Friday, 19 December 2014

"Dari Aras Paling Rendah, Bangkit Dan Gegarlah Najib"


Walaupun Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin cuba memperlekeh pemimpin-pemimpin peringkat cawangan UMNO dengan menyifatkannya sebagai suara paling rendah dan tidak layak untuk sibuk-sibuk dalam peringkat yang lebih tinggi, sebenarnya suara bawahan inilah yang menjadi nadi kekuatan UMNO selama ini.

UMNO peringkat cawangan inilah yang yang sepanjang sejarahnya bergerak memastikan UMNO terus hidup dan diterima rakyat setiap kali pilihanraya.

Mereka bekerja dengan ikhlas untuk parti tanpa mengharapkan sebarang balasan. Kalau ada pun imbuhan yang diterima, jumlahnya mungkin terlalu sedikit atau pun hanya ketika musim pilihanraya saja.

Meskipun peranan pemimpin-pemimpin kerdil di hampir 30 ribu cawangan UMNO ini kelihatan kecil seperti meramaikan majlis, tukang tepuk tangan, tukang panjat poster, membuka bilik gerakan ketika pilihanraya dan sebagainya tetapi tanpa sumbangan dan keikhlasan mereka berjuang, UMNO tidak mungkin kekal seperti sekarang.

Ketika suara akar umbi ini semakin diiktiraf dengan perubahan sistem pemilihan dalam UMNO, amatlah malang masih ada pemimpin sombong dan angkuh seperti KJ yang hanya memandang lekeh dan hina suara mereka ini.

Dalam reaksinya kepada gesaan agar Najib berundur dan memberi laluan kepada Muhyiddin mengambil alih kepimpinan parti dan negara oleh Syed Rosli Jamalullail, Ketua Penerangan UMNO Cawangan Taman Cempaka, Pandan, KJ menyifatkan gesaan itu hanyalah suara paling rendah dalam UMNO dan tidak perlu dilayan.

Mungkin kerana KJ sendiri berpolitik secara payung terjun dengan bermula dilantik sebagai Exco Pemuda UMNO sebaik menjadi Pegawai Khas Pak Lah tidak lama selepas kembali dari luar negara, kemudian menjadi menantu dan merebut pelbagai jawatan lainnya atas keistimewaan itu, maka beliau barangkali kurang arif mengenai kekuatan sebenar UMNO ini.

Dalam ertikata yang lain, sebagai perbandingan, pemimpin UMNO cawanganlah yang berjuang paling ikhlas. Kalau ada ganjaran mereka berkhidmat, kalau tiada imbuhan pun ramai juga yang sanggup mengorbankan wang dan harta sendiri demi kelangsungan perjuangan UMNO itu.

Jika mahu diukur, Ketua Bahagian pun tidak seikhlas mana perjuangan mereka sebab sentiasa mengharapkan mahu jadi wakil rakyat, dilantik senator, Exco kerajaan negeri  atau imbuhan projek. Begitu juga Ahli MT,  termasuk Ketua Wanita, Pemuda dan Puteri, dambaan mereka tidak lain ialah jawatan menteri, timbalan menteri atau pengerusi GLC.

Lantaran itu, tidak hairanlah suara pemimpin bahagian dan MT ini sentiasa terkepung dengan keinginan terhadap diri sendiri. Tidak mungkin mereka berani memberi teguran yang ikhlas dan menyakitkan kepada mana-mana pemimpin kerana keinginan memenuhi kepentingan diri sendiri sentiasa lebih besar daripada perjuangan UMNO itu sendiri.

Selagi boleh bergayut dan bergantung rezeki pada Perdana Menteri, selagi itulah mereka melakukannya. Hanya jika sudah hampir jatuh barulah suara lantang mereka kedengaran, itu pun dengan harapan Perdana Menteri baru nanti meneruskan jawatan dan ganjaran yang diterima selama ini.

KJ sendiri, ketika zaman gerhana daripada 2009 hingga 2013 disebabkan tidak dilantik sebarang jawatan dalam kerajaan, bukan saja mengeluh kerana tidak diberikan jawatan sedangkan kedudukannya dalam parti bertaraf Naib Presiden, malah di suatu peringkat pernah membayangkan mahu mengundur diri dan tidak bertanding lagi dalam pilihanraya.

Namun semuanya kini berbeza.  Demi untuk mengampu dan menyekat suara kebenaran daripada akar umbi terhadap Perdana Menteri, beliau sanggup pula memperlekeh seolah-olah suara bawahan dalam UMNO ini tidak perlu didengar dan diambil peduli.

Suara pemimpin seperti KJ hakikatnya tidak boleh dipakai sama-sekali. Ucapan, suara dan setiap nafasnya sentiasa bersalut dengan keinginan nafsu besar untuk diri sendiri.

Untuk menegur, mengkritik, memperbaiki malah menyarankan pemimpin meletak jawatan sekali pun, suara pemimpin cawangan tidak seharusnya dipandang ringan dan disekat. Apabila mereka menegur dan mengkritik, mereka melakukannya dengan keikhlasan kerana mereka tidak mengharapkan apa-apa daripada Perdana Menteri. Hasrat mereka hanyalah untuk kebaikan dan masa depan UMNO.

Dalam konteks kedudukan Najib ketika ini, seharusnya lebih ramai pemimpin UMNO cawangan yang berani tampil bersuara. Hanya dengan adanya suara-suara menegur dan mengkritik inilah dapat menyedarkan Najib bahawa apa yang dilakukannya ketika ini banyak yang tidak betul, tidak membantu parti dan memusnahkan masa depan negara.

Mereka bukan saja perlu menegur dan mengkritik, malah tidak salah juga meminta Perdana Menteri berundur atau meletakkan jawatan jika dirasakan sudah menjadi beban kerana akhirnya tenaga bawahan ini jugalah yang lebih berperanan memenangkan parti. Sudah tentu sukar mencari kemenangan jika ketua di atas sudah bertukar menjadi liabiliti.

Jika hanya mengharapkan kepada suara Ketua Bahagian atau Ahli MT saja, selamanya Perdana Menteri akan dibuai dengan nyanyian syahdu, mengasyik serta mengkhayalkan. Suara keikhlasan mereka sentiasa tersimpan dek harapan jawatan dan ganjaran.

Melalui media sosial yang semakin berkembang sekarang, pemimpin UMNO cawangan seluruh negara boleh memanfaatkan kemudahan ini untuk kebaikan dan kelangsungan parti. Jika suara melalui saluran yang betul selalu disekat dan tidak dipedulikan, gunakanlah media sosial ini untuk menyatakan pendirian.

Isu hutang negara, pembaziran, kemewahan, salah laku pemimpin, rasuah dan apa saja melibatkan Perdana Menteri dan lain-lain pemimpin haruslah diambil peduli secara aktif oleh pemimpin-pemimpin rendah ini jika ingin negara ini terus selamat. Sebagai kelompok paling ikhlas, tidak mengharapkan ganjaran, tidak pernah bermimpi jadi wakil rakyat atau menteri, tidak seharusnya ada rasa takut untuk menegur dan mengkritik pemimpin.

Dari aras paling rendah, bangkit dan gegarlah mereka yang di atas demi kebaikan negara ini. (SH 19/12/2014)

Sama tapi tak serupa, yang mana satu KJ?

7 comments:

  1. 132 pelajar sekolah mati di bunuh taliban.... kenapa tiada komen langsung dari PM, gov malaysia ataupun Pas dan UMNO ???

    Kat msia, hanya MCA komen dan simpati terhadap budak2 tu...
    kalau israel yang buat begitu kat palestin, da bising2 la org politik sini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Malaysia ini dikepalai oleh kerajaan haramjadah.Mana mereka nak kisah orang nak mampos ka.Mereka peduli apa, aku senang sudah.Macam Kj tu manusia celaka yang tak sedar siapa dia sebenarnya.Pariah jalanan!

      Delete
  2. Mungkin kj pon nak singkirkan pok jib tapi dengan cara yang lain daripada lain.tidak semestinya dengan menjolok bontoot pok jib, lebih berkesan dengan jolok bontooot golongan taraf rendah dibawah.umngoook bontoot berpisah tiada.Nak main selamat jangan sangah yang diatas, sama juga kalau nak naik cepat.

    ReplyDelete
  3. Jangan susah siapa yg banyak cakap banyak BAGI RM je ..UMNO ada berbillon duit .. bayar je macam pekerja idon mynmar kemboja.. apa susah !!!

    ReplyDelete
  4. himpunan turun harga minyak di ambang tahun baru. penganjur pkr yg berselindung di sebalik ngo. yg tukang demo ustaz2 pas. org2 pas dah ketagih candu bernama anwar ibrahim sbb tu mereka jd bodoh-bodoh alang walaupun parti dan presiden mereka dihina dan dicerca blogger dan pimpinan pkr..

    ReplyDelete
  5. haha..kj ada kembar ye..boleh la cari scapegoat kalo terkantoi video ke..leh bg alasan pelanduk dua serupa.. abg kj kena p cari dia ni..check sekali perut dia boroi tak..haha

    ReplyDelete
  6. Memang Tepat Andaian KJ terhadap Ahli Ahli UMNO bawahan. Tanda mereka tidak bolih dilayan sangat bolih dilihat pada perhimpunan Agong UMNO. Mereka Umpama tubuh tubuh yang tak berjiwa...Ikut saja apa kata orang atasan. Seumpama Zombie kelaparan BR1M. Agaknya kalau disuruh Sepak diri sendiri pun mereka akan terus sepak diri sendiri. Itu lah dasar ahli bawahan UMNO.

    ReplyDelete