Thursday, 26 February 2015

Rosmah Mula Menyusahkan Semua Orang


Perdana Menteri, Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor akan mengadakan majlis kenduri kahwin anak perempuan sulung mereka, Nooryana Najwa pada penghujung Mac depan.

Beberapa majlis  sudah diatur iaitu untuk tetamu diraja, jemputan luar negara, pemimpin kerajaan, korporat, pemimpin dan ahli UMNO serta pengundi di Pekan.

Tetapi kira-kira sebulan sebelum majlis itu berlangsung, perbualan ramai mengenai kekayaan dan sumber kewangan Perdana Menteri dan keluarganya semakin menjadi perbualan, bukan saja dalam negara bahkan sudah merebak seantero dunia.

Ia tidak lagi mengenai kos cat rambut (sebagaimana yang disebut oleh Rosmah walaupun istilah yang sebenarnya ialah mewarnakan rambut) atau upah menempah baju, pemilikan barang kemas, beg tangan atau pembelian hartanah mewah di AS, tetapi kini turut berjangkit kepada isu harta peninggalan Almarhum Tun Razak, bekas Perdana Menteri kedua yang juga merupakan bapa kepada Najib.

Berikutan jawapan Pejabat Perdana Menteri atau PMO kepada New York Times bahawa kekayaan dan perbelanjaan mewah Rosmah sebagaimana yang dihebohkan dalam pelbagai media, sebahagiannya adalah merupakan harta pusaka bapanya, keempat-empat adik Najib lantas mengeluarkan kenyataan bersama menolak tanggapan tersebut.

Keempat-empat adik Najib secara jelas menyatakan bahawa bapa mereka terkenal dengan sifat jimat-cermat dan intergeriti yang tinggi serta melahirkan rasa bimbang mengenai spekulasi harta peninggalan itu.

Jika difahami kenyataan bersama empat adik Najib itu jelas tertumpu kepada semakin meningkatnya pelbagai pendedahan mengenai kemewahan dan gaya hidup yang diamalkan oleh kakak ipar mereka, Rosmah Mansor.

Ini kerana yang ternampak bermewah bukan Najib dan anak-anaknya tetapi lebih melibatkan Rosmah dengan anaknya bersama suami terdahulu, Reza Aziz yang merupakan anak tiri Perdana Menteri.

Sebaliknya anak-anak Najib, sama ada daripada perkahwinan terdahulu atau dengan Rosmah, tidak pula kedengaran mengamalkan gaya hidup mewah dan memiliki hartanah yang mahal-mahal.

Sudah tentu jika segala kemewahan itu dikaitkan dengan harta peninggalan Tun Razak, ia bakal mencemarkan nama baik bekas Perdana Menteri yang juga dikenali dengan Bapa Pembangunan itu.

Jika sebelum ini gaya hidup dan kemewahan Rosmah sudah banyak membimbangkan ramai pemimpin UMNO di peringkat akar umbi dengan mengatakan seolah-olah mereka ada tugas tambahan untuk mempertahan dan membela isteri Perdana Menteri pula, kini jelas bahawa adik-beradik Najib semakin dibasahi tempiasnya.

Sebelum itu juga rakyat pelbagai lapisan sudah banyak bercakap mengenai kemewahan dan gaya hidup Rosmah berikutan terdedahnya di media satu demi satu mengenai pemilikan atau pembelian barangan mewahnya itu.

Dengan rekod pernah menolak pembinaan kolam renang untuk kegunaan anak-anaknya menggunakan duit kerajaan di Seri Taman atas alasan berjimat cermat dan tidak mahu menyalahgunakan wang kerajaan, apa yang didedahkan melalui pelbagai kemewahan melibatkan Rosmah dan Reza ini secara tidak langsung mampu "membunuh" semua legasi baik Tun Razak dan berlawanan sekali dengan keperibadiannya yang sebenar yang memang menjadi pengetahuan umum selama ini.

Dan menjelang majlis perkahwinan anak perempuan Najib dan Rosmah nanti, pastilah sekali lagi isu perbelanjaan dan kemewahan akan berbangkit kembali. Di sana sini ketika ini sudah mula kedengaran sosek-sosek tentang jamuan, perhiasan, cenderahati kepada tetamu, pertukaran langsir, karpet, rombongan ke Kazakhstan dan sebagainya yang melibatkan majlis tersebut.

Sekali lagi, segala kemewahan ini lebih dikaitkan dengan kehendak Rosmah berbanding dengan keinginan anaknya sendiri yang melangsungkan perkahwinan itu.

Apakah jika segala kemewahan itu terdedah nanti, PMO sekali lagi mengaitkannya sebagai perbelanjaan peribadi Najib yang sebahagiannya datang daripada harta pusaka Tun Razak juga?

Sama ada hubungan Najib dengan adik-beradiknya mulai retak atau tidak disebabkan elemen kemewahan yang tidak terkawal ini, hakikatnya kebimbangan mengenai subjek Rosmah sudah semakin meluas ketika ini.

Dalam ertikata yang lain, kesusahan yang diakibatkan oleh "First Lady" ini semakin dirasai dan mula menyentap hati ramai orang. (SH 26/02/2015)

30 comments:

  1. Sehebat-hebat kuasa dan kekuatan fikiran jutaan manusia moden sekarang tak terlawan juga dengan ilmu "nasi tangas atau nasi kangkang", ciptaan pawang dahulukala. Sehebat mana pun Perdana Menteri maka akan tunduk dan sujud juga di bawah kelangkang bini di sebabkan barangan sihir tersebut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju3. Perempuan sihir. Macam si Ursula dalam Animasi " The Little Mermaid"

      Delete
    2. Saya ingin menyampaikan kepada seluruh Tki yang bekerja di negeri orang saya ibu SITI seorang TKI DI AUSTRALIA pengen pulang ke indo tapi gak ada ongkos sempat saya putus asah apalagi dengan keadaan hamil gaji suami itupun buat makan sedangkan hutang banyak kebetulan suami saya buka-buka facebook mendapatkan nomor aki katanya bisa bantu orang melunasi hutang melalui jalan TOGEL dengan keadaan susah jadi saya coba hubungi aki dan minta angka bocoran THAILAND angka yang di berikan 4D ternyata betul-betul tembus 100% bagi saudarah-saudara di indo mau di luar negri apabila punya masalah hutang sudah lama belum lunas jangan putus asah beliau bisa membantu meringankan masalah anda hubungi aki wowo di nomor +6285328880180--/-085-328-880-180 silahkan buktikan sendiri aki tidak melayani SMS demi allah saya sudah membuktikan. untuk info lebih jelas Klik: KLIK DI SINI





      Saya ingin menyampaikan kepada seluruh Tki yang bekerja di negeri orang saya ibu SITI seorang TKI DI AUSTRALIA pengen pulang ke indo tapi gak ada ongkos sempat saya putus asah apalagi dengan keadaan hamil gaji suami itupun buat makan sedangkan hutang banyak kebetulan suami saya buka-buka facebook mendapatkan nomor aki katanya bisa bantu orang melunasi hutang melalui jalan TOGEL dengan keadaan susah jadi saya coba hubungi aki dan minta angka bocoran THAILAND angka yang di berikan 4D ternyata betul-betul tembus 100% bagi saudarah-saudara di indo mau di luar negri apabila punya masalah hutang sudah lama belum lunas jangan putus asah beliau bisa membantu meringankan masalah anda hubungi aki wowo di nomor +6285328880180--/-085-328-880-180 silahkan buktikan sendiri aki tidak melayani SMS demi allah saya sudah membuktikan. untuk info lebih jelas Klik: KLIK DI SINI

      Delete
    3. SOHAI dan SOCHAI punya TKI nasi kangkang 4D

      Delete
  2. Perdana Menteri nak buat kenduri meraikan anak beliau, mungkin peluang itu hanya sekali seumur hidup untuk anaknya.. Kenapa kita sibuk memperbesarkan isu tersebut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kau ni memang bangang la labu...

      Delete
    2. sekali seumur hidup kepala hotak kau.

      Delete
    3. kepala bapak ko ko x nak raikan setahun sekali ke? lahanat anon 1`9:14..raikan sekali kepala nenek ko? kenduri apa tu...bapak ko kawhin kambing ke?

      Delete
  3. wasatiyah memang macam ni caranya

    ReplyDelete
  4. Jika di Korea.S atau di Jepun keluar kenyataan begini rupa sudah tentu Presiden atau perdana menteri letak jawatan . Orang Melayu ini mmg jenis pemalu tapi di sebabkan sudah ada pangkat tertinggi, kemaluan terkeluar pun tak sedar .

    ReplyDelete
  5. Ada Rosmah peduli semua ini? Pergi LANCHOW la rakyat semua!!!!

    Isteriku Najib jadi PM..jadi semua harta negara adalah PM punyer.. yg korang menyibuk ni..apehal??? Nak kene c4??

    Inilah mentaliti rakyat dan pemimpin Negara Dunia Ketiga. Standardnya sama saja. 300 tahun sekali dpt jumpa mcm TGNA. Nak jumpa pulak.. jauh panggang dari api la jawabnya.

    ReplyDelete
  6. Entahlah..tak tahu kenapa..bila tengok wajah Rosmah ..aku rasa seriau lak..!!

    ReplyDelete
  7. Anwar dah ke dalam..selesai..titik..lepas ni pastikan rosmah pulak berhenti merosakkan negara

    ReplyDelete
  8. Nasib baik anwar dan rosmah bukan laki bini

    ReplyDelete
  9. Aku setuju Yang Dipertuan Agong memberi Pengampunan kepada Anwar Ibrahim dengan bersyarat..
    Pertama: Anwar hendaklah mengaku yg dia Meliwat Saiful Bukhari.
    Kedua: Anwar Ibrahim misti buat sumpah Laknat dengan memegang Al Quran didepan Agong dan disiarkan secara langsung distesen tv dan juga Astro biar seluruh negara dapat menonton.. Kalau syarat ini tidak dapat dipenuhi oleh Anwar Ibrahim, aku rasa tak payahlah nak mohon Pengampunan daripada Agong sbb:
    Pertama:Anwar pernah merancang untuk menyingkirkan sistem beraja.
    Kedua: Sekutu Anwar terutama Azmin Ali dengan terang2 memperlekehkan Agong semasa pertabalan Agong sebelum ini.
    Ketiga: Penyokong Anwar Ibrahim dengan perangai Gila Babi pernah mengibarkan Bendera Republik, ini bermakna Kumpulan Pakatan Syaitan yg diterajui oleh Anwar mencadangkan akan menukar Negara Malaysia sebagai sebuah Negara Republik.. disuatu masa nanti Yang Dipertuan Agong serta Raja2 Melayu akan ditendang oleh Anwar apabila Anwar jadi PM.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ambo raso tobat anwar tak berani nak bersumpah depan sultan dan buat secara langsung tu, sbb dia benar2 meliwat Saiful, kalau dia bersumpah sambil memegang Quran menafikan dia meliwat, hukum Allah jangan dipermainkan.. Mungkin seluruh Dunia menyaksikan sejarah Pertama manusia akan menjadi batu dalam Istana, keturunan kaum nabi lut akhir zaman berlaku dimalaysia..

      Delete
    2. ko ni ape hal? orang cerita bab kawin ko g cerita bab ampun. Nk kate bodo, leh membaca. Nk kate cerdik cerita lari tajuk.

      Delete
    3. kahkahkah ini cerita pasal najib ngn rosmah. Pencacai amno ni komen pasal anwar pulak. Komen la pasal najib kesayangan kau ni. Jangan cuba lari tajuk bai, nampak sangat kau ni luncai amno kahkahkahkah

      Delete
    4. mung ni bodoh keturunan dari emak bapak kau kan

      Delete
    5. bila org buduh sibok nk menaip... mcm ni la jadinya...

      Delete
  10. Tuanku akan luluskan pengampunan kerana Anwar tidak bersalah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buatlah perhimpunan mendesak Anwar Ibrahim untuk bersumpah dalam Istana..

      Delete
    2. Tak payah sumpah-sumpah, Saiful tak berak 3 hari simpan bukti, tapi bila doktor periksa lubang tiada kesan gasakan.

      Delete
    3. Bila kau tengok lubang Saiful, doktor tu dah dibayar oleh Anwar Al Juburi.

      Delete
    4. Sorang doktor Hospital Pusrawi dan 3 doktor HKL kata tiada kesan gasakan, tp Saiful kata sakit kat situ dan tak berak 3 hari.

      Delete
    5. Seorang doktor hospital pusrawi dan 3 ekor doktor ialah doktor cap Ayam tak boleh dipercayai, kalau betul sangat kenapa 14 ekor peguam Anwar Ibrahim langsung tak buka ceta tu..

      Delete
  11. Rosmah dgn anwar sama saja. Hidup menyusahkan org. Macam babi pulak rasanya. Hari hari kena kutuk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masaalah Rosmah tak sama dengan masaalah Anwar Ibrahim,masaalah Rosmah masalah peribadi dia sendiri, tapi masaalah Anwar Ibrahim, seluruh rakyat Malaysia boleh mati kalau tak dicegah awal, sbb Bala dari Allah boleh diturunkan sehingga bumi Malaysia boleh terbalik mcm kisah kaum nabi Lut.. Masalah Rosmah takde apa pun..Pengikut Kaki Bontot Anwar Ibrahim tolong faham betul2.

      Delete
    2. Apa? Masalaah Rosmah Masalah peribadi. Bangang ke apa ? Rosmah menghabiskan duit rakyat.. yang anak dia buat cerita haram kat Hollywood apa ke halnya .. tu lagi la bala.. filem maksiat, kasi org tengok.. Lg satu kes Altantuya tu apa ke halnya?

      Delete
  12. Ingat hukum Allah 4 saksi bkn sumpah. Pandai ckp bala satu negara tapi ngok hukum Allah tak tahu. Tlg Henti ckp kalau tak tahu hukum allah

    ReplyDelete