Thursday, 25 December 2014

Yesss...Inilah PM TERBAIK Untuk Malaysia!!


Ketika rakyat di Kelantan, Terengganu dan Pahang didakap sengsara akibat banjir yang dianggap paling buruk kali ini dan ramai pula yang tertanya-tanya di mana Perdana Menteri, Najib Razak dalam detik sengsara ini, The Washington Post akhirnya tampil memberikan jawapan yang kita tunggu-tunggu.

Dalam laporannya, ia melaporkan Najib kini sedang bercuti di Hawaii dan turut bermain golf dengan santai dan riang bersama Presiden Amerika, Barack Obama.

Sebagaimana tahun lalu, terbukti sekali lagi Najib bercuti  ke luar negara ketika musim sambutan Krismas sedang berlangsung. Sebagaimana tahun lalu juga, percutiannya kali ini mungkin sehingga sambutan tahun baru 2015 nanti.

Kesanggupan Najib bercuti di Hawaii, bergembira dan bermain golf dengan Obama ketika rakyat di Pantai Timur sedang menderita kesejukan, kelaparan dan mengalami kemusnahan harta-benda, tidak lain membuktikan beliaulah Perdana Menteri TERBAIK untuk negara ini.

Lupakanlah untuk menukar Perdana Menteri dengan Muhyiddin Yassin, Zahid Hamidi, Hishammuddin Hussein, Anwar Ibrahim atau sesiapa saja dan lupakanlah juga kehebatan Mahathir Mohamad membangunkan negara ini selama 22 tahun pemerintahannya kerana semuanya tidak terlawan dengan kehebatan Najib yang baru enam tahun dengan kuasanya.

Najib bukan saja hebat dengan kejayaan meningkatkan hutang negara, menghapuskan subsidi minyak dan gula, memansuhkan pelbagai akta, bangga dengan ungkapan haramjadah dan bangangnya, bermewah serta membazir harta negara dan banyak lagi yang jumlahnya tak terkira, tetapi juga hebat dari segi kekentalan jiwa kerana tidak peduli dengan rakyat yang derita.

Tiada mana-mana Perdana Menteri sebelum ini yang ketika negara ditimpa bencana besar seperti banjir yang sedang melanda ketika ini, namun masih sanggup bercuti di Hawaii dan bermain golf dengan Obama yang menjadi idolanya.

Bagi manusia bernama Najib ini, kepentingan dirinyalah yang lebih utama daripada segala-galanya. Ketika beliau mula bercuti, banjir baru saja bermula dan tidak terdetik pun di hati kecilnya mahu menangguhkan percutiannya. Semasa di Hawaii pula, sudah tentu beliau diberi khabar oleh para pegawai dan macainya tentang banjir yang semakin buruk, tetapi tetap tidak sedia memendekkan pemergiannya.

Cuti dan agenda peribadi tetap lebih penting biar apa pun yang sedang berlaku dalam negara. Maka, inilah Perdana Menteri TERBAIK untuk kita semua.

UMNO dan 47 peratus pengundi yang memilih BN seharusnya amat berbangga mempunyai pemimpin seperti Najib ini. Mereka bolehlah terus mempertahan dan mengagungkannya walaupun ramai yang sudah kehilangan kata-kata apabila melihatnya bergembira dan bertepuk bahu sambil bermain golf dengan Obama.

Walaupun banjir terus menggila, Najib tidak perlu pulang segera. Teruslah bercuti di Hawaii dan Amerika. Sehari dua selepas ini postinglah gambar dalam FB atau Twitter ketika syok membeli-belah bersama Rosmah pula. 

Yesss...sekali lagi inilah Perdana Menteri TERBAIK untuk Malaysia. Hentikanlah usaha mahu menukar, menjatuh dan menggulingkannya, sebaliknya kekalkanlah Najib di Seri Perdana sampai bila-bila.  ( SH 25/12/2014)

Gambar-gambar ketika Najib  bergembira di Hawaii dan suasana yang kita boleh bayangkan deritanya di Pantai Timur..








12 comments:

  1. Alhamdulillah...TERIMA KASIH PM TERHEBATKU....RAKYAT MALAYSIA BERHATI MULIA BOLEH MEMAAFKAN PM INI....BIARLAH PM KITA BERCUTI SBB PENAT URUSKAN NEGARA....PRU NNT UNDI PM KITA LAGI YA...TERIMA KASIH PM HEBAT...

    ReplyDelete
    Replies
    1. rakyat Malaysia? biar betul.

      47% rakyat Malaysia yg bodoh shj termasuk ahli Umno yg bengung pi pileh org macam ni jadi President mereka.

      PM terbaik untuk ahli Umno yg bengong!!!!!

      Delete
  2. Terima kasih PM. Memang terbaik.

    ReplyDelete
  3. hari kau atau bini mampos dan kami dapat Public holiday, aku akan berpesta dan belanja kawan2 makan besar...

    ReplyDelete
  4. Tak apalah dia bercuti sebab HARI NATAL ialah hari raya PM sekeluarga ..kesian dia penat berpuasa 4 minggu ikat perut nak pastikan berat badanya boleh hayun kayu golf Tu...kita rakyat Malaysia doakan dia insaf bilamana lautan HAWAI menjadi tsunami yg bakal menimpanya..

    ReplyDelete
  5. Kesian dia penat bekerja.. Muhyidin kata dia incharge! Jangan takut. Kita ada pemimpin berkeliber. Banjir biasalah.. Tp. Kerajaan kita prihatin.. Dah bg bantuan yg besar..Najib ada agenda penting tu.. Kita patut berbangga.. ha ha ha..hidup Melayu!

    ReplyDelete
  6. Itulah dia yang dinamakan haramjadah.PM haramjadah untuk spesis 47% anak haramjadah yang mengundi parti najib.

    ReplyDelete
  7. Terus kan cuti hingga 2 hb 2015.
    Kalau pulang cepat esok pun, maka hilanglah peluang gerakan turunkan Ah Jib Gor desak Ah Jib Berhenti.Harap Ah Jib buat keputusan turun segara.
    arjuna waspada
    changkat lobak

    ReplyDelete
  8. don be khuatir. selang 2-3 bulan besok, semua orang akan lupa pasal banjir besor, najib main golf, menteri pergi cuti. dapat br1m, semua akan senyap. semua akan jerit hidup melayu!!! semua akan jerit memartabatkan ugama, bangsa dan negara...

    ReplyDelete
  9. ELOKLAH KO HIMPUNKAN DOSA2 BAWA ORANG MENYESATKAN LAGI SESUDAH KECEWA DALAM UMNO, MOGA ALLAH SADARKAN SATU HARI NANTI

    ReplyDelete