Sunday, 24 May 2015

Alamak...Penjara Tiga Tahun Tuu!!


Jawapan mengelirukan mengenai sama ada "wang tunai", "aset" atau "unit" milik 1MDB yang disimpan di sebuah bank di Singapura ketika ini terus menjadi "duri dalam daging" kepada Najib Razak dalam mempertahankan kedudukannya.

Setelah sekian ramai yang mempertikaikan jawapan yang diberikan Najib di Parlimen mengenainya, kini bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad pula tampil dengan mendakwa perbuatan Perdana Menteri itu adalah suatu perbuatan berbohong yang boleh disabitkan dengan kesalahan jenayah.

Beliau mendakwa perbuatan Najib itu sebagai menyembunyi kesalahan dalam urusan kerajaan dan ia adalah salah di bawah Seksyen 218 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga tiga tahun, denda atau kedua-duanya sekali.

Alamak, mungkinkah Perdana Menteri dengan segala kegemilangannya menghuni penjara pula selepas ini?

Dalam jawapannya di Parlimen pada 10 Mac lalu, Najib mengatakan wang milik 1MDB dari Pulau Cayman berjumlah US1.103 bilion kini disimpan di BSI Bank di Singapura bagi memudahkan pengeluarannya kerana wujud peraturan ketat Bank Negara jika ingin mengeluarkan wang melebihi RM50 juta.

Bagaimanapun, dalam jawapan bertulisnya di Parlimen Khamis lalu, Najib memberitahu bukan wang tunai yang disimpan di Singapura itu tetapi ianya dalam bentuk aset.

Menteri Kewangan Kedua, Husni Hanadzlah memberitahu kemudian, ia sebenarnya adalah dalam bentuk unit tetapi enggan menjelaskan lebih lanjut mengenainya.

Menulis di blognya, bekas Perdana Menteri selama 22 tahun itu menjelaskan, pembohongan pertama Najib ialah tidak ada wang tunai milik 1MDB yang dibawa balik, manakala pembohongan kedua pula  ialah tidak ada wang tunai yang dimasukkan ke dalam akaun BSI di Singapura.

Sehubungan itu, beliau mahukan pihak polis melakukan siasatan dan proses undang-undang hendaklah diambil kerana ada unsur jenayah berkenaan kes ini.

Dengan menyerang, mengkritik, mendesak meletakkan jawatan dan kini mengaitkan pula Najib dengan perbuatan berunsur jenayah yang boleh membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun, ia tidak lain adalah isyarat betapa Tun Mahathir akan terus mengasak dan tidak berganjak sedikit pun daripada pendiriannya.

Meskipun Najib sudah bermadah Bugis dan mengungkit-ungkit sokongannya kepada Tun Mahathir, terutama dalam pemilihan 1987, beliau nampaknya tidak goyah dengan semua itu.

Adalah jelas pendirian Tun Mahathir masih sekukuh Menara KLCC iaitu mahukan Najib berundur bagi menyelamatkan masa depan UMNO dan BN dalam pilihanraya akan datang sebagaimana yang sudah ditegaskannya beberapa kali sebelum ini.

Mungkin Tun Mahathir sedar agar sukar bagi pihak polis atau Ahmad Zahid Hamidi selaku Menteri Dalam Negeri untuk mengarahkan siasatan terhadap Najib dalam kes jenayah yang didakwanya ini, tetapi yang pastinya bekas Perdana Menteri itu sedang menghimpun kekuatan persepsi rakyat untuk terus memihak kepadanya.

Membangkitkan kemungkinan melakukan kesalahan jenayah dan boleh dipenjara sehingga tiga tahun, walaupun realitinya teramat sukar menjadi kenyataan berikutan pemusatan kuasa terlalu kukuh melindungi seseorang yang bergelar Perdana Menteri, apa yang Tun Mahathir mahukan ialah pemenjaraan sokongan rakyat terus menghantui Najib.

Sama ada dihadapkan ke muka pengadilan atau sebaliknya, Najib tetap dilihat telah melakukan kesalahan moral yang besar iaitu memberi jawapan bersifat bohong di Parlimen dan ini mudah disedari oleh sesiapa saja yang melihat dua penjelasan berbeza telah diberikannya.

Dengan itu, bukan saja keyakinan kepada Najib dalam UMNO terus berbelah bagi, bahkan lebih mungkin menerima kesan buruk daripada penolakan rakyat yang sukar dinafikan dalam pilihanraya akan datang.

Selagi tidak berundur, walaupun cuba mencari kekuatan di sebalik madah Bugis atau dengan bantuan pemulihan imej oleh Lim Kok Wing, Tun Mahathir pastinya akan terus mengikis dan menghakis kepercayaan rakyat terhadap Najib yang mahu disingkirkannya itu.

Lagi Najib berdegil, lagi banyak langkah bakal ditunjukkan Tun Mahathir selepas ini. (SH 24/05/2015)

23 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. TDM mesti arahkan Beghahim, Zul Nordin, Kulup kordinasi Perkasa dan Para Spek Gelap buat laporan polis terhahadap Najib melakukan kesalahan penal code ini diseluruh negara serta merta dengan gambar2 bersiri memgang repot polis disiarkan oleh Utusan dan TV3 saban hari..

    Seperti dalam kes Bersih, IGP terpaksa umumkan sebanyak 9999 laporan polis telah dibuat oleh grassroot rakyat dan PDRM terpaksa membuat siasatan dan tindakan susulan.

    Hahahaha. Terbalik kot pulok......

    ReplyDelete
  3. http://4.bp.blogspot.com/-ACobLSyO2U4/VWIJAoaZPhI/AAAAAAAAATg/UXG02eic8h8/s1600/20150523%2B3%2Bpic%2Bsequence%2Bxcf.jpg

    ReplyDelete
  4. http://1.bp.blogspot.com/-IXeXHf9gjUI/VWIdOktNcHI/AAAAAAAAAT4/pl_nmp9Xuro/s1600/Bernama%2Bcaught%2BPS%2BNajib%2Bcrowd%2Bin%2BPekan%2Bxcf.jpg

    ReplyDelete
  5. Tugas Pertama Lim Kok Wing Mengubah Image Najib adalah supaya Najib Pakai Rambut Palsu macam dia dan Rosmah. Lepas tu dia kena beritahu semua bahawa Najib yang baru ini tak sama dengan Najib yang lama. Najib yang berambut Palsu tidak berbohong macam Najib Lama.

    ReplyDelete
  6. Jangan salahkan aku....aku tak pernah percaya kat umno ni.........korang yg ngundi diorang...

    ReplyDelete
  7. Tak habis2 memfitnah, ada benda yg tak dapat ke dari umno

    ReplyDelete
    Replies
    1. Petkara yang tidak dapst dari umno ialah perjuangan yang lebih ikhlas demi ugama bangsa dan negara dari pemimpinnya.

      Perjuangan kepentingan diri, membolot kekayaan bukan setakat juta, sudah melangkah ke billion, bukan sekadar tamak tetapi sudah ke tahap haloba..

      Delete
  8. Bukan Najib seorang yang kena masuk penjara. Pemimpin UMNO yang lain?

    ReplyDelete
  9. Menang sorak kampong tergadai...

    ReplyDelete
  10. Menang sorak kampong tergadai...

    ReplyDelete
  11. Selepas siasat najib jangan lupa siasat Mahadet.Dua-dua pun penyamun.Padan muka pada orang melayu kerana percaya pada pemimpin mereka buta tuli. Ada otak taknak fikir last kali satu bangsa kena jual.

    ReplyDelete
  12. alamak depa ni bukan alamak lagi tapi alapak
    kepala bapak suka mengelirukan
    bia' pi kat depa la tungu pru 14 pilih pr pulak

    ReplyDelete
  13. Menurut Ahli Parlimen Pulai itu, Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Irwan Serigar Abdullah (gambar kanan) dan Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negara (EPU) di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Rahmat Bivi Abdullah akan turut dipanggil.

    ReplyDelete
  14. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  15. mahathir ialah pemimpin maksum, tidak pernah berbohong. pemimpin paling amanah dalam dunia.

    ReplyDelete
  16. Hahaha.. Dah bertahun tahun rakyat malaysia dikentut kentutkan oleh bijan dan badak. Lepas tu dikencing kencingkan pulak.. Penyokong dan pengampu bijan dan badak seronok sangat kalau rakyat diberak berakkan pulak oleh penyamun penyangak itu agaknya... Pun masih tak sedar sedar lagi? Dunia dunia...... bila penyamun jadi pemimpin

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg paling malang ialah macik/pacik serta sukusakat amanu totok bongok bodoh felda diberak ditahik tahikan, Tanah tercagarrr,intrest bank+loan kena bayar..saham separoh harga..jual sawit/getah murah tapi beli produk kena gst pulok..ALLAH bayar cash diatas ketololan kamu...ngadulah berbakul bakul kepada SIAPA kamu ingat pemberi rejeki kamu....pun masih tak sedar sedar lagi( pinjam kata anon 12:50)

      Delete
  17. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  18. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  19. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  20. This Is What You Really Want !!
    >>> CLICK HERE !!<<<

    ReplyDelete