Tuesday, 21 April 2015

Saya Ingin Memuji Zahid Hamidi...

Blog ini jarang memuji pemimpin. Ia lebih kerap mengambil pendekatan menegur, mengkritik dan kadangkala "membelasah" pemimpin.

Tetapi kali ini saya ingin memuji Menteri Dalam Negeri, Ahmad Zahid Hamidi yang memperlihatkan ketegasan dan tidak bertolak ansur dalam insiden demo anti salib di Taman Medan, Petaling Jaya.

Zahid mengatakan peserta demo itu tetap tertakluk kepada Akta Hasutan 1948 dan tindakan akan diambil terhadap mereka. "Saya tak kira siapa, tindakan harus diambil terhadap mereka," katanya yang juga Naib Presiden UMNO dengan undi tertinggi dua kali berturut-turut.

Dalam masa yang sama, Zahid juga mengesahkan anggota UMNO yang terlibat dalam demo itu akan diambil tindakan disiplin yang sewajarnya.

"Sudah tentu, sudah tentu, sudah tentu...kerana mereka melanggar undang-undang. Dalam UMNO kita mesti hormat agama lain. Mereka harus hadapi akibatnya," katanya lagi.

Ketegasan seperti ini amat ditunggu-tunggu dan setidak-tidaknya mampu membawa kelegaan kepada semua kaum dan agama di negara ini. Beliau telah meletakkan nilai beragama dan menghormati agama lain di tempatnya yang betul, sesuai dengan kedudukan rakyat yang berbilang kaum dan agama di negara ini.

Zahid juga telah berjaya mengembalikan keyakinan ramai berikutan pendirian mengecewakan oleh Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar sebelumnya yang mengatakan peserta demo anti salib itu tidak melibatkan sebarang unsur hasutan.

Mungkin kerana abangnya, Abdullah Abu Bakar yang mengetuai demo itu, Khalid juga berbelit-belit dalam alasannya dengan berkata, "Ini bukan menyentuh isu agama atau agama Kristian. Ia cuma bantahan masyarakat di sana tentang kedudukan gereja itu".

Ternampak pelik hujah beliau kerana bukankah antara Kristian dan gereja saling kait-mengait? Bagaimana boleh mengatakan bantahan berkaitan gereja tidak ada kena-mengena dengan agama Kristian?

Demo anti salib itu sebenarnya lebih memalukan Islam kerana ia memperlihatkan umat Islam seolah-olah begitu lemah iman hingga takut kepada sesuatu lambang agama lain dan mengabaikan aspek pendidikan, pengajaran, iman, takwa dan sebagainya dalam mengukuhkan keimanan.

Sebelum berdemo, mereka seharusnya bukan saja menyedari mengenai hakikat kebebasan beragama, tetapi juga memahami bahawa wujudnya gereja di kawasan itu tentu saja setelah mendapat kelulusan pihak berkuasa.

Kalau gereja itu didirikan mengikut undang-undang, apa masalahnya? Kalau gereja itu didirikan secara sah dan mendapat kebenaran pihak berkuasa, maka meletakkan lambang salib tentulah juga tidak ada salahnya?

Berbeza dengan tindakan terhadap pihak lain yang terlibat dengan demo di mana ada antara mereka ditangkap pada waktu tengah malam, dibiarkan bermalam di lokap dan sebagainya, sebaliknya dalam kes ini Abdullah atau dipanggil "Lang" oleh Khalid, hanya diambil keterangannya melalui panggilan telefon saja.

Nampaknya, Ketua Polis Negara yang terkenal dengan pendekatan menggunakan laman Twitter dalam tindakannya sebelum ini telah maju setapak lagi dengan hanya menggunakan telefon saja untuk mengambil keterangan. 

Walaupun berbeza pendirian dengan Khalid, Zahid dalam hal ini harus kekal dengan ketegasan bahawa peserta demo anti salib itu boleh diambil tindakan di bawah Aka Hasutan sebagaimana ramai yang lain sudah disabitkan dengan akta itu.

Sebagai Naib Presiden UMNO yang makin disebut-sebut sebagai bakal pemimpin masa depan, Zahid juga mesti mengekalkan pendirian untuk mengambil tindakan disiplin terhadap ahli UMNO yang terlibat dengan demo itu.

Setelah menyatakan pendirian dan ketegasannya itu, dengan kedudukan sebagai Menteri Dalam Negeri dan Naib Presiden UMNO, tugas Zahid seterusnya ialah memastikan kata-katanya masih "laku" dan tetap menjadi kenyataan.

Jika sebaliknya, pujian ini akan ditarik balik semula... (SH 21/04/2015)

22 comments:

  1. Kita berada di luar keadaan demo tersebut dan tidak adil untuk memberi pendapat putih hitam.

    Zahed melihat dari kacamata politik dan dimana ada "untung" disitulah dia berada, lebih lebih lagi kalau berpotensi untuk menjadi PM mestilah tunjuk samarata adil, popular,liberal dan salah satu syarat lazim, endorse dari bukan Melayu (pilihan popular sekarang ini dari pemimpin Melayu)

    KPN melihat dari kacamata Akta, untuk masyarakat dan pemimpin bercakap serta menjatuhkan hukuman tentu senang tetapi akhirnya pembuktian di mahkamah adalah tanggungjawab polis. Kredibiliti PDRM akan lebih tercemar jika selalu sangat kalah di mahkamah.

    Zahed sewajarnya tidak memberi statement "garang" dengan membelakangkan atau memperlekehkan kenyataan awal KPN sebaliknya wajar memberi komen sederhana iaitu akan merujuk dan berbincang terlebih dahulu dengan KPN.

    Pemimpin kerajaan jika cuba jadi hero murahan dengan memperkecilkan penjawat awam yang menjalankan tugas akan meruntuhkan moral dan semangat mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa manyak setuju ,kluangman ,Olang gila sahaja yang buat keleja tatak sebab lea aa , itu cross kasi buat besar-besar apa pasat ,itu keleja mau cali galoh maa aa.

      Delete
    2. Assalamu alaikum.wr.wb...saya pak rusdi sangat bersyukur kepada ALLAH karna atas kehendaknya yang telah mempertemukan saya dengan MBAH GENEP dan atas bantuan MBAH GENEP yang melalui jalan togel ini saya sekaran bisa sukses dan sudah mempunyai usaha sendiri,nomor ritual MBAH GENEP meman selalu tepat dan terbukti dan bagi anda yang ingin sukses seperti saya silahkan hubungi nomor hp: 085-110-369-888 MBAH GENEP saya sih dulunya tidak percaya tapi kalau dipikir2 tidak ada salahnya juga saya coba mengikuti prediksi MBAH GENEP dan ternyata ALHAMDULILLAH berhasil,,!!! silahkan anda juga buktikan sendiri.

      Delete
  2. Kita berada di luar keadaan demo tersebut dan tidak adil untuk memberi pendapat putih hitam.

    Zahed melihat dari kacamata politik dan dimana ada "untung" disitulah dia berada, lebih lebih lagi kalau berpotensi untuk menjadi PM mestilah tunjuk samarata adil, popular,liberal dan salah satu syarat lazim, endorse dari bukan Melayu (pilihan popular sekarang ini dari pemimpin Melayu)

    KPN melihat dari kacamata Akta, untuk masyarakat dan pemimpin bercakap serta menjatuhkan hukuman tentu senang tetapi akhirnya pembuktian di mahkamah adalah tanggungjawab polis. Kredibiliti PDRM akan lebih tercemar jika selalu sangat kalah di mahkamah.

    Zahed sewajarnya tidak memberi statement "garang" dengan membelakangkan atau memperlekehkan kenyataan awal KPN sebaliknya wajar memberi komen sederhana iaitu akan merujuk dan berbincang terlebih dahulu dengan KPN.

    Pemimpin kerajaan jika cuba jadi hero murahan dengan memperkecilkan penjawat awam yang menjalankan tugas akan meruntuhkan moral dan semangat mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kau melalut la keluangman.

      Delete
    2. Yelah .sebab dia kan binatang mestilah melalut,bukan dia faham pun apa ayng dia tulis.KELUANG katakan.

      Delete
  3. Aku pun pd mulanya hendak juga memuji Zahid ni, tetapi memandangkan sejarahnya selama ini hanya suka buat gertakan kosong shj maka aku batalkan niat untuk memberi pujian kepadanya.

    ReplyDelete
  4. Mat sabu dok pening..pas permatang pauh tak mau buka pondok panas..pening wat pa sabun oi..pkr nak brtanding depa la buat keja pasang bendera ceramah semua...org pas p tolong undi ja la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pas tak buat kerja ka, PKR tak buat kerja ka, PKR akan tetap menang besar sebab rakyat malaysia dah tak mau Umngok cap GST.

      Delete
    2. Apa kau meraban ni mangkok hayun. Orang bercakap pasal Kg Medan dan palang salib kau melencung ke Permatang Pauh. Baru lepas merancap ka mangkuk bongok. Terkeluar tajuk la bengap...patut Najib cakap blogger upahan umngok ni terencat akal....

      Delete
    3. Tak boleh nak cover boss sendiri..so divert la citer lain. Dah mmg itu perangai persis binatang...

      Delete
  5. ewahhh mcm Tun M pulak main tarik2 ni...

    ReplyDelete
  6. Kita tengok saja lah nanti ada tak yang kena charge dalam mahkamah. Sebabnya;

    1. Yang berdemonstrasi tu 100% ahli dan penyokong UMNO Kg Medan.

    2. Ketua demo pulak abang KPN...tak kan nak charge kut.....

    ReplyDelete
  7. melihat sarkas di alam realiti, nak tergelak rasa dihati, berbagai badut menari-nari, keluangman dtg join sekali, apalah korang nak jadi, buat malu agama dan bangsa sendiri.

    ReplyDelete
  8. MMPPJ telah sahkan gereja di Taman Medan, PJ tidak sah dan beroperasi tanpa berlesen, tindakan bantahan penduduk adalah sah.

    Yang bangangnya umat Islam sendiri yang mengutuk bantahan tersebut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. MMPPJ apakah itu? Majlis Medan Penduduk Petaling Jaya? Hahaha..sapa yg bangang sebenarnya?

      Delete
    2. Kau ni low class, hati busuk, idea bangkrap..komen macam taik

      Delete
    3. kluangman kan binatang....mana ada akal nk brckp

      Delete
  9. Kluangman........how are you babe! I like your comments.....siap ade bukti laaa MMPPJ hahahahaha..........takat tulis lam ni boleh laaaaa....bagi laaa link mane you dapat bukti tu..........

    ReplyDelete
  10. undang2 dunia.. very selective. yg berkuasa terkenal dan kaya.. peluang hidup lebih selamat..lebih2 lagi jadi sultan...tuhan pun boleh jadi biol..

    rakyat bawahan dan pembangkang.. laju je amik tindaakan .. inilah majoriti negara dunia ISLAM

    ReplyDelete
  11. saya ibu irma seorang TKI DI SINGAPURA
    pengen pulang ke indo tapi gak ada ongkos
    sempat saya putus asah apalagi dengan keadaan susah
    gaji suami itupun buat makan sedangkan hutang banyak
    kebetulan suami saya buka-bukan internet mendapatkan
    nomor MBAH SERO katanya bisa bantu orang melunasi hutang
    melalui jalan TOGEL dengan keadaan susah terpaksa saya
    hubungi dan minta angka bocoran SINGAPURA
    angka yang di berikan 4D yaitu 9347 TGL 23-03-2015
    ternyata betul-betul tembus 100% alhamdulillah dapat 100.jt
    bagi saudarah-saudara di indo mau di luar negri
    apabila punya masalah hutang sudah lama belum lunas
    jangan putus asah beliau bisa membantu meringankan masalah
    ini nomor hp -> (-082-321-062-999-) MBAH SERO
    demikian kisah nyata dari saya tampah rekayasa
    atau silahkan buktikan sendiri..

    saya ibu irma seorang TKI DI SINGAPURA

  12. Betul ke TEGAS????

    ReplyDelete