Friday, 26 December 2014

Tahniah Najib Kerana Mendengar Jeritan Pengkritik, Sekaligus Mengesahkan Suara Pengampu Adalah 'Bangang'


Perdana Menteri, Najib Razak yang dikritik keras dalam portal berita, blog dan media sosial bebas berikutan didapati bermain golf bersama Presiden Amerika, Barack Obama di Hawaii di ketika banjir paling buruk melanda negeri-negeri pantai timur, akhirnya memutuskan untuk segera kembali ke tanahair hari ini.

Melalui kenyataan rasmi yang dikeluarkan sebentar tadi, Najib membuat keputusan segera pulang ke tanahair dan memendekkan percutiannya adalah untuk meninjau sendiri keadaan banjir, terutamanya di Kelantan.

Selain menemui mangsa yang terjejas teruk akibat banjir, Najib juga akan menemui pihak yang bertanggungjawab berkaitan banjir untuk merangka tindakan-tindakan terbaru seperti Majlis Keselamatan Negara, Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana, kerajaan negeri serta pihak-pihak lain yang difikirkan perlu.

Perdana Menteri dilaporkan ingin menyelia sendiri tindakan kecemasan yang diakibatkan oleh banjir selepas ini.

Keputusan Najib segera pulang ini tidak lain ialah kerana mendengar jeritan-jeritan pengkritik di pelbagai medium internet seperti portal, blog dan media sosial yang mengkritik keras tindakannya bercuti  sambil bermain golf itu.

Pengkritik juga bersuara di ruangan komen Facebook Najib yang turut memintanya pulang segera kerana banjir makin buruk serta yang terburuk sejak beberapa tahun. Mereka mengatakan tidak wajar seorang Perdana Menteri berada di Hawaii sedangkan di dalam negerinya sendiri dilanda bencana.

Namun demikian, di sebalik kritikan itu, terdengar juga suara-suara pengampu, pembodek dan macai yang tetap mewajarkan percutian Najib, termasuk bermain golf bersama Obama itu.

Bermacam-macam hujah lekeh dilambung untuk membiarkan Najib terus leka dan khayal dengan cutinya serta membelakangkan kepentingan rakyat yang sedang susah dan sengsara.

Antara hujah yang digunakan oleh pembodek dan pengampu ialah "biarlah Najib bercuti, dia pun manusia biasa", "urusan bermain golf dengan Obama sudah dirancang enam bulan lalu", "apa Najib boleh buat kalau balik pun, bukannya hujan boleh berhenti dan air surut", "banyak perbincangan untuk kepentingan negara telah dilakukan sambil bermain golf bersama Obama", "takkan semua kerja Perdana Menteri nak buat" dan macam-macam lagi.

Pengampu dan pembodek ini seolah-olah tidak mahu berpihak di bumi nyata bahawa kehadiran secara nyata seorang Perdana Menteri yang mempunyai banyak kuasa meluluskan bajet kecemasan dan mengarahkan pelbagai perkara, adalah amat penting di kala musibah besar sedang melanda.

Lagi pula, dengan kehadiran Perdana Menteri bersama-sama dengan mangsa banjir, berbanding berada di Hawaii, lebih menunjukkan keprihatinannya sebagai pemimpin utama negara.

Lainlah jika keadaan normal, tiada siapa pun yang mempertikaikan percutian Perdana Menteri.

Dengan kesediaan Najib mendengar jeritan pengkritik yang ikhlas lagi jujur yang mahukannya segera berada di dalam negara, blog ini ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Perdana Menteri kerana mengambil tindakan paling betul dalam hidupnya. 

Kepada pengkritik dan penegur yang tidak jemu-jemu bersuara juga diucapkan setinggi-tinggi tahniah kerana keberanian bersuara itulah yang akhirnya menyebabkan Najib segera kembali. Tanpa kritikan dan teguran, Najib mungkin masih terus berada di Hawaii sehingga awal tahun 2015 nanti.

Dalam hal ini, benarlah kata bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad bahawa teguran dan kritikanlah yang boleh membuatkan seseorang pemimpin itu tahu sama ada tindakannya betul atau pun salah.

Syabas dan tahniah juga kepada Najib kerana mengabai dan tidak mendengar sama-sekali suara pengampu, pembodek dan macai, juga di media rasmi dan internet, yang hanya menyokong secara membuta tuli dan mengiyakan saja semua tindakan seorang Perdana Menteri.

Secara tidak langsung, Najib juga kian menyedari bahawa suara pengampu dan pembodek sekadar ingin mengkhayal dan melekakannya saja, bukan membawanya ke arah yang lebih baik sebagai pemimpin.

Sebagaimana yang disebut oleh Najib sendiri dalam Perhimpunan Agung UMNO lalu bahawa blogger pro UMNO ini sebagai golongan "bangang", hari ini beliau nampaknya sekali lagi mengesahkan hakikat tersebut. (SH 26/12/2014)

23 comments:

  1. Tahniah juga pada Paj Shahbudin krn menjadi antara pengkritik terawal yg mengingatkan Najib. Nampaknya macai dan pembodek Najib terpaksa menjilat ludah kembali. Betapa hinanya taraf pencacai dimalukan pujaan dan idola sendiri. Kah kah kah.

    Nak bodek pun biarlah bertempat. Malu wehhh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu Najib atak , ke tak tak atak beza ka ?, tapi Wa manyak helan itu apa pasat kena banjir punya ,semua Bulayu lea aa ?.

      Delete
  2. belum lagi 1000 orang mati....takleh isytihar darurat la..

    >>. Air Mata Buaya page

    ReplyDelete
  3. SAMPAI DIKELANTAN EJE YANG TERBAIK UNTUK NAJIB DITOLAK DIA DALAM SG.KELANTAN BIAR BINATANG LAKHANATULLAH INI MAMPOS

    ReplyDelete
  4. saya merasa amat terharu dengan tindakan pm kerana sudi pulang ke tanahair dan sama2 menyingsing seluar meredah air banjir bersama rakyat. tabik spring kpd yab pm. di sini lah letaknya kekurangan pas dalam memerintah negeri. langsung tak kedengaran suara bagaimana mereka akan menangani permasaalahan banjir ini, walaupun sudah 20 tahun lebih berkuasa. sebagai rakyat yang mengenang budi kerajaan amno, saya dengan rendah diri dan rela hati menerima cukai GST yang akan dikenakan ke atas semua rakyat pada 1 april tahun depan. bersyukur lah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. komen dari seorang pencacai bangang!

      Delete
    2. mu dok tgk hari2 dari akhbar kerajaan, tv kerajaan, radio kerajaan... itu ja mu tahu pon...diorg buke nk gmbr parti pembangkang..dh tahu lg bersuluh..bahaso bengong..TGNA hok x sihat tu turun..bahaso mengong...mo apo tahu..

      Delete
    3. baca betul2 statement kat atas tu supaya tak dikata melayu bodoh!

      Delete
    4. anon 21:48...apadaaaaaa

      Delete
  5. Aku tak tau puak yg pertahankan najib ni adalah puak2 yg naif ataupun benar2 bodoh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha... you malays are soooo predictable. if you read the last 2 or 3 sentences, you will see that it was written with a tongue in cheek. patut la melayu mudah "terpesong akidah", sbb mudah percaya dgn cakap orang. orang2 begini jenis tak boleh berfikir dan menganalisa.

      Delete
    2. it's really fun making fun of you malays... Hahaha

      Delete
  6. Banjir makin parah di Kelantan gara gara balasan kesombongan dan kebongkakan MB paling bangang di Kelantan ketika ini yang cuba menonjolkan dirinya sebagai MB terwarak di Malaysia yg kononnya mahukan hudud segera dilaksanakan walhal dia tahu hal ini tidak mungkin boleh berlaku dlm situasi dan keadaan politik negara ketika ini. Banjir besar ini kemungkinan besar peringatan Allah ke atas beliau yg bersikap hipokrit terhadap rakyat dan hanya bermain dengan sensiviti masyarakat Islam utk kepentingan peribadi walhal sika0 dan tindakan beliau ini akn merugikan perjuangan umat Islam di Malaysia utk jangka panjang. Inilah natijahnya bila rakyat melantik dan meletak seseorang yg salah ditempat yg salah. Kesannya keriosakan akan berlaku.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan mb shj...nik amar tu pun sama...xx boleh pakai punya tmb...bg husam handle lg bagus....tahniah husam musa....

      Delete
  7. Akhirnya PM UMNO JUGA DIHARAPKAN UTK SEtel SEMUA MASALAH....MANA BRO ANWAR...LGE..MAT SABU...DLL....XDA SATU PUN BLOG PEMBANGKANG DISLAY FOTO MRK...YG ADA HUSAM JE...SOKONG SIAPA NI...

    ReplyDelete
  8. Hari ini banjir dah masuk ke rumah MB Kelantan. Sidang untuk hudud dibatalkan. Agaknya kalau banjir tak melimpah ke rumah MB ni, sidang utk perbincangan ttg perlaksanaan hudud di Kelantan akan diteruskan walau pun rumah ribuan penduduk lain dilimpahi air banjir. Bila dah kena batang hidung sendiri baru sibuk nak batalkan. MB mentaliti macam ni ker nak diharapkan rakyat Kelantan?. Kelantan makin haru biru sejak Tuan Guru Nik Aziz diganti orang lain sebagai MB yang kononnya nakj menampakkan lebih warak dan alim dia berbanding TG Nik Aziz. Allah beri akal untuk manusia berfikir dengan waras dan bijak, bukan melulu terus nak laksanakan hudud dalam situasi yang boleh merugikan perjuangan Islam. Kelantan memerlukan MB yang lebih berfikiran matang dan rasional, bukan spt MB mzu pun TMB yang ada sekarang ini. BN makin senyum sejak TG Nik Aziz berundur dan diganti seorang yang lebih mudah dimanipulasi dan dipermainkan sensitivitinya. Elok muhasabah diri. Banjir melanda pasti ada sebab dan hikmahnya disaat Kelantan dipimpin seorang yang merasa dirinya sangat warak.

    ReplyDelete
  9. waktu musibah mcm ni pon nak berpolitik. bangsat punya olang. tolong sajalah... ketepikan fahaman pilitik dulu boleh. maap. saya bukan berpihak pada mana buat masa ni. adoi...

    ReplyDelete
  10. Mula-mula dulu Sabah diserang penganas. Kemudian MH370 hilang tak dapat dikesan sehingga skrg. Selepas tu MH317 ditembak jatuh. Selang beberapa ketika musibah lagi...banjit terburuk dalam sejarah negara.

    Terfikir juga...adakah sewaktu Atantuya di bom dlm keadaan mengandung..Atantuya bersumpah..." Malaysia akan ditimpa 7 bencana besar..??".

    Wahllahulam bisawat...manalah tahu macam Mahsuri dulu...

    ReplyDelete
  11. Era Najib Razak banyak petaka berlaku. Adakah ini sial dan balasan kerana dosa dosa PM Malaysia yang satu ini?. Fikir fikirkan. Barangkali alam pun enggan dan tidak sanggup lagi melihat Najib sebagai PM Malaysia. Bagai bait lagu Ebit G Ade..... alam pun mulai enggan terima Najib selaku PM.

    Musibah di Kelantan pun kian meruncing. Adakah pimpinan Kelantan skrg juga enggan diterima alam?.

    ReplyDelete
  12. AGENDA NAK BISINGKAN AGAR DIA MAIN GOLF DALAM MASA KEADAAN BANJIR INI ADA LAH LAKONAN TERPERINCI YANG MENJADI.TETAPI.ADA AGENDA LAIN YANG BERLAKU DI AMERIKA TU YANG DAPAT DIRAHSIAKAN .SERTA DITEPIS KERNA AGENDA BANJIR INI DIHIGHLOGHTKAN

    ReplyDelete
  13. BENCANA BENCANA YANG MENIMPA MALAYSIA KINI IBARAT BALA BENCANA YANG MENIMPA KES AL TANTUYA,YANGMANA IA TIADA PENGHUJUNGNYE DARISEGI KEADILANYE.KALAU DINILAI DARI SEGI PEMERINTAHAN NAJIB INI BANYAK KES YANG TIADA KEADILAN UNTUK RAKYAT NEGARA INI.JADI RAKYAT BERDOA AGAR SEMUA PERKARA YANG MANA HAK RAKYAT DIPERLEKEHKAN AKAN DITERIMA BALIK OLEH PEMINPIN ,KELUARGA PEMINPIN,SEMUA MENTERI, MENTERI SERTA TERMASUKLAH KAKITANGAN KERAJAAN YANG BERSENGTONGKOL BAGI MENJAYAKAN [ROGRAM PENGKHIANATAN RAKYAT AMIN..PERCAYA LAH SEGALA PERBUATAN YANG SALAH SAPERTI KES PENIPUAN PILIHANRAYA,KES ANWAR ,ALTANTUYA,PENIPUAN BELIAN KAPALSELAM,LEMBU, RAKYAT ISLAM SULU,CINCIN ,1MDB GST,TRANSFORMASI DAN PELBAGAI LAGI AKAN MENUNGU MASA UNTUK MEMIDARATKAN MEREKA INI AMIN.PADA RAKYAT MALAYSIA AM NYE YANG BERUGAMA ISLAM AYOH BANGKITLAH BUATLAH SEMBAHYANG HAJAT LAGI SAPERTI SELEPAS PILIHANRAYA DAHULU UNTUK MEREKA INI YANG TELAH MENGKHIANATI RAKYAT NEGARA INI HINGGA MENGAKIBATKAN BALA TURUN.KITA DOAKAN BALA INI AKAN MELAKHANATKAN MEREKA MEREKA INI SERTA AHLI KELUARGA MEREKA TERMASUKAN ZURIAT MEREKA DIMASA AKAN DATANG KESELURUHANYE.AMIN.SEBAB MEREKA INI SUDAK BONGKAK DAN SOMBONG.AMIN

    ReplyDelete
  14. Ayuh rakyat Malaysia BERSATU kita teruskan DESAKAN perdana menteri isytiharkan DARURAT BANJIR di Malaysia pada kadar SEGERA

    BUKTIKAN sikap "MELAYU TIDAK MUDAH LUPA" apa yang dilakukan PM kepada kita rakyat terbanyak

    KUASA ditangan rakyat terbanyak

    ReplyDelete
  15. Xlma lgi sdr2 pm kta bngla.hdp umno.pluang mlyu jd kuli ..crah

    ReplyDelete