Wednesday, 1 April 2015

1 April - Antara Resit Marah Dan Kenduri Mewah


1 April setiap tahun biasanya dikenali sebagai April Fool iaitu hari kita berjenaka atau mengenakan kawan-kawan dengan sesuatu yang menghiburkan. Tujuannya hanyalah untuk suka-suka, bergembira sambil mengeratkan hubungan dengan kawan atau kenalan.

Tetapi 1 April tahun ini di negara kita tiada lawak jenaka atau hilai ketawa seperti tahun-tahun sebelumnya. Semuanya kerana GST yang mula diperkenalkan membuat hampir semua orang lebih menumpukan kepada poket masing-masing dan menilai berapa wang tambahan yang perlu dikeluarkan akibat cukai baru itu.

Oleh kerana itu ia cukai baru dan kerajaan pula selalu mengatakan GST tidak membebankan rakyat, bahkan bangga mengatakan banyak barang akan turun harganya, lalu membuatkan mereka yang berbelanja mengumpul resit masing-masing dan membandingkannya  dengan sebelum ini.

Sesuai dengan media sosial yang turut berkembang, resit-resit pembelian yang mencatatkan kenaikan harga kerana dikenakan cukai GST sebanyak 6 peratus mulai sarat di Facebook dan Twitter sejak malam tadi untuk membuktikan cukai baru ini memang menyebabkan poket lebih rabak dibuatnya.

Ramai juga yang marah kerana pembelian tambah nilai telefon yang sebelum ini dikatakan dikecualikan GST tiba-tiba dikenakan cukai itu. Pasaraya Mydin yang sebelum ini mengaku akan menyerap cukai itu juga dibuktikan dengan resit yang turut mengenakan cukai itu.

Begitu juga, ada pembeli petrol RON97 turut dikenakan GST sedangkan sebelum ini ia dikatakan diserap oleh syarikat pengusaha stesen minyak.

Rata-rata resit yang bertaburan di media sosial adalah lambang marah rakyat terhadap kerajaan, bukan saja kerana cukai GST tetapi juga kerana tidak sungguh-sungguh menguatkuasakan apa yang dicakapkan kepada rakyat selama ini.

Resit-resit marah ini juga membuatkan tiada sesiapa lagi mahu berjenaka berkenaan April Fool pada tahun ini.

Di ketika yang sama, 1 April ini juga bermulanya penyebaran gambar-gambar perkahwinan mewah anak perempuan Najib Razak dengan Rosmah Mansor, Nooryana Najwa dengan pasangannya dari Kazaszhtan, Daniyar Kessikbayev, walaupun majlisnya telah berlangsung pada 28 Mac lalu.

Dalam majlis itu, difahamkan ada larangan secara sopan kepada para tetamu agar tidak menyebarkan gambar-gambar perkahwinan itu di media sosial seperti Facebook, Twitter atau Instagram.

Namun, dalam dunia digital sekarang di mana hampir setiap orang menggenggam telefon pintar, tentulah agak mustahil permintaan itu dipatuhi seratus peratus. Tidak diketahui siapakah yang mula-mula menyebarkannya gambar-gambar itu dan apakah tujuannya berbuat demikian.

Mungkin ia disebabkan terlalu kagum dengan perhiasan serta kemewahan majlis itu dan mungkin juga ingin berkongsi apa yang disaksikannya dengan lebih ramai rakyat Malaysia yang lain.

Apa pun, tersebarnya gambar-gambar itu di hari yang sama dengan GST dilaksanakan, mungkin sekadar kebetulan, tentu saja menambahkan lagi nasib malang yang sedang menimpa Najib dan kerajaan.

Ia seperti wujud garisan yang membezakan darjat - pemimpin dengan gaya mewahnya manakala rakyat sengsara mencatu perbelanjaan harian mereka. ( 01/04/15)

Pasangan mempelai anak dan menantu Najib di atas pelamin...

Mereka di acara memotong kek bertingkat-tingkat...

Pemandangan dewan perkahwinan yang dipenuhi bunga-bunga berwarna putih dan merah jambu...

Pemandangan dari jauh ketika pengantin di atas pelamin...

Tempat santapan untuk pengantin...

Laluan menuju ke dewan perkahwinan yang turut dipenuhi bunga-bunga...

Sudut pemandangan tetamu yang hadir...

Pengantin perempuan memegang jambangan bunga yang mewah dan mengkagumkan....

Benarkah Pasaraya Mydin menyerap cukai GST?

Resit pembelian RON97 yang dikenakan GST...

Tambah nilai telefon juga dikenakan GST walaupun kerajaan mengatakan sebaliknya sebelum ini...

Satu lagi bukti pembelian tambah nilai turut dikenakan GST...

10 comments:

  1. Kejap ja gst ni..nanti reda la tu bila org dah boleh adapt. Ni nak habaq mai nuar berahi tak jd ahli parlimen dah. Permatang pauh bakal dapat mp baru drpd bn.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betoi ka Permatang Pauh Bn yang dapat.....kita tunggu dan lihat...siapa yang kena..hohoho...

      Delete
    2. Awak pun kena byr gst juga! Rasa bolih kaya ke? Bodoh tolol

      Delete
  2. Grand super mega grand giler majils kahwin dia.. ikut tekak besar c rosmah..

    ReplyDelete
  3. Wahhh...mewah sungguh perkahwinan anak kak ros dan pok jib...rakyat bawahan menderita dgn GST...agak2 duit dtg dr mana diorg guna ni...kalau duit rakyat, tak berkat nanti perkahwinan tu...
    kita tgk berapa lama pasangan ni dpt bertahan...kalau duit haram, rakyat menyumpah...takkan selamat hidup...hehe

    ReplyDelete
  4. Saya ingin menyampaikan kepada seluruh Tki yang bekerja di negeri orang saya ibu SITI seorang TKI DI AUSTRALIA pengen pulang ke indo tapi gak ada ongkos sempat saya putus asah apalagi dengan keadaan hamil gaji suami itupun buat makan sedangkan hutang banyak kebetulan suami saya buka-buka facebook mendapatkan nomor aki katanya bisa bantu orang melunasi hutang melalui jalan TOGEL dengan keadaan susah jadi saya coba hubungi aki dan minta angka bocoran THAILAND angka yang di berikan 4D ternyata betul-betul tembus 100% bagi saudarah-saudara di indo mau di luar negri apabila punya masalah hutang sudah lama belum lunas jangan putus asah beliau bisa membantu meringankan masalah anda hubungi aki wowo di nomor +6285328880180--/-085-328-880-180 silahkan buktikan sendiri aki tidak melayani SMS demi allah saya sudah membuktikan. untuk info lebih jelas Klik: KLIK DI SINI





    Saya ingin menyampaikan kepada seluruh Tki yang bekerja di negeri orang saya ibu SITI seorang TKI DI AUSTRALIA pengen pulang ke indo tapi gak ada ongkos sempat saya putus asah apalagi dengan keadaan hamil gaji suami itupun buat makan sedangkan hutang banyak kebetulan suami saya buka-buka facebook mendapatkan nomor aki katanya bisa bantu orang melunasi hutang melalui jalan TOGEL dengan keadaan susah jadi saya coba hubungi aki dan minta angka bocoran THAILAND angka yang di berikan 4D ternyata betul-betul tembus 100% bagi saudarah-saudara di indo mau di luar negri apabila punya masalah hutang sudah lama belum lunas jangan putus asah beliau bisa membantu meringankan masalah anda hubungi aki wowo di nomor +6285328880180--/-085-328-880-180 silahkan buktikan sendiri aki tidak melayani SMS demi allah saya sudah membuktikan. untuk info lebih jelas Klik: KLIK DI SINI

    ReplyDelete