Sunday, 1 March 2015

Agenda Melayu Diutama Selagi Ada Bulan Dan Bintang...Aduhhh, Burung Terbang Pun Boleh Jatuh Mendengarnya


Tiadalah kata-kata atau ungkapan yang lebih indah dan mengasyikkan yang diucapkan oleh Perdana Menteri, Najib Razak di majlis Himpunan Kebangkitan Melayu semalam selain janjinya bahawa agenda Melayu akan terus diutamakan selagi ada bulan dan bintang.

Janji ini pastinya akan membuatkan sesetengah pihak terlentok syahdu dengan keasyikan yang menggairahkan itu,  lantas merasakan inilah pemimpin yang benar-benar memperjuangkan nasib bangsa Melayu.

Jika ada ombak sedang memukul pantai ketika ucapan itu dilafazkan, ia akan berhenti seketika kerana ucapan itu jauh lebih menggairahkan. Burung yang sedang terbang pun akan jatuh kerana kata-kata itu akan membuatkan haiwan itu terpana lalu terlupa mengembangkan sayapnya.

Jika seorang lelaki pula mengucapkan kata-kata itu kepada kekasih hatinya, pastilah ia dianggap janji paling menggiurkan sehingga apa juga rintangan dan lautan api pun sanggup dihadapi.

Begitulah asyik dan indahnya kata-kata dan ungkapan "selagi ada bulan dah bintang" ini. Ia boleh membuatkan ramai orang terlena dan terbuai-buai dengannya.

Tetapi apabila Najib tiba-tiba malafazkan janji demikian, benarkah ucapan itu, bolehkah ia diyakini dan kenapa hanya sekarang ianya diucapkan?

Semua orang tahu, sejak Najib mengambil alih kepimpinan negara pada 2009, banyak liberalisasi dan tolerasi telah diterapkan dalam gaya kepimpinannya. Gagasan 1Malaysia yang mula-mula diperkenalkannya adalah lambang hasrat membawa lebih kesamarataan dalam pentadbirannya.

Jika di zaman Mahathir atau Pak Lah, setiap kali Perhimpunan Agung UMNO, teriakan Hidup Melayu selalu saja bergema tetapi di awal pemerintahan Najib, teriakan itu tidak lagi kedengaran. Hanya setahun dua ini saja teriakan itu dikembalikan semula.

Ia diikuti dengan tindakan Najib membuka akaun FB dengan nama Ah Jib Gor, bersikap lebih toleran kepada kaum Cina dan India sehingga ke majlis perayaan kedua-dua kaum itu pun beliau memakai pakaian tradisi mereka.

Ini sesuatu yang tidak pernah dibuat oleh mana-mana pemimpin sebelum ini, malah Mahathir selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri juga tidak pernah berbuat demikian. Kalau ada pun Mahathir hanya berbaju kemeja merah saja ketika menghadiri perayaan Tahun Baru Cina.

Dalam satu sambutan Tahun Baru Cina, Najib juga sanggup berlakun dalam sebuah iklan televiseyen dengan memukul gong yang menjadi tradisi kaum Cina.

Lebih dari itu, tuntutan daripada komponen BN sendiri terutamanya MCA mengenai kesamarataan ekonomi dan UMNO tidak harus selama-lamanya menjadi "abang besar" dalam BN langsung tidak mendapat bantahan daripada Najib. Beliau hanya berdiam diri saja walaupun ia amat menyinggung perasaan orang Melayu.

Najib juga memansuhkan ISA dan Ordinan Darurat untuk menunjukkan sikap liberal dan toleransinya. Akta Hasutan juga pernah dijanji untuk dimansuhkannya, tetapi ditarik balik kemudiannya kerana mendapat bantahan yang meluas daripada golongan kanan dalam parti dan kerajaan.

Semua tindakan liberal Najib pada umumnya menimbulkan kebimbangan dalam kelompok Melayu sendiri. Dari sinilah lahir dan mendapat tempatnya pelbagai NGO seperti Perkasa, Isma, Jati dan lain-lainnya atas nama menjaga kepentingan Melayu dan Islam.

Diakui bahawa dalam sesetengah keadaan apa yang dilakukan Najib seolah-olah cuba melanggar kontrak sosial dan pembahagian hak yang sudah pun termaktub dalam Perlembagaan. Ramai yang berpendapat bahawa Najib tidak perlu menunjukkan dirinya terlalu liberal, mirip kecinaan atau keindiaan kerana dengan mematuhi kontrak sosial dan Perlembagaan saja sudah merangkumi pembelaan yang menyeluruh kepada semua kaum.

Namun, harapan Najib agar semua yang dilakukannya itu membuahkan hasil yang positif dalam PRU 13 ternyata gagal. Beliau kalah lebih teruk daripada Pak Lah yang ditanggapi sesetengah pihak lebih banyak tidur dari jaga dalam mentadbir negara. Malah Najib meluahkan kekecewannya dengan mengatakan keputusan pilihanraya itu sebagai tsunami Cina.

Mujurlah pengundi Melayu luar bandar yang terdiri daripada pakcik kedai kopi dan makcik Felda terus menyokong dan meyakini perjuangan UMNO. Najib akhirnya sedar Melayu yang cuba ditinggalkan itulah yang terus menyokongnya manakala kaum lain yang ditunjukkan sikap dan kesamarataan tetap juga menolaknya.

Sejak selepas PRU 13, Najib tidak pernah lagi menyebut ungkapan 1Malaysia. Ia seolah-olah sudah ditongsampahkan sedangkan itulah yang dibanggakan sebelum ini.

Sejak itu juga Najib mula perlahan-lahan mencantumkan semula carik-carik jiwa dan perjuangan Melayu yang sudah diselerakkannya sebelum ini.

Ditambah dengan pelbagai tekanan, termasuk dalam UMNO sendiri, terutama sejak Mahathir, Daim dan sebahagian yang lain merasakan kepimpinannya yang terus lemah dan banyak masalah lebih mungkin membawa kekalahan kepada BN dalam pilihanraya akan datang, kedudukan Najib jadi kian terumbang-ambing.

Najib seolah-olah tiada pilihan untuk menyelamatkan dirinya selain menunjukkan dirinya tetap kuat berjiwa Melayu.  Jika hari ini janji "selagi ada bulan dan bintang" dilafazkannya, dalam perhimpunan ketua-ketua UMNO bahagian pada 8 Mac depan, mungkin lebih banyak  lagi janji dan kata-kata indah bakal kita dengari. 

Juga, jika ada perhimpunan lain yang bertujuan menyatakan sokongan kepada Najib selepas ini, terpacul lagilah janji-janji indah yang mengkhayal dan mengasyikkan itu.

Tetapi bolehkah semua janji itu diyakini dan dipercayai?

Sebagaimana janji kekasih yang melafazkan "selagi ada bulan dan bintang" selalunya lebih kerap tersekat di tengah jalan atau pemungkiran juga banyak berlaku selepas berkahwin, begitulah juga janji Najib ini.

Kata budak-budak rock, ia hanyalah "janji sebelum dapat" saja. (SH 01/03/2015)

11 comments:

  1. Ungkapan "SELAGI ADA BULAN DAN BINTANG" sebenar nya tidak begitu tepat. Apa, puak puak UMNO-BARU ini sudah melupai slogan nya sendiri kah? Bukan kah slogan yang berbunyi' DULU, KINI DAN SELAMA NYA" itu membawa maksud akan berkekalan sehingga bila bila. Pengertian "SELAMA" nya buat diri saya ada lah melangkau setelah di "HISAB" tak gitu?
    Saperkara yang perlu di renungkan berhubung dengan perlakukan Ah Jib Gor ada lah secara dia menyambut hari tahun baru Cina dan India. Bukan kah orang "ISLAM" di tegah dari "MENYERUPAI" puak puak itu cari menyambut hari kebesaran mereka. Ia nya mengakibat kan akidah. Mana pergi Jamil Khir yang misai melenting itu. Sebagai Menteri yang menjaga agaman tak kan tak berani tegur. Lupakah kamu bahawa dek jawatan itu kamu akan di pertanggung jawab kan di Mahkamah Rabbuljalil nanti.
    Buat orang orang ME-layu, terutama para ahli UMNO-BARU yang tidak tau maksud ayat 113 dari surah HUD jangan lah "TERPANA" dengan ucapan Ah Jib Gor itu.
    Kalau Ah Jib Gor ikhlas, kembalikan royalti yang telah kamu rompak kepada rakyaat Kelantan yang mempunyai hak keatas nya atau mungkin kamu nak mengembalikan nya di "SANA" nanti!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju....... mana butang like nih...

      Delete
    2. setuju....... mana butang like nih...

      Delete
    3. Rakyat kelantan lebih dari 90% adalah melayu. Siapa yg abe jib nak kelentong?

      Delete
  2. ...teringat perjanjian 'melayu' pahang, ts noh, datuk najib dgn 'cina' lim goh tong perihal jangkamasa pajakan tanah genting highlang/casino...TEMPOHMASA PAJAKAN SELAGI ADA BULAN DAN MATAHARI...ps : melayu-pahang yg susah nak dapat 'sekangkang kera-rosmah' pun perit !!!

    ReplyDelete
  3. Orang Melayu Senang Khayal Dengan Kata Kata Manis!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa yang nak di katakan kerana feel kebanyakan orang ME-layu sudah begitu. Sebagai cotoh para Penorka FELDA berkaitan dengan FGV. Ada mereka yang prihatin memberikan penerangan berkaitan dengan risiko FGV, langsung tak di hiru kan. Kini harga saham sudah merudum, apa yang kamu akan jawap kepada mereka yang prihatin?

      Delete
  4. Siapa yang percaya pada najib dialah manusia paling bangang dalam dunia ni.

    ReplyDelete
  5. apa ni ayat selagi bulan dan bintang dah tak laku da...
    Ah Jib gor ingat org Melayu la ni dok guna lagi ka perkataan camtu.
    Ia membawa konotasi negatif yg jadi duri dlm hati Melayu disebabkan perbuatan org dulu2.
    Dia ni guna lagi perkataan tu, nmpk sngat tak tau "denyut nadi rakyat"

    ReplyDelete
  6. Abg Jib dah tersasul sebut bulan dan bintang tu. Sepatutnya matahari dan bintang. Bulan dah ada orang yg punya...hehe. Dah terlepas ckp...nak kata apa ya...

    ReplyDelete
  7. Apa jadi dgn janji menurunkan harga kereta dgn menyemak cukai jualan dsbnya? Sprt yg terkandung dlm manifesto BN PRU13? Alih2 rakyat d hidang dgn GST pulak. Macai2 taknak demand?

    ReplyDelete