Monday, 1 December 2014

Mampukah Najib Mengelakkan Penurunan 2 Peratus Undi Sedangkan 60 Peratus Masalah UMNO Berpunca Daripadanya?


Dalam ucapan penggulungan Perhimpunan Agung UMNO Sabtu lalu, Muhyiddin Yassin telah melontarkan cabaran yang kritikal kepada ahli parti itu iaitu hanya dengan penurunan 2 peratus undi saja lagi akan menyebabkan UMNO dan BN kecundang dalam pilihanraya umum akan datang.

Beliau menggambarkan bahawa berdasarkan trend sokongan yang kian merosot sejak pilihanraya 2008, penurunan hanya 2 peratus saja lagi akan menyebabkan BN hanya mampu menang 103 kerusi Parlimen saja dalam pilihanraya akan datang ini.

"Kurang daripada 112 kerusi bermakna kita kalah. Minta dijauhkan", kata Muhyiddin lagi.

Dalam pilihanraya 2008, BN menang sebanyak 140 kerusi manakala dalam pada 2013 pula menurun kepada 133 kerusi. Kerusi minima yang perlu dimenangi untuk menubuhkan kerajaaan ialah 112 kerusi.

Tambah Timbalan Presiden UMNO itu lagi, sekiranya UMNO bekerja kuat dan mampu meningkatkan sokongan pengundi sebanyak 2 peratus daripada sedia ada, jumlah kemenangan BN akan meningkat kepada 141 kerusi manakala jika berjaya meningkatkan sebanyak 5 peratus pula, ia meningkat lagi kepada 159 kerusi Parlimen.

Beliau kemudian melontarkan pertanyaan, bolehkah kehilangan 2 peratus itu bukan saja dielakkkan, bahkan ditingkatkan dalam tempoh hanya tinggal 39 bulan sebelum PRU 14 akan datang? Dalam masa yang sama, bolehkah juga pelbagai persepsi negatif terhadap UMNO diperbetulkan?

Apa yang ditimbulkan oleh Muhyiddin ini bukan saja cabaran kepada seluruh ahli, pemimpin dan jentera UMNO seluruh negara tetapi juga merupakan hentakan yang barangkali ditujukan secara khusus kepada Najib selaku pemimpin utama parti dan kerajaan.

Ini kerana, mahu tidak mahu, harus disedari bahawa masalah dan persepsi negatif kepada UMNO dan kerajaan sekarang sebahagian besar berpunca daripada Najib sendiri. Beban yang ditanggung oleh UMNO dan kerajaan sekarang sekurang-kurangnya 60 peratus adalah berpunca daripada Najib dan segala kelemahan dalam dirinya.

Selebihnya mungkin berkaitan kelemahan beberapa pemimpin lain termasuk Muhyiddin sendiri, cara bekerja, budaya buruk parti, hal berkaitan kerajaan dan juga persepsi terhadap UMNO itu sendiri.

Selain itu, sebagai Presiden UMNO, Pengerusi BN dan Perdana Menteri, beliau juga yang seharusnya lebih bekerja keras dan memikul tanggungjawab ke arah mencapai kemenangan cemerlang itu. Pemimpin dan jentera parti yang lain hanyalah sebagai tenaga tambahan saja.

Lihat saja bagaimana Mahathir bekerja keras mendekati dan memulihkan kepercayaan rakyat setelah beliau dianggap punca perpecahan UMNO pada 1988 dan kemudian sekali lagi apabila berlaku peristiwa pemecatan Anwar Ibrahim pada 1998.

Selepas kedua-dua peristiwa hitam kepada UMNO itu, dalam pilihanraya 1990 dan 1999, kejayaan akhirnya tetap berpihak kepada BN dengan tetap melepasi garisan dua pertiga berikutan kejayaan Mahathir memulihkan kepercayaan rakyat terhadap kepimpinannya.

Sebaik mengambil pemerintahan pada 2009, walaupun menyedari antara punca penolakan terhadap Pak Lah ialah campurtangan menantunya, Khairy Jamaluddin dan kerakusan "budak-budak Tingkat 4" tetapi Najib memulakan era pentadbirannya dengan pelbagai cakap-cakap mengenai peranan dan campurtangan isterinya, Rosmah Mansor dalam pentadbiran kerajaan.

Ditambah dengan pelbagai gejala bermewah, berbelanja dan pembaziran melibatkan isteri dan keluarganya yang didedahkan satu demi satu kemudiannya, Najib terus dibelenggu dengan pelbagai masalah untuk memulihkan sokongan rakyat terhadap UMNO dan kerajaan.

Beliau bukan saja tidak belajar daripada apa yang berlaku kepada Pak Lah, malah bertindak lebih teruk daripada itu dengan membiarkan saja peranan dan penonjolan isterinya terus berleluasa sehingga kini.

Pelbagai kelemahan Najib yang lain seperti gagal meningkatkan ekonomi negara,  pengurusan kewangan yang lemah, peningkatan hutang, pentadbiran kerajaan yang dipertikai, hubungan kaum yang merenggang, melantik pemimpin yang dipertikai sebagai menteri, gagal bertindak pantas menyelesaikan isu-isu dengan banyak berdiam daripada bertindak dan sebagainya lagi adalah antara deretan masalah yang menjadikan UMNO dan kerajaan terus dipertikaikan oleh rakyat.

Ditambah dengan perlaksanaan GST bermula April 2015 yang akan terus menjadikan kos hidup rakyat meningkat, setelah pelbagai kenaikan kos berlaku sebelum ini, sentimen rakyat lebih mudah membenci daripada menyokong UMNO dan BN.

Dalam pilihanraya pertama dibawah kendaliannya, Najib bukan saja menjadikan jumlah kerusi kemenangan BN menurun daripada 140 kepada 133, bahkan hanya mampu meraih 47 peratus undi popular.

Ini sekaligus menjadikan UMNO dan BN dibawah kepimpinan Najib bukan saja ditolak tetapi juga tidak lagi popular di mata rakyat.

Menjelang 39 bulan lagi sebelum PRU 14, di samping banyak masalah dan isu masih tidak selesai, pengundi muda yang kian kritikal serta anggaran kira-kira 6 juga pengundi baru yang majoritinya tidak lagi tertarik kepada UMNO, isyarat hanya peralihan 2 peratus pengundi akan menyebabkan BN menjadi pembangkang, seharusnya lebih ditujukan kepada Najib.

Tanpa Najib berubah dan menyelesaikan masalah berkaitan dirinya terlebih dahulu, tidak mungkin UMNO dan BN mampu melonjakkan sokongan rakyat terhadapnya. Yang mahu dielakkan cuma penurunan undi sebanyak 2 peratus tetapi beban daripada Najib sebanyak 60 peratus yang menyusahkan UMNO dan BN sebenarnya jauh lebih utama untuk diberi perhatian.

Jika Muhyiddin menanyakan ahli UMNO mampukah mereka mengelakkan penurunan 2 peratus itu, Najib seharusnya lebih utama ditanya daripada semua masalah yang berpunca daripadanya, berapa peratus pula yang boleh diperbaikinya dalam tempoh 39 bulan akan datang ini?

Kiranya Najib tiada jawapan mengenai persoalan ini, adalah sia-sia meminta ahli dan pimpinan UMNO bawahan berusaha mengelakkan penurunan 2 peratus yang dibimbangi oleh Muhyiddin itu? (SH 01/12/2014)

22 comments:

  1. Tak perlu susah-susah untuk menaikkan UMNO bagi memenangi PRU14. Sabah dan Sarawak adalah aset tetap bagi UMNO/BN kerana para pemimpin mereka sudah dikasi dan sanggup mengkhianat rakyat di kedua-dua buah negeri tersebut asalkan para pemimpin mereka kekal berkuasa. Di semenanjung UMNO hanya perlu berkerjasama dengan pemimpin parti berserban dan berlebai dengan memecahkan ikatan PR dengan merasuah ular-ular muda PAS dengan sedikit kemewahan dan projek-projek segera dan membuat janji manis dengan ular-ular tua PAS pimpinan Hj (munafik) Adi Awe dan puak UG-nya supaya "agama Melayu" dipelihara dan dikekalkan sekiranya UMNO kekal berkuasa. UMNO realitinya tidak pernah takut atau gentar langsung dengan PAS kerana mereka tahu kepala-kepala dalam PAS ramai yang telah dijinakkan dengan janji-janji manis yang berulamkan harta benda dan projek segera dari para pemimpin UMNO, bukan sekarang sahaja tapi sejak dari selepas merdeka lagi UMNO sudah berjaya meletakkan PAS ke tahap anak jari kaki mereka sahaja.

    ReplyDelete
  2. mat sabu kata apa nak takut..dlm pilihanraya dap akan lawan mca ngan gerakan..kalo dap menang sama la kerusi cina..x ada beza pun dalam penubuhan kerajaan...yeaaayyyyyyy..org melayu yg mls berfikir bersorak girang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak Babi 19:01

      Asyik dok ulang ayat banggang kau tu apa masalahnya? Inilah masalahnya kalau mak kamu mengawan dengan binatang tu.... Maka lahirlah Anak Babi 19:01.

      Delete
    2. kau yg bangang..dap jd majoriti kat selangor dah mntak mcm2..slps ni mntak timbalan mb plak yer..anon 20:28 kalo ko melayu ko melayu himar sbb bebal sgt..calculation mat sabu tu sesuai utk pemahaman melayu bebal mcm ko je..kamu tahu ke berapa kerusi parlimen yg mmpu dimenangi dap dan non muslim dr pkr? adakah melayu pas dan pkr boleh menyaingi bn utk menarik undi melayu..sebab tu org kata dap akan gunakan melayu bodoh dan pkr utk dapat kuasa? dap mmpu menang semua kerusi yg dipertandingkan..brp melayu pas ngn pkr skrg dalam parlimen? kaji sikit brader..ada otak tak?

      Delete
    3. semua penyokong,ahli dan pemimpin serta presiden umno baru banggang....................ayat paling masyur dimalaysia ketika ini selepas kangkung,umno baru banggggangggggg.termasuk Madet..

      Delete
    4. Anon 19:01 dan Anon 21:00... kamu adalah dua wajah satu jiwa.... masih terkongkong dengan ketuanan bangsa melayu yang telah dibangsatkan oleh UMNO Baru.

      Apa yang kamu faham bila orang jenis Najib bercakap tentang melayu ?

      Di Malaysia, tidak akan hilang melayu di dalam negara nya sendiri tapi yang akan pupus adalah melayu UMNO Baru...

      Itu sebabnya Najib dalam ceramahnya mengatakan jika UMNO Baru kalah melayu jenis dia akan dibangsatkan.

      Dan dia mahu melayu jenis kamu yang akan pertahankan maruah bangsawannya agar dia dan kroninya terus berkuasa serta kaya raya.

      Orang melayu jenis Najib buat perniagaan menggunakan duit rakyat. Untung mereka punya, apabila syarikat rugi rakyat yang kena tanggong.

      Kamu, ahli keluarga kamu dapat apa sebagai orang melayu setelah berperang sesama sendiri diperingkat bawahan ?

      Kamu masih kekal makan nasi direstoran yang selekeh, masih lagi tinggal dirumah yang dah usang. Masih lagi berkereta buruk.

      Tapi tak sedar diri kamu diperhambakan dengan ketuanan melayu yang di haramjadah kan.

      Melayu di Selangor memberi sokongan pada DAP dan PKR atas nama Pakatan Rakyat kerana parti itu lebih bertanggongjawab dalam menguruskan masaalah rakyat jika dibandingkan dengan Barisan Nasional yang dianggotai oleh UMNO Baru, MIC dan MCA yang gemar guna projek pembangunan untuk salah gunakuasa menipu, mencuri, tiris rasuah.

      Apa yang rakyat dapat dari pengkhianatan mereka ? Rakyat terpaksa tanggong beban hutang hasil dari projek pembangunan Barisan Nasional itu.

      Zaman sekarang bukan untuk bangsa tapi untuk rakyat yang memerlukan kehidupan yang selesa, kesihatan yang terjaga, keselamatan yang terjamin. pelajaran yang berkualiti. dan kenaikan gaji yang munasabah serta adil.

      Jika ada parti politik yang mahu dan mampu memberi apa yang rakyat perlukan.... maka parti itu perlu disokong. Pergi mampus dengan UMNO Baru dengan bangsa melayu nya.

      Delete
    5. Pergi mampos dengan kau barua DAP.

      Delete
    6. Anon 23:12

      Pencerahan kamu amat baik. Tapi kalau yang mendengar dan memahaminya adalah spesis baik. Kalau spesis ANAK BABI 05:27 tu, kamu cerita apa pun dia tetap nak menyondol.....

      Delete
    7. anon 23:12

      pkr ngn dap mng sbb melayu bg sokongn kpd mereka? tak dinafikan sbb pengharapan majoriti melayu ketika itu adalah kerana pas? jika pas ditendang keluar drpd pr..majoriti melayu tidak akan memilih pakatan..itu adalah pasti..walaupun ditakdirkan pr menang..akan jd kerajaan yg akan didominasikan dap sprti di perak..brp kerusi melayu pkr yg mmpu dikekalkan tanpa undi melayu? politik malaysia tidak kira umno atau dap adalah berasaskan kaum..lihat apa jd pada diyana sofea..menang ker? org cina hanya cari peluang sahaja..

      Delete
    8. Anon 23:57 setuju jika MB PR melayu cam TSKI yg amanah n hormat pada raja n berjasa pada Melayu(PNB). Tak setuju jika peliwat, nepotisme, penjamban jadi MB, x setuju bagi amanah pada Kafir Harbi LGE/LKS kominis. Setuju jika muhyiddin jadi PM, bkn Bangsawan , x setuju mana2 anak menantu bekas PM jadi pemimpin. X setuju perasuah undi DLM pemilihan UMNO.Dari PR lebih baik UMNO bawah muhyiddin .jib gor,kerismudin, khairy, rosmah, zahid,shafieebedal,ku nan,amzah cina, nazri n 1/2 MT rasuah kroni najib must go.Then Baru umno OK n terdiri Dari org yg bekerja, bkn hijacker perjuangan Melayu. Mcm 33:57 cakap .But all PR mp n state rep except TSKI are equally corrupt n hopeless clueless. Made Malaysia a clean n peaceful counrty

      Delete
    9. Kenali bloggers bangang UMNO, spt di atas. Kelam kabut menulis..

      Delete
    10. Anon 1Dec 23:57.

      Setuju sangat dengan pendapat anda.

      Delete
  3. 23;57.....wa setuju.......yg lain tu 3B...BANGANG BONGOK BARUA

    ReplyDelete
  4. 2% hilang adalah sebab gst. Najib kena tanguh gst.

    ReplyDelete
  5. apa pun komen di sini dari pencacai parti bangang,komennya itu tetap bangang.

    ReplyDelete
  6. anon 23:12 pkr ngn dap mng sbb melayu bg sokongn kpd mereka? tak dinafikan sbb pengharapan majoriti melayu ketika itu adalah kerana pas? jika pas ditendang keluar drpd pr..majoriti melayu tidak akan memilih pakatan..itu adalah pasti..walaupun ditakdirkan pr menang..akan jd kerajaan yg akan didominasikan dap sprti di perak..brp kerusi melayu pkr yg mmpu dikekalkan tanpa undi melayu? politik malaysia tidak kira umno atau dap adalah berasaskan kaum..lihat apa jd pada diyana sofea..menang ker? org cina hanya cari peluang sahaja..

    --------+-+++++----------++-----

    setuju..terbaru adun pas dan nik naZMi tolak jwtn timbalan speaker utk dap..azmin ali jer x bunyi aper..
    nasib buruk menimpa umat islam jika hanya gabungan pkr dan dap memerintah..penuh malaysia dengan rumah urut dan pusat hiburan seperti di selangor..blogger shahbudin tak berani nak sentuh bab ini kerana tiada alasan yg kuat untuk menepis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 16:11

      Pemikiran saudara dilihat sama seperti ahli UMNO Baru dan juga PAS UG yang tersepit dengan satu pilihan saja iaitu melayu islam.....

      Tanpa melayu islam maka nasib buruk menimpa umat islam jika hanya gabungan pkr dan dap memerintah..maka penuh malaysia dengan rumah urut dan pusat hiburan seperti di selangor... gitu ?:

      Cuba saudara pergi ke Johor Baru.... disana tidak ada rumah urut, tidak ada pusat hiburan seperti di Selangor atau lebih hebat dari Selangor....parti mana yang memerintah kerajaan negeri Johor sekarang ini ?

      Cuba tanya pada menteri besar Pahang, kenapa kedudukan bumbung masjid di Malaysia lebih rendah dari bangunan tempat berjudi. parti mana yang membenarkan syarikat judi terbesar di Malaysia beroperasi diatas bukti Genting ?

      Untuk pengetahuan saudara, agama hanyalah kepercayaan.... kepercayaan pula perlukan amalan yang betul. Kalau kepercayaan sudah dirasuk dengan rasuah lihat lah sendiri kesan yang telah dilakukan oleh UMNO Baru dalam pentadbirannya selaku kerajaan Barisan Nasional.

      Apakah saudara tidak melihat dan mendengar dengan jelas masaalah yang timbul setiap hari ?

      Jika saudara masih beranggapan bahawa nasib buruk menimpa umat islam jika hanya gabungan pkr dan dap memerintah..itu hanyalah khayalan saudara saja....syok sendiri.





      Delete
    2. saudara azmin berani terjah longkang ngan tempat pembuangan sampah ja..tempat tu semua org tak suka..aku dok tunggu jokowi tu serbu rumah urut tak berlesen pulak

      Delete
    3. hello budin..cuba ko list kat sini apa yg melayu islam untung kat sini sejak nuar berahi and co perintah selangor?

      Delete
  7. TPM bukan sahaja membentang keadaan semasa dan kepincangan UMNO dalam menghadapi pilihanraya akan datang bahkan beliau juga sudah siap memasang perangkap keatas Najib. Beliau mengistiharkan bahawa daripada mulai sekarang PM sudah berjanji akan bekerja lebih keras dan meluang lebih masa (mengurangkan maca bercuti luar negara!) dan akan selalu turun padang bertemu dengan bahagian bahagian dan ahli ahli UMNO....

    Najib bekerja keras? Turun Padang Selalu? Mission Impossible?

    Pengsanlah SiNajib Ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Muhyideen sudah meletak landasan KPI untuk PM. Apabila tiba Pemilihan UMNO pada 2016 nanti beliau akan memaparkan (Dengan Mengguna Power Point Woi!) keputusan KPI Najib dan memberi asas kepada para perwakilan untuk menentukan samada Najib patut memegang jawatan Ketua UMNO serta PM Malaysia.

      Delete
  8. Geng-geng UMNO kita jangan gabra...Najib dah bawa reinforcement untuk tampung dan menambah undi UMNO.Hari ni Najib umum akan bawa 12 ribu bangla masuk. Parking kat sektor perladangan.

    Jangan kita gabraaaa.....steadyy....steady geng!

    ReplyDelete