Friday, 30 January 2015

Anwar Sah Tidak Lari Ke Mana-Mana


Jauh daripada jangkaan sesetengah pihak mengenai kemungkinan melarikan diri ke luar negara pada hari penghakiman kes liwatnya yang telah ditetapkan, Anwar Ibrahim telah pun mempunyai jadual jelajahnya ke seluruh negara mulai  awal Februari depan ini.

Jadual programnya yang sudah tersebar luas itu secara tidak langsung mengesahkan bahawa Anwar tetap dengan sifat berani serta keyakinan tidak bersalahnya pada hari penentuan 10 Februari nanti.

Semalam, NGO Tibai dan peguam Zulkifli Noordin telah membuat laporan polis mendesak pihak berkuasa melakukan pemerhatian lebih rapi terhadap pergerakan Anwar, termasuk merampas pasport antarabangsanya bagi mengelakkan kemungkinan kononnya Ketua Pembangkang itu melarikan diri ke luar negara.

Apa yang berlaku kepada Sirul Azhar Umar, pesalah hukuman mati dalam kes pembunuhan Altantuya yang menghilangkan diri pada hari penghakiman dan kemudian didapati melarikan diri ke Australia telah dijadikan rujukan tentang kebarangkalian Anwar juga dikatakan bakal melakukan tindakan yang sama.

Namun dengan pihak Anwar sudah mengeluarkan jadual jelajahnya ke seluruh negara mulai semalam, secara langsung menafikan kemungkinan yang dibimbangi itu. Anwar kekal menunjukkan jiwa berani dan mempertahankan pendirian "lawan tetap lawan" yang menjadi pegangannnya selama ini.

Didapati bersalah atau tidak, Anwar akan menghadapinya secara berdepan dan jiwa yang kental segala kemungkinannya.

Di sebalik bibit-bibit perpecahan yang kian melebar dalam PR, terutama berkaitan hubungan Pas dengan DAP serta Pas dengan Pasma, jelajah Anwar ke seluruh negara ini adalah medan terbaik untuk kembali menyatukan semula elemen itu.

Jika Anwar dipenjarakan pula, ia adalah peluang terakhir untuk bertemu dan mendengar ucapan serta amanatnya.

Rakyat secara umumnya tetap dahagakan perubahan dan masih kecewa dengan prestasi kerajaan menguruskan pelbagai isu dalam negara sejak PRU 13 lalu. Harapan majoriti rakyat ialah PR yang dirasakan mampu menjadi alternatif kepada BN segera menjernihkan hubungan sesama mereka dan menunjukkan kematangan yang lebih baik lagi.

Memang ramai yang mengharapkan Anwar akan dibebaskan agar dapat menyusun dan memperbaiki segala permasalahan antara parti dalam PR, tetapi keinginan kepada perubahan juga sebenarnya tidak berganjak jika Anwar dipenjarakan.

Anwar yang telah memberi sumbangan besar dalam membentuk dan mengukuhkan PR selama ini, tidaklah begitu mudah dilupakan segala jasa dan sumbangannya.

Kejayaannya membentuk kekuatan pembangkang yang hampir seimbang dengan BN sehingga rakyat memperolehi pelbagai nikmat dan tidak mudah diperlekeh oleh kerajaan yang terlalu dominan adalah sesuatu yang harus diakui oleh semua pihak.

Ditambah dengan wajah dan watak Najib yang memimpin negara ketika ini, kalaulah pembangkang tidak kuat dan BN berada dalam kedudukan majoriti dua pertiga, sudah tentu kita boleh membayangkan lebih banyak hal yang mendukacitakan lagi berlaku dalam negara ini.

Sekurang-kurangnya dengan adanya pembangkang yang kuat, hak rakyat lebih dijaga dan dipertahankan dan kerajaan tidak sewenang-wenangnya bertindak.

Jika dibebaskan, PRU 14 adalah peluang terbaik untuk Anwar mengumpul kembali kekuatannya bersama PR, tetapi kalau takdirnya dipenjarakan pula, ia bukanlah pula zaman senang-lenang untuk BN dan kerajaan menghadapi pilihanraya akan datang. (SH 30/01/2015)

32 comments:

  1. Dia start cari rakyat dah..masa banjir dok brcuti cari suit broni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anwar tak cari rakyat pun tak mengapa kerana kalau nak dihitungkan hidup beliau kalau mahu bersama UMNO/BN, maka kekayaan dah melimpah ruah. Tapi mungkin ada sedikit semangat juang dari mudanya lagi ingin membela rakyat walaupun rakyat ada diantaranya pemikiran otak babi dan perangai lebih dari kafir laknat seperti anon 10:34, tetapi Anwar masih konsisten di dalam perjuangannya.

      Delete
    2. Banyak la lu tak cari rakyat...macau betul la lu ni..ada masalah cari rakyat..masa kongkek x ingat anak bini rakyat semua

      Delete
    3. Untuk Anwar 14.26,otak awak memang belacan, dah jadi budu cengcalok senang 2 kata kalau Anwar Ibrahim dalam UMNO/BN bolih jadi kaya raya melimpah ruah..inilah otak Pecacai BODOH tahap gaban, telan racun tikus lagi bagus.

      Delete
    4. dia nilah spesis lembu kondo yang masih berkeliaran dalam blog budin.bangang tahap kepala taik.

      Delete
  2. Ha ha ha.. Awal sungguh chai mengomen pagi2. As usual, yg kuar dari tulisan diorg semuanya sampah. Tak da fakta. What a low mentality...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak fakta apa lg..tuhan dah butakan mata hati kau..

      Delete
    2. Kenapa Mat Sabu orang yg mula2 sekali bagi gelaran Al Juburi,cuba kau tanya pada diri kau sendiri . kenapa Anwar Ibrahim tak berani untuk bersumpah laknat dalam masjid menafikan yg dia tidak melakukan Liwat sepertimana Saiful buat sumpah sambil memegang Al Qur'an, kalau awak sebagai seorang Islam tak payah bagi jawapan berputar belit..

      Delete
    3. Again.. Machai bagi statement bodoh@sampah. Sapa yg buta hati aku pun x tahu. Tgk fakta kes la cukup. Ko tu yg butakan hati sendiri sbb tak nak guna akal utk berfikir. Lagi satu, psl sumpah laknat ni. Tak habis2 suruh bersumpah laknat. Tak der dlm ajaran agama islam pun. Cuba la tanya org agama; ustaz2 yg muktabar. Bukan tanya ustaz umno. Hancurrr..kalo x nak tanya pun baca la buku agama bab sumpah laknat ni. Tu la aku ckp.. Machai2 ni bukan bijak pun. Isunya tak mau baca.. Kalo baca sure boleh buat penilaian pasal fakta kes dan sumpah laknat ni. And again..puas aku menuliskan..geng2 machai ni mau ke baca..ok bai..

      Delete
    4. Yg sedap anwar..yg bergaduh, berhabis duit penyokongnya yg bebal..

      Delete
    5. Bukan suruh bergaduh doe.. Org tu suruh pikir.. Kalo nak bg statement kena pikir buruk baik..semua ini ditulis pahala dan dosa. Esok tak sempat mintak maaf di akhirat kelak.

      Delete
  3. Kalau nak sokong, sokonglah tapi jgn sokong membabi buta..sepatutnya kalau Pemimpin buat salah, kita sebagai penyokong kena tegur biar Pemimpin tu faham yg kita sebagai penyokong tak suka, ini tidak... bila Pemimpin tu buat salah kita pulak bagi semangat pada dia untuk mempertahankan kesalahan dia.. Hal ini terjadi pada Anwar Ibrahim.. Kes Liwat yg menjadi isu skg tidak kena mengena dgn Kerajaan BN.. Itu adalah hal Anwar Ibrahim dgn bekas pekerja dia biar undang2 yg menantukan, kita jgn jadi penyokong yg terlalu fanatik.

    ReplyDelete
  4. Jgn fikirkan hanya keadilan hanya untuk Anwar Ibrahim sorang, keadilan untuk Saiful kena fikir juga..Isu Liwat Anwar Ibrahim bukan satu Fitnah atau Konspirasi Umno, ingat semasa Anwar Ibrahim masih dalam Umno, siapa yang bagi gelaran Al Juburi(main bontot) pada Anwar, Mat Sabu adalah orang pertama tahu dan Karpal Singh berkata ada bukti yg Anwar Ibrahim memang kaki main Bontot.. Kalau nak tahu dgn lebih lanjut tanya Mat Sabu skg masih hidup lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu lihat keadilan untuk kedua-duanya ssekali. Cuma kalau kita lihat kes ini memang pelik. Untuk pendakwaan sahaja pun dah pelik. Kalau nak keadilan untuk saiful bermakna anwar lakukan kekerasan dan paksaan tetapi ky jelly saiful yang bawa. Kalau macam tu bukan paksaan maknanya suka sma suka. Kalau suka sama suka dua-dua kena masuk penjara la baru adilllllll

      Delete
    2. Tak pelik la..yg pelik jam omega hilang entah ke mana

      Delete
    3. Mat Sabu bagi gelaran Al Juburi pada Anwar Ibrahim tidak boleh dirujuk sebagai bukti kes. Kalau aku beri gelaran pada kamu sebagai anak zina atau anak haram.... Boleh kah dirujuk sebagai bukti bapak dan emak kamu memantat tidak bernikah ?

      Dan Karpal Singh berkata ada bukti yg Anwar Ibrahim memang kaki main Bontot seperti yang kamu tulis itu juga tidak boleh dirujuk sebagai bukti kes kerana sepanjang perbicaraan Karpal tidak dipanggil jadi saksi pendakwa.

      Kamu kah pencacai bangang yang dimaksudkan oleh Najib?

      Delete
    4. Kenyataan tahap longkang langsung takde fakta mcm Paria.. inilah Pecacai Anwar Ibrahim.

      Delete
    5. kau kata orang paria,kau pun sama paria tahap keling.

      Delete
  5. tak perlu lari berapa lama bole hidup pun kalau dipenjara kalau panjang umur sakit pula dalam penjara sapa yang susah nak jaga
    lawan tetap lawan

    ReplyDelete
  6. Kalau anwar tak salah, apa perlu pecancai mulut longkang sebok nak mempertahankan...tak salah..relax ler bro...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau diluar negara dah lama Pemimpin mcm Anwar Ibrahim tu dah berkecai tak payah jauhlah, kat thailand pun cukup dah tinggal nama..

      Delete
    2. Dah cukup banyak pahala nak bawa ke akhirat? Masuk neraka pun badan boleh berkecai..

      Delete
  7. Astagfurullah. Lancapnya mulut manusia yang mengaku Islam. Tutur bahasa yang tidak bersopan melambangkan seseorang yang tidak berakhlak. Apakah untung yang kalian raih diatas malapetaka yang menimpa seseorang? Apakah dosa yang dia telah lakukan keatas peribadi, keluarga, hartabenda atau kerjaya dan business anda? Apakah hukuman mahkamah dunia, pendirian pemimpin dan parti anda menepati hukuman Allah diatas dosa seseorang? Jika dia berdosa itu diantara yang empunya badan dan Allah. Jangan bergembira diatas sesuatu yang menimpa orang lain. Surah dan Ayat mana serta Hadis mana yang kalian pakai? Berpeluangkah kalian memohon ampon dari beliau sebelum sakaratul maut? Sekiranya kalian masih berkeras dengan pendirian kalian, Selasa depan pergilah ke Batu Caves untuk bersama dengan puak anda.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awaluddin, diorg ni mana pikir agama dah..yg penting perut kena isi..lantakla hadis ke surah ker..dosa pahala lantak...menda tak nampak..kalau nampak..semoga Allah swt membuka hati kalian dan kebenaran akan terserlah..

      Delete
    2. Benar sdr. Kita tinggalkan gulungan munafik ini dan mari kita tarbiyah kawan-kawan lain kearah perjuangan yang syumul. Kita wajib insaf bahawa kaum lain amat consistent gigih memperjuangkan menuntut kerajaan yang berpijak dibumi nyata dan menerima hakikat bahawa pentadbiran mereka telah menyebabkan negara kita terlalu jauh ketinggalan berbanding negara jiran yang dahulunya menghormati kita kerana kita amat hebat pada suatu waktu. kaum lain yakin dan menyokong perjuangan pemimpin seperti DSAI dan yang seangkatan dengannya. Kita yakin DSAI dan lain-lain pemimpin PKR , DAP serta para pemimpin PAS kecuali presiden, timbalan mursyidul am dan setiausha agungnya, merancang segala gerak langkah perjuangan yang bakal berterusan walaupun selepas mereka tiada. Ayuh kita maju berjuang kearah menuntut pemerintahan yang lebih baik dari yang tersedia.

      Delete
    3. Aku nak bagitahu, bukan isu agama yg nak dipersoalkan. Isu skg Isu Liwat Anwar Ibrahim. semasa dia meliwat Saiful kenapa dia tak fikir soal agama.. kita bukan nak menuduh, tetapi semua ada bukti dgn fakta..Isu Anwar lunyai Cina Doll bukan Fitnah,sahabat karim dia Datok Emkay ada banyak maklumat tengtang Anwar, kenapa kita taknak terima yg Anwar memang kaki tu..

      Delete
    4. Apa yg kau faham tengtang munafik, Pemimpin mana yg munafik antara Pakatan dan BN.. Munafik adalah salah satu buat janji tapi mungkir janji, mana hukum Hudud yg di janjikan olih PakatanRakyat, mana lebuh raya rakyat yg di janji olih Pakatan.. Sampai skg menipu rakyat..

      Delete
    5. Anon 02:35

      Ko ni pun satu. Kalau dah bangang jangan tunjuk la bangang ko tu kat orang. Simpan bangan ko tu baik baik. Mcm mana PR nak tunai janji kalau kewangan negara di tangan UMNO BN. Lain lah kalau PR kuasai perbendaharaan negara. Ko kalau tak faham undang undang persekutuan, elok duduk diam. Kelantan bukan ada kuasa autonomi nak jalankan hudud kalau persekutuan tidak membenarkan. Lainlah kalau PR kuasai persekutuan Malaysia. Nampak sangat ko ni lembab dan bengap. Itu la..orang sekolah sampai universiti, ko cuma melepak tepi landasan keretapi. Harap duit mengampu ja nak cari makan. Pi sekolah balik laa bengap oii.

      Delete
  8. Hangpa sanjung dan jilat la pemimpin bacul dan dayus hangpa tu. Cuma pandai cakap dan tuduh orang lain meliwat, konon ada bukti dan dengar sendiri pengakuan orang yg diliwat, tapi nak ke mahkamah yg dikuasai depa sendiri pun takut dan kecut. Nampak sangat hangpa ni jenis mudah diperbodohkan. Yang bacul perbodohkan yang dayus. Elok sangat tu.

    Sejak puluhan tahun dulu lagi cerita liwat dan kisah Anwar rasuah, main perempuan, bontot dan simpan bilion duit kat luar negara dicanang media massa penjilat, tapi sampai hari haram satu bukti kukuh pun tak boleh didedahkan walau pun puak jadah dayus dan bacul ni pegang kuasa selama ini. Apa makna tu? Maknanya puak jadah dan pujaan para macai macam hangpa ni memang munafik dan pembelit besar. Ada kuada dlm tangan cuma pandai fitnah tapi bukti habuk daja yg dikemukakan selain putar belit kat mahkamah. Agaknya kalau tak ada pemimpin munafik pujaan hangpa ni, tak bolehlah nak bodek dan ampu, susah nak cari makan dengan duit menjilat dan mengampu. Kalau dah bodoh dan baghal tapi nak hidup senang, menjilat dan jadi pencacai pun cukup lah kan?. Yer la..asal soru tak miss..dosa pahala apa kira kan? Nawaitu fulus. Lbh sedih...yang merempat hidup kais pagi majan pagi pun megah jadi pencacai walhal pemimpin pujaan rembat juta juta malah bilion RM. Selamalah yang bodoh jadi ulam yg lebih cerdik sikit tapi jenis munafik. Pandai cakap sana sini konon dari mulut pengadu dia dengar sendiri pengakuan diliwat tapi bacul nak datang dan cerita kat court bila disapina. Sebaliknya guna undang2 untuk mengelak. Apa erti tu? Dayus dan bacul laa..apa lagi?. Dah terang dan jelas Mahathur dan Najib tu bacul dan dayus. Nak sangkal apa lagi? Yang sik9ng dan ampu dua malaon tu dah pasti la melantun lantun bangang dan bacul. Itulah hakikat sebenar.
    .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous31 January 2015 at 11:20,

      Aku setuju 1000% komen ko ni. Kalau Mamak Det tu akui sendiri dia jumpa dan dengar pengakuan Azizan, mangsa liwat I Anwar, maknanya dia juga adalah antara saksi kes tu. Apahal dia mengelak datang court untuk jelaskan?. Takut apa?. Kat paper bukan main tapi nak bertentang mata dengan Anwar kat court dia mengelak. Tuduhan ko mamak ni bacul memang tepat dan padan sekali. Najib pun sama, akhirnya mengaku Saiful datang jumpa dia nak mohon biasiswa konon. Sama macam mentor dia, mamak Det tu. Guna undang undang untuk elak dastang ke mahkamah bila disapina peguam Anwar.

      Kalo dua PM tu ada bukti dan yakin mereka tu betul, apasal tak guna peluang di mahkamah untuk dedahkan keburukan Anwar. Ada hantu dalam mahkamah ker sampai seram sejuk nak datang beri keterangan?. Aku setuju dgn ko anon. pencacai dan penjilat mamak Det dan Najib tu jauh lebih baghal kerana memuja dan menyanjung ketua yang dayus dan bacul membabi buta.

      Delete
  9. Jalan terbaik BN penjarakan Anwar sekali lagi. Tapi ini tak akan berlaku sbb pemimpin BN dan hakim mahkamah lembu tunggangan BN takkan berani penjarakan Anwar. Jika dilihat sambutan terhadap BERSIH, ternyata sokongan utk pembangkang jauh lebih menyengat dari sokongan kpd BN sendiri yg langsung x bermaya hinggakan berceramah pun hanya kerusi yg sanggup tunggu. Manusia xder..haha.

    Penjara atau tidak, kedua2nya Anwar tetap beruntung. Mmg masuk penjara x disukai sesiapa. Namun beranikah BN tunggangi mahkamah manusia tak pernah adil..malah menipu pula.. utk penjarakan Anwar.. cukup mustahil..sbb BN hanya tinggal pemimpin dan penyokong bacul sahaja skrg ni.. nak berani sikik, kebe bergantung dgn penguasa baru nampak kuat.. kalo tidak, sorila nak tunjuk berani..kahkahkah..

    ReplyDelete
  10. Dosa liwat amat besar..bukan sahaja dosa kpd si pelaku..tetapi juga merebak kpd rakyat yg bermaki makian di alam siber..

    ReplyDelete