Thursday, 12 March 2015

Masih Menunggu Jawapan Razak Baginda


Sebagaimana yang  saya tulis di blog ini tidak lama dulu mengenai penganalisis politik yang  pernah dikaitkan dengan pembunuhan Altantuya Sharibuu, Abdul Razak Baginda yang ingin bertemu dengan saya, ramai yang bertanya mengenai perkembangan selanjutnya tentang perkara itu.

Saya ditanya mengenai perkara itu melalui SMS, Whatsapp, pesanan di Facebook atau pun ketika bertemu rakan-rakan atau mereka yang mengenali saya.

Rata-rata ingin tahu apakah saya sudah berjumpa atau belum dengan Razak Baginda?

Dalam mesej yang dihantar melalui Facebook  portal berita Semut Harian, Razak Baginda menyatakan ingin berjumpa dengan saya bagi menjelaskan beberapa perkara mengenai tulisan saya yang bertajuk "Sombongnya Razak Baginda..." yang disiarkan di portal tersebut.

Beliau telah menghantar mesej ingin berjumpa itu sebanyak dua kali melalui Facabook Semut Harian.

Sebenarnya sebaik menerima mesej tersebut, saya sudah pun menghantar email kepada Razak mengenai kesediaan saya untuk berjumpa dan mendengar sendiri penjelasan daripadanya.

Saya juga menyatakan agar dibenarkan team portal Semut Harian ikut sekali dalam pertemuan itu kerana mereka turut ingin merakamkannya bagi tatapan pembaca, selain ingin bertanya beberapa soalan lain berkaitan isu pembunuhan Altantuya yang semakin hangat diperkatakan sekarang, lebih-lebih lagi sejak salah seorang pesalahnya, Sirul Azhar Umar melarikan diri ke Australia.

Malangnya Razak telah membalas email itu dengan menyatakan beliau tidak mahu ada sesiapa yang lain hadir dalam pertemuan itu, sebaliknya mahukan ia hanya antara beliau dengan saya saja.

Razak juga menyatakan terserah kepada saya sama ada hasil pertemuan itu mahu dimuatkan dalam tulisan saya atau pun tidak.

Kemudian saya membalas lagi dengan mengatakan saya sedia mematuhi syarat-syaratnya tetapi meminta kepadanya agar dibenarkan merakamkan sekurang-kurangnya sekeping gambar mengenai pertemuan itu sebagai bukti dan juga untuk tatapan pembaca-pembaca blog saya.

Saya juga menyatakan kepada Razak bahawa rakaman gambar itu penting kerana ramai yang ingin menatap wajah terbarunya, selain untuk membuktikan kepada umum beliau benar-benar berasa bebas ketika ini.

Kali terakhir saya menghantar email kepada Razak ialah pada 24 Februari lalu tetapi sehingga kini masih belum mendapat apa-apa jawapan  balas daripadanya.

Jika Razak Baginda membaca tulisan ini,  saya harap beliau segera memberikan responnya dan saya masih sabar menanti jawapan daripadanya. (SH 12/03/2015)

Inilah mesej pertama yang dihantar oleh Razak Baginda...

Ini pula mesej kedua Razak Baginda yang disertakan dengan alamat emailnya sekal...

9 comments:

  1. apalah sangat nak diharapkan dari burung yang terlepas dari perangkap kini dalam sangkar emas
    burung kakak tua apa dia boleh cakap kalau tidak apa yang tuan dia ajar
    macam pi jumpa crul apa bole dapat hanya 1 saja dapat 'saya diarahkan'
    mana berani dia mau cakap kecuali dia kurang waras sikit

    ReplyDelete
    Replies
    1. INFOTUYULMESIR: tuyul ini sangat kecil ukurannya,kira-kira tingginya 5cm-6cm,tuyul ini dapat dilihat dengan mata terbuka Jika (NAMA) sudah Memberikan Minyak khusu bagi anda yang ingin Kontrak atau ingin Beli tuyul.
      orang lain tidak dapat melihatnya. Bagaimana merawatnya..?? Sangat mudah ,tuyul ini sangat canggih & tidak merepotkan, tuyul ini tidak suka netek pada ibu-ibu, tuyul kepunyaan AKI hanya perlu 1 buah kamar khusus tempat tuyul bermain & istirahat serta butuh KUNYIT DAN SUSU BIASA yang sering Diminum anak-anak, seperti SUSU CAP BENDERA, anda tidak usah takut atau repot, karena Kunyit banyak Dijual di pasar-pasar terdekat di kota anda, itupun hanya diberikan jika si tuyul akan bertugas mencuri uang/perhiasan, tuyul ini sangat setia dengan majikannya. Berapa harganya..?? khusus untuk tuyul biasa AKI DARMO harga yaitu 15 JUTA, dan jangan Khwatir, karena ada sistem ngontrak, Hanya 5Jt/ tahun, dan Bisa menghasilkan uang sekitar 20jt/Hari. Tuyul Mesir pintar sama seperti tuyul lainnya, tetapi terdapat perbedaan yaitu Memiliki Pakean yang Bagus dan topi yang kayak seperti Jin dan Jun, atau Tuyul dan AKI Tuyul ,selain itu Tuyul Mesir dapat berlari lebih kencang daripada tuyul biasa, lebih pintar mencuri uang/perhiasan, oleh karena itu disebut tuyul spesial, kenapa begitu..?? karena banyak Paranormal atau para ahli hikmah mengakui sulit untuk menangkap TUYUL MESIR karena lari'nya cepat seperti kilat, hanya segelintir dukun sakti saja yang bisa menangkapnya, itupun harus menggunakan ilmu khusus yang sudah sangat langkah.
      SISTEM KONTRAK DARI KAMI :
      1.SISTEM KONTRAK TUYUL BIASA : Rp 15Jt DALAM WAKTU1
      TAHUN
      SISTEM KONTRAK TUYUL SPESIAL:Rp 25 Jt DALAM WAKTU 1 TAHUN
      &PENGHASILAN BISA MENCAPAI ATAU BAHKAN LEBIH 20Jt DALAM 1 HARI.
      2 SISTEM BELI: HARGA 15,JUTA
      HANYA SEHARGA 1,7 MILIAR
      Anda dapat memesan tuyul biasa atau tuyul MESIR silahkan
      TLP :
      082-310-142-255
      (AKI DARMO
      anda juga biasa dapatkan angka goib yang akurat tembus 100%dan pasti jebol.
      info selengkapnya silahkan ANDA Hub:BELIAU ATAU MEMINTA ANGKA TOGEL DI JAMIN TEMBUS ANGKA TOGEL 2D 3D 4D 5D 6D,


      Delete
  2. lepak la dia tgh tunggu mas ayg terbaiik la kot? kah.,.kag..ka...kaha,.a,a,a,.nnti dia dtg la dgn bokti-bokti termashyur tu ..kah..kah...kjah...?

    ReplyDelete
  3. Kalau Sirul tak terlepas pastinya Razak Baginda akan gembira tetapi sirul pula terlepas ke Australia maka jalan cerita telah berubah. Tetap tak lena tidur nampaknya.

    ReplyDelete
  4. Budin.. nampaknya hang pun nak kena C4 jugak yer. Ini Malaysia Budin, sedap2 kami dok baca blog hang, tuannya dah berkecai. Dah la blog melayu tak banyak. tulisan kritikal pun tak sampai 20 blog. Yg lainnya hampeh belaka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. berani menulis yg benar x ramai..
      blog mcm ni yg rakyat msia perlu baca.. supaya terbukak sikit kepala hotak tu.. jgn dok bodoh piang mcm pak menteri msia.

      Delete
  5. APABILA PENJENAYAH INI BEBAS DGN TIDAK SEPATUTNYE.IA MERUPAKAN TITIK HANCURAN NEGARA.YANG SUDAH LAMA PARAHMUSNAH SELAMA 22 TAHUN DI ERA PERMERINTAHAN ANAK HINDU PARIA PEMINPIN NEGARA YANG TERDAHULU. PENYAMBUNGAN PEMINPIN PENJENAYAH INI YANG SECARA TERANG TERANG MENJADI PEMINPIN PENJENAYAH AMAT INI TIDAK MEMPERDULIKAN APASAJA TINDAKANYE AKAN DIPERLAKUKAN.CONTOH YANG JELAS KITA LIHAT SECARA TERANG DAN JELAS DALAM KES KES ALTANTUYA ,RASUAH KAPAL SELAM,1 MDB,DANA NEGARA UNTUK BINI ,ADIK DAN KRONI PENJUALAN IC,KEDATANGAN PENDUDUK ASING.MARI LAH KITA BERAMAI RAMAI DOAKAN MOGA MOGA ADA KUMPULAN KUMPULAN YANG AKAN BERANI MENGHAPUSKAN MEREKA INI

    ReplyDelete
    Replies
    1. YA ALLAH makbulkan doa kami ini ...amin......

      Delete