Tuesday, 16 December 2014

Cerita Datin Tapau Di Putrajaya


Sesekali berkunjung ke kementerian atau jabatan kerajaan di Putrajaya memang membuatkan telinga sarat dengan cerita-cerita menarik yang kadangkala menjadikan kita geleng kepala dan tersenyum sendirian.

Ada pelbagai cerita gembira, sedih dan lucu yang melibatkan perangai atau kelakuan manusia yang boleh kita dengar jika rajin berbual dan berceloteh dengan mereka. Kadang-kadang pula, dengan rajin memasang telinga juga membolehkan kita mendengar bermacam-macam cerita.

Walaupun Putrajaya adalah sebuah bandar pentadbiran yang indah, moden, mengkagumkan dan bertaraf kelas pertama tetapi tanpa di sangka masih ada kakitangannya yang berminda lekeh umpama kelas ketiga, terutama berkaitan dengan makanan.

Jika selalu kita dengar yang membungkus makanan atau "tapau" selepas jamuan adalah kalangan kakitangan rendah seperti kerani dan setaraf dengannya, itupun untuk mengelakkan makanan itu terbuang begitu saja, rupa-rupanya fenomena "tapau"  ini juga menjadi habit di kalangan bos-bos, orang atasan dan yang bergelar Datin sekali pun.

Di sebuah jabatan yang terkenal di Putrajaya di mana kerap mengadakan mesyuarat-mesyuarat penting melibatkan kepentingan negara, penyedia makanannya bukanlah syarikat katering biasa tetapi adalah daripada sebuah hotel yang berbintang-bintang tarafnya.

Setiap kali diadakan mesyuarat, bos di jabatan tersebut selalunya akan mengarahkan kakitangannya membuat tempahan yang lebih daripada jumlah kehadiran. Misalnya, jika yang hadir mesyuarat seramai 20 orang, maka akan diminta membuat tempahan makanan untuk 30 orang daripada hotel tersebut.

Maknanya, 20 hidangan untuk keperluan mesyuarat manakala yang 10 lagi itu ialah untuk keperluan peribadi bos bergelar Datin itu. Sudah tentu semua bil jamuan itu dibayar melalui peruntukan kerajaan.

Apa yang lebih menjengkelkan, bos yang popular dengan gelaran "Datin Tapau" itu juga mahukan bahagiannya itu dibungkus dalam bekas berasingan dan dihantar kepadanya lebih awal sebelum mesyuarat bermula.

Ini menyebabkan kakitangan jabatan berkenaan dan petugas katering seringkali kelam-kabut setiap kali menyediakan makanan di jabatan tersebut kerana terpaksa memenuhi dua keperluan dalam satu masa.

Tetapi oleh kerana Datin tersebut merupakan bos di jabatan itu, maka kehendaknya terpaksa dituruti tanpa banyak soal sama ada oleh kakitangan bawahannya atau pun petugas katering.

Cerita "Datin Tapau"  ini bukan saja sudah menjadi bualan di kalangan kakitangan jabatan berkenaan tetapi juga di antara sesama petugas hotel yang ditugaskan menyediakan makanan itu.

Mereka kadangkala hairan bila ketikanya "Datin Tapau"  itu mahu menjamah makanan yang "disonglap secara licik" dengan menggunakan duit kerajaan itu dan adakah kesemua makanan itu untuk keperluannya bersama kawan-kawannya ataupun mahu dibawanya pulang untuk hidangan ahli-ahli keluarganya?

Apa yang merisaukan petugas hotel berkenaan  juga ialah hidangan yang ditapau itu bukan saja hidangan makan tengahari atau minum petang, bahkan termasuk juga hidangan sarapan pagi.

Mereka bimbang, jika hidangan sarapan pagi misalnya dibawa pulang ke rumah oleh Datin tersebut setelah tamat waktu pejabat, ianya mungkin  terdedah kepada keracunan makanan yang boleh memudaratkan kesihatan.

Sepertimana yang disebut tadi, cerita membungkus atau membawa balik makanan mungkin menjadi lumrah  di kalangan kakitangan bawahan, tetapi tentulah agak luar biasa jika di kalangan bos-bos yang bergelar Datin juga berperangai sama.

Nafsu rupa-rupanya tidak mengenal rupa, darjat, kedudukan dan harta. ( SH 16/12/2014)

21 comments:

  1. datin darin ni pun ikut perangai cina dapig yg dtg majlis rumah terbuka tapau bwk balik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. You ni mesti Melayu bodoh dari species UMNO. Datin Tapau yang buat hal you salahkan kita orang China dari DAP. You sudah gila sebab sudah lama tak terima duit haramkah? kalau you orang Islam you patut rasa malu sebab saya percaya agama Islam tidak menyuruh pengikutnya mencerca bangsa lain tanpa sebab yang jelas. Tuduhan you orang China suka tapau bawa makanan dari rumah terbuka memang tidak bermaruah. Setahu saya yang suka mencuri dan meminta rasuah adalah pemimpin-pemimpin tertentu yang you sanjung. China MCA yang menggelapkan pelaburan PKFZ, China DAP juga yang kena. Awak mesti ingat bahawa kebanyakan kami China DAP adalah lebih bermoral dari manusia jenis awak yang menyara keluarga sebagai blogger upahan BANGANG (disebut Najib) dengan menyebarkan fitnah dan mencerca orang. Patuhi lah ajaran agama kamu agar menjadi manusia yang mulia!

      Delete
    2. Anon 10:35

      Betul..betul...apa u ckp. Dosa memfitnah orang adalah seburuk2 dan sekeji2 di mata Allah SWT. Harap2 yg memfitnah itu bukan org islam. Memalukan org2 mukmin shj.

      Delete
    3. hat cina semua elok..melayu semua buruk..mai sini jumpa saya..nk p hantaq jd org gaji umah cina...terbaik...penyayang sungguh cina ni kat org gaji depa..hantaq umrah tiap2 thn..

      Delete
    4. memang betul dia cakap hang melayu bodoh...siapa cakap semua melayu buruk?...hanya macai melayu Umno yg buruk dan bangang....memfitnah orang. Lain orang cakap...lain pula yg difitnah..

      Delete
  2. ini mesti datin bermahzab umgok lombu bangang

    ReplyDelete
  3. Pembekal makanan tempat saya làgi hebat. Semasa jamuan yg melibatkan UMNO,tumbang satu ekor lembu tetapi buat tuntutan untuk 3 ekor. Înilah sifir specis UMNGOK untuk menjadi jutawan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada spesis umnongok, lembu korban pun berebut sampai gaduh,memang celaka punya parti.

      Delete
    2. org pkr x mkn lembu..org pkr sembah lembu

      Delete
  4. Tapi selalunya makanan yg order ada minimum pax.. dari segi pax mungkin requirements minimum 30pax.. tapi kalau tapau2 nie mungkin xsalah kalau nak elakkan pembaziran ..cuma mungkin lebih elok kalau share dgn staf2 satu department tu..takdelah kutukan .hheee..hanya sekadar pendapat sahaja...

    ReplyDelete
  5. rocky the great brown unused dick says: moga segala makanan & barang2 ditapau Datin tu (dan laen2 penghuni putrajaya) yg guna duit aku & rakyat laen menjadi BAHAN BAKAR di akhirat kelak (setelah menjadi bahan penutup hati didunia nih)...

    ReplyDelete
  6. Bersangka baik lah....mungkin dia hantar ke rumah anak2 yatim @ diberi pada fakir miskin yang dia kenali. Mudah2an begitu le hendaknya..........*(ckp stail gaya pak Hadi - Tanah Kubur)

    ReplyDelete
  7. Tak perlu dinafikan . Ini mmg perangai yg dah jadi kebiasaan Penjawat Awan. Saya sendiri rasa malu tgk perangai mcm ni. Lebih lebih lagi ada lagi insan yang lebih berhak utk makanan tersebut. Semoga Allah ubah sikap buruk ini dan jauhi saya dari terikut. Terkadang rasa hairan kenapa mereka tak rasa bersalah .

    ReplyDelete
  8. Kontraktor ubahsuai rumah kawasan kajang, bangi, cheras, serdang dan kawasan sekitarnnya. Membuat kerja-kerja memasang tile, plumbing, tabletop/meja dapur, mengecat DLL 》 BLOGFACEBOOK Hubungi: 0182233854 KHAIDIR

    ReplyDelete
  9. Sila sebut nama jabatan berkenaan. Tiup wisel kuat-kuat.

    ReplyDelete
  10. Kenapa diorang nak rasa bersalah diorang berpegang pada pandangan satu perkara Islam aje masuk SYURGA mcm Yahudi diseksa dalam nereka seeeekejap aje lepas tu masuk SYURGA,
    Tu sebab nya tiada rasa bersalah nak buat dosa dosa byk
    Bila ditegur Nanti golongan ni berkata dengki Dan nak buat fitnah
    Mak Bapak ustaz ustaz ulamak diorang yang yang berani cakap hanya satu perkara pasal akidah Islam aje boleh masuk SYURGA
    Phuuuuit.

    ReplyDelete
  11. ingat siksa neraka i hari seperti 1000 th

    ReplyDelete
  12. penulis campuraduk 2 point dlm entry ni:
    1) kakitangan awam yg tapau mknn yg x hbs : ape salahnya, drpd membazir. xkirelah kerani ke bos ke klu xnk membazir mmg lah kitrg bawak blk rmh. practice ofis sy, ktrg order mknn ckp2 ikut org yg akan dtg.klu ade yg xdtg n mkkn berlebih, or kdg2 caterer sendiri yg bg lebih, amik je lah,drpd mmbazir.
    2) datin tapau order mknn extra guna duit kerajaan: yg ni mmg sah salah n haram. xkirelah datin ke kerani ke klu dh salah gune duit kerajaan ttp salah n haram.

    wan



    ReplyDelete
  13. org kerajaan ni dihighlightkan sbg suka tapau ni tau kenapa?

    sb selalu bt event besar2. selalunya nak elakkan dpt nama buruk klu x ckup mkn,so order lbh ckit..buat standby.(mcm kenduri jgk la slalu org msk lbh kan)
    kang x ckup mknan kena kutuk jgk..
    pastu klu mknan lbh tnya caterer awk ltk mana mknan lebih,diorang ckp buang je la..

    hbs tu xkn nk biar je..
    ooo biar je la mknan tu amsuk tong sampah kang bgkus org kata kaki tapau plak.

    kdg tu nmpk je bgkus byk, tp utk kwn2 atau bos2 yg x dpt join event(dr mbazir kan)..
    selalunya kes bungkus2 ni bila event dh hbs,bkn sblm event n event tgh brjalan..

    klu mcm kes datin tapau ni mmg la slh..

    wpn min order tu lbh dr ahli mesy,dia xleh la ambik siap2..

    tp aku x setju org yg suka nk banding2 kaum sb stiap kaum ada je baik jahat,bkn 1 kaum tu maksum giler x buat jahat,bkn 1 kaum lg tu jahat giler x de yg baik..smua sama je,agama pn smua sama je,xde agama yg suruh penganut dia bt jahat..mnyampah aku org yg racis ni..

    ReplyDelete