Thursday, 21 May 2015

1MDB - Menanti Wibawa Ketua Audit Negara Dan Berani Atau Tidaknya PAC Menyiasat Najib


Di ketika Najib Razak meminta semua pengkritik 1MDB bersabar menunggu hasil siasatan Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) terhadap syarikat pelaburan bermasalah itu, jawapannya selaku Menteri Kewangan di Parlimen mengenai kedudukan sebenr simpanan di Singapura tentu saja membuatkan ramai hilang sabar dengannya.

Dalam jawapan bertulis di Parlimen semalam, pengakuannya bahawa tiada wang tunai disimpan di Singapura ketika ini jelas bercanggah dengan kenyataannya pada Mac lalu bahawa tebus tunai dari Pulau Cayman sudah pun dilakukan.

Ketika itu, Najib juga menjelaskan wang tunai itu disimpan di Singapura dan tidak di dalam negara adalah untuk memudahkan proses pengeluarannya memandangkan peraturan Bank Negara yang meletakka syarat ketat bagi pengeluaran melebihi RM50 juta.

Namun, jawapannya semalam mengatakan yang ada di Singapura hanyalah aset dalam bentuk kertas saja, bukannya wang tunai.

Walaupun menyebut bahawa penjelasan terbaru ini merupakan pindaan kepada jawapan di Parlimen pada 10 Mac lalu, Najib seolah-olah mempermain-mainkan institusi penggubal undang-undang tersebut dengan sesuka hati memberikan jawapan yang berbeza seolah-olah Kementerian Kewangan yang diterajuinya hanyalah umpama kedai runcit yang tiada sistem dan maklumat aliran tunai yang lengkap.

Persoalan sama ada wang tunai itu benar-benar wujud atau sebaliknya kini lebih menghantui ramai orang di sebalik jawapan terbaru Najib ini.

Sehari sebelum itu, Najib juga mengeluarkan kenyataan bahawa Kementerian Kewangan sedang berusaha membantu dan menyelamat 1MDB yang sarat dengan hutang tersebut.

Selepas mengakui 1MDB bermasalah dan usaha-usaha menyelamat sedang dilakukan sedangkan sebelum ini bermati-matian menafikannya, jawapan bertulis di Parlimen semalam nyata lebih mengeliru dan membimbangkan.

Apa pun tujuannya, jawapan Najib ini bukan saja mengesahkan dakwaan pelbagai pihak, terutamanya Tun Mahathir Mohamad bahawa syarikat itu bukan saja  sedang kronik masalahnya tetapi juga kemungkinan banyak "hanky panky" telah beraja di dalamnya selama ini.

Ia dengan sendiri mengesahkan kaitan dengan pertanyaan berulang kali yang disuarakan oleh bekas Perdana Menteri sebelum ini iaitu mengenai peranan Jho Low, ke mana lesapnya RM27 daripada hutangnya yang berjumlah RM42 bilion dan bagaimana Riza Aziz memiliki begitu banyak wang di ketika wang 1MDB didapati hilang tanpa dapat dikesan.

Dengan jawapan terbaru Najib yang jelas mengeliru dan membuatkan rakyat semakin hilang sabar dan naik angin ini, beban lebih berat sedang menunggu Ketua Audit Negara dan PAC yang sedang menjalankan tugasnya sekarang.

Mengenai aspek perpindahan misteri dari Pulau Cayman ke Singapura itu, apakah dalam pengaditannya nanti, akan dijelaskan bagaimana tunai telah bertukar menjadi kertas atau ia akan dikesampingkan begitu saja?

Walapun Tun Mahathir meragui laporan audit akan menemui nama Jho Low dan Riza Aziz dalam pemeriksaan akaun 1MDB, persoalan juga adakah Ketua Audit Negara mampu menemui "lubang tikus" ke mana menghilangnya RM27 bilion itu?

Bak kata Tun Daim Zainudin sebelum ini bahawa konflik kepercayaan terhadap Ketua Audit Negara dalam mengaudit akaun 1MDB memang tidak dapat dielakkan kerana ia sendiri terletak di bawah Kementerian Kewangan, namun inilah cabaran sebenarnya kepada jabatan itu dalam menjalankan tugasnya.

Adakah wang rakyat yang ingin dijaga atau pemimpin yang kerap menjual nama rakyat yang ingin dipertahankan?

Kepada PAC pula, wibawa dan cabaran besarnya ialah tentang siapa yang akan dipanggil untuk disiasatnya mengenai 1MDB ini?

Memanggil sekadar ikan-ikan kecil seperti Ketua Setiausaha Perbendaharaan dan Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi atau EPU  dan lain-lain yang setaraf dengannya untuk siasatan tidak mungkin banyak membantu dan menemui jawapan yang sebenarnya.

Individu yang harus dipanggil untuk disiasat ialah Jho Low dan Najib sendiri kerana inilah kunci sebenar kepada permasalahan dalam 1MDB itu.

Oleh kerana Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin sendiri sudah mengeluarkan gesaan agar Jho Low tidak dipinggirkan dalam siasatan PAC kerana katanya, cap jari playboy itu ada di mana dalam isu 1MDB, Nur Jazlan selaku Pengerusi PAC haruslah lebih ke depan meyakinkan rakyat dengan keberaniannya untuk memanggil Najib juga untuk dilakukan siasatan.

Jika sebelum ini Nur Jazlan begitu kritikal terhadap Najib dan kerajaan yang tidak dipersetujuinya dalam beberapa kenyaaan medianya, inilah masanya beliau membuktikan "tiada dua wajah" dalam dirinya.

Tanpa memanggil Najib dan Jho Low, PAC bukan saja dilihat tidak berwibawa, bahkan akan dituduh hanya melakukan kerja-kerja memulih dan menyelamat juga. (SH 21/05/2015)

23 comments:

  1. hanya org gila saja yg percaya cakap org politik. saya dah lama sejak tahun 80an lagi tidak percaya bulat-bulat cakap org politik.
    saya cuma ambil tahu hal politik bila ia melibatkan secara langsung kehidupan saya misalnya isu gst yg hangat sekarang. sejak layak mengundi saya tidak pernah memangkah utk parti pemerintah walaupun saya tahu parti yg satu lagi tidak ada peluang menang di tempat saya.
    prinsip saya sejak dulu lagi ialah parti memerintah haruslah ditukar sekali-sekala. itu sebabnya sistem demokrasi diujudkan. tapi disebabkan satu parti memerintah terlalu lama maka sistem pilihanraya sudah dimonopoli dan mudah berlaku penipuan yg berpihak kepada parti yg memegang kuasa. keadaan ini tidak dapat dielak bila satu parti memerintah terlalu lama seperti keadaanya di negara kita sekarang.
    semua skandal yg merugikan negara sekarang adalah hasil pengundi yg baik hati memberi kuasa kpd satu parti meneraju negara sejak merdeka dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  2. PERCAYA LAH kerja kerja Audit Negara dan PAC akan berlarutan sehingga September 2015 dan lepas Bulan September 2015 KEDUA AGENSI ni akan menyatakan pendirian masing masing bahawa pelaburan 1MBD tiada kepincangan dan NAJIB TIDAK BOLEH DI PERSALAHKAN setelah terkumpulnya jumlah pungutan GST dari rakyat mencukupi bagi membayar balik HUTANG BANK 1MBD.. pada masa itu NAJIB akan berbuih mulut menyatakan dia di pihak yang BENAR dan TIDAK PERNAH MENIPU kerana JANJI DI TEPATI dan juga tiada seorang menteri menteri serta pembangkang AKAN BERJERIT PEKEK sebaliknya menggangok SEPERTI TIADA APA YANG BERLAKU.. yang meleh air liurnya ialah rakyat yang kempunan kan DUIT BRIM.

    ReplyDelete
  3. Kasihanilah rakyat duhai pemimpin. Sudahlah bermacam cukai dikenakan, harga barang2 naik mencanak2, dalam agama pula bermacam perkara hendak pula dizakatkan. Dapat pula menteri2 penipu belaka, tak ada satu boleh dipercaya.

    Kepalabutuh apakah ini yg menimpa rakyat tanpa henti. Datang pula orang dagang luar negeri. Hari Jumaat bersepah2 melata keliling masjid ibukota meminta sedekah dijadikan rezeki.

    Sudahlah masjid dipenuhi arab bangla dan paki selain keling mamak eee. Aku jadi gusar masa depan anak bangsaku sendiri.

    ReplyDelete
  4. Kalau di Labuan kedai runcit pun pakai sistem POS (Point of Sales) dari UBS atu Autocount software, apakah tidak ada satu sistem yang boleh digunapakai dalam urusniaga yang berbillion ringgit? Tidak perlu guna khidmat audit luar negara untuk 1MDB, didalam negara pun ramai yang bertauliah. Jika hendak buat public enquiry, satu badan hendaklah ditubuh yang terdiri dari mereka yang nneutral tidak menyebelahi mana-mana pihak.....

    ReplyDelete
  5. inilah salah satu hasil buahnya memberikan kepercayaan kepada parti rasuah terbesar di malaysia utk memerintah.
    tak perlu bersungut, ini adalah hasil tindakan rakyat malaysia sendiri. nikmatilah buah yg sedap ranum ini.
    pru14 nanti beri lagi mandat kepada parti lahanat ini. padan muka melayu

    ReplyDelete
  6. sejak ditubuhkan lagi parti melayu umno sudah nampak menipunya.
    apa logiknya parti melayu menggunakan singkatan inggeris? nampak sangat fikiran masih dijajah inggeris.

    ReplyDelete
  7. Yang paling bodoh ialah sesiapa yang selama ini mengundi UMNO/BN !!!!! padan muka kena pemimpin perompak hak rakyat.

    Sudah bertahun-tahun Anwar Ibrahim cakap itu ini .... telinga pekak si pengundi BN ini ....

    Sudah Anwar di penjara .... nah... Tun Mathathir buka suara ...

    Apa lagi pengundi totok UMNO BN??? Masih keras kepala lagi???

    Tak faham kenapa bodoh sangat pengundi UMNO sebangsa dengan saya ini???!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. pengundi umno totok terutama orang peken tak reti bedza antara taik ngan roti jala,sebab tu dpt majority 20,000

      Delete
  8. Two comments:

    First, if I am not mistaken, there was a recent report that Takaful which had bought sukuks of TIA (now 1MDB) some years ago has not got even a single cent of return to this day. Hence, the same thing shall happen to other IMDB bondholders such as KWAP, EPF and whatnot?
    Second, some months ago, the Auditor General Ambrin Buang in an interview with the newspaper The Edge appeared to have mentioned that it is not quite independent as what one would expect it to be since its operation is under the Prime Minister Office. Hence, is there any hope whatsoever for the so called audit done currently by the Auditor General Office on 1MDB (and for that matter any other government organizations)?

    ReplyDelete
  9. Monkey Shooter21 May 2015 at 18:56

    Saudara Rafizi Ramli tolong buat perkiraan sekiranya wang RM27 Bilion hasil pelaburan 1MDB yang hilang tu mampu untuk membantu mendirikan sebuah rumah Kos Sederhana kepada semua mangsa banjir besar di Kelantan yang kini masih mendiami khemah-khemah sementara yang terlalu dhaif dan amat tidak selesa sebagai seorang rakyat di negara yang kononnya sedang menuju pengiktirafan negara maju (dunia ke-2).

    Bukan hanya sekadar sebagai MB dan Tim MB Kelantan yang asyik berpolitik dan hanya berminat membincangkan darihal "Hudud" sahaja sedangkan realiti kehidupan rakyat perlu diutamakan. Perlukan Kelantan menjadi seperti Sudan, Somalia dan Pakistan yang kepimpinan Ulama mereka hanya perlu laksanakan Hudud sahaja sebagai pemerintah, ekonomi dan kebajikan rakyat ditolak tepi, maka semuanya akan hancur lebur dan negara menjadi kacau bilau bilamana rakyat tidak cukup makan dan pemimpin bermewah-mewah dan mengelapkan harta dan wang rakyat tanpa dikenakan sebarang tindakan "Hudud". Bila rakyat bising dan protes, lalu pihak pemimpin memangil agamawan yang ibarat lembu kenyang bagi meredakan kemarahan rakyat dengan pelbagai ugutan hukum-hakam agama, ini termasuklah ayat-ayat serta nas-nas yang kononnya memperuntukkan Syurga dan Neraka kepada rakyat yang menolak "hukum Tuhan", maka itu rakyat menjadi takut dan tawar dan merelakan kemiskinan dan kesusahan membelenggu diri mereka sedangkan mereka sendiripun masih kelam dan kelabu dengan ratusan hukum hakam yang perlu mereka tahu dari Islam untuk memajukan dan menguatkan kesatuan umah dengan ekonomi dan kefahaman Islam yang liberal serta realiti. Bagi pemimpin munafik ini tangapan mereka mudah sahaja iaitu "cukup sekadar rakyat sudah kenyang dengan makanan Hudud sahaja, yang lain serah kepada kami".

    ReplyDelete
  10. Orang yg buat gst ni MMG GILA....GST mmg gila....beli asid drain pun kena gst..rm18 kena gst 96 sen...mangkuk ayun punya kjaan dan najibul...zalim..zalim..zalim...zalim...penipu...penipu..penipu...tunggulah pru14 nnt...1 undi sudah hilang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. inshaallah...kalau semue pengundi berdaftar berfikiran macam tuan, kezaliman akan hancur,. kita di zalimi.....kita berdoa agar ALLAH hancurkan penguasa dan pemimpin yang zalim ini

      Delete
  11. Bayangkan anda ada rm100, maka rm6 akan dirompak gst.

    ReplyDelete
  12. Seme tu akan dpulangkan kpd rakyat tp sebelum tu seme rakyat dah mati sbb dcekek gst.jd drpd membazir baik bg aku kata jib bon.pandai tak alasan aku walau dlihat bagai alasan ahmad maslan

    ReplyDelete
  13. SEKALI LAGI RAKYAT DIKOTAK KATITKAN UNTUK MENUNGGU WAYANG LAKONAN BUANG.TINDAKAN TARAK CERTA SAJA LABIH..INI LAH WAYANG TELAH DIMAINKAN .BENDA YANG TERNYATA TELAH SALAH PON TIADA TINDAKAN PENJENAYAH YANG MENGKHIANAT AMANAH NEGARA PATUT DIHUKUM DIREJAM SAMPAI MATI .INI YANG TERBAIK KITA DOAKAN SEMOGA RAKYAT BANGKIT DAN MEMIJAK HAIWAN HAIWAN YANG YANG DILAHIRKAN OLEH MAK BAPAK PENGKHIANAT INI

    ReplyDelete
  14. Hidup melayu! Laungan keramat dari melayu keparat! Melayu ttp kena tipu! Dari yg bodoh smpi yg cerdik pandai.. Semua kena tipu...Yg menipu pulak bukan calang2..dari jkk ke taraf menteri..dari yg jahil ke taraf ustaz dan alim ulama..hebat menipu..Sekarang dah berjangkit kat Pas! Bloody hell...sia2 jadi org alim..so kanan kiri org melayu menipu dan ditipu..apa nak jadi?

    ReplyDelete
  15. Menteri Kewangan alias Naib Razak ni buat duit negara macam harta kepala bapak dia punya. Menteri jadah jenis ni patut dihumban dalam laut saja dengan diikat kaki tangan kalau segala hanky panky yang dibuatnya itu dapat dibuktikan. Disaat ratusan ribu rakyat masih di bawah garis kemiskinan dan ramai yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, anak Tun Razak ni masih boleh pandang mudah dengan duit rakyat yang sebegitu banyak. Apakah 1MDB ni juga akan terlepas penyamunnya macam mana penyamun PERWAJA, BMF, Klang Gate Scandal dan banyak lagi yang tidak dapat dikesan sampai hari ni walau pun selalu didakwa polis dan badan anti rasuah di Malaysia ni cukup baik dan tegas bertindak tanpa pilih bulu. Tapi bukan saja penyamun terlepas, bulu ..... mereka pun tak tertinggal sikit pun. Memang kerajaan UMNO BN ni CEKAP DAN BERSIH...cekap MENYAMUN sampai BERSIH.

    ReplyDelete
  16. KITA dah mintak undur....secara sopan bangsa melayu. Tapi tak jugak paham....skrg lantik lkw utk pilih imej.
    JADI SEKRG KITA MINTAK BERAMBUS BULEH PAHAM TAK ? RAKYAT DAH BENCI SAMA KAU....SBB KEBODOHAN KAU.
    Hal urus tadbir negara bukan hal remeh dgn cerita bohong berbelit2....FAKTANYA......kau seorg penipu. Kalau dah suruh BERAMBUS TAK JUGAK PAHAM....apa jenis kau ni ?
    RAKYAT DAH TAK MAHU KAU LAGI.....tapi rakyat maso h ada hati ngan bn....jgn sampai semua tu rakyat tak mahu....stupid !
    KESALAHAN MENIPU KAU MESTI D SIASAT DAN D ADILI.....NAK LARI LAGI ?
    SILA DENGAR SUARA RAKYAT !!!
    ANDA TIDAK D PERLUKAN.......

    ReplyDelete
  17. KITA dah mintak undur....secara sopan bangsa melayu. Tapi tak jugak paham....skrg lantik lkw utk pilih imej.
    JADI SEKRG KITA MINTAK BERAMBUS BULEH PAHAM TAK ? RAKYAT DAH BENCI SAMA KAU....SBB KEBODOHAN KAU.
    Hal urus tadbir negara bukan hal remeh dgn cerita bohong berbelit2....FAKTANYA......kau seorg penipu. Kalau dah suruh BERAMBUS TAK JUGAK PAHAM....apa jenis kau ni ?
    RAKYAT DAH TAK MAHU KAU LAGI.....tapi rakyat maso h ada hati ngan bn....jgn sampai semua tu rakyat tak mahu....stupid !
    KESALAHAN MENIPU KAU MESTI D SIASAT DAN D ADILI.....NAK LARI LAGI ?
    SILA DENGAR SUARA RAKYAT !!!
    ANDA TIDAK D PERLUKAN.......

    ReplyDelete
  18. Siapakah lanun bugis 1msia.im4u.rm4me

    ReplyDelete
  19. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  20. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete