Saturday, 21 March 2015

Saranan Perubahan Nizar Jamaluddin Harus Disambut Baik


Pas adalah sebuah parti politik Islam dan bukannya badan dakwah sukarela. Sebagai parti politik, matlamat Pas tentunya ialah kuasa dan daripada kuasa itulah dijadikan landasan mencari keredaan Tuhan.

Ia sama-sekali berbeza dengan badan dakwah sukarela yang hanya mencari keredaan Tuhan tetapi tidak bergantung kepada kuasa. 

Penyertaan Pas dalam banyak pilihanraya sejak penubuhannya dan gerak kerja kempennya yang bersungguh-sungguh dalam merebut kuasa atau mengekalkan kuasa adalah petanda jelas bahawa kuasa memang keutamaan dalam perjuangannya.

Disebabkan kepentingan kuasa, walaupun Pas sejak lama memperjuangkan hudud, ia pernah merehatkan agenda itu dengan menjadikan konsep negara kebajikan sebagai gantinya sejak 2008 apabila bekerjasama dengan PKR dan DAP.

Konsep negara kebajikan ini menjadikan Pas semakin dekat dengan pengundi bukan Islam sehingga mampu menang di banyak kawasan pilihanraya di Selangor, Perak, Johor dan lain-lainnya.

Presiden Pas, Haji Hadi Awang dalam video yang boleh ditemui dalam youtube pernah menyebut bahawa hudud tidak boleh dilaksanakan selagi masalah pengangguran tidak diselesaikan kerana kejadian curi misalnya ada hubung kait dengannya.

Tetapi kenyataan mutakhir beberapa pemimpin Pas setelah isu hudud bangkit kembali sekarang ini barangkali memeningkan kepala ahli-ahli parti itu sendiri. Haji Hadi berkata, wawasan Pas ialah akhirat dan bukannya setakat 2020 saja.

Ia adalah jawapan beliau sehari selepas Dun Kelantan meluluskan pindaan enakmen bagi melaksanakan hudud di negeri itu. Kenyataan ini memberi gambaran bahawa Pas lebih  mementingkan akhirat dan sanggup kehilangan undi, sokongan dan kuasa semata-mata kerana ingin melaksanakan hudud.

Kenyataan ini tentunya tidak selari dengan sejarah bagaimana undang-undang hudud ini telah tertangguh untuk dilaksanakan sejak lebih 22 tahun lalu, bahkan ia juga pernah direhatkan untuk digantikan dengan negara kebajikan. Lebih dari itu, Haji Hadi pernah menyatakan hudud tidak boleh dilaksanakan selagi ada masalah pengangguran.

Mursyidul Am Pas yang baru, Dr Harun Din pula berkata, parti itu meletakkan perjuangan menegakkan hukum hudud jauh lebih penting daripada kerjasama dalam PR.

Katanya, perjuangan menegakkan hukum hudud sudah sebati dengan Pas dan tidak akan berganjak daripadanya.

Kenyataan Dr Harun Din ini juga memberi erti bahawa Pas lebih rela kehilangan undi, sokongan dan tidak lagi memikirkan kuasa di masa depanndemi untuk melaksanakan hukum hudud itu.

Sebagai parti politik yang dalam masa sama mahu mencari keredaan Tuhan, Pas tidak seharusnya lupa atau malu-malu kepada kuasa yang mahu dikejarnya. Berbanding ada kuasa dengan tiada kuasa, lebih banyak keredaan boleh dilakukan jika kuasa dalam genggaman.

Malangnya, Haji Hadi dan Dr Harun seperti tidak ingin kuasa sekarang ini. Ia secara langsung bertentangan dengan matlamat Pas itu sendiri sebagai sebuah parti politik.

Mungkin ini juga menyebabkan ahli Pas sendiri berpecah. Lebih ramai rasanya dalam Pas yang ingin mengambih alih kuasa UMNO bagi menyelamatkan negara dan rakyat dari terus dirompak di siang hari sebagaimana yang berlaku sekarang.

Menyelamatkan negara juga adalah jihad dan mungkin lebih besar keredaannya daripada Tuhan. Keberanian yang sedang dilakukan oleh banyak pihak terhadap kerajaan sekarang juga bertujuan untuk menyelamatkan masa depan negara. Mungkin Haji Hadi dan Dr Harun tidak nampak  perkara ini, sebaliknya hanya melihat hudud satu-satunya punca keredaan Tuhan.

Jawapan kepada persoalan ini sebenarnya adalah sepertimana yang dinyatakan dengan berani oleh bekas Menteri Besar Perak, Nizar Jamaluddin  bahawa Pas memerlukan perubahan kepimpinan sekarang ini.

Katanya, krisis yang dihadapi Pas sekarang ialah berkaitan pemikiran kepimpinannya dan jika kepimpinan sekarang menunjukkan ada unsur-unsur kelemahan, maka ia perlu diubah sesuai dengan hak yang diberi kepada perwakilan serta dibenarkan oleh perlembagaan parti.

Tidak syak lagi bahawa Nizar menyedari pimpinan Pas sedia ada sudah tidak relevan lagi untuk meneruskan perjuangan parti itu sebagai sebuah parti politik. Keberanian beliau menyatakan perkara penting ini seharusnya disambut baik demi masa depan dan survival Pas sendiri.

Dengan keadaan lebih terbuka untuk meraih kuasa, Pas memang selayaknya dipimpin dan dikemudi oleh watak yang betul pemikiran dan perjuangannya, bukan lagi oleh sosok dan pemikiran seperti Haji Hadi dan Dr Harun Din. 

Nizar sudah membuka jalan dan memulakan langkah beraninya, maka yang lain tidak seharusnya berlengah lagi. (SH 21/03/2015)

22 comments:

  1. Jika PAS hilang Kelantan dalam PRU14, bolehkah hudud ini dipertahankan? Tanpa kuasa politik, banyak perkara tidak dapat dijayakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. indon katiman surabaya,,ko nak main jud, ko main la sorang-sorang or ko ajak atuk lu main..ok? kambing punya indon sekor nie? kat mana-mana ada je indon kambing sekor nie? lancau la indon kambing?

      Delete
  2. SOKONG...
    TAK ADA KUASA POLITIK MACAMANA NAK KUATKUASAKAN UNDANG2 TERMASUK HUDUD.


    INI PENGUNDI MESTI FAHAM.
    KITA MENGUNDI MASA PRU UTK DPTKAN KUASA MEMERINTAH
    DARI KUASA MEMERINTAH INILAH BARU KITA BOLEH ROBAH UNDANG2 YG ADA KEPADA UNDANG2 HUDUD.

    KALAU PAS DAH TAK MAHU KUASA POLITK DAN MEMIKIR POLITK TAK PENTING LAGI, LEBIH BAIK JADI BADAN DAKWAH AJE. JGN KELIRUKAN PEMIKIRAN RAKYAT DAN PENGUNDI.

    SYABAS DATOK NIZAR

    ReplyDelete
  3. Bukan fasal tak mau kuasa , fasalnya nakkan ulama sebagai pentadbir parti dengan sokongan semua dan puak profesional. Puak profesional konon kena fikir juga profesional Islam. Teraju PAs perlulah teguh islamnya dari yang jadi ahlinya. Yang beri kenyataan terbuka amatlah parah jika kenyataan itu akan menjadi peluru atau perangkap untuk menjatuhkan parti.Komen terbuka seperti melecehkan PAS. Pasma akan senyum lebarlah..gengnya pun sama..sendiri mau ingat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hoi togel Anon 08:20

      Kamu tak tahu kah Musyidul Am PAS sekarang adalah jutawan korporat Pokok Jati di negara 1Malaya? Kamu tak tahu kah bahawa Hadi Awe adalah Presiden Plip-flop No. Wahid di 1Malaya? Kalau dahulu Mantan PM Tun Mahathir berkelakuan begini, kamu semua marah sangat dan katakan beliau terlalu mementingkan dunia. Kamu ingat Harun Din dan Hadi Awe tu jelmaan Rasul atau Malaikat atas muka bumi 1Malaya ni? Banyakkan membaca dan jangan jadi seperti "ikan kering", mata sentiasa terbuka tapi tak nampak apa-apa.

      Delete
    2. Salam Monkey Shooter,

      Aku dengar juga pasal projek pokok-JATI tu dan tanah kat Kerincchi sentralPark...soal nya mcm mana boleh dpt REMBAT projek tu dgn mudah?

      Baik betoi umno dgn dia tu, mcm kat Peransang Slangor senang2 rembat ESOS 500ribu...itu yg dah NAMPAK, yg ddlm GELAP??

      Jd musuh ddlm SELIMUT dgn PR/pakatan..lebai2 punya SAHAM tggi melambong,dimana umno mlalui jln GELAP pasti beri perhatian serta belaian yg sgt2 LUMAYAN..

      Sbb itu ulangalik2 LONDON Turki dgn kmewahan BMW 7seris VellFire serta MiniCooper dah jd BIASA serta serupa mcm "warlord2" umno shj gaya dan lagaknya

      Delete
  4. sbb apa pas diperleceh..mesti tau ma,,golongan ulama rasa dia je dapat pahala..orglain dah x dapat..klu nak mentadbir kena ler kaji dulu masa kini dan dahulu mcm mana...ni baru dapat jd ulamak dunia..dah mula sombong...sepatutnya bg golongan professional yg lebih islamik supaya mentadbir parti..golongan ulamak cuba bg teguran klu ada salah..ini mcm mana golongan ulamak yg ada sesuatu tujuan ngan umno

    ReplyDelete
  5. Saranan Perubahan Nizar Jamaluddin Harus Disambut Baik - Harus jer.. bukan wajib!

    ReplyDelete
  6. Bukannya TGHH dan TGHD tak bagus.Bagi saya mereka ber2 kalau diibaratkan ubat, ianya ubat yg telah tamat tempoh.

    ReplyDelete
  7. Pembentangan hudud yang diwar-warkan oleh kerajaan negeri Kelantan telah menenggelamkan kerisauan rakyat tentang cukai GST.

    Saya percaya rakyat Kelantan ketika ini akan mempersetakan bebanan cukai GST yang akan mereka tanggong bermula pada 1 April akan datang kerana mereka sudah memiliki hudud. Hukum hudud akan memberi mereka diskaun ketika membeli barang dan jika mereka mati sudah pasti mereka akan ditunjukkan jalan ke syurga kerana mereka menyokong perlaksanaan hudud.

    Persoalannya siapa yang akan menguruskan hukum hudud itu setelah semua pihak bersetuju menerima pakai hukum tersebut.

    Apakah orang akan melaksanakan hukum hudud itu akan bertindak adil dimana yang salah akan dihukum dan yang tidak bersalah akan dibersihkan namanya dari penghinaan ?

    Dalam mahkamah syariah kes qazaf antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, apakah mahkamah itu sedang menegakkan keadilan untuk mangsa atau menegakkan benang basah orang yang berkuasa...?

    Kenapa DS Jamil Khir tidak mencadangkan kes liwat Anwar dibicarakan dalam mahkamah syariah tapi membiarkan kes liwat itu dibicarakan dalam mahkamah sivil ?

    Menteri agama yang boleh link dengan tuhan sudah kelihatan buruk perangai... Apakah hukum hudud kerajaan negeri Kelantan akan lebih baik dari hukum yang sedia ada ?

    Atau cakap saja... Tak serupa bikin ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat ja hudud..jgn layan sgt kata org..tanya abu lahab mmg la tak nak.

      Delete
    2. Anon 21 March 23:38

      Nancy Shukri berkata rang undang-undang persendirian berhubung pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) di Kelantan tidak mungkin dapat dibentangkan pada sidang Dewan Rakyat yang berlangsung sekarang.

      Macam mana nak buat hudud...? Keturunan Abu lahab ramai jadi ahli UMNO Baru... Kalau tak percaya tanya Musa Hitam.

      Selepas ni...Harun Din boleh pujuk dan pimpin ahli PAS tangkap jin. Hadi Awang pula boleh tengok GPS untuk cari jalan ke syurga.... He...he..he..

      Delete
  8. hukumannya mudah. Kamu tolak hudud maka kamu tak beriman. Di situ sudah jelas ketidakadilannya dlm menjatuhkan hukuman. So kamu masih bergantung harap kepada mereka2 ini utk melaksanakan hudud?. Ada di tanya kenapa si polan dan si polan menolak hudud?. Aku tolak hudud?. Tak. Tapi aku juga bersetuju dgn BOSS kepada Hj Hadi, Yusuf Qardawi dlm memberi pandangan tentang hudud. Adakah Yusuf Qardawi tidak beriman bila memberi pandangannya itu?.

    ReplyDelete
  9. Betul kata mu kedua2 TGHA dan TGHD ibarat ubat yg dah tamat tempoh. Mungkin berguna kepada Umngok.

    ReplyDelete
  10. Yg patut risau sekarang ialah pkr..tanpa sokongan pas parti ni tinggal india ja.. Tahu buat mogok lapar..bila lapar bising..

    ReplyDelete
  11. Nizar pun patut retired la..sebodoh umno pun tak la bg geran 999 tahun kat cina..

    ReplyDelete
  12. Sibuk budin pasal pr..suke betul dia kalo bab2 pr gaduh ni..jenis pernah isi borang umno mmg hati umno jugak..dulu kini dan selamanya.

    ReplyDelete
  13. Setelah kematian Nik Aziz baru kelihatan belang sebenar Hj Hadi dan Ustaz Haron Din. Sedikit demi sedikit terungkai sebab musabab Ustaz Nasharudin begitu berani membuka perbincangan dengan pentadbiran Pak Lah satu ketika dahulu. Begitu juga kegopohan Hassan Ali berbincang mengenai pembentukan kerajaan Selangor dengan BN pada malam tsunami 2008. Ternyata wujudnya dalang yang bertindak sebagai tangan yang tersembunyi dalam mewajarkan setiap kejadian. Lantas sehingga hari ini tiada sebarang tindakan dikenakan kepada Ustaz Nasha. Para pendokong PAS mempunyai satu pilihan saja demi mengekalkan PAS sebagai wadah politik yang memancarkan politik Islam untuk seluruh rakyat Malaysia ..lupakan lah Hj Hadi.

    ReplyDelete
  14. Hadi and Harun and their associates want to go to heaven - at whatever cost to the rest of PAS members, PAKATAN and the country. Hence, their heaven pursuit has left others in the country in hell with UMNO-BN continue on its unabated path of profligracy and cruelty... In my humble opinion, such selfish leaders and followers in PAS are not fit to be where they are! History and the coming generations shall judge them appropriately. And, when they leave this earth behind, guess what shall they get from Allah swt?

    ReplyDelete
  15. Apa bila Mohd Amar Nik Abdullah berkata beliau yakin PAS boleh hidup tanpa PKR dan DAP jika ditakdirkan Pakatan Rakyat berpecah selepas ini ekoran ketegasan parti itu mahu melaksanakan hukum hudud, maka dengan sendirinya telah terungkai bahawa dalam politik tiada rakan abadi.

    Dalam politik hanya wujud kepentingan parti saja. Tanpa mempedulikan hati dan perasaan sesiapa. Perjuangan bermaksud pertempuran mengalahkan persaingan dalam merebut pengaruh bagi mencapai dan mengkotakan cita-cita.

    Kita perlu sedar dalam politik tidak ada perebutan agama melainkan kuasa dan ekonomi. Kedua-dua perkara ini akan menentukan kedudukan agama dan perundangannya.

    Ini menjadikan PAS tidak serasi berada dalam Pakatan Rakyat kerana DAP PKR berjuang untuk dapatkan kuasa dan ekonomi sedangkan PAS yang dalam gabungan itu memperjuangkan hudud dan keredhaan Allah saja.

    Apabila rakan parti berbaik dengan musuh parti atas usul yang bukan keutamaan maka ia adalah musuh parti. Musuh kepada musuh parti adalah kawan parti.

    Dalam keadaan ini sudah jelas PAS sudah bersedia bermusuh dengan rakan dalam Pakatan Rakyat.

    Jika dibiarkan jadilah ia sebagai musuh dalam selimut, gunting dalam lipatan, musang berbulu ayam.



    ReplyDelete