Monday, 29 December 2014

Jika Najib Ingin Terus Bertahan, Separuh Daripada Menteri Sedia Ada Perlu Segera Dibuang


Tindakan Perdana Menteri, Najib Razak mengarahkah semua menteri kabinet yang sedang bercuti agar segera pulang bagi membantu operasi menyelamat mangsa banjir adalah suatu episod malang bagi negara kita.

Sebagaimana kita ditimpa malang kerana musibah banjir, kehilangan pesawat MH370 dan MH17, memiliki menteri-menteri yang terpaksa diarahkan pulang bak "itik lupa pulang ke sarang" adalah juga suatu musibah malang.

Ia malang kerana realitinya kita mempunyai ramai pemimpin yang tidak sensitif terhadap rakyat dan lebih malang lagi mereka ini sebenarnya tidaklah sangat mengutamakan rakyat sebagaimana yang sering dilaung-laungkan di depan mikrofon, di hadapan kamera tv atau ketika bersama penyokong.

Ia secara langsung juga menggambarkan menteri-menteri yang sedang bercuti ini tidak memahami kedudukan mereka sebagai anggota pentadbiran adalah untuk berkhidmat kepada rakyat dan mendahulukan rakyat dalam semua perkara.

Seharusnya apabila telah mengetahui Najib sendiri sudah mengambil keputusan memendekkan percutiannya di Hawaii, semua menteri yang sedang bercuti ini lebih dahulu kembali ke tanahair dan memendekkan cuti masing-masing.

Malangnya, sama ada setelah mengetahui Najib sudah membuat keputusan memendekkan cutinya dan sesudah sekian lama Perdana Menteri berada di dalam negara melawat mangsa-mangsa banjir, masih tidak terlihat kelibat menteri-menteri ini yang dilaporkan sedang bercuti di London, Australia, New Zealand, Dubai dan China, turut mahu pulang.

Agaknya ketika rakyat sedang sengsara dan Najib sedang bersiap-siap untuk pulang atau ketika melawat mangsa banjir, menteri-menteri ini masih riang ketawa bersama keluarga dan rakan-rakan sama ada sambil membeli-belah atau menikmati hidangan yang mewah-mewah.

Setelah dua hari berada di dalam negara, mungkin setelah menyedari  hanya segelintir daripada mereka ada dalam negara, Najib akhirnya terpaksa mengeluarkan arahan agar mereka segera kembali dan memendekkan cuti masing-masing.

Tindakan mengarahkan mereka ini pulang pastinya memberi imej buruk kepada nilai kepimpinan yang ada dalam diri menteri-menteri terbabit. Seolah-olah mereka tidak boleh berfikir dan menilai sendiri keutamaan sebagai pemimpin.

Di kalangan yang sedang bercuti ini, di mana  sebahagian gambar-gambarnya sudah bersepah di media sosial, sama ada menteri terbabit, anak-anak atau rakan mereka memuat-naiknya dalam FB, Twitter atau Instagram, adalah merupakan menteri-menteri kanan serta yang "perasan" mereka adalah bakal Perdana Menteri di masa depan.

Di kalangan tiga menteri kanan yang berjawatan Naib Presiden UMNO iaitu Zahid Hamidi, Shafie Apdal dan Hishammudin yang kini sedang berebut untuk saling mendahului menghuni Seri Perdana atau Seri Satria, semuanya hilang, senyap dan sunyi tanpa sebarang berita.

Begitu juga dengan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang dianggap oleh sesetengah pihak sebagai pelapis kedua calon bakal Perdana Menteri, turut hilang tanpa khabar berita sehingga poster kehilangannya turut bertaburan di media-media sosial.

Sebahagian menteri-menteri lain juga begitu, yang tinggal dalam negara ketika ini hanya beberapa kerat saja. Asyik-asyik muka menteri yang sama saja sedang bertungkus-lumus dengan mangsa banjir di pelbagai negeri ketika ini.

Dalam masa yang sama, Najib sendiri sedang merudum prestasinya dan di pertikai di mana-mana. Dengan pelbagai masalah dalam negara yang tidak berkesudahan, Najib kini berhadapan cabaran getir untuk mempertahankan kuasa UMNO dan BN berbekalkan hanya 47 peratus undi popular saja.

Dengan musibah banjir  melanda yang sekaligus memperlihatkan ramai menteri-menteri sedia ada seperti "tak reti bahasa" dalam sama-sama membantu menaikkan imej kerajaan dan BN, Najib kini tiada pilihan lain selain mengeluarkan sekurang-kurangnya separuh daripada menteri yang ada daripada kabinetnya jika ingin terus berkuasa.

Dalam keadaan sekarang, sudahlah Najib sendiri dalam kedudukan "parah"dan hampir "kehilangan nyawa", sebahagian menteri-menteri ini pula tidak membantu di saat kehadiran  mereka benar-benar diperlukan.

Mereka tidak sanggup atau masih keberatan untuk berkorban, walaupun sebagai pemimpin dan sepatutnya lebih "berakal" 
berbanding rakyat kebanyakan, membuat sesuatu keputusan bukanlah sukar bagi mereka.

Bersama dengan ramai menteri yang sudah menjadi kecaman ramai sebelum ini dan dianggap tidak layak mengemudi negara, musibah banjir besar ini menyerlahkan lagi sebahagian daripada mereka.

Hanya dengan membuang sekurang-kurangnya separuh daripada menteri yang ada dan menggantikannya dengan muka-muka baru yang lebih diyakini, barulah mungkin terserlah sedikit sinar untuk  Najib, UMNO dan BN terus mengekalkan kuasanya.

Jika tidak dan masih enggan membuang mereka, bersedialah untuk "gulung tikar" bersama menteri-menteri yang tak berguna itu. (SH 29/12/2014)

10 comments:

  1. Rakyat digesa melancong dlm negeri....depa pulak melancong luar negeri...banyak cantik

    ReplyDelete
  2. Tuan Budin, sebenarnya dgn 9% saja undi, sistem undi SPR mampu memenangkan BN. Cuba tuan buat latihan nisbah kerusi dan persen yg mengundi. Ternyata PR tak akan menang PRU Malaysia sampai bila2.

    47% pun masih boleh kuasai 140 kerusi!
    51% dgn 80 kerusi jer!

    Cuba tuan drill.. BN masih menang dgn hanya 6% undi saja. Betullah Hisham Rais kata, pilihanraya akan diharamkan jika parti selain BN boleh menang PRU. Sistem yg sedia ada takkan membanarkan parti lain menang selain BN.Tambah2 lagi SPR dan segala jentera kerajaan dah awal2 lagi berat sebelah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku suka fakta ni... moga macai™2 di luar sana terbuka akai utk berfikir..

      Delete
  3. Kalu BN kalah.....Melayu dok atas pokok
    tapi BN menang....Melayu dok bawah pokok jugak
    rumah habis hancur kena banjir
    tak jugak isytihar Darurat.

    ReplyDelete
  4. Beginilah namanya kerajaan haramjadah.kerja asyik menipu melayu,spr hanyalah kerja jadi barua bn dan umno.

    ReplyDelete
  5. najib pi Hawaii tu cuti ka or atas urusan rasmi sebenarnya????confius la leh sapa2 tolong clarify kan take??

    ReplyDelete
  6. Najib tak mampu kawal mentri2 jagaannya... Menteri jugak tiada tanggongjwb. Sepatutnya tidak perlu tunggu arahan Najib, semua yg bercuti patut balik

    ReplyDelete
  7. Kenapa la dlm situasi musibah kritikal di Pantai Timur begini, VVIP kita seakan tidak sensitif terhadap nasib yang menimpa ramai rakyat?. Bukan kah musibah begini mampu meragut nyawa yang ramai jika tindakan pantas tidak segera diambil?. Nampaknya masih terdapat kalangan VVIP yang masih tidak dapat membezakan "priority" atau keutamaan yang perlu didulukan atau yang boleh ditangguhkan. Amat menyedihkan.

    ReplyDelete
  8. Apa nak dihiraukan kalau Si Iblis Betina terus melapah daging rakyat dengan bercuti sakan di Indianapolis....... Memang betina Haram Jadah (dulunya pelacur tahap atasan).

    ReplyDelete
  9. Sungguh memalukan dan menyedihkan. Media arus perdana juga perlu dipersalahkan. Yg dtg tunjuk muka diberi paparan melampau.

    ReplyDelete