Sunday, 14 December 2014

Ku Nan Masih Berfikiran Kuno


Tindakan Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor menggesa Khairuddin Abu Hassan menarik balik laporan polis yang dibuatnya terhadap 1MDB secara umumnya tidak dipersetujui oleh banyak pihak, sama ada daripada mereka yang menjadi ahli dan penyokong UMNO mahu pun rakyat biasa.

Ramai yang menyifatkan langkah yang diambil Ku Nan itu merupakan langkah ke belakang yang tidak sesuai lagi dengan keperluan zaman ketika ini.

Selari dengan dunia langit terbuka dan zaman internet yang kian mengganas dengan maklumat serba pantas, beliau yang juga Menteri Wilayah Persekutuan seharusnya lebih wajar bersikap terbuka dan membiarkan saja pihak polis menjalankan siasatannya.

Jika pun ingin memberi nasihat, Ku Nan lebih wajar menasihati Perdana Menteri, Najib Razak agar segera memberi respon menjelaskan kepada umum segala keraguan mengenai urusniaga, kewangan dan hutang 1MDB yang dipertikaikan itu.

Dengan menggesa Khairuddin yang juga Naib Ketua UMNO Batu Kawan menarik balik laporan polisnya, Ku Nan bukan saja mengesahkan UMNO tetap tidak mahu berubah, tetapi juga menunjukkan parti itu semakin tertutup sedangkan dunia dan pemikiran rakyat semakin terbuka.

Ku Nan yang sudah terlalu lama berada dalam pentadbiran UMNO ternyata masih mempunyai pemikiran kuno dan primitif dalam cara dan tindakannya sebagai pemimpin, terutama ketika berhadapan dengan mereka yang berfikiran kritikal dan tidak sebulu dengan kepimpinan parti.

Apakah beliau fikir semua manusia ketika ini boleh akur begitu saja sedangkan penjelasan yang diminta tidak diberikan? 

Adakah terlalu susah bagi Najib dan 1MDB menjelaskan semua keraguan mengenai badan pelaburan itu sehingga laporan polis minta ditarik balik?

Kenapa pula takut dengan laporan polis dan siasatan pihak berkuasa jika tiada apa yang mahu diselindungkan?

Dalam reaksi kurang senangnya mengenai tindakan yang diambil oleh Khairuddin itu, Ku Nan menggesa agar laporan polis itu ditarik balik kerana berpendapat ia bukanlah pendirian parti dan juga UMNO Pulau Pinang.

"Inilah masalah ahli UMNO yang tidak memahami perjuangan parti. Kita tidak boleh mendengar apa saja cerita daripada laman web, internet dan media sosial. Janganlah kita terpengaruh dengan persepsi tidak diingini yang datangnya daripada pembangkang. Beliau membuat laporan polis, saya pun tak faham," tambah Ku Nan lagi.

Dalam masa yang sama beliau juga membayangkan kemungkinan UMNO mengambil tindakan disiplin terhadap Khairuddin berikutan laporan polis yang dibuatnya itu.

Sementara Khairuddin juga sudah bertegas tidak akan menarik balik laporan polisnya serta kekal mahukan polis melakukan siasatan dan ketegasan beliau dengan pendirian itu seharusnya dipuji, sebenarnya lebih ramai lagi yang tidak faham dengan aliran pemikiran serta cara bertindak Ku Nan yang merupakan rakan karib Najib itu.

Beliau seolah-olah tidak sedar bahawa dunia sudah banyak berubah dan sesuatu yang dulunya menjadi kebiasaan, mungkin tidak sesuai lagi di era ini.

Semua ketidakfahaman beliau mengenai tindakan yang diambil oleh Khairuddin serta banyak pihak yang lain mengenai 1MDB sebenarnya dapat diselesaikan dengan mudah jika ianya dapat dijawab dengan ketelusan, jujur serta ikhlas.

Dan jika ada yang meminta pihak pihak polis melakukan siasatan pula, biarkanlah ia dilakukan dengan baik tanpa sebarang gangguan.

Masalah sentiasa akan timbul apabila sesuatu perkara dijalankan secara tidak telus dan apabila ada yang bertanya serta mahukan penjelasan, jawapan yang sebenar tidak pula mahu diberikan. Semuanya mahu ditutup dan apabila ada yang membuat laporan polis atau sebagainya, bukan juga jawapan yang diberikan tetapi lebih mahukannya ditarik balik.

Mempunyai akaun Facebook dan Twitter serta mewarnakan rambutnya menjadi hitam rupa-rupanya tidak menjadikan Ku Nan seorang yang remaja jiwa dan pemikirannya seperti yang dikehendaki dunia kontemporari tika ini. Kekunoan nampaknya terlalu tebal berkarat dalam pemikirannya sehingga kehendak generasi alaf baru ini pun cuba diselesaikan seperti cara era 80-an dahulu. (SH 14/12/2014)

20 comments:

  1. semalam ceramah pkr di pahang tiada sambutan..brp kali amanat terakhir daa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. amanat lubang jubo..

      Delete
    2. nampak sungguh bangang komen korang ni ye. Patut la Najib bengang sbb korang bangang.

      Delete
    3. anonymous 13:32 dan 14:56 komen biarlah kena dengn topik...ini mesti malas pi sekolah masa kecil. betullah kata presiden UMNO...bangang

      Delete
    4. dan anak didik umno pon terikut bangang..bengap...bebal....dan keturunan biol selama2nya....

      Delete
  2. Anon 13:32,
    org cerita lain kau cerita lain ni apahal?nampaknya kau pun sama kuno ngan ku nan bangang tu kot..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kuno tak per..ada gak pengikut..cawangan pun ada ahli..nak pilihanraya tak payah buat muka tak malu pinjam jentera parti kawan2..cawangan umno merata-rata..pkr apa ada? harap lebai bodoh pas ja dok tolong..tak der lebai pas ceramah pun tak der org..

      Delete
    2. ada pengikut tapi bangang buat apa?baik takda pengikut tapi work smart.Bukan work hard macam macai pas, ada presiden pun bangang macam umnongok.ada ilmu tapi jual agama.takda kerja tuduh orang lain jual pil kuda.kena saman baru mulut dah ternganga,last kali dok kena tipu dengan umnongok.Umno bangang,pas dua kali bangang.

      Delete
    3. pkr nampak hebat di alam maya tetapi realitinya peringkat akar umbi amatlah lemah..nak dikatakan work smart pkr belum teruji mampu bergerak sendiri dalam pilihanraya tanpa bantuan akar umbi pas dan dap..tunjuk hebat dan gah di media sosial tidak akan menaikkan bendera anda di tepi2 jalan dan memenuhkan ceramah pemimpin pkr..lihat ceramah brader anwar di kuantan tanpa sokongan pas dan dap. suram dan lesu. Bersih dan segala macam himpunan raksasa pembangkang tidak akan menjadi raksasa anpa ahli pas..ini realiti dan saya sebagai pemerhati bebas amat mengharapkan ada pilihanraya kecil di kerusi PKR pasca langkah kajang untuk melihat sejauh mana kekuatan akar umbi pkr..setakat media sosial tidak mencerminkan kekuatan parti..

      Delete
    4. presiden pas memang mengarut..buat fatwa video itu besi..semata2 membela rakan politik..betul tak org pkr semua, presiden pas mengarut????

      Delete
  3. Adnan tu dari dulu sampai sekarang...ingatkan duit shj.

    Dulu Vincent Tan gunakan dia utk dpt lessen judi. Skrang, Najib lantik dia jadi Menteri. Kegunaan dia hanya utk bodek Najib shj.

    Negara lingkut..1MDB lingkup bukan dlm radar dia. Janji dia selamat sebagai Menteri. ...oh my country...macai dan budah suruhan Vincent Tan juga bleh jadi Menteri.

    ReplyDelete
  4. dap minta pr tentukan calon pm....hahahaha..calon pm pun tak ketahuan lg dok sibuk nak putrajaya...bukan setakat calon pm aku teringin nak tahu calon tpm sekali...hahaha...persoalan ni sebenarnya penyokong pembnagkang pun tak boleh nak buat spekulasi sbb mereka pun tak leh nak bg jawapan..pr tidur sebantal tapi mimpi lain lain. mereka tiada kabinet bayangan sebenarnya untuk dibentangkan kepada rakyat sebab itu mereka gagal yakinkan melayu..

    ReplyDelete
  5. Comment comment dalam blog ini dah mula melalut. Harap tuan SH dapat tapis supaya lebih bernas dan tidak keluar dari tajuk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya pastikan komen pro pembangkang shj yg dimasukkan dlm blog ini..

      Delete
  6. lepaskan dua dua belah pihak berkomen...tapi kalo buleh...bagi la laluan untuk..komen yg ade kualiti je..tak kira pr atau bn..mari sama2 kita raikan perbezaan pendapat yg bermutu..peace..

    ReplyDelete
  7. Saya memang bertujuan meraikan kepelbagaian dan perbezaan pendapat sesama kita. Tetapi dalam masa yang sama, kita juga harus menjaga tata susila dan sopan santun kita sebagai manusia. Sebagaimana saya bersikap jujur dengan menggunakan nama betul dan meletakkan gambar di blog ini, mereka yang mahu menggunakan perkataan kesat, tidak sopan atau mencarut juga seharusnya berani meletakkan nama sebenarnya dalam komen mereka, bukannya berselindung di sebalik anonymous. Semoga perbezaan pendapat menghasilkan kematangan dan daya berfikir yang sihat, yang penting kita mahukan yang terbaik untui negara ini. Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. macai umnongok yang mula dulu dengan komen bangang,orang Pr semua smart punya orang.bukan macam macai umnongok dan pengikut pas pil kuda.terlalu emosi dan suka membenci orang lain.ingat masuk pas boleh gi ke syurga ka?umno pun sama islam kapal selam kerja dok tipu melayu.

      Delete
    2. kutuk pkr kau cakap emosi..kau kutuk org lain tak per plak..busuk punya org

      Delete
  8. Tuan Shah, never underestimate this false Teuku from Acheh. Ini semua wayang kulit. Kita tahu dia punya Big Boss ada Al kutty sejak dulu lagi. Second Big Boss dia adalah Towkey Judi Vincent Tan. Najib entah number berapa pun kita tak tahu. Yang kelakar nya Najib tak dapat baca akan scenario ini. Betul2 bebal !!!

    ReplyDelete
  9. salah seekor keturunan monarki yg bangsat...

    ReplyDelete