Thursday, 12 February 2015

Penjelasan PMO - Pengundi Ulu Di Pekan Bolehlah Dikelentong!!


Antara perkara yang menimbulkan rasa janggal dan sangat luar biasa pada hari Anwar Ibrahim dijatuhkan hukuman penjara oleh Mahkamah Persekutuan pada 10 Februali lalu ialah kepantasan Pejabat Perdana Menteri atau PMO mengeluarkan kenyataan berhubung keputusan itu.

Kenyataan PMO itu dikeluarkan sepantas hanya kira-kira 15 minit setelah Hakim Mahkamah Persekutuan mengumumkan Anwar didapati bersalah tetapi ketika itu bentuk hukuman belum diumumkan lagi.  Pada waktu itu, mahkamah sedang berhenti rehat selama kira-kira setengah jam.

Tindakan PMO itu menimbulkan kecurigaan ramai seolah-olah sabitan bersalah itu sudah diketahui lebih awal dan PMO telah menyediakan kenyataan yang hanya menunggu masa untuk diedarkan kepada media saja lagi.

Dalam hal ini, Anwar sendiri ketika bercakap untuk kali terakhir dari kandang tertuduh turut membangkitkan perkara itu dan menyifatkan kecepatan PMO itu sebagai membuktikan wujudnya campurtangan politik dalam hukuman yang diterimanya.

Serangan Anwar itu, di samping kecamannya terhadap hakim yang tunduk kepada pengaruh politik, telah menyebabkan lima hakim yang mendengar kesnya di Mahkamah Persekutuan itu meninggalkan mahkamah dan masuk ke dalam kamar kerana "panas telinga" dengannya.

Memang kepantasan PMO memberi reaksi dan mengeluarkan kenyataan dalam kes Anwar ini menimbulkan kritikan dan kecurigaan kerana dalam isu-isu besar sebelum ini seperti kehilangan MH370, penembakan jatuh MH17 dan banjir besar yang melanda seluruh negara, tiada pula secepat itu PMO mengeluarkan kenyataannya.

Lebih dari itu, ketika banjir besar melanda negara juga, Najib yang ketika itu berada di Hawaii, lebih mengutamakan "diplomasi golf"  bersama Barack Obama dan hanya membuat keputusan pulang beberapa hari kemudian setelah gambar-gambarnya bersama Presiden AS itu tersebar luas dan dikecam oleh banyak pihak.

Dalam banyak kes lain juga, baik Najib atau PMO, tidak pernah sama-sekali tercatat dengan rekod kecepatan atau kepantasan dalam memberi reaksi atau mengeluarkan kenyataan.

Kerapkali tindakan yang diambil ialah diam, bisu, senyap dan mengunci mulut.

Kenapa pula dalam isu Anwar dipenjara, kenyataan dapat dikeluarkan hanya 15 minit selepas sabitan bersalah diumumkan? Kenapa tidak menunggu sehingga hukuman penjara lima tahun diumumkan baru dikeluarkan kenyataan?

Dalam hal ini, PMO semalam menjelaskan bahawa mereka memang menyediakan dua kenyataan lebih awal yang berbeza dalam isu Anwar ini dan hanya menunggu ketika saja lagi untuk diedarkan kepada media.

Ia, kata jurucakap PMO, adalah amalan profesional standard terutama dalam kes yang melibatkan kepentingan awam.

Persoalan untuk PMO ialah, antara insiden MH370, MH17 dan banjir besar dengan kes Anwar, yang mana satukah lebih melibatkan kepentingan awam?

Jika benar PMO menyediakan dua kenyataan yang berbeza untuk kes Anwar, apakah pula tujuannya? Kenapa tidak boleh ditunggu beberapa jam kemudian baru dikeluarkan kenyataan kerana penjelasan PMO mengenai kes Anwar ini bukanlah sesuatu yang mendesak dan "urgent"?

Penjelasan PMO pada hakikatnya sekadar cuba menutup sesuatu yang tidak upaya mereka menutupnya atau selebihnya dilihat sebagai lawak jenaka saja. Ada juga yang melihatnya sebagai petunjuk Tuhan yang mahu kita lebih berfikir mengenainya.

Tidak ada sesiapa yang percaya serta yakin, barangkali pengundi ulu di kawasan Parlimen Pekan bolehlah dikelentong dengan penjelasan PMO itu. (SH 12/02/2015)

20 comments:

  1. Apa nak heran dgn perangai najib dan kabinet dapurnya yang lintang pukang tu.dia orang ni memang suka buat maharaja lawak mega.bila dah kantoi mula lah reka macam macam alasan.
    Jib...kau ingat rakyat malaysia ni bangang macam kau ke??ini era millenium la mangkuk..!!
    Sekelip mata aja ALLAH TAALA tunjukkan kebangangan dan ketololan engkau dan rejim engkau!!

    ReplyDelete
  2. Tuan,

    Bukan ulu kat pekan saja... Sesiapa yg percaya kes ini betul pun kena kelentong tanpa disedari.

    ReplyDelete
  3. Ini kes skrip sandiwara telah tersasar.Ini hanya untuk menunjukkan kepercayaan sesetengah makhlok spesis umnongok adalah jenis bangang macam pm1M juga. kalau masih percaya lagi pada undang-undang ciptaan manusia di malaysia yang malang ini,lebih baik terjun bangunan saja.Bangang tak boleh diajar.

    ReplyDelete
  4. Betul sangat tu......Orang Pekan kebanyakkannya terlalu bangga apabila Mat Jib menjadi PM dan mereka amat teruja walau tiada satupun yang patut mereka bangga. Sedangkan rata-rata rakyat negara ini amat malu nak mengakui Mat Jib sebagai pemimpin mereka oleh kerana kalau begitu lemah dan dangkal serta korupsi pun masih dipilih oleh rakyat sebagai pemimpin, bayangkanlah bagaimana metaliti dan tahap rakyat yang memilih dan melantik Mat jib sebagai pemimpin mereka itu.........?

    ReplyDelete
  5. BIar bagaimana pun puak haram jadah tu merancang, perancangan Allah tidak siapa dapat atasi. Hanya yang baghal, otak kontot atau yang berhati hitam dan berkepentingan peribadi saja yang tidak nampak apa yang Allah mahu sampaikan.

    Ingat tak lagi bagaimana Najib menafikan dia pernah bertemu Saiful diperingkat awal?. Hanya setelah belangnya terdedah baru Najib akui dan spin konon Saiful datang nak mohon dapatkan biasiswa. Kemudian mengubah statement lagi dan mengatakan Saiful datang mengadu hak dia kena liwat. Nampak tak betapa tak kosistennya kenyataan Najib ini. Tapi peliknya...para hakim yang kononnya pintar tu menolak bulat2 pembabitan Najib walhal perkara ini sudah cukup untuk Najib dipaksa hadir ke mahkamah setidaknya sebagai saksi. Anda nampak bagaimana mereka mereka yang kononnya pintar dan adil itu tiba2 menjadi buta?.

    Statement dari POM yang begitu bingkas itu jelas membuktikan tumpuan utama pemimpin utama Malaysia ini adalah mengarah kepada motif untuk penjarakan Anwar. Inilah isu WAHID bagi mereka berbanding ratusan isu lain yang lebih berkait dengan hidup rakyat. Apa pun alasan mereka ini, bangkai gajah sukar untuk ditutup dengan nyiru kerana kebususukan itu akhirnya akan terhidu jua malah sepantas mungkin. Berdoalah semuga Allah segera melaknati mereka mereka yang bersekongkol dengan fitnah yang amat dahsyat ini. Celakalah PM dan para hakiim andaikata kalian adalah sebahagian yang mengizinkan kezaliman kepada insan yang tidak bersalah. Muga kehinaan akhirnya menjadi habuan kalian. AllahuAkbar!

    ReplyDelete
  6. Bukan shj PMO, Che Det pun dah tahu apa keputusan Kehakiman. Tu sebab orang tua tu relax shj.....celaka punya mamak kerala. Masa dia dulu, hukuman juga dia tetapkan.

    Aku dengar bukan shj keputusan, tetapi 'keputusan lisan' Fed Crt pun PMO dah dapat dan upload. Entah2...yg draf 'keputusan lisan' tu Shafee, peguam Umno. Ariffin diarah untuk membaca shj.

    Kena smash dengan Anwar, tahu malu dan cabut lari lima2 Hakim. Betul2 macam budak kindergarten.

    Relax lah mereka...keputusan bertulis kehakimanan akan disediakan olih Shafee sekali lagi...... semua saksi2 pedakwaan berwibawa dan bolih dipercayai...saksi2 pembela semuanya tak bolih dipercayai.

    Cerita kartun betul Hakim Msia ni.

    ReplyDelete
  7. keputusan kehakiman yang paling mengarut dan hampeh didunia. Mahkamah Malaysia tidak boleh lagi menjamin keadilan. Kes yang mudah begini pun tak mampu dijalankan secara adil dan saksama. Keputusan dan pertimbangan dibuat juri bukan berdasarkan fakta tapi berdasarkan kehendak politik. Budak2 baru belajar Law pun tahu betapa mengarutnya sistem kehakiman yang melibatkan seteru politik penguasa. Jangan paksa rakyat terima cerita karut marut ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ...jangan tuduh system kehakiman tak betul...yang tak betul adalah Hakim2 melayu shj. Anwar didapati bersalah olih 3 ekor Hakim2 melayu di Mahkamah Rayuan. Dan rayuannya ditolak olih 5 ekor hakim2 melayu diMahkamah Persekutuan.

      Terdapat banyak lagi Hakim2 yang baik. 8 ekor Hakim2 melayu ni lah diantara Hakim2 yg menjual badan mereka kpd syaitan.

      Hakim2 melayu diMahkamah Persekutuan dan Mahkamah Rayuan, adalah jenis2 yg tak sepatutnya jadi Hakim. Merreka sepatutnya jadi lawyer Umno seperti mamak Shafee.

      Delete
  8. KARAJAAN ZALIM.. Kalau kemenangan berpehak kepada mereka, mereka kata mereka berjaya menegakkan kebenaran. Maka bersoraklah para penyokong dan macai2 sekeliling bandar dan kapong. *sebaliknya kalau mereka kalah, mereka kata Kerajaan zalim, mahkamah tak adik, ada Konspirasi Politik dan lain. Maki Hamun sudah pasti. *Selepas ini mereka akan kempen memberitahu rakyat bertapa zalimnya Kerajaan sekarang hingga sanggup memenjarakan Anwar. Maka terloponglah pakcik makcik dengan hujah2 mereka yang berapi2..Fitnah kesana kesini, mereka lupa Allah maha mengetahui. Semua kes tertangguh selama 7 tahun, Individu yang melakukan Liwat itu bukan kali pertama... INGATLAH.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ...bodoh punya melaun..ini bukan soal menang atau kalah. tetapi soal Hakim melayu yg tak betul.

      3 orang Doctor HBKL beri keterangan bagipihak pendakwaan mengatakan tidak terdapat kesam tumbukan( no penile penetration) pada dubor Sdifu.

      Kau pun ada berancok dengan isteri kau kan??? Berancok ertinya kepala butuh kau masuk puki bini kau; atau kepala butuh kau masuk pada dubur isteri kau..dlm kes liwat.

      Kalau tak masuk kepala butuh kau...tak berancok lah namanya...

      Delete
    2. Bodoh ko cuci jubor ko setiap hari selepas berak smpai berdarah ka?akal letak kat jubor

      Delete
    3. Anon 21.47

      Akal kau macam jubor Siful....kan yang periksa jubor siSiful tu Doktor2 dari HBKL. Itulah asyik nak mempertahan jubor Siful, otak pun macam jubor Siful. Bodoh punya melaun Umno.

      Delete
  9. Permatang pauh ujian utk pkr menggerakkan jentera parti tanpa bantuan pas yg hubunganb sudah suam suam kuku..

    ReplyDelete
  10. Dinasihatkan pmo slps ni menyediakan 2 kenyataan berbeza untuk semua pesawat mas yg berlepas...banjir untuk semua negeri pntai timur untuk bulan disember untuk memuaskan hati macai2 pkr

    ReplyDelete
  11. Allah Maha Mendengar dan lagi Maha Mengetahui itulah petanda awal yang ditunjukkan kepada kita bahawa isue ini telah difitnah diperingkat tertinggi dan tunggulah sifitnah yang mengerakan kes ini bermula dari pembela yang membela perkara yang salah dan hakim-hakim yang menjatuhkan hukuman pada mangsa yang tidak bersalah sebabnya Allah tidak pernah sia-siakan do'a oarng yang kena zalim oleh pemerentah yang tidak menjalankan undang-undang mengikut lunas perundangan yang betul walaupun undang-undang itu dari Nasora atau Yahud seperti mana Allah berfirman dalam surah Annissa ayat 147 yang bermaksud "Janganlah kamu "Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus-terang (untuk mendedahkan kejahatan orang); kecuali oleh orang yang dianiayakan.Dan (ingatlah) Allah sentiasa Mendengar,
    lagi Maha Mengetahui."

    ReplyDelete
  12. Tapi Allah maha mengetahu, kes Anwar Ibrahim ada Hikmah yang kita tidak ketahui.renungkanlah dengan akal yg waras. Anwar Ibrahim bukan maksum..

    ReplyDelete
  13. RENUNGKANLAH.. Anwar Ibrahim didapati bersalah kerana Meliwat Saiful Bukhari iaitu pembantu Anwar sendiri, Saiful menjadi mangsa pencabulan seksual oleh Bos dia sendiri Anwar Ibrahim.. Majority rakyat cukup yakin panel lima org Hakim Mahkamah Persekutuan yg mendengar rayuan kes tersebut akan membuat penghakiman berdasarkan fakta dan undang2. Majority rakyat juga cukup yakin mereka tidak akan terpengaruh dengan Politik jijik dan Kotor Pembangkang untuk menekan membebaskan Anwar.
    Jangan lupa mangsa dalam kes ini adalah Saiful Bukhari, bukan Anwar!. Mangsa ini perlukan hak, Maruah dan harga diri Mangsa diberi keutamaan.
    Kalau mengikut fakta dan undang2, majority rakyat tidak nampak ada ruangan untuk tidak mensabitkan Anwar dengan kesalahan Meliwat dibawah seksyen 377B kanun keseksaan.
    Mahkamah Tinggi sendiri langsung tidak mempertikaikan keterangan Saiful, walaupun digerudi selama sembilan hari oleh para Peguam hebat Anwar termasuk mendiang Karpal Singh . Hakim Mahkamah Tinggi tetap menyatakan kredibiliti dan integriti keterangan Saiful tidak tercalar sikit pun.
    Berbanding dgn Anwar yang langsung tidak berani memberi keterangan Bersumpah didalam Mahkamah dihadapan Hakim,sekaligus menafikan hak Pendakwa untuk menyoal balas dan mencabar sebarang dakwaan atau keterangan beliau.
    Bukan itu saja kesemua saksi alibi Anwar tidak hadir, bermakna pembelaan alibi Anwar sudah dicampak sendiri oleh Anwar ke longkang.
    Dan yg paling tragis, langsung tidak ada sebarang jawapan bersumpah daripada Anwar didalam Mahkamah bagaimana DNA yang disahkan bersumber daripada air mani dia boleh berada didalam dubur Saiful sedalam 4 cm! Kalau ini bukanpenetrasi Liwat.
    Cuma malang para penaksub dan penyokong tegar Anwar gagal menggunakan Akal waras untuk menimbang semua fakta ini! Mereka diserang virus taksub yg membutakan mata hati dan fikiran mereka...

    ReplyDelete
  14. Anon 08:44

    Pendapat dan pandangan kamu terlalu dangkal, seperti budak baru habis ting 1 Sek Kebangsaan. Kalau masih ramai generasi spt kamu (terutama berbangsa Melayu) maka 100 tahun lagi pun masih di bawah naungan pemerintah yang zalim dan korupsi. Untuk bahasa mudahnya bagi manusia teramat jahil mcm kamu......Manusia yang telah diganti "disc" pinggangnya pasti shahwat kemaluan (batang butuh) tidak berfungsi lagi. Macam mana nak masukkan ke dalam dubur Saifool? Kalau puki bini Saifool (yang gasang) di kangkang depan Anwar pun pastinya beliau tidak mampu berbuat apa-apa? Tak kan lah Anwar nak bising satu dunia mengatakan "batang" dia dah tak boleh naik? Cerita banyak-banyak kat kamu ni, kamu boleh faham ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ko dr profesion perubatan...sila kembali ke tahun satu program perubatan drpd mengeluarkan kenyataan bodoh...kalau ko bukan doktor...jgn membodohkan diri mengeluarkan kenyataan yg ko sendiri tk pasti...hakim sudah menyatakan dr sampel diambil dr dubur saiful sehingga ke makmal...chain of evidence tk terganggu...apa lagi nk?igt senang nk suruh anwar pancut mani then letak pulak dlm dubur saiful?dan kalau anwar betul2 rasa tidak bersalah...sila beri dna anda...buat makluman anda anwar tidak lumpuh...dia masib boleh menegang dan memancut...rakyat hakim negara...

      Delete