Wednesday, 18 February 2015

Lawak Dol...Sesudah Anwar Dipenjara, KJ Nak Bawa Shafee Jelajah Seluruh Negara Pulak!!


Ini betul-betul lawak. Lebih lawak daripada program Maharaja Lawak. Setelah hadir dalam program dialog anjuran Akademi Kepimpinan Kapten Hussein atau AKHI yang dipunyai oleh Pemuda UMNO Malaysia, peguam yang mengetuai pasukan pendakwa dalam kes liwat Anwar Ibrahim, Shafee Abdullah dilaporkan akan menjelajah ke seluruh negara pula.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin ketika mengumumkan demikian berkata, penting untuk UMNO mengenengahkan kes liwat itu kepada orang awam kerana selama ini ia sering dikaitkan dengan konspirasi politik.

Untuk itu, katanya, program penerangan seterusnya yang melibatkan Shafee akan diadakan di Pulau Pinang pula selepas ini.

Dua hari lalu blog ini telah melahirkan rasa pelik, ganjil dan luar biasa dengan tindakan Shafee yang terus bercakap dengan banyak media dan sedia menghadiri dialog anjuran AKHI untuk bercakap berkaitan kes liwat itu sedangkan Anwar sudah pun dijatuhkan hukuman dan kini sedang berada di penjara.

Sebagai pihak yang telah memenangi kes, beliau sepatutnya lebih bergembira dan meraikan kemenangan itu, bukannya tidak habis-habis cuba meyakinkan rakyat dengan perjalanan kes dan hukuman yang telah dijatuhkan.

Seterusnya blog ini juga menyebut, "dengan bersetuju hadir di sebuah program anjuran AKHI yang dinaungi oleh sebuah entiti politik, tidak mustahil jika selepas ini Shafee juga akan turut bersetuju hadir dalam banyak program anjuran UMNO cawangan dan bahagian di seluruh negara untuk bercakap dan mewajarkan hukuman yang telah dijatuhkan keatas Anwar."

Nah, kini semuanya terbukti benar. Hukuman penjara keatas Anwar benar-benar akan dijadikan modal politik untuk kepentingan UMNO dan BN. Tidak cukup dengan kejayaan memenjarakannya, selepas ini  Ketua Pembangkang itu akan terus dilanyak semahu-mahunya oleh KJ dan Shafee melalui program ke seluruh negara yang akan dirancang.

Barangkali ini akan menjadi kes paling pelik dalam dunia di mana setelah tertuduh dijatuhkan hukuman dan menghuni penjara, pihak yang menang kes tidak henti-henti menjelajah ke seluruh negara untuk terus meyakinkan rakyat mengenai hukuman yang telah dijatuhkan itu.

Rupa-rupanya memenjarakan Anwar masih belum mencukupi bagi UMNO. Bukan saja profesor undang-undang di universiti turut pening kepala dengan gelagat pendakwa ini, bahkan  (meminjam kata-kata penulis buku terkenal, Yahaya Ismail) - tentulah beruk, kera, monyet dan lotong di hutan pun turut kehairanan dengannya.

Ini kerana, dalam program jelajah itu di mana Anwar yang diserang dan dilanyak itu tidak mampu lagi melawan atau menyerang balas kerana sudah pun berada di dalam penjara.

Dalam adat berkelahi, kalau musuh sudah tidak mampu melawan lagi, adalah memalukan jika kita terus memukulnya. Hanya "gangster pondan" saja sanggup memukul musuh yang dalam keadaan tangan atau kakinya  sedang terikat.

Lalu, apakah yang UMNO mahu sebenarnya? Anwar bebas pun diserang, setelah dipenjara juga diserang. Ketika bebas tidak mampu dibunuh pengaruhnya, selepas di penjara juga tetap ditakuti.

Betul-betul lawak dol...

Di sisi lain, ada pula yang berandaian bahawa Pemuda UMNO mengadakan program jelajah ke seluruh negara ini adalah bertujuan untuk menghidupkan terus nama Anwar dalam hati rakyat dan sekaligus menambahkan lagi simpati terhadap Ketua Pembangkang itu.

KJ dan Pemuda UMNO, kata mereka, bukan tidak tahu bahawa selama ini bekas-bekas pemimpin PKR yang pernah bersama dengan perjuangan Anwar juga telah gagal meyakinkan rakyat dengan isu-isu peribadi, moral dan liwat Ketua Umum PKR itu kerana rakyat sebenarnya telah muak dengan hal-hal sedemikian.

Nallakaruppan, Umi Hafilda, Zulkifli Noordin dan NGO Tibai adalah antara nama-nama  yang selama ini hidup bermodalkan isu peribadi dan moral berkaitan Anwar terapi di manakah mereka sekarang? 

Apakah kejayaan mereka? Adakah Anwar, PKR dan PR makin lumpuh atau bertambah kukuh dek serangan mereka?

Lalu, apa muslihatnya KJ dan Pemuda UMNO meniru pendekatan yang gagal itu, bahkan cuba membawa Shafee pula dalam apa yang dilakukannya itu? ( SH 18/02/2015)

49 comments:

  1. Nampak atau tidak betapa busuknya hati Shafee Abdullah ini?
    Okay telitilah dua situasi berikut:

    Pertama, jika benar Anwar telah melakukan perbuatan terkutuk itu, dia telah dijatuhi hukuman kerana didapati bersalah oleh mahkamah. Jadi, apa perlunya penerangan yg memalukan pesalah yg sedang menjalani hukuman itu? Adakah dia memandai-mandai menambah hukuman yg telah diputuskan oleh hakim? Adakah sebarang hak pd Shafee menambah lagi hukuman itu dgn menambahnya secara mencanang ke seluruh pelosok negara, hanya kerana pesalah itu Anwar bukannya Khir Toyo atau Datuk T misalannya. Tidak cukupkah penerangan dlm mahkamah dulu?

    Kedua: Jika Anwar memang tidak bersalah pula, nyata sekali Shafee adalah makhluk dgn lidah syaitan. Ia tetap hendak meneruskan fitnah, supaya fitnah itu terus dipekatakan.

    Okay, sudah jelaskah sekarang spesis apakah Shafee ini? Kedua-dua situasi tersebut menyerlahkan lagi bahawa Shafee memang teramat busuk hatinya. Aku tetap berpegang kpd situasi yg kedua tadi, iaitu Anwar telah difitnah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini duit, kuasa dan kesenangan dunia punya hal. Ulama2 boleh ternodadan tergoda inikan pula si dia.

      Olehitu, tuan2 akan dapati ada 2 golongan:
      1. Golongan pertama untuk mempertahankan kuasa untuk berleluasa

      2. Gologan kedua untuk mengambil kuasa menjaga kemaslahatan rakyat dan negara.

      Sudah pastinya golongan pertama akan mempertahankan kuasa yang sedia ada at all cost untuk berleluasa, kalau tidak masakan kewangan 1MDB berhutang RM42 billion. 1MDB bakal mengalami nasib PKFZ (Port Klang Free Zone) yang kehilangan RM12 billion di mana tiada seorang pun didapati bersalah dan dipertanggung jawabkan sepenuhnya - masing2 penuh wang di dalam bank, tidak cukup di dalam negara, letak wang dalam bank luar negara. Anak Tun Dr Ling Liong Sik jadi billionare dalam usia 29 tahun seperti yang didakwa oleh Lim Kit Siang pada masa itu. Di atas kecekapan menjadikan anaknya billionaire pada usia muda, beliau dikurniakan Tun.

      Kehilangan wang 1MDB juga dikaitkan hal yang serupa. Anak tiri PM dikaitkan berkemampuan memiliki apartment ratusan juta di kota New York dan penjadi pengarah filiem yang juga makan ratusan juta dan kawannya pula mampu berbelanja mewah berjumlah jutaan ringgit pada satu malam dan pernah berbelanja di Dubai untuk teman wanitanya berjumlah Pound1 juta sterling.

      Lepas ni, PM dan isteri bakal dapat gelaran Tun.

      JA Malek
      QS

      Delete
    2. Anwar terbukti benar suka meliwat dan main pelacur. Ketum kepala seks. Anak buah pun sama juga.

      Delete
  2. Kalau dah jenis mandeliar aka kitol jadah yang diberi kuasa, melayu jadah mana yang boleh percaya orang begini melainkan melayu jadah dalam UMNO BN. Kalau melayu UMNO ini bagus dan boleh percaya, tidaklah tanah rezab melayu berbaki 16% saja. Kesian..berhempas pulas bersekongkol memfitnah dan mengaib, namun makin tidak percaya rakyat Malaysia terhadap opera liwat II. Tak mungkin yang hak ditelan yang batil. Kebenaran akan tertegak jua sekali pun 1000 mandeliar dan kitol dikerah ke seluruh ceruk negara untuk mendendang kisah buruk Anwar. Pariah tetap pariah. Terjun dalam tangki najis pun pariah tak mungkin bertukar menjadi brahmin. Menyalaklah semaunya, rakyat Malaysia tidak bodoh lagi melainkan melayu UMNO BN

    ReplyDelete
  3. Dan orang inilah yang khabarnya akan diangkat menjadi Peguam Negara. Bayangkanlah kredibiliti sistem kehakiman negara. Kita akan jadi momokan masyarakat antarabangsa.

    ReplyDelete
  4. Inilah masalahnya bila tanah Melayu ini dikuasai oleh Mandaliar...Haru biru dibuatnya..Konon perasan berjiwa Melayu tapi sebenarnya berotak si Kitol..Mahathir,Anwar dan peguam ni keturunan apa? TANYA Yahya Ismail...

    Tengok juga dalam pentadbiran kerajaan...Jawatan penting pun ketuanya adalah keturunan si Kitol...GLC mcm Tabung Haji pun bagi pd mamak Kitol..

    Nasib baik masa sekolah dulu aku belajar Hikayat Sejarah Melayu..Masing segar ingatanku penjelasan cikgu2 tentang perangai si Kitol ni...

    Sejarah berulang...

    Mamak dgn mamak bergaduh...Melayu pening dan jahanam..

    ReplyDelete
  5. Isn't it obvious? Could it be that by sending Anwar to prison and now the move to go around the country to tarnish him further are simply to stop people from talking about the shenanigans of 1 Malaysia Disaster Bencana (1MDB) and that of the downturn of the economy which in the coming months shall only get worse? People, it is all a diversion...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup..u're rite...but didn't really like your 1MDB concept la...u refer 1MDB as 1Malaysia Disaster Bencana...but for me..in few years to come 1MDB will be 1MalaysiaDahBangkrup la...that's more like it. Wait an c...!

      Delete
  6. Aku memang tak percaya kat hindu ni bila dia memeluk agama Islam ni dulu. Memang sah ini konspirasi politik, kalau tidak takkan Pemuda Umno nak buat road show guna hindu ni. Sudah terang lagi bersuluh melayu akan berpecah akhirnya akibat hindu ini. Dia peduli apa melayu berpecah sbb dia hindu.

    ReplyDelete
  7. Eh eh...yg kau org melalak melolong mcm anjing gila satu dunia boleh pulak..kasi la chance org lain pun nak melalak jugak. Mmg blog kampung bahalol ni. Kau org ingat apa kau org buat betul semua...org lain salah semua...tu la sbb ketua kau org...Al Juburi... Sbb itu kau org jadi mcm meroyan je...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku setuju dgn kau supaya Umno buat roadshow. Tapi aku tak berapa setuju untuk Shafee jadi jurucakap.

      Untuk menyakinkan rakyat, Khairy patut bawa Siful sekali. Sebelum ceramah dimulakan, Siful hendaklah tunjuk jubornya diliwat kepada para hadihirin Umno ni. Sebab apa?

      ..4 doctor telah beri keterangan tidak terdapat kesan tusokan atau penile penetration keatas jubor Siful..

      diMajlis peneranagan tu, kamu bolih lah tengok sendiri jubor Siful samada kenyatann mahkamah para 4 doctor tu betul atau tidak. Yang dikatakan diliwat ialah sSiful bukan mamak Shafee.

      ,,,melainlah kalau semasa Siful diliwat,,,Shafee ada menyorok bawah katil..melihat kejadian tu. Bolih lah dia sumpah dan menyumpah bahawa liwat betul berlaku.

      Jangan lupa bawa Siful, ye...dlm majlis penerangan tu.

      Delete
  8. Nama asal dia swami loganathan. Walau mengaku tukar nama dan agama sifat dan fiil kekal. Mereka ini gangstar walau pariah (miskin/tiada pelajaran) atau kasta muthaliar (kaya/berpelajaran tinggi).Lihat bagaimana 1% penduduk negara mempunyai 6 parti politik, termasuk kimma, dan berbelas ngo, menuntut hak dan keistimewaan buat kaum mereka. Pada tahun 2007 selurih puak ini berdemo kasar, menuntut hak dan keistimewaan dari kerajaan british. Anehnya, bermula dari kejadian itu, umno takut, kecut telor, dan mula memberi layanan istimewa buat mereka. Menjahanamkan seorang pemimpin Melayu Islam yang berpotensi, adalah agenda mereka maka umno membayar dan mengagungkan puak yang ada agenda peribadi/kaum ini.Yakinlah bahawa Allah akan menghukum puak yang menzalimi orang yang lemah lagi terdedah kepada kegagahan wang dan kuasa mereka Maka umno dan loganathan, tunggulah giliran kamu menerima pembalasan Allah.

    ReplyDelete
  9. Nak buat macamana mana...kalau dah bahalol ikut all Juburi... Terpaksa la org lain dtg membantu... Salah ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ...tak salah...yang patut membantu Umno ialah siSiful. Buat apa dlm Majlis penerangan bawa Shafee. Bukan Shafee yg kena sondol. Kan lebeh elok bawa Siful. Bolih lah Siful tunjuk jubor dia kat kamu dan ahli Umno.

      ....4 doctor beri keterangan dlm mahkamah tak de kesan tusukan...no evidence of penile penetration. Masa majlis penerangan tu...kau check lah sendiri jubor Siful dan sahkan samada 4 doctor tu cakap benar atau salah...

      ...nanti pergi...check sendiri jubor Siful utk puas kan hati.

      Delete
    2. Saifool dan zul nordin sangat sesuai untuk di jadikan barua umngok untuk nak kelentong melayu bangang!

      Delete
  10. Wahhh!

    Nampaknya Anwar Ibrahim LEBIH DI TAKUTI olih UMNO semasa dia didalam Penjara dari semasa dia bebas!!

    ReplyDelete
  11. Apa nak jadi dengan "perompak-perompak harta rakyat" di Malaysia ini.

    Kalau isu sebegini di jaja, bagaimana nak membawa Malaysia ke arah negara maju dalam segala bidang.

    Kalau pun Anwar "betul-betul salah" dan di penjarakan, apakah UMNO mahu lagi???

    Sebenarnya puak UMNO , semenjak Anwar di penjara, mereka ini tidak dapat tidur malam, sering dihantui bayangan Anwar di mana-mana.

    Walaupun fizikal Anwar di penjara, tapi bayangan roh perjuangan Anwar di dalam kalangan orang ramai tua muda miskin kaya menjadi igauan puak UMNO/BN.

    ReplyDelete
  12. Shafee meroyan atas kapal yang sedang karam. KJ tempah nasib yang sama.

    ReplyDelete
  13. mungkin kah ini balasan Allah. tak tenang dan senang hidup walaupun berjaya mendapat apa yg diingini. kenalah roadshow ke hulu ke hilir

    ReplyDelete
  14. Sama ada bersalah atau tidak Anwar Ibrahim sudah duduk dalam penjara. Apa masaalah Khairy dan Shafee sehingga sanggup buang masa buat rforam atas nama UMNO Baru tidak akan berdiam diri lagi ?

    Tiada siapa yang boleh memaksa seseorang percaya pada sesuatu pekara yang orang itu tidak percaya. Dalam mahkamah hakim yang menjadi penentu sama ada orang yang dibicarakan itu bersalah atau tidak.

    Sila rujuk kes pembunuhan Altanruya, apakah orang ramai mempercayai hakim telah bertindak adil dalam menjatuhkan hukuman gantung sampai mati kepada pembunuh upahan itu ?

    ReplyDelete
  15. Ramai dah geng melayu jadian ni dah pegang position tinggi. Org melayu jer yg x sedar. Dlm kerajaan, dlm GLC, malah jadi VC utk Universiti melayu! Tak nampak lagi? Sedih aku tgk melayu......so naif..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju...tengok saja KSN. Melayu ke? Pengerusi TH...melayu ke? Kapal terbang siapa yang bawak orang islam ke Haji dan Umrah.... melayu ke? 1MDB punya kerusi paling tinggi? Melayu ke India?..... sabenarnya bijak2 melayu, cina dan india dah jadi
      pembangkang.... apa tah lagi India dah jadi Melayu sekarang. Tengok Mahatir.....sebut saja yang lain2.

      Delete
  16. Allah s.w.t. punye 'RAHSIA' perencanaanNye yg trsendiri yg hnye DIA yg MAHA MENGETAHUI. Munkin .....kdgkala KEZALIMAN prlu dprlihatkn dgn LEBIH JELAS LG spya bnar2 trnampk kpd mreka yg BUTA HATI. Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
  17. Anwar Ibrahim sedang menjalani hukuman, tak guna kalau kita aksyik Menyalak tak habis2, kalau nak menyalak sgt, pergilah menyalak bukit mungkin bukit bolih runtuh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa kata ko try dulu menyalak bagi bukit runtuh! Jgn berperangai mcm anjing bro!

      Delete
  18. Alahai, manalah KJ boleh memahami istilah pengaiban dalam adat orang Melayu. Kan dia tu tak pernah mendapat pendidikan Malaysia sejak dari kecil lagi?

    Sudahlah tu KJ. Kalau ya pun orang Melayu tulen tak tergamak hendak menjaja keaiban orang lain hingga ke seluruh pelusuk negara macam sarkas.

    Tindakan anda itu menepati bulat-bulat ramalan Allahyarham S.Shamsuddin dulu tu.

    Orang Melayu tulen tahu makna malu la KJ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. KJ ni bukan melayu.agaknya orang asli yang berasal dari hutan.

      Delete
    2. Bapak dia melayu...tetapi dia dibesarkan diseluruh pelusok dunia sebab ikut bapak yg bekerja sebagai Duta luar Negara. Duduk diLondon ada!!! diTokyo ada!!! diBelanda ada!!! kecuali diMsia.

      Mana dia tahu adat resam melayu. Dia langsung tak de sifat melayu. Dia ni macam bangla yang baru datang bekerja dimsia ni.

      Delete
  19. Setuju, tak lengkap cerita kalau tak bawak Saiful Bukhari Azlan sekali. Baru orang ramai boleh lihat dengan mata kepala sendiri orang yng menderita hidupnya.

    ReplyDelete
  20. Tu la..lain kali ambik la awek awek cun jadi PA.. Tak payah la ambik jantan jambu jadi PA... Kan dah susah... Bila susah... Menyalak salahkan semua org...tak baik bro..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ...kau pun tak berapa cerdik...kan Siful diambil kerja sebagai coffee boy shj. Banyak dengar fitnah Umno...tak tahu beza kan diantara coffee boy dan PA.

      .....kan dalam keterangan mahkamah, selepas dikatakan diliwat...Siful pergi kerumah Anwar...sambil tersenyum menghidangkan coffee and karipap kepada tetamu Anwar. Siap ambik gambar..tersenyum lagi. Itulah kerja coffee boy, bro....

      ...caya ke, coffee boy bolih jumpa TPM najib kat rumah Najib siap dengan mamak Shafee ada sekali. Lepas tu kena liwat...tak pula jumpa Najib dan mamak Shafee..

      Kalau lepas kena liwat...dia tunjuk jubornya kat Najib dan Shafee...munkin bolih juga Shafee bersumpah yang Siful telah diliwat...kan bro...

      Delete
  21. Sebenarnya saya mengharapkan sesuatu yang istimewa dari KJ almaklumlah kononnya lulusan Oxford. Tetapi ternyata hambar. Betullah bidalan mengatakan kalau kita berada dalam tong tahi lama kelamaan kita diproses menjadi tahi. Mengusung Shafee Abdulah ke sana kemari bagi menyakinkan umum terhadap kes Anwar samalah seperti mengusung Ibrahim Ali. Siapa yang tidak kenal Shafee. Seluruh masyarakat peguam tahu siapa Shafee. Ingin bersumpah di Mekah bagi menunjukkan dirinya benar. Saya cadangkan Shafee bersumpah di Malioboro Jakarta. Dekat sikit dan lebih afdal sumpah tersebut. Bagi saya roadshow ini tidak lebih dari helah untuk mengelak pandangan umum terhadap 1MDB dan perlaksanaan GST April ini. Oh ya ..saya juga mencadangkan agar setiap kali kita melintas di hadapan pintu masuk penjara Sg Buloh, kita bunyikan hon kereta sekuat mungkin bagi menyatakan simpati kita kepada Anwar

    ReplyDelete
  22. Tindakan KJ dan Shafee ini mengesahkan lagi pemimpin UMNO ikut terbabit dalam isu liwat II Anwar. Ketidakpercayaan majoriti rakyat terhadap ketelusan perjalanan perbicaraan kes ini di mahkamah merungsingkan fikiran pimpinan UMNO BN. Sebelumnya rakyat mungkin kuat meragui peguam lantikan UMNO tersebut tetapi kini rakyat makin percaya bahawa UMNO ikut terbabit dalam kes liwat II sehinggakan UMNO dan pimpinan spt KJ tak segan segan lagi berganding bahu mempertahankan Shafee. Senario ini adalah petanda buruk buat UMNO BN. Tidak syak lagi parti melayu tertua Malaysia ini sedang mengharungi era malap dan bakal rebah tersungkur tidak lama lagi. Rakyat Malaysia khususnya generasi Y yang berpendidikan tunggi yang semakin ramai bilangannya telah mengatasi bilangan orang lama yang kurang pendidikan akan menjadi kuasa penentu masa depan UMNO BN. Tindakan dan solusi yang cuba diambil pimpinan UMNO kebelakangan ini bagi mengatasi kemelut ditolak rakyat menjadi serba tidak kena dan diluar kebiasaan. Tindakan KJ dan Shafee ini membuktikan betapa kalut dan terdesaknya UMNO BN ketika ini.

    ReplyDelete
  23. Tindakan KJ itu sebenar nya untuk menjelaskan kepad umum yang tidak mempercayai kes ini. Sebenar nya ramai yang tidak mempercayai nya.
    Aku cadangkan agar KJ(keling jadian) membawa Sial Fool sekali. Mungkin dengan kahadiraan beliau boleh "MEMPERAGA" kan "EXOZ" nya yang telah di "LAWATI" oleh "PISTON" si tua yang bernama DSAI. Bukan nya apa, agar boleh mempengaruhi mereka yang tidak mempercayai kes ini setelah melihat sendiri kaedaan "EXOZ" tersebut.
    Kalau setakat nak kelintong mereka yang berakal tanpa di sertakan bukti mungkin sia sia sahaja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ...betul...sebelum Majlis penerangan dimulakan...Siful kena tunjuk jubornya kat para hadirin. Lebeh baik lagi kalau Shafee atau KJ buat lakonan semula bagaimana Siful diliwat...

      Dan semasa perhimpunan Agong Umno kelak...sebelum perhimpunan dimulakan...KJ hendaklah membawa Siful dan tunjukkan jubor Siful kepada para perwakilan...dengan mengatakan Umno berterimakasih kepada jubor Siful kerana dapat mengalahkan seteru politik yg sangat ditakuti..Anwar ..yg selama ini tidak dpt dikalahkan olih Umno.

      Delete
  24. Anwar call td..nyamuk gigit kote katanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku nampak perbezaan macai penyokong bontot sialfool dgn yg rasional dan sedar .Macai menyerlahkan tahap kebebalan tahap tinggi bila menulis komen sementara penyokong mahu pun yg rasional berhujah dengan fakta yang terang.Malu la sikit bro..Opss..macai mana ada rasa malu

      Delete
    2. ..apa Siful tak de call ke..complain jubornya orang masukkan tube...dulu dia complain kat Dr Pushrawi orang masukkan plastic object...saja nak tahu...

      Delete
    3. Setuju bro... Macai ni2 bukan bijak mana pun... Cari makan dengan mencela org...tolak dosa pahala..apa diorg nak heran..mati lambat lagi..katanya..

      Delete
  25. Hehehe...ngantok gigit...kete mesti bengkak... Nurul tlg bawak mopiko... Cepat Nurul...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ,,,kau sibuk2 ni baik kau jaga dan ambik tahu buntut mak kau...nanti ditaler dek bangla...baru kau kempunan...

      Delete
  26. Hehehe...nyamok gigit...kote mesti bengkak... Nurul tlg bawak mopiko... Cepat Nurul...

    ReplyDelete
  27. Makhluk yang bernama Anwar Ibrahim sebenarnya tak ada apa2 keistimewaan, sepatutnya jangan hidup dia hanya pandai buat provokasi untuk jadi popular bermula awal 70an sewaktu jadi Pemimpin Pelajar..kemasukan dalam Abim hanya untuk mempromosikan sedikit kebolihan yang ada..Tun Mahadzir pernah berkata,membawa masuk Manusia yang bernama Anwar Ibrahim adalah satu kesilapan Besar kepada Bangsa Melayu dan kebaikan untuk Negara..dan sekarang terbukti apa dah berlaku.. Kau dulu bangsa asing Cina menganggap mereka menumpang dinegara Malaysia untuk cari makan, tapi sekarang sudah naik tocang, ini disebabkan ada bangsa Melayu yg bernama Anwar Ibrahim.. Anwar Ibrahim hanya pandai mencipta provokasi dan mengajak penyokong taksub membuat gila Babi dijalanan, Babi Gila pun tak macam tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku analysis statement macai ni;

      Keywords;

      1) Anwar tiada keistimewaan.
      2) Pandai buat provokasi sejak tahun 70 an
      3) Mahathir (bukan mahadzir.. Ko ingat Mahadzir Lokman ke) kata silap bawa masuk Anwar, may be dlm UMNO kot..
      4) Cina naik tocang sbb Anwar
      5) Anwar buat provokasi dgn mengajak penyokong jadi gila babi dijalanan. Demonstrasi la tu maksudnya.

      Persoalan kepada keywords;

      1) kalau dia tidak ada keistimewaan, dah lama dah dia tenggelam dlm politik. Tak istimewa ke dia, seorg bekas banduan ( sebelum ni kena penjara 2 kali), boleh jadi TPM dan jadi ketua pembangkang?

      2) Ahli politik semua kena buat provokasi utk kekal relevan. Kalau tak caya tanya Ibrahim ali (provoke bakar injil), ismail sabri ( provoke boikot peniaga cina), najib ( provoke dgn BRIM), Mahathir ( provoke najib letak jawatan). So provokasi relevan dgn politicians.

      3) Memang Mahathir silap. Bukan shj Anwar, Pilih Pak lah juga silap malah pilih najib juga silap. So..why salah kat Anwar pulak?

      4) Cina naik tocang sbb Anwar? Bukan ker Najib ke yg buat 1Malaysia yakni mengiktiraf kaum cina sebaris dgn melayu, india dan bangsa2 lain. So, kenapa salahkan Anwar pulak?

      5) Spt yg di katakan sebelum ini, untuk kekal relevan dlm politik kena ada provokasi. Kalau tak baik tak yah jadi politician. Tambahan pula, provokasi perlukan penyokong. Tanpa penyokong, tiadalah politik. So salah ke anwar provoke penyokong?

      To conclude, jadilah bijak sikit. Bagilah hujah yg bernas. So jangan jadi bodoh boleh tak?

      Delete
  28. Bawak sekali siapa saja yang dia orang suka. Rakyat akan jadi hakim.

    ReplyDelete
  29. "Ini betul-betul lawak. Lebih lawak daripada program Maharaja Lawak."
    Tepat sekali Tuan Shah. Hehehehehehe..........

    ReplyDelete
  30. Seronok tgk macai anwar meroyan dlm blog ni..termasuk ngan tuan blog sekali..sudah la..anwar sudah di dalam.tumpu la kat permatang pauh tu..takut yg tu pun hilang. Dulu tak pa la..pas sokong 100%.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang meroyan orang bangang macam kau.orang dah masuk lokap kau masih tak puas hati.itulah yang dinamakan bangang seperti kata pemimpin kau yang macam haramjadah tu.

      Delete
    2. Yg dok bakar lilin halau nyamuk kat luar penjara tu sbb apa bahlol? Sbb tak puas hati la meon oiii

      Delete