Tuesday, 3 February 2015

Saya Dijemput Bertemu Razak Baginda


Berikutan rencana tulisan saya dalam portal Semut Harian atau The Ant Daily yang bertajuk "Sombongnya Razak Baginda..." yang disiarkan pada 1 Februari lalu, penganalisis politik yang pernah terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya itu telah memberikan respon segeranya melalui portal tersebut.

Dalam responnya itu, beliau menyatakan hasrat untuk bertemu dan berbincang mengenai beberapa dakwaan yang saya bangkitkan dalam tulisan tersebut.

Katanya, beliau ingin bertemu secara langsung dengan saya yang mendakwanya sebagai sombong berikutan temubualnya dalam The Malaysian Insider, supaya dapat mendengar sendiri cerita daripada pihaknya pula.

Saya menunggu balasan dan berharap beliau sedia berjumpa saya. Ini adalah peluang untuk beliau bertanya secara langsung dengan saya, tulis Razak Baginda dalam komennya di Facebook Semut Harian.

Secara peribadi, saya amat berbesar hati atas reaksi dan keinginan Razak Baginda untuk bertemu dengan saya. Ini iuga merupakan peluang bagi saya, sebagai penulis, untuk mendengar sendiri banyak perkara mengenai kontroversi pembunuhan Altantuya itu.

Saya akan menghubungi beliau dengan seberapa segera dan sekiranya hasil pertemuan itu dibenarkan untuk dipaparkan kepada umum, saya akan menulisnya di blog ini dan juga di portal Semut Harian di mana saya merupakan salah seorang penulis tamunya. 

Sudi-sudilah menunggu perkembangan seterusnya. (SH 03/02/201)

Ini adalah mesej yang dihantar oleh Razak Baginda melalui Semut Harian..


Satu lagi mesej yang juga dihantar oleh Razak Baginda...

19 comments:

  1. Tn Shahbudin,

    Sebaiknya Tn merujuk kembali kepada intipati semua akuan bersumpah I PI Bala sebelumnya. Banyak info yang dinyatakan PI berkenaan yang berkait dengan pernyataan dari mulut Razak Baginda sendiri. Antaranya ialah Razak ada memberitahu Bala bahawa Altantuya itu sebelumnya ada hubungan intim dengan Najib Razak sebelum "diwasiatkan" oleh Najib kepada Razak Baginda. Gelidah semua ini..

    Siasatan isu Scorpeen di Perancis mendedahkan syarikat Razak di Hong Kong ada menerima bayaran ratusan juta RM dari transaksi urusniaga Scorpeen. Adakah 100% wang ini kekantung Razak dan keluarganya atau sebahagian dari jumlah itu di kreditkan juga ke akaun akaun lain?. Duit apakah sebenarnya ini dan perkhidmatan apa yang telah syarikjat Razak beri untuk bayaran yang luar biasa besar ini?.

    Banyak lagi yang tuan boleh tanyakan dalam pertemuan nanti. Dan mohon izin dirakamkan bual bicara Tuan dan beliau. Jika boleh bawa sekali Polygraph Machine. Dan Razak Baginda sendiri jangan terlalu banyak mengenakan syarat jika beliau ikhlas mahu dedahkan kebenaran dan membersih nama baik beliau yang sebenarnya masih sangat sangat diragui walau pun beliau dibebaskan mahkamah. Rakyat Malaysia pastinya akan memerhati dan ikuti sejauh mana Razak Baginda bersikap transparence untuk menjernbihkan keadaan yang berserabut sekian lama.

    ReplyDelete
  2. Saya cadangkan admin memberi peluang kepada pembaca untuk membuat saolan-saolan bagi membantu admin pilih dan lanjutkan persaolan-persaolan itu kepada Razak Baginda.

    Razak Baginda begitu beruntung kerana namanya telahpun dibersihkan oleh mahkamah dalam tempoh yang lebih pantas berbanding dengan Anwar yang hingga sekarang belum tahu nasibnya.

    Persepsi ke atas dirinya tidak boleh dielakkan hatta selepas dia matipun...tetapi nampaknya Razak Baginda begitu galak sekali untuk mengulas atas alasan proses mahkamah telah selesai untuk mewajarkannya berbuat demikian...

    Secara kebetulan Sirul kini bebas di Australia yang memungkinkan dia juga akan memperjelaskan beberapa perkara yang tidak dihuraikan di mahkamah.

    Antara Razak Baginda dan Sirul - huraian siapa yang lebih meyakinkan !!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hidup lgi kau.ingatkan dah kojol.

      Delete
    2. Siapa yang mampu menyediakan bukti dan fakta bagi menyokong hujah mereka, maka yang itulah harus lebih dipercayai dan diterima tidak peduli samada ianya Najib, Razak Baginda, Sirul mahu pun Kluangman sendiri. Mahkamah dan judger wajib buat keputusan berdasarkan hujah yang disokong dengan bukti dan fakta, bukannya kerana taraf dan status seseorang itu dan mahkamah mahu pun hakim tidak harus menjadi penghalang terhadap usaha membawa bukt relevan oleh kedua belah pihak. Jgn ulangi perangai sorang hakim coklat hacks yg dah pergi tu. Apa motif orang tu yg mengatakan motif tidak penting dlm kes pembunuhan Altantuya ni. Ringan mulut jer dia beranggapan begitu.

      Delete
  3. Persoalan paling pokok, kenapa pihak pendakwa tidak meletakkan Razak Baginda sebagai saksi pendakwaan semasa perbicaraan, supaya boleh disoal balas? Sedangkan secara nyata tanpa dapat dipertikaikan lagi bahawa kes itu bermula dgn panggilan telefon oleh Razak Baginda sendiri kpd pihak polis. Ini menunjukkan ada sesuatu yg hendak diselindungi oleh pihak pendakwa.

    ReplyDelete
  4. Apa pun alasan mahkamah, samada motif penting atau tidak dalam perbicaraan kes pembunuhan, apa yang rakyat perhati, dengar dan lihat, adalah wajar sekali untuk rakyat meragui kes ini jika dibanding kes pembunuhan yang seumpama itu sebelumnya. Kenapa mahu menyalah dan membisukan mulut rakyat jika apa yang dihidangkan di depan rakyat hari ini adalah " 1+1=0" dan tidak lagi "1+1=2" seperti sebelum dan selama ini yang menjadi amalan dan fakta. Apakah di Malaysia hari ini ada hukum mathematik baru yang perlu dunia terima dan amalkan?.

    ReplyDelete
  5. Kes pembunuhan Altantuya ini adalah satu contoh jelas bagaimana durian membantai mentimun. Razak Baginda, Musa Safri dan Najib sendiri dalam kelas durian, proses siasatan tidak berani untuk menyentuhnya berbanding Azilah dan Sirul dalam kumpulan mentimun. Seluruh penyiasatan dan pengadilan lebih berminat kepada mentimun dan amat mengelak untuk menyentuh durian.

    ReplyDelete
  6. Diharap selain tuan menjadi penyumbang artikel di semut harian...diminta tuan mengajar para penterjemah artikel dari bahasa inggeris ke malaysia menterjemah dgn betul dan sedap dibaca...apabila sy membaca sy menjadi rimas dan hairan...seeloknya dinamakan portal semut hairan...harap maklum

    ReplyDelete
  7. Razak Baginda telah dilundungi olih Peguam Negara. Beliau telah melakukan satu kesalahan jenayah yg mengakibatkan satu wanita yg sedang mengandong dibunuh dengan kejam.

    Pada malam Altantuya dtg kerumah Razak, Bala telah menalipon Razak. Razak bagitahu dia, ' hold her until my men comes'. Selepas tu datang pembunuh2 itu yg bertujuan utk membunuh Altantuya.

    Kalau tak bolih dithabit atas kes bersubahat bunuh, Razak mesti dithabitkan atas kesalahn bersubahat dalam 'abducting' Altantuya.yg kemudiannya dibunuh.

    Soalan: Mengapa Pendakwa tidak meminda pertuduhan terhadap Razak kepada 'bersubahat untuk 'abduct' Altantuya yg mengakibatkan Altantuya dibunuh.

    Kalaulah pada malam permbunuhan itu Razak tidaik memberi arahan kepada Bala seperti diatas, kemunkinan Altantuya masih hidup lagi.

    Ini Admin kena bagitahu Razak. Keterangan jelas dia bersubahat dlm kes 'abduction' dibawah sek 364 Kanun Keseksaan. Sebab dia tahu banyak rahsia najib dgn Altantuya...Pendakwa buat acoh tak acoh shj.

    ReplyDelete
  8. Mentimun , sampai bila2 pun tak akan menang apabila melawan durian. Jangan jadi bodoh!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh menang bila durian dah jadi tempoyak... sabar dulu.

      Delete
  9. timun bodo penakut saja tak kan menang
    kebenaran milik kebenaran bukan milik durian

    ReplyDelete
  10. Masalahnya durian menguasai segala jentera penting negara. Kalau timun bijak, mereka perlu cari saluran lain dan segera dedahkan bukti bukti yang ada. Lagi bertangguh dan cuma cakap kosong saja, selamanya timun jadi bahan buli durian. Harap dua timun tu tak bodoh. Kalau diam dan bertangguh, confirm timun akan hancur lumat dikerjakan durian. Jangan 2 timun tu cuma macam Ezam kotak, bertahun2 heboh ada rahsia berkotak kotak nak dedah, akhirnya sekali Ezam dimasukkan ke dalam kotak. Kalau timun ikut cara Ezam, confirm timun dianugerah gelang leher besar.

    ReplyDelete
  11. Berhati-hatilah admin ye....... Takut di C4-nya pula nanti. Nak tahu Razak Baginda ini betul bersalah atau orang kedua perancang pembunuhan Altantunya sepenuhnya kita kena tunggu UMNO/BN rebah di PRU 14 (itupun kalau parti Lebai Malang masih dalam PR).

    ReplyDelete
  12. Nampaknya pihak penguatkuasa 1 Malaysia hari ini mula menekan dan mengugut rakyat kebanyakan untuk menelan apa saja yang disumbatkan ke mulut rakyat hinggakan menggertak untuk menangkap sesiapa saja yang mempertikai dan bercakap tentang sesuatu yang meragukan dan diluar kebiasaan. Kelihatan usaha digiatkan untuk memperbodohkan rakyat agar menelan apa saja biar pun sampah sedangkan 1 Dunia tahu kejijikan dan pembohongan yang cuba ditegakkan oleh para aparat dan kaldai tunggangan 1 Malaysia ini. Kaldai kaldai tunggangan ini tidak mampu berhujah lalu kaedah "gertak" digunakan. Malang benar rakyat Malaysia hari ini.

    ReplyDelete
  13. Tuan Budin..kalo jumpa Razak Baginda, pesan saja begini. Aku rasa elok hang duduk diam2 dari bercakap2. Lagi banyak hang bercakap, maka lagi banyak la hang dok menipu dan lagi banyak koi dok kanroi. Terlepas kes Altantuya dulu tu dah kira besaq rahmat daripada mati katak mcm sekor polis tu..

    Aku rasa elok hang duduk diam2 dan pi saja melancong diam2. Duit komisen pun dah berlambak2. Ko tgk Hamid Pawanteh, lps rembat 130 juta duit setup Power Plant, skrg dia duduk diam2 urut kontol dia kat rumah tiap2 hari. Takdak sapa kacau. Malaikat pun tak kacau, apatah lagi Allah Taala. Yg hang bodo dok melalut tak pepasal ni, tak sabaq nak mampuih ka???

    ReplyDelete
  14. Hahhhh...Musa Hasan dah pun bercakap.

    Musa cakap buat apa bincang fasal motif pembunuhan kerana suspek utama telah dibebaskan. Dia cakap hanya suspek utama shj yg tahu apa motif pembunuhan. Dua polis yg bodoh tu mana ada motif. Mereka dungu, tolol dan tuli. Mereka bunuh hanya ikut arahan.

    Munkin tuan Budin suruh Razak komen sikit tentang cakap Musa hasan ni.

    ReplyDelete
  15. ohhh semua keyboard warriors,,,
    kalau lah mentimun betul,,, tunjukkanlah bukti
    biar seluruh rakyat msia tgk.
    upload kan ke semua sosial media.
    ini, cakap ja pandai ..bukti mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. En .30, kalo bodoh x reti hadam berita politik, tolong duduk diam2 dah la. Jangan pula ditunjuk2 bangang tu kat orang ramai. Malu ibu hang krn mengandungkan anak yg bodoh biol yg sel2 otaknya tak berhubung.

      Lain kali jgn datang sini tau. Duduk diam2 dan hantuk saja kepala kat dinding. Try tgk, syiok wooo..

      Delete