Wednesday, 21 January 2015

Lagi Najib Membisu, Lagi Ramai Yang Meluat


Walaupun sudah berhari-hari bekas Menteri Kewangan, Daim Zainuddin diserang dan dimalukan oleh media arus perdana sehingga SPRM juga sudah terbuka untuk menyiasat kekayaannya, tetapi sampai hari ini Perdana Menteri, Najib Razak masih lagi berdiam diri mengenainya.

Belum ada sepatah perkataan pun keluar daripada mulutnya mengenai perkara ini, meski semua orang tahu media arus perdana adalah dibawah kawalannya.

Untuk itu, Najib perlu tampil untuk menjelaskan sekurang-kurangnya tiga persoalan ini:-

Pertama, beliau perlu menjelaskan apakah mengetahui permainan yang sedang dicatur oleh pegawai dan para penasihatnya, terutama oleh individu yang bernama HR mengenai serangan terhadap Daim melalui media arus perdana itu?

Kedua, jika mengetahui, apakah beliau merestui semua tindakan yang dilakukan oleh para pegawai dan penasihatnya itu, manakala kalau di luar pengetahuannya pula, kenapa setelah heboh diperkatakan, masih juga berdiam diri mengenainya?

Ketiga, apakah selepas Daim, bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad dan anak-anaknya pula merupakan sasaran seterusnya untuk dimalukan melalui media arus perdana atau turut diseret kepada siasatan SPRM?

Tiga persoalan ini penting untuk dijawab dan dijelaskan oleh Najib kerana ahli-ahli UMNO seluruh negara ingin mengetahui hakikat sebenar mengenainya.

Sekarang ini, sementara ramai yang keliru di sebalik sikap berdiam dirinya itu,  dalam masa yang lebih ramai sebenarnya yang meluat dengan cara serangan yang dilakukan keatas Daim ini.  

Mereka mengatakan ini bukan cara yang betul melayan bekas pemimpin yang cuba menegur dan memperbaiki keadaan dalam UMNO serta negara.

Teguran kepada Najib, kata mereka, tidak dapat dielakkan kerana kepincangan dan kelemahan dalam mengurus parti dan negara begitu ketara sehingga kesannya dapat dirasai oleh rakyat jelata.

Mahathir pernah ditegur oleh Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussein manakala Pak Lah pula ditegur oleh Mahathir tetapi kedua-dua bekas Perdana Menteri itu tidak pula melayan teguran dan kritikan itu seburuk seperti apa yang dilakukan oleh Najib ketika ini.

Sementara Mahathir dan Pak Lah tidak takut menjawab setiap kritikan dengan hujah, Najib sebaliknya hanya berdiam diri tetapi dalam masa yang sama melakukan tindakan lain yang lebih keras dan tidak berhemah terhadap pengkritiknya.

Apa yang dilakukan kepada Daim ini memberi gambaran bahawa Najib seorang pemimpin yang tidak boleh ditegur oleh ahli dan mereka yang berada dalam UMNO. Jika menegur dan mengkritik, bersedialah menghadapi tindak balasnya.

Selepas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Khairuddin Abu Hassan yang membuat laporan polis mengenai 1MDB tetapi kemudian dirinya "ditelanjang" dan "diselongkar" sehingga kes muflisnya didedahkan serta rumahnya terjual, serangan terbuka kepada Daim jelas memperlihatkan kecenderungan ke arah yang sama.

Melalui serangan berterusan, termasuk memberi publisiti kepada Anwar Ibrahim untuk turut sama menambah rencah melalui bukti yang sedia diserahkan kepada SPRM, matlamatnya tidak lain ialah untuk mencalar dan memperlekeh imej bekas Menteri Kewangan itu.

Tetapi oleh kerana serangan kepada pengkritik daripada UMNO ini melebihi berbanding apa yang dilakukan terhadap parti-parti pembangkang, kesan politiknya lebih dirasai oleh UMNO sendiri. Walaupun ada yang menyokong, tetapi yang keliru, benci dan meluat lebih besar bilangannya.

Di sinilah pentingnya Najib tampil dengan penjelasannya. Sebagai pemimpin, beranilah berkata benar dan jangan bersikap baling batu sembunyi tangan. Kalau mengetahui dan merestuinya, berdirilah dengan penuh tanggungjawab sebagai seorang yang berani.

Jika semua itu di luar pengetahuannya dan hanya kerja-kerja pegawai dan penasihatnya saja, segeralah menghentikannya sebelum ia memberi lebih banyak masalah kepada UMNO dan juga dirinya sendiri.

Namun, berdiam diri dan bisu seperti selalu bukan lagi pilihan ketika ini. (SH 21/01/2015)

6 comments:

  1. Mano lah kawan tu tak diam,yg bagi arahan bukannyo dio,si rosmah gedempong tu.najib apo yg dio tau??ngabih an bogheh buleh la..tak pun main golf sobab dio memang GOLF-Golongan Orang Lomah Fikiran..

    ReplyDelete
  2. Tun Daim & Tun Mahathir adalah DUA Perompak, Penyangak, Penipu, Pemutar Belit yang telah menzalimi seluruh Rakyat Malaysia dgn membawa keluar BERBILLION-BILLION Wang Rakyat. Kalau Penyangak Daim membawa lari ke berbagai bank di Eropah dan Afrika, Mahazalim, MahaFiraun Mahathir membawanya ke Guam. Oleh kerana jumlah banyak, maka mudahlah bagi mereka memiliki Bank-Bank dinegara tersebut, dgn proksi-proksi terpilih, khususnya Pedagang Matawang yang dilantik oleh KeDUA-DUA Penyanggak Terbesar dlm sejarah Malaysia Moden.
    Lim Kit Siang sebagai Ketua Pembangkang di era Kegemilangan Kerajaan BN/UMNO 2/3, telah membawa topic “THE BANK NEGARA RM30 BILLION LOSSES SCANDAL” di Parlimen sekitar tahun 1994, namun keunggulan 2/3 Majoriti, skandal tersebut lenyap begitu saja, Lim Kit Siang tidak lagi mengungkitkan sehngga ke hari ini.
    Hansard Parlimen Skandal lapor pd tahun 1989 Bank Negara telah dikritik hebat oleh Pihak Berkuasa Kewangan Barat kerana berspekulasi KETERLALUAN ke atas matawang Yen dan US Dollar di mana Group 7 Negara Maju cuba menstabilkan pasaran kewangan ketika itu. 1991, Reuter melaporkan Bank Negara memiliki suatu kuasa dominan ke atas pasaran kewangan & digelar sbg “PEMBULI PASARAN KEWANGAN”.
    Kapasiti Bank Negara lakukan spekulasi US50 Million satu lot berbanding pasaran normal berkapasiti US5 Million, Jepun saja yg memiliki kapasiti tersebut dan hanya spekulasi satu atau dua kali dalam masa satu tahun. Berbanding Bank Negara melakukan BERBILLION dalam masa satu hari.
    Teknik spekulasi pada US50 Million pada 2 Bank Ternama dan kemudian mengulangi spekulasi dengan kadar sama 10 minit kemudian. Kemudian Namk Negara bertukar tempat dan melakukan spekulasi lagi 24 jam sehari dengan jumlah wang BERBILLION-BILION.
    SOALNYA JIKA KERUGIAN YANG DICATAT HANYA RM30 BILLION, kemana wang-wang Rakyat BERBILLION-BILLION yang lainnya pergi? Sedangkan Rezab Bank Negara ketika itu hanyalah US20 Billion dan Tidak berubah spt lapor DS Anwar di Parlimen?
    Kejadian berlaku di zaman Penyanggak Daim sbg MENTERI KEWANGAN dan Mahazalim Mahathir sbg PERDANA MENTERI, manakala Ketua Spekulasi Kewangan di Bank Negara ialah Nor Mohamad Yaacob. Nor Nohammad Yaakob masih di dlm Kerajaan, menutup rapat Rahsia Besar ini, di Bank Negara, Mahazalim MahaFiraun Mahathir arah Zeti Aziz, simpannya dlm peti besi. Zeti Aziz, bukannya cekap & pandai manapon mengendalikan urusan Kewangan/Bank Negara, tapi TIADA SESIAPA PON yang mampu mengugat kedudukkannya. Mahazalim Mahathir akan cepat memintas/memotong sesiapa saja yang berani kacau “CARETAKER GUNDEK” utk jaga Rahsia Besarnya.
    Hanya Penyanggak Perompak, Lanun Daim dan Mahazalim MahaFiraun Mahathir sahaja yang mampu menjawab persoalan ini. Sila rujuk artikel “the bank negara rm30 billion forex losses scandal”.
    http://www.limkitsiang.com/archive/2004/jan04/lks2837.htm
    https://wtfreport.wordpress.com/2011/12/12/the-forex-scandal-in-early-90s/
    http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2012/06/03/nor-the-main-culprit-behind-forex-scandal/
    http://www.limkitsiang.com/archive/2006/july06/lks3966.htm
    http://blog.limkitsiang.com/publication/
    https://akupeduliapa.wordpress.com/2012/06/06/rm30-billion-bank-negaras-forex-losses-in-1992/
    http://www.tindakmalaysia.com/showthread.php/5067-Finance-Bank-Negara-Forex-Loss-Mahathir-has-to-answer-Lim-Kit-Siang
    Lim Kit Siang, DS Anwar Ibrahim dan Rafizi Ramli desak di siasat Penyanggak Daim, Mahazalim Mahathir, dari mana kekayaan yg mereka dapat asalnya dari mana?,Bawa kpd World Bank, IMF, ICC, Bank Of England, FSA, Federal Reserve. “SEPANDAI-PANDAI TUPAI MELOMPAT, AKHIRNYA AKAN JATUH KE TANAH JUA” akhirnya terbongkar jua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lim Kit Siang – ‘Anwar Ibrahim Punca Kerugian Bank Negara 1993′

      -Bekas Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah terlibat dalam melindungi kerugian berbilion-bilion ringgit oleh Bank Negara kira-kira 20 tahun lalu, kata penulis Malaysia-today Raja Petra Kamarudin (RPK) dalam pendedahannya terbaru bertajuk “When the shoe fits“, 4 Jun.
      Kerugian Bank Negara itu pernah dibangkitkan di Parlimen pada tahun 1993, ketika Anwar menjadi Menteri Kewangan menggantikan Tun Daim Zainuddin yang meletak jawatan pada 15 Mac 1991.
      RPK berkata demikian ketika menjawab dakwaan bekas Timbalan Gabenor Bank Negara, Rosli Yaakop tiga hari lalu, dalam satu forum bertajuk “Bank Negara Forex Scandal: When Government Becomes Speculator”, anjuran Penang Institute yang menuduh 4 individu tanpa tidak menyebut nama Anwar Ibrahim yang menjadi Menteri Kewangan ketika itu sebagai punca kerugian berjumlah RM30 bilion yang dialami oleh Bank Negara pada tahun 1993.
      Menurut RPK, Rosli Yaakop adalah pemimpin PAS dari Negeri Sembilan, sudah tentu mempunyai agenda tersendiri apabila tidak mendedahkan perkara itu pada tahun 1999 apabila beliau meletakkan jawatan dari Bank Negara.
      Kenyataan RPK disokong oleh satu rencana yang ditulis oleh Ahmad Lutfi Othman, Ketua Pengarang Harakah.
      Ahmad Lutfi dalam rencananya bertajuk “Kerugian Bank Negara : Siapa pula kaki judi ?” memetik kata-kata Ketua Pembangkang, Lim Kit Siang di Parlimen, Selasa, 27 April 1993 yang menyebut, “Selaku Menteri Kewangan, Anwar Ibrahim mesti menerima tanggungjawab persendirian sepenuhnya kerana kerugian pertukaran asing Bank Negara ini. Rakyat berhak mengetahui sebab dan saiz berbagai kerugian pertukaran asing yang dialami oleh Bank Negara, berkenaan jumlah kerugian yang disebabkan oleh pembendungan inflasi dalam menyerap liquiditi, penilaian semula pegangan mata wang asing dan kenaikan nilai ringgit dan kerugian hasil daripada perniagaan dan spekulasi mata wang asing.”
      Kata-kata Lim Kit Siang itu dirakamkan dalam buku Ahmad Lutfi bertajuk “PAS zaman Anwar : Memo untuk bakal PM”, Penerbitan Pemuda, 1993.

      Delete
  3. Dulu kita disibukkan dengan kes Anwar Ibrahim liwat. Tak layak jadi pemimpin. Mesti disingkirkan dari jawatan TPM dan mesti dipecat dari jadi ahli UMNO Baru.

    Setiap hari kita boleh dengat isu liwat sehinggakan ramai rakyat Malaysia terpengaruh dengan perbuatan tersebut.

    Apa yang rakyat dapat dari propaganda Mahathir dan Daim terhadap Anwar ? Hutang negara bertambah. Rasuah bercambah.

    Najib adalah pewaris Mahathir. Perang saraf diantara mereka tidak memberi kebaikan dan keuntungan pada rakyat.

    Adalah lebih baik jika rakyat biasa tidak melibatkan diri dalam kancah itu. Sama ada Daim dan Mahathir kalah atau Najib yang kalah dalam dalam menjaga kepentingan masing-masing tidak akan mengubah landskap negara yang menanggung beban hutang yang banyak. Nilai ringgit yang jatuh merundum.

    ReplyDelete
  4. Tuan Shah,
    Gandingan Mahathir- Daim merupakan gandingan mantap yang menyebabkan Anwar tersingkir dari jawatan TPM. Anwar di pecat sebagai ahli UMNO dan menyebabkan beliau disingkir dari jawatan Timbalan Presiden UMNO dan TPM.
    Di pukul oleh KPN Rahim Noor dan di sumbat ke penjara oleh Mahkamah Tinggi yang di hakimi oleh Agustine Paul.Kes itu di ketuai oleh Peguam Negara Mokhtar. Kedua-duanya dah masuk alam barzakh dan sedang menjalani proses penghakiman oleh Yang Maha Esa.
    Secara maya kita melihat gandingan Najib-Anwar pula sedang berperang / menyerang gandingan veteran Dr M dan Daim. Samada Anwar sedang menggunakan Najib atau Najib menggunakan Anwar untuk menghadapi musuh yang sama dan matlamat yang sama iaitu menutup mulut serta memalukan Dr M/Daim.
    Sekiranya Dr M dan Daim boleh dihadapkan ke muka pengadilan atas khidmat bakti mereka selama 22 tahun sebelum ini atau tidak bukanlah matlamat utama, Matlamat utama Najib/Anwar adalah membisukan mereka dan jangan masuk campur kepimpinan negara lagi,
    Teguran Dr M/ Daim lebih kepada agenda peribadi daripada ingin membuat kritikan membina kerana Dr M seperti kita ketahui marah dengan Najib apabila Najib tidak memberikan sokongan kepada Mukhriz sewaktu Mukhriz bertanding jawatan Naib Presiden Umno.Jawatan MB Kedah bukan atas kerelaan Najib sewaktu perlantikan Mukhriz tetapi kerna terpaksa.
    Tindakan Najib yang tidak mahu melayan tuntutan Dr M meneruskan projek jambatan bengkok dan beberapa tuntutan lain menyebabkan Dr M berterusan menyerang pentadbiran Najib.
    Sekiranya Anwar /Najib menang melawan gandingan veteran tersebut, Anwar dan Najib akan kembali bertarung satu lawan satu.
    Amat sukar Anwar akan menang kerana Najib akan menggunakan seluruh jentera yang beliau miliki untuk menghapuskan kemampuan Anwar. Sekiranya Najib menggunakan keputusan liwat 2 utk memenjarakan Anwar dan menutup mulut Anwar, Najib berkemungkinan akan tersungkur di PRU 14 dan ditunjukkan jalan keluar oleh pengundi atau mungkin menjadi ketua pembangkang.
    Najib dikelilingi strategis dan pegawai taktikal yang ramai tetapi mungkin sekadar budak hingusan yang tidak mampu membaca gerakan Dr M/Daim/Anwar yang kita tahu latar sejarah mereka.
    Atau Anwar yang sebenarnya sedang diperangkap oleh gerakan checkmate Dr M/Daim/Najib.
    Walau apapun, yang rugi pastinya orang yang berada di tampuk kuasa kerana akan hilang takhta berbanding Anwar/Dr M/Daim, kerana tiga sekawan tersebut merupakan dinasour politik pada masa lalu dan sepatutnya bersara dari arena sekarang. Wallahualam..

    Mangsa Banjir.

    ReplyDelete