang.

Dengan pendedahan terbaru di mana Tabung Haji telah membeli sebidang tanah 1MDB dengan harga RM2860 sekaki persegi atau RM188.5 juta sedangkan syarikat pelaburan itu memilikinya daripada kerajaan dengan harga RM60 saja sekaki persegi, isu 1MDB kini menjadi beban yang semakin difahami dan mendatangkan kebimbangan kepada orang Melayu dan umat Islam.

Beban 1MDB  dengan isu Tabung Haji ini tidak lagi berlegar di kalangan pengundi bandar dan separa bandar, tetapi sudah menjadi isi bualan kebimbangan di kalangan makcik Felda dan orang Melayu di kampung-kampung.

Tergamaknya menggunakan duit umat Islam untuk menunaikan rukun haji bagi menyelamatkan 1MDB yang diselubungi hutang dan kontroversi tidak lain memberi gambaran bahawa kerajaan sedia ada benar-benar "hamlau" di mata rakyat.

Bagi pandangan umum, ini bukanlah lagi kerajaan yang ingin menjaga kepentingan rakyat, tetapi mempergunakan segala sumber daripada rakyat untuk meneruskan amalan "tutup lubang, gali lubang".

Mujur juga urusniaga Tabung Haji ini dibocorkan kepada umum, jika tidak, mungkin senyap-senyap ia akan terus disedut licin tanpa disedari oleh sesiapa.

Bagi Muhyiddin, apa yang berlaku ini tentu saja mengecewakannya, malah lebih penting lagi ingatannya sebelum ini agar tiada sebarang usaha menyelamat atau "bail out" diambil untuk memulihkan 1MDB, langsung tidak dihiraukan oleh Najib.

Dengan semakin ramai dalam UMNO dan kerajaan mula bersuara mahukan Najib sendiri memberi penjelasan, bahkan ramai yang meminta urusniaga Tabung Haji dengan 1MDB dibatalkan segera, tidak mustahil suara dari Milan oleh Muhyiddin ini bakal mengulangi apa yang pernah dilakukannya terhadap Tun Abdullah dulu.

Kini Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, Naib Presiden UMNO, Shafie Apdal,  beberapa Pemuda Negeri dan sebilangan Ketua UMNO Bahagian sudah mula bersuara tentang isu 1MDB yang semakin kalut dan membebankan ini. Rata-rata meletakkan beban kepada Najib Razak untuk memberi penjelasan dan tidak lagi bersembunyi di sebalik sikap bisu dan mendiamkan diri.

Apa yang harus dilakukan oleh Muhyiddin selepas ini di ketika rakyat semakin mencurigai dan menjauhi Najib berikutan satu demi satu kecurangan tersembol berkaitan urusniaga 1MDB ini?

Muhyiddin sudah tiada pilihan selain harus tampil sebagai penyelamat dengan segera meminta Najib mengundurkan diri daripada menerajui parti dan kerajaan kerana isu 1MDB ini tidak mungkin mampu dipulihkan lagi. Begitu banyak persoalan lama tidak mampu dijawab dan dijelaskan, timbulnya kaitan dengan Tabung Haji ini membuatkan Najib sebenarnya semakin dibenci oleh rakyat pelbagai lapisan.

Bersama dengan gerakan yang sudah pun dimulakan oleh Tun Mahathir, rakyat tidak melihat ada cara lain lagi kemelut UMNO dan kerajaan ini dapat diatasi dan dipulihkan, melainkan dengan Najib mengundurkan diri secara terhormat atau pun diundurkan dengan paksaan.

Muhyiddin harus terus bersuara dan mendesak sebagaimana keinginan rakyat ketika ini. Dalam masa yang sama, Shafie Apdal, Pemuda UMNO dan lain-lain Ketua Bahagian sudah seharusnya juga meneruskan keberanian melakukan desakan yang serupa kepada Najib. 

Asakan demi asakan secara berterusan harus dilakukan terhadap Najib untuk memaksanya berundur kerana sekarang adalah masa untuk menyelamatkan negara. Tiada kompromi lagi dan suara dari Milan tidak seharusnya berakhir begitu saja. (SH 09/05/2015)

18 comments:

  1. Tuan budin, tulisan tuan paling berbisa buat masa kini. Sumer blog politik beratur untuk tabik hormat. Dah jadi bible politik dah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
    2. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  2. Yes! Its time for a kill. Its NOW or NEVER! Be a PATRIOT, have courage, God saves the nation! JUST DO IT, don't dilly dally anymore. Damn the Bugis! WTF!

    ReplyDelete
  3. Setelah Najib menghebahkan peribahasa bugisnya, ia memberi petanda bahawa tiada siapa yang boleh menolak beliau keluar dari bilik perdana menteri dan juga menteri kewangan.

    Najib amat faham jika beliau berundur ketika ini maka mahkamah akan jadi rumah pertama beliau.

    Dalam pentadbiran kerajaan sememangnya beliau bodoh tapi bab menjaga kepentingan dan keselamatan diri beliau diakui sama cekapnya dengan Mahathir.

    Kita sedia maklum sepanjang pemerintahan UMNO Baru dalam Bn belum ada seorang pun ahli UMNO Baru yang bersalah dalam apa jua jenis jenayah dihukum dan dihina sehina Anwar Ibrahim.

    Oleh kerana itu rakyat Malaysia tidak perlu teruja untuk melihat Najib dengan mudah mengalah dan meninggalkan mahligai Putrajaya sebelum pengundurannya diberi jaminan bahawa apa saja kesalahan beliau selaku perdana menteri dan menteri kewangan tidak didakwa dimahkamah.

    Jika Najib bersedia berundur bermakna hutang 1MDB akan di billout oleh kerajaan Malaysia atas tanggongan rakyat dan Najib serta Rosmah dibiarkan bebas bergerak tanpa halangan.

    Dan UMNO Baru dengan rasa gembira akan cari ketua lanun yang baru bagi menyamun hak rakyat Malaysia.

    Apakah ianya ilusi atau reality...sama-sama kita ikuti perkembangan semasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulisan Tuan Budin berterusan positif, tidak langsung mengambilkira kluk dan klek yg mana boleh merosakkan cita-cita rakyat untuk nyahkan Najib dari Putrajaya.

      Tekanan positif beginilah yg kita mahu berbanding kupasan setiap sudut yg mana akhirnya kita akan jumpa kedua-dua ulasan negatif dan positif sentiasa seimbang.

      Dalam kerja-kerja penulisan politik, rata-rata penulis politik sentiasa menunjukkan jalan keluar secara konsisten untuk penguasa yg tidak memberikan impak yg diharap-harapkan kepada rakyat.

      Jika penulisan menunjukkan solusi Bugis, sudah tentu kontranya bukan sedikit tuan. Jadi tuan perhatikan, Tuan Budin mmg konsisten tunjukkan Najib jalan keluar.

      Ingatlah, bukan anak-anak kecil yg menatap blog Tuan Budin saban hari. Ianya menjangkau akhbar dan bapak menteri juga mantan-mantan. Saya tahu kerana saya bersama beberapa dari mereka.

      Pukulan-pukulan nazak begini jika diteruskan, impaknya sudah terbayang jelas yg Najib sudah x duduk senang lagi buat masa sekarang.

      Delete
  4. Kalau betullah dana TH disalah guna utk bail-out 1MDB, ini memang betul-betul KURANG AJAR punya PENYAMUN. Memang BANGSAT dan MELAMPAU. Kalau betul perkara itu, moga ALLAH turunkan BALA kepada PENYAMUN-PENYAMUN BANGSAT itu. Terimalah SUMPAHAN dari penyimpan-penyimpan TH yg rata-ratanya orang tua di kampung yg membanting tulang empat kerat bermandi keringat dan darah.. Berpuluh tahun menyimpan tapi senang-senang sahaja PENYAMUN BANGSAT menyalahguna hasil titik peluh mereka.. ASTAGFIRULLAH.. Sungguh sedih sekali tabung-tabung yang kebanyakkan pendepositnya orang MELAYU dimanipulasi dan dirompak sekumpulan PENYAMUN yang sedang berkuasa. Ingatlah JANJI TUHAN KEPADA MANUSIA.. ASTAGFIRULLAH..

    ReplyDelete
  5. Not just najib undur diri, justice must be done. They must return all the monies, nothing short of that. And face charges in court for cheating Malaysia!

    ReplyDelete
  6. Chicken Man Muhyideen Berani bersuara diluar negeri macam Blogger yang lari negara untuk bersuara antikerajaan!!

    ReplyDelete
  7. "Barangkali sesuai dengan gaya hidup mewah Najib dan Rosmah serta taraf bangsawan mereka, maka kali ini Muhyiddin memilih Milan, sebuah kota fesyen di Italy untuk melontarkan luahan hatinya".

    Lama sangattt dahhh. Kasi tukarlahhh ini kerajaan sarkis. kah kah kah. Siasat semua sekali termasuk pemimpin2 terdahulu..

    ReplyDelete
  8. Rakyat dan Org UMNO mgkn menunggu tindakan akhir bila gandingan secucuk Chedet dan Muhyiddin nak istiytihar diri keluar Umno...mcm dilakukan semasa desak PakLah letak jawatan dulu..

    ReplyDelete
  9. Mungkin dah sampai masa untuk mengkaji mengapa institusi-institusi awam yang sepatutnya berfungsi sebagai "check and balance" gagal berbuat demikian. Mungkin juga dah sampai masa mengembalikan kuasa kepada institusi-institusi ini untuk bertindak tanpa rasa takut dan tanpa pilih kasih. Sistem yang menumpuikan kuasa pada satu-satu individu dah terbukti memungkinkan segala kedurjanaan berlaku. Apakah jaminan PM yang baru tidak akan melakukan perkara yang sama?

    ReplyDelete
  10. 1MDB membeli tanah dari kerajaan RM60 sekaki persegi dan menjualkannya kepada Tabung Haji (TH) RM2860 sekaki persegi.

    Daripada urusniaga dan transaksi atau senario di atas pun sudah tidak masuk akal. Tolong saudara-saudara yang mempunyai kesedaran politik dan nasib anak bangsa bagi menceritakan secara ringkas dan terang kepada pelabur-pelabur yang sebahagian besar nya adalah dari saluran pengundian 1 dan 2. Kalau mereka tidak percaya juga yang kerajaan UMNO/BN ini adalah diterajui oleh penyangak dan perompak maka biarkanlah wang pelaburan mereka itu hangus dan hancur dimamah oleh pengikut setia Iblis itu dan akan menjadi sutau pengajaran kepada mereka (saluran 1 dan 2) bahawa hidup ini jangan bertuhankan manusia dan mesti sanggup mengikut sunnah nabi iaitu 'Berhijrah" atau sanggup berubah dari yang jahil kepada yang berilmu. Sekiranya kontroversi ini adalah sebagai suatu pengajaran dan petunjuk dari Allah SWT untuk manusia yang tak pernah sedar diri yang mereka ini telah ditipu setelah sekian lama hidup, maka kita ucapkan "Alhamdulillah" semoga Tabung Haji ini hancur dengan seberapa segera ditangan penyangak dan perompak ini demi menyedarkan rakyat tua bangka (pengundi saluran 1 dan 2) yang dah tak kenal manusia atau iblis untuk dijadikan pemimpin. Kalau marah, haraf maaf........

    ReplyDelete
  11. Apalah nasib kamu ni abang Najib??? Pembangkang memanglah selalu kritik kamu punya hal.

    Ini ..... orang nombor negara pun sudah macam cacing kerawit kepanasan.

    Mungkin Najib baguslah kamu mendiamkan diri sahaja .... alang alang sampai dekat PRU 14 nanti. Lebih baik abang Najib dan Kak mah pergi seronok betul-betul ke seluruh dunia (tempat negeri omputih).

    Retak menanti belah ...

    ReplyDelete
  12. Puak puak haram jadah dalam UMNO ni cari makan dengan cara memperalat dan melingkupkan Institusi institusi kewangan yang pencarum atau pendepositnya majoriti kaum Melayu Islam. Skandal BMF dulu juga gara gara puak yang menjulang keris telanjang inilah. Jerit pekik dan jeritan histeria Hidup Melayu dan titisan air mata buaya waktu mendedadang lagu " Ank Kecil Main Api" hanyalah " wayang tongkoi" dan "lakunan terhebat" para aktor pari Haram Jadah Melayu inilah. Semua jadi lebih mudah bila Melayu "gelap" spesis "klon" diletak diposisi posisi penting yang berkaitan kewangan. Tapi Melayu tulin terus bengap dan bengong menyokong puak puak haram jadah ini. Selamat menunggu mampus lah wahai orang Melayu jika puak haram jadah ini terus diampu dan disokong hanya kerana habuan sebesar melukut. Patut la orang luar cakap "melayu pemalas dan bodoh, rupanya mudah dipermainkan. Eloklah hangpa tunggu sampai Melayu terus layu dan mampus. Sokonglah habis2an parti barua ini.

    ReplyDelete
  13. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  14. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  15. Bapak Presiden11 May 2015 at 20:53

    Tahniah pak budin delate promosi judi dari indon yang tak berpendidikan @ pengamal kerja syirik. Kah kah kah.

    ReplyDelete