Wednesday, 31 December 2014

Selamat Tinggal 2014, Tahun Yang Banyak Menumpahkan Airmata


Hanya beberapa jam saja lagi, tirai tahun 2014 akan berlabuh untuk digantikan dengan ketibaan tahun baru 2015 pula. Tahun 2014 adalah tahun penuh duka sengsara bagi rakyat negara kita, bahkan mungkin boleh dianggap sebagai tahun paling banyak menumpahkan airmata.

Bermula dengan tragedi empangan kering  di Lembah Kelang dan beberapa negeri pada bulan Februari dan berlarutan sehingga April yang menyaksikan kita bukan saja dihimpit kemarau, bahkan juga kekurangan bekalan air untuk kehidupan seharian, kita kemudian dikejutkan dengan kehilangan pesawat MH370 pada bulan Mac tahun yang sama.

Meski berbagai usaha dan ikhtiar dijalankan, nasib penumpang dan pesawat milik MAS itu kekal misteri sehingga kini. Tidak diketahui sama ada ia tersembam di dasar bumi, terperosok di celah karang lautan yang dalam, reput di dalam hutan yang tebal atau tersembunyi di ruang angkasa. 

Bersama peredaran masa, tak terkira berapa banyak air mata keluarga mangsa serta rakyat yang simpati tumpah kerananya.

Pada bulan Julai pula, ketika umat Islam menyambut puasa dan bersedia menyambut Hari Raya, kita dikejutkan lagi dengan kehilangan sebuah lagi pesawat MAS iaitu MH17. Kali ini ia ditembak jatuh di timur Ukraine sehingga menyebabkan semua penumpangnya terdampar tidak bernyawa.

Sekali lagi, air mata keluarga mangsa dan rakyat jelata yang bersimpati tumpah kerananya.

Di penghujung tahun ini, sebuah lagi pesawat terhempas dan mengorbankan ratusan nyawa. Walaupun pesawat yang terhempas adalah Air Asia Indonesia tetapi kerana ia berada dalam Kumpulan Air Asia yang dimiliki rakyat negara kita, tambahan pula Malaysia dan Indonesia serumpun serta sebangsa, derita dan air mata turut juga tumpah disebabkannya.

Kehilangan tiga pesawat dalam tempoh setahun barangkali suatu sejarah dan tiada negara yang mengalaminya sehingga diam-diam ada yang mula bertanya, musibah atau ujian apa yang mahu ditunjukkan Tuhan kepada kita?

Memikirkan semua itu, air mata pasti menitis juga.

Pada bulan Disember 2014 ini juga, beberapa negeri terutama di Pantai Timur dilanda musibah banjir yang begitu luar biasa hebatnya. Banyak kerosakan harta benda, kemusnahan barang berharga dan kehilangan jiwa telah melanda.

Sehingga ini pun, banjir masih menggila di beberapa tempat di seluruh negara. Nilai kemusnahan tak terbilang lagi dek angka, lalu hanya airmata sebagai penenang jiwa sambil berdoa kepada Yang Maha Esa.

Tragisnya banjir kali ini menyababkan ramai rakan-rakan kita yang ditimpa musibah ini tidak merasai apa-apa yang istimewa dengan kedatangan tahun baru 2015. Mereka menangis dan menumpahkan airmata di penghujung 2014 dan kekal menyambut ambang 2015 dengan duka dan airmata juga.

Di celah-celah semua tragedi dan musibah itu, kita juga dihadapkan dengan kejadian jerebu sekali-sekala, soalan bocor bertimpa-timpa dan pelbagai kejadian lain yang meruntun jiwa.

Politik kita pula tidak pernah amannya, hubungan kaum sentiasa dalam sengketa, pembaziran di mana-mana, hutang negara berganda-ganda dan sesama pemimpin pula lebih suka berlaga serta bersengketa.

Di tahun 2014 juga, kita dibebankan dengan pelbagai kenaikan harga barang yang berpunca daripada minyak yang dinaikkan beberapa kali harganya. Walaupun menjelang awal tahun baru 2015 nanti,  kita bakal menerima khabar gembira penurunan harga petrol dan diesel kerana harga di seluruh dunia turun sama, kita juga sebenarnya tidak tahu sejauh mana penurunan itu bakal menggembirakan kita.

Mungkinlah penurunan harga minyak ini hanya untuk beberapa bulan saja, tapi yang sedihnya harga barang tidak pernah turun-turun juga.

Pendeknya, berbanding tahun-tahun sebelumnya, 2014 adalah paling menyedihkan, penuh airmata dan membuatkan kita lebih banyak bersedih daripada bergembira.

Selaku insan kerdil  di dunia sementara ini, hanya doa kepada Yang Maha Esa dapat kita panjatkan agar 2015 nanti lebih membawa ceria  dan gembira.  Kiranya ditakdirkan ianya penuh detik-detik duka juga, harapan kita semoga Tuhan terus memberikan kita kekuatan dan redha atas segala-galanya. ( SH 31/12/2015)

6 comments:

  1. Semuanya takdir dan kehendak Allah SWT. Walaubagai manapun, rakyat yang telah memilih Najib dan Rosmah sebagai gandingan mantap bagi melenyapkan keberkatan dan keharmonian hidup di negara ini diucapkan ribuan terima kasih. Kerana kamu semua yang terlalu bodoh dan bangang memilih juga pemimpin yang terlalu jahat dan berbini Iblis, maka semua kebaikkan yang dibangunkan oleh pemimpin terdahulu akan lenyap menyembah bumi. Betul lah kata-kata Ezam Mohd Nor semasa di dalam tahanan ISA suatu masa dahulu bahawa sekiranya Tun Mahathir menyerahkan kuasa kepada Najib sebagai PM, tunggulah kerosakan dan kemusnahan besar bakal terjadi kepada negara dan rakyat di negara ini. Malangnya Tun Razak yang berjaya menutup bangkai gajah dengan nyiru tapi sebaliknya anak beliau tidak mampu menutup bangkai nyamuk walaupun dengan sehelai daun akibat dari kesialan berbinikan betina Iblis yang ditebus talak dari saudagar carpet.......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila rakyat memilih pemimpin zalim dan menindas rakyat macam Najib, malapetaka tak kan berhenti malah akan berterusan.segala kemusnahan di bumi ini adalah angkara perbuatan manusia itu sendiri.Yakni memilih manusia dajjal seperti najib.tahun 2015 akan meyaksikan lebih banyak kemusnahan selagi najib tidak berambus dari kerusi pm.sebab dia zalim pada rakyat.

      Delete
  2. Keras sungguh komen diatas..tp hakikatnya..52% rakyat malaysia yg menolak kerajaan BN masa PRU 13 amat marah dan terus marah dgn tadbir urus negara yg penuh kebejatan, penyelewengan, ketirisan malah politik yg membodohkan rakyat. Ingat. Allah swt itu maha adil dan maha mengetahui. Bencana yg di beri menyuruh kita sedar akan tanggungjawab kita sbg org islam. Semoga tahun 2015 menjadi tahun yg terbaik bagi Malaysia dan terus diberkati Allah swt hendaknya.

    ReplyDelete
  3. Betul tu. Relakan saja Rosmah gunakan jet milik negara kerana beliau dah banyak berkorban jiwa dan raga selama ini. Tidak kah rakyat Malaysia nampak betapa tubuh Rosmah makin kurus dan hanya tinggal tulang tulang yang menonjol kerana sepanjang masa memikirkan hal kebajikan rakyat sehingga makan minum pun terabai.

    Perhatikasn betul2. Bukan kah tas tangan yang dibawa Rosmah hanya buatan kampung dari daun mengkuang saja?. Itu tanda beliau begitu low profile dan sangat berjimat cermat duit negara demi rakyat kebanyakan.

    Malah lengan dan tangan Rosmah kosong tanpa seutas pun barangan kemas mewah. Kalau ada pun yang beliau pakai, cuma hiasan yang dibeli dari Petaling Street dan Chow Kit.

    Jadi apa lah salahnya Rosmah sesekali dibenarkan mengguna jet peribadi kerana pengorbanan beliau terlalu besar untuk negara. Jet berkenaan tidak pun merasa bebanan membawa tubuh Rosmah yang kini kini makin ringan dan kurus kering gara gara berkorban untuk rakyat. Maka saya sependapat dengan tuan Shahbudin, biarlah Rosmah enjoy de menjoy sepuasnya dengan jet milik negara itu. Lagi pun percutiannya itu umpama percutian sambil belajar cara cara untuk lebih berkesan dan efektif membantu rakyat Malaysia. Hidup Rosmah ! You are the best in the world!

    ReplyDelete
  4. Kepada Allah kita berserah dan bertawakkal.

    Semoga Allah timpakan laknat ke atas Para Pemimpin yg rasuah tanah, rasuah balak, demi kepentingan diri, keluarga dan suku sakatnya terutamanya Pemimpin PAS &PKR yg menipu, memutuskan silaturahim, memutar belitkan isu utk kepentingan diri.

    Semoga hancur & laknat ke atas blogger yg mendukung, menyiarkan fitnah, menyokong segala usaha untuk menipu, menyesatkan rakyat marhaen yg di lakukan oleh blogger pakatan rakyat, hancur & laknat atas diri mereka, isteri & anak2 mereka, harta benda mereka, kesihatan mereka, supaya disiksa di atas dunia & akhirat.

    Semoga Allah memberi rahmat, berkat ke atas Para Pemimpin yg adil, saksama, telus dan menjaga kepentingan rakyat jelata...

    ReplyDelete